Friday, September 11, 2009

MENGAPA UMNO MASIH KEMARUK KERJASAMA DENGAN TALIBARUT BANGSA?





PAS tolak kerjasama politik dengan Umno
Irwan Muhammad Zain
Wed | Sep 09, 09 | 1:42:32 pm MYT
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Tidak akan ada sebarang kerjasama antara parti melibatkan PAS dan Umno tetapi tidak menolak kerjasama antara kerajaan dan kerajaan atau kerjasama untuk kepentingan ummah.

Demikian tegas Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam menyatakan kesanggupun Umno berunding dengan PAS untuk kepentingan umat Islam negara ini.”

Hari ini sudah terbukti bertapa penipu dan putar belitnya Pemimpin-pemimpin PAS pada bangsa dan agama sendiri.

Melalui hukum dan amanat yang direka,mereka menipu bangsa dan mumutar belit hukum Allah swt. Allahhuakbar bertapa laknatnya pemimpin-pemimpin mereka hari ini.

Jika umat Turki tertipu dengan slogan kemerdekaan bangsa turki melalui turki moden,untuk menghancurkan pemerintah Khalifah.

Hari ini tanpa segan dan silu mendakwa “Nik Aziz secara tidak langsung tetap mendakwa PAS lebih Islam dari orang lain”.

Sedarkah pemimpin mereka hari ini masih Islamkah atau sudah bertaraf “PARIA” berdasarkan hukum dan fatwa yang dikeluarkan pada tahun 1963.

Dan hari ini mereka mencipta Negara kebajikan pula mengantikan negara Islam yang dipersetujui oleh musuh mereka selama ini.

Lihatlah bertapa liciknya politik PAS bersama al-khahfi mereka menipu bangsa berciri-cirikan pemikiran T.E Lawrence agen yahudi yang mampu melenyap sistem pemerintahan khalifah Seperti kejayaan yang dicapai oleh Mustafa Kamal Artarturk secara resminya memusnahkan pemerintahan Khilifah melalui agenda turki moden.

Hari ini rakyat malaysia tertipu dengan agenda Anwar dan kuncu-kuncunya yang berselindung disebalik Isu liwat yang tidak mendatangkan apa-apa faedah melainkan melemah dan melaikan orang melayu hari ini.

Pas sepatutnya lebih memahami gerak kerja jijik Anwar selama ini.Bukan terus menjadi talibarut kepada agenda Anwar dalam mengejar impian untuk mentadbir negara saja.

Sedarkah Pemimpin-pemimpin PAS bahawa mereka hanya memiliki semanagat ingin memerintah yang tidak selaras dengan keupayaan ilmu mengenai pemerintahan Islam.

“Terbukti 18 tahun PAS dikurniakan Allah swt memerintah Kelatan dibaah pimpinan golongan Asriyyah berkubur dan berkecai begitu saja.

Kerana kefahaman dan pengisian aqidah pemimpin-pemimpinnya masih belum mantap dan kukuh”-Asy Ibrahim Libya.

“Salahuddin Al-Ayubbi wafat pada 4 Mac 1193 di Kota Damsyik tidak lama selepas pemergian Raja Richard.

Apabila mereka membuka peti simpanan Salahuddin untuk membiayai upacara pengebumiannya, mereka mendapati ia tidak cukup (diriwayatkan Salahuddin hanya meninggalkan sekeping wang emas dan empat wang perak semasa kematiannya.

Ada juga riwayat yang menyebut wang itu henyalah wang 5 Dinar) .
Salahuddin telah memberikan hampir kesemua hartanya kepada rakyat-rakyatnya yang miskin.”

Adakah pemimpin-pemimpin PAS hari ini benar-benar mengambil pengajaran atau contoh dari peristiwa tersebut? Mereka tidak lebih dari sekadar ketam yang mengajar anaknya berjalan betul.

Berapa pula nilai kemewahan mereka hari ini dengan gelaran-gelaran yang diburu sanggup menjadi talibarut dan bersekutu dengan musuh-musuh Islam demi mencapai cita-cita politik kotor mereka sanggup memusuhi bangsa sendiri.

Apakah Pemimpin PAS hari ini bukan pengkianat amanat sendiri.

Dimana letaknya maruah pemimpin-pemimpin PAS hari ini berbanding dengan perjuangan salahudin al-ayubi?

Jangan pula PAS membanding mereka dengan yang pemimpin yang lebih keji dari pandangan mereka!

Lihatlah bertapa “PARIA”nya taraf pemimpin-pemimpin PAS hari ini JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PEMIMPIN iSLAM YANG TERDAHULU.!

Komentar :

ada 3 comments ke “MENGAPA UMNO MASIH KEMARUK KERJASAMA DENGAN TALIBARUT BANGSA?”
C L J said...
pada hari 

TK. Cetusan Tuan merangsang otak fikir hamba.

Sikap PAS sehingga sanggup sekongkol dengan kafir harbi (yang menolak dan mempersendakan Islam)telah mengakibatkan UMNO, (barisan pemimpin dari kalangan orang Islam) merasa tercabar sehingga menimbulkan pula persoalan dari tuan "mengapa UMNO masih sanggup bekerjasama dengan talibarut bangsa (anuar la tu)".

Malang.

Barangkali mereka tak tengok pun keluhan kita dan ramai kawan. Hamba juga menulis "siapa anuar". Tekan link siapa anuar di "tokjanggutkeramat"

Mengenai PAS tu esok hamba tambah.

Anonymous said...
pada hari 

Melayu Moden
Parti Pas ini tidak kemana, Hanya merapu dan pencacai ankat najis dap dan PKR sahaja. Aku dari dulu hingga kini memang tidak percaya langsung dengan Parti PAS ini. Yang aku nampak PAS ini parti yang kebanyakannya berularmak kan kaki ceramah dan buat fitnah takada usaha nak membantu memperkukuhkan ummah dan membangunkan negara.Yang ada menjahanamkan bangsa aje. Aku ambil contoh kelantan dan aku pernah tinggal dan berkerja disana dari tahun 1991 hingga 1998 bila aku pergi balik melawat pada tahun lepas aku ingatkan ada perubahan ke tapi nampak macam itu juga jauh ketinggalan dari negri lain.Disini nampak sangat pemimpinya kurang berkerja kuat. Bila aku tanya kawan aku pasal apa kelantan masih dok macam dulu juga kawan aku kata macam mana nak maju asyik ceramah dan menfitnah orang lain siang malam aje.Di sini boleh lah aku rumuskan PAS ini adalah jenis parti yang pemimpinya memang dari golongan yang tidak tahu memimpin sampaikan rakyatnya pun terpaksa berhijrah keluar ke negri lain untuk mencari sesuap nasi. Wallahualam.

Anonymous said...
pada hari 

salam:

Alhamdulillah.Yang baik dari Allah dan yang buruk dari diri kita sendiri.Moga-moga Allah swt membuka minda sahabat-sahabat kita serta anak bangsa yang masih terperdaya dengan gula-gula talibarut bangsa.

Pada Bro,Che leh Jangok serta Anon.Terima kasih kerana sudi meluahkan pendapat agar dapat dikongsi bersama demi menyedarkan bangsa.

wassallam.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.