Tuesday, September 29, 2009
BILA GOLONGAN MUNAFIK BERJAJI PADA BANGSA SYAITAN DAN IBLIS PUN KETAWA.
Persoalannya apa sebenarnya prinsip perjuangan PAS selama ini..?
Jika berkaitan dengan akidah, apa pula yang segelintir pemimpin PAS lakukan dalam upaca pengkebumian Teoh Beng Hock tersebut?
Apa sebenarnya yang telah PAS janjikan dan tepati janjinya selama ini pada orang melayu khususnya orang Islam di Bumi Malaysia ini sejak 52 tahun berjuang.
Dan hari ini mereka berjuang bersama kapiaq harbi setelah menipu bangsa dan permainkan hukum Allah ta’ala sekian lama.?
Perjuangan menegak Negara Islam? Terbukti Pas sendiri yang mengugurkanya kerana kapiaq harbi iaitu DAP.
Untuk menegak hukum Allah swt ?- Pas sendiri yang menolak hukum kerana pengundi cina dan india menyokong politik mereka,dari kenyataan Azizan Razak MB Kedah sendiri.
Patuh amanat “DAJAL” Hadi ?- Pas yang mengkianatinya sendiri bila berpelok dengan kapiaq harbi?
Perjuangan menegak akidah ? Pas juga sama-sama bersekongkol mengikut upaca pegkebumian bangkai sekutu mereka?
Patuh dan beramal dengan ayat-ayat Allah ? Terbukti pengajaran dalam surah al-baqarah hari ini PAS sendiri menolak dari terus beramal dengan larangannya dan hari ini berdakap dan bercium dengan kapiaq harbi.
Menjalin hubungan sesame Islam ? Terbukti retorik dan tipu daya PAS semata-mata selama ini mengalah yahudi laknatullah yang bijak bermuka-muka dengan hukum allah ta’ala.
Menghukum mengikut hukum Allah swt ?…ini sudah jelas pembohongan PAS semata-mata.Terbukti mereka menghukum sekutu-sekutu politik mereka, semata bila jika segala tindakkan bertentangan dengan amanat politik mereka saja.
“Gesa agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu”- Nik Aziz Nik Mat.
“Saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat”- Nik Aziz Nik Mat.
Lepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – Azizan Razak HARAKAH DAILY.
Apakah manusia-manusia “dajal” ini lebih mendaulatkan hukum dan peraturan yang Allah swt yang telah tetapkan atau mereka lebih cenderung menghukum berdasarkan pada tindakkan yang bertentangan dengan kepentingan amanat politik mereka?
Apakah sepsis pemimpin-pemimpin PAS ini bukan terdiri dari..
“golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, Mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah”
- Zulkifli Nordin.
Dengan siapa mereka berjanji? Adakah mereka tepati segala janji mereka pada Allah swt ataupun pada bangsa hari ini..
“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
- Hadi Awang
Bagaimana dengan amalan segelintir mereka meraikan majlis pengkebumian Teoh Beng Hock berdasarkan sabda nabi dibawah ini?
Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka. Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.
Adakah Mursyidul Amnya ada mengeluar sebarang kenyataan berhubung tindakkan pemimpin-pemimpin PAS yang bertentangan dengan akidah islam?
"Tetapi sebalinya “manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”
- Ust Harun Din.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
find more info more info here check that look at this website Clicking Here Louis Vuitton replica Bags