Tuesday, September 29, 2009

BILA GOLONGAN MUNAFIK BERJAJI PADA BANGSA SYAITAN DAN IBLIS PUN KETAWA.






Persoalannya apa sebenarnya prinsip perjuangan PAS selama ini..?

Jika berkaitan dengan akidah, apa pula yang segelintir pemimpin PAS lakukan dalam upaca pengkebumian Teoh Beng Hock tersebut?

Apa sebenarnya yang telah PAS janjikan dan tepati janjinya selama ini pada orang melayu khususnya orang Islam di Bumi Malaysia ini sejak 52 tahun berjuang.

Dan hari ini mereka berjuang bersama kapiaq harbi setelah menipu bangsa dan permainkan hukum Allah ta’ala sekian lama.?

Perjuangan menegak Negara Islam? Terbukti Pas sendiri yang mengugurkanya kerana kapiaq harbi iaitu DAP.

Untuk menegak hukum Allah swt ?- Pas sendiri yang menolak hukum kerana pengundi cina dan india menyokong politik mereka,dari kenyataan Azizan Razak MB Kedah sendiri.

Patuh amanat “DAJAL” Hadi ?- Pas yang mengkianatinya sendiri bila berpelok dengan kapiaq harbi?

Perjuangan menegak akidah ? Pas juga sama-sama bersekongkol mengikut upaca pegkebumian bangkai sekutu mereka?

Patuh dan beramal dengan ayat-ayat Allah ? Terbukti pengajaran dalam surah al-baqarah hari ini PAS sendiri menolak dari terus beramal dengan larangannya dan hari ini berdakap dan bercium dengan kapiaq harbi.

Menjalin hubungan sesame Islam ? Terbukti retorik dan tipu daya PAS semata-mata selama ini mengalah yahudi laknatullah yang bijak bermuka-muka dengan hukum allah ta’ala.

Menghukum mengikut hukum Allah swt ?…ini sudah jelas pembohongan PAS semata-mata.Terbukti mereka menghukum sekutu-sekutu politik mereka, semata bila jika segala tindakkan bertentangan dengan amanat politik mereka saja.

“Gesa agar Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali melepaskan jawatan ekoran tindak-tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu”- Nik Aziz Nik Mat.

“Saranan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Ibrahim meletak jawatan kerana telah mengkhianati amanah rakyat”- Nik Aziz Nik Mat.

Lepaskan jawatan Adunnya selepas keluar dari PKR menjadi Adun bebas.”
“Ini kerana, mereka mengundi Radzhi kerana dia bertanding atas tiket PKR bukannya bebas apatah lagi menjadi alat kepada Barisan Nasional (BN) pula.”

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mendesak Radzhi supaya melepaskan jawatan…” – Azizan Razak HARAKAH DAILY.

Apakah manusia-manusia “dajal” ini lebih mendaulatkan hukum dan peraturan yang Allah swt yang telah tetapkan atau mereka lebih cenderung menghukum berdasarkan pada tindakkan yang bertentangan dengan kepentingan amanat politik mereka?
Apakah sepsis pemimpin-pemimpin PAS ini bukan terdiri dari..
“golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir kerana mereka berselindung dibalik serban dan janggut, Mereka berhujjah menggunakan Al Quran. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah”

- Zulkifli Nordin.


Dengan siapa mereka berjanji? Adakah mereka tepati segala janji mereka pada Allah swt ataupun pada bangsa hari ini..

“Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
- Hadi Awang

Bagaimana dengan amalan segelintir mereka meraikan majlis pengkebumian Teoh Beng Hock berdasarkan sabda nabi dibawah ini?

Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka. Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم

Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.

Adakah Mursyidul Amnya ada mengeluar sebarang kenyataan berhubung tindakkan pemimpin-pemimpin PAS yang bertentangan dengan akidah islam?

"Tetapi sebalinya “manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”
- Ust Harun Din.

CAWANGAN PKR PADANG SERAI SUDAH TUTUP KEDAI.








Sudah terang lagi bersuluh…sah ROC terima pembubaran Cawangan PKR Padang Serai yang menjadi kubu selut PKR di kedah selama ini.

Setakat ini maklumat yang diterima dari sumber yang boleh diakui kebenarannya .

Sudah Sah Cawangan PKR Padang Serai telah menerima surat Pembubaran cawangan dari ROC.

Ini bermakna PKR Padang Serai telah berkubur dan hancur allhamdulillah ..selain daripada itu terdengar desas derus ahli-ahli PKR juga sudah mula meninggalkan perjuangan yang kian reput dan karam itu secara diam-diam.

Selain daripada MP Pdg Serai juga sudah dinasihatkan oleh penasihat 25% supaya kosongkan kerusi ekoran babak lakunannya di Permatang pasir menampar pihak berkuasa mungkin menerima padah dan natijahnya.

Persoalannya mampukah Pakatan reput ini mengekal kuasanya bersama-sama sekutu mereka dibumi Lunas.

Kerana luka dan calar pada rakyat bumi Lunas khususnya Parlimen Pdg Serai yang dilakukan oleh DUN dan MP PKR sendiri termasuk sekutu-sekutu mereka yang bijak memutar belit fakta dan bijak bermuka masih segar di minda rakyat Parlimen Pdg Serai.

Setakat tinjauan hari ini peluang pakatan reput ini untuk berkuasa di MP Padang serai ini amat nipis .

Walaupun UMNO telah membuat pendekatan tidak akan bertading bila ada kekosongan kerusi akibat perletakan jawatan atau menarik diri kecuali kekosongan akibat kematian.

Ini tidak bererti ia memberi laluan mudah pada pakatan reput untuk mengkal kuasa mereka jika belakunya PRK nanti.

Mungkin pertarungan PRK dibumi Padang serai kali ini menampakkan pertarungan yang lebih segit dan lebih hebat daripada sebelum nya dari calun bebas.

Pakatan reput mungkin akan meletakkan calun dari kelab penyokong mereka sendiri .

Memandangkan Palimen kawasan tersebut adalah kawasan UMNO.

Pada rakyat bumi Padang Serai bersedialah untuk menghadapi PRK yang tidak mustahil akan belaku dalam sedikit masa lagi.

Kerana angin yang bertiup semakin kencang menandakan tsunami PKR akan melada bumi Padang serai kian hampir.

Dan bersedialah rakyat Pdg Serai untuk menolak segala dakyak jahat pakatan reput yang menipu bangsa selama dua tahun ini.

wassallam.apbs.

IBRAHIM ALI MAMPU BERTELOR !






“KOTA BHARU, 27 Sept: Tanpa lambang bulan sudah pasti Datuk Ibrahim Ali tidak akan merasai kedudukan seperti sekarang,”

“Kalau orang Pasir Mas kata dia kena berundur, berundurlah. Duit yang dia makan tu tak betul, dia sembahyang Tuhan tak terima, dia buat apa pun Tuhan tidak terima”- Nik Aziz Nik Mat.

Apakah Nik Aziz atau seluruh pemimpin PAS termasuk Kedah tidak merasa kata-kata Nik Aziz tersebut seolah-olah meludah kahak kelangit..?

Siapa pula PAS hari ini tanpa terselit lambang DAP dan PKR?

Sedarkah Nik Aziz tanpa lambang DAP dan PKR..jauh panggang dari api pemimpin-pemimpin PAS akan merasai kedudukan seperti sekarang,”

Apa pula bezanya PAS dan Ibrahim Ali jika mau dibandingkan dengan penggunaan lambang.

Sebenarnya Kedudukkan PAS dan Ibrahim Ali tidak ada bezanya dalam merasai situasi seperti sekarang.


“Jika tidak meletakkan jawatan Ibrahim ali akan terus dilabelkan sebagai Katak Pencabul Yang Bacul”
- Nik Aziz Nik Mat.

Andainya Ibrahim Ali dituduh kacang melupai kulit,bukankah PAS hari ini pula ibarat melukut ditepi gantang oleh PKR dan DAP.

Jika dibandingkan hari ini. PAS lebih hina dari Katak Pencabul Yang Bacul yang dituju pada Ibrahim Ali.

Kerana PAS hari ini terutama di Kedah,Perak dan Selagor memperolihi pendapatan hasil kerjasama dengan kapiaq harbi.

“Langkah itu perlu jika mahu amal solehnya diterima Tuhan kerana rezeki yang diperoleh melalui hasil jawatan tersebut adalah ‘tidak betul.’
- Nik Aziz Nik Mat.

Duit yang PAS terima dan PAS belanja pada anak pinak mereka untuk makan minum tu tak betul, PAS sembahyang Tuhan tak terima, PAS buat apa pun Tuhan tidak terima.

Alasannya…
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" -Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Dari hukum yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama PAS Kelantan tersebut jelas membuktikan segala amalan Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin PAS sendiri tuhan tidak terima kerana Nik aziz dan kuncu-kuncunya sudah kafir atau haram kerana berkongsi kuasa.

Dan segala rezeki yang diterima dari perkongsian kuasa bersama kapiaq harbi tersebut tidak halal dan haram pada mereka hari ini.
.
Lebih-lebih lagi PAS sanggup menepikan hukum dan menggugurkan Negara Islam semata-mata ingin bersama kapiaq harbi.

Lebih jelas membuktikan merekalah dikalangan orang-orang yang menolak hukum Allah ta’ala.

Hakikatnya Siapa diantara Ibrahim Ali dan Nik Aziz yang mampu bertelor dan siapa pula yang hanya mampu bergantung telor pada DAP?

Bermaruah lagi kah pemimpin-pemimpin PAS termasuk Nik Aziz jika dibandingkan dengan Ibrahim Ali hari ini?

“DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini”-
Karpal Singh Malaysia kini 14 Jan 09.

“Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

“ Kalau benar ibrahim Ali kuat tanpa sokongan orang-orang Pas, letak je..lah jawatan tu, barulah katak tu ada telur sikit”
- Nik Aziz Nik Mat.


“Kalau benar pula PAS kuat tanpa PERLU sokongan kapiaq harbi atau DAP,Terima saja cabaran DAP barulah PAS dianggap sepsis katak yang ada telurnya sikit”-GMC.

Tetapi hari ini..terbukti PAS bukan sekadar ada sedikit telor….tetapi tidak ada telor..bila Pas mengeluarkan kenyataan berikut…

“Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”-
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Dari kenyataan diatas JELAS PAS bukan saja tidak mampu bertelor. Tetapi terpaksa bergantung telor pada kapiaq harbi untuk membuktikan PAS tu TIDAK mampu bertelur sikit pun dan terpaksa bergantung telor DAP- GMC

Apakah Nik Aziz masih tidak sedar PAS hari ini lebih bacul dari katak pencabul tersebut?


Dan PAS kini bertaraf politik katak Peliwat yang lebih dayus bergantung telor kejantanan pada kapiaq harbi(DAP)?

Sedarkah Nik Aziz,Ibrahim Ali mampu bertelor sendiri tanpa bergantung belas ihsan pada telor DAP seperti PAS sepsis katak mandul yang tidak ada telor sendiri.

Penggunaan Lambang PAS oleh Ibrahim Ali itu membuktikan PAS sememangnya bahlol, bacul,dayus kerana PAS tidak mampu bertelor dan sanggup diliwat oleh Ibrahim Ali, DAP dan PKR semata ingin membukti kejantanannya menang dalam pilihan raya.

Hari ini PAS baru sedar ayam yang terlepas ..hidung mereka terhidu najis.

Lupakah Nik Aziz ,Politik ibarat peperangan yang perlu ada tipu muslihat untuk menang?

Seperti tipu muslihat PAS mengkianati amanat “DAJAL” Hadi Awang dan berpelok dengan kapiaq harbi hari ini.

Lupakah tipu muslihat PAS yang sanggup mengkianati amanat “DAJAL” yang membawa pada tercetusnya peristiwa Memali dan mengorbankan orang-orang Islam yang taksup pada amanat "DAJAL” itu?

Hari ini terbukti Ibrahim Ali bukan sebarangan katak berbanding PAS yang sanggup mengadai maruah Agama semata ingin bergantung telor pada DAP..

Ibrahim Ali mampu bertelor sendiri tidak seperti PAS hari ini yang kejantanannya bergantung telor pada DAP?

Monday, September 28, 2009





“Di Selangor, kerajaan negeri berusaha untuk mengawal penjualan arak secara terbuka dan bebas.

Dalam masa yang sama, kerajaan negeri cukup prihatin dengan hak dan keperluan masyarakat bukan Islam di Selangor.

Nampaknya kesepakatan telah diterima oleh semua pihak di Selangor.”

Sun/Sep 28,09/ 3.05pm.APBS-[Aku,Pasbuih dan Siamang.]

Di Kedah pula,dulu PAS mencanang serata kali lima termasuk di kawasan bendang dan segenap paya...mereka ingin menegak maaruf..dan nak tumbangkan segenap kemungkaran kalau diberi kuasa atau rakyat percaya janji PAS pada mereka.

Akhirnya bertinggunglah bagai kera segala rakyat jelata mendengar auta dan temberang pemimpi PAS yang bijak bermuka-muka dengan Hukum Allah Ta'alla di segenap padang dan paya..janji ada tempat kosong walaupun atas jalan raya..

Lalu berceramahlah dikalangan pemimpin mereka sampai jauh malam.Kononya Jika PAS memerintah,PAS akan menegak maaruf dan menentang nahi mungkar disegenap bidang…

“Dalam masa yang sama bila dah berkuasa kerajaan negeri dibawah naungan al-Ust Azizan Razak merasa cukup prihatin pula pada arak dan judi termasuk babi, semata-mata untuk menjaga hati kapiq harbi yang memberi undi pada mereka.

Lalu ditolak Hukum Allah ta’ala seperti tingkah laku manusia yang cukup jahil tentang hukum Allah ta'ala..”

Nampaknya PAS kedah melalui Azizan Razak cukup sepakat dengan puak-puak kapiaq harbi ni [DAP] untuk mengekal nahi mungkar.”

Inilah hakikat perjuangan PAS hari ini yang cukup-cukup putaq belit.” menipu bangsa dan memutar belit hukum Allah ta’ala.”

“Dalam pergolakan ini ,Umno pula cuba menanggguk di air keruh. Kerajaan negeri dihentam kerana dikatakan tidak membanteras arak.

Mereka lupa, isu arak ini, telah berlarutan sejak Umno mula berkuasa di Selangor.

Apa Umno buat tentang arak di Selangor ? Kerajaan PR pula mengambil tindakan sebaik sahaja berjaya menguasai Selangor.” Hamba Allah, Terengganu.

Dalam pergolakkan isu babi dan arak,PAS pula cuba menangguk di air acar yang cukup jijik dan kotor.

Pas menunding jari pula pada Mukriz Tun Mahathir kononnya pelik,..
“di saat para ulama dan ahli-ahli agama gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya, ada pula orang Islam sendiri membenarkan dirinya dilantik dalam

syarikat arak.” Hamba Allah, Terengganu.

Tapi Hamba Allah,Terengganu yang mungkin juga badut pada PAS ini tidak pula merasa pelik di saat para ulama dan ahli-ahli agama PAS beretorik gigih mengajak umat Islam kembali kepada ajaran Islam.

Ust bertaraf Ulama PAS sendiri pula…selaku MB PAS Kedah menolak Hukum Allah Ta’ala.

Dan Hamba Allah dari Terengganu tidak merasa bertambah pelik pula…bila Segelintir Pemimpin-pemimpin mereka termasuk Pressidennya Hadi Awang masih KEKAL sebagai orang Islam…sepatutnya sudah menjadi “kapiaq”hari ini…laknatullah? Kerana Presidennya kini sudah berpelok erat dengan kapiaq harbi DAP.

Dan kini mengkianati pula amanat gila babinya sendiri,yang boleh merosak bangsa sendiri.
Pelik ! cukup pelik ! Hadi Awang masih Islam lagi hari ini,begitu juga MB PAS dikedah yang menolak hukum Allah ta’ala.

Allahuakbar !

Celiklah mata kita…

Sunday, September 27, 2009

MANA PI..ANWAR?






Hari ini Anwar seolah-olah mahu berselindung disebalik perbuatan terkutuknya dengan menimbulkan berbagai-bagai isu yang dicipta dan direkanya untuk mengabui mata sekelian bangsa.

Apakah Anwar sudah menyedari seandainya terbukti benar perbuatan tersebut dia sudah tidak ada lagi tempat dihati seluruh bangsa Melayu dan politiknya hari ini .Sekaligus meranapkan samasekali politik sekutunya yang turut bersekongkol dengan agendanya selama ini..

Seperti ranapnya ABIM setelah Anwar kembali ke pangkuan UMNO dulu.

Inilah hakikat yang amat merisaukan dan menghantui fikiran anak kelahiran To’ kun Bukit Mertajam selama ini.

Bila segala pekong dan cabuknya terungkai dan terburai…dimanakah maruah seluruh keluarga dan dirinya hendak di dikafankan dan ditongkan?

Ini masalah maruah. Bukan lagi rasuah atau wadah perjuangannya lagi.

Hari ini Anwar sedang berhadapan dengan maruah bukan berperang dengan kezaliman atau rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh UMNO lagi yang sama-sama pernah dilakukannya dahulu.

Hari ini maruah diri adalah soal pertama yang perlu dipertahankannya terlebih dadulu berbanding maruah bangsa.Kerana akibatnya akan mengerhanakan seluruh masa depan zuriat keturunannya.

Lihatlah bertapa hebatnya kuasa Allah swt dengan balasannya yang tidak terfikir oleh bangsa selama ini yang Anwar akan lalui.Seandainya perbuatan tersebut benar-benar terungkai dan terburai kebenaranya.

Padah yang bakal Anwar terima nanti walaupun tidak sehebat apa yang terjadi pada Kamal Artartuk tapi kesannya tidak jauh bedzanya.

Lebih-lebih lagi Anwar masih bernafas bilamana aib terhadap dirinya akan terburai dan terungkai didepan mata dan keluarganya serta sekelian bangsa hari ini.

Walaupun tidak sedahsyat aib yang menimpa keatas jasad
Atarturk yang sudah mampu bernafas lagi.

Allahuakbar ! hanya Allah swt saja yang dapat mengetahui isi hati Anwar dalam pertarungan mempertahankan maruahnya hari ini.

Bayangkan jika perbuatan terkutuk tersebut benar-benar terrungkai dan terburai mampukah Anwar kembali kepangal jalan yang gelap dan gelita atau Anwar akan terus dengan agenda gilanya demi mempertahankan mauahnya.

Hari ini walaupun terpaksa bersekutu dengan DAP dan bermusuh dengan bangsa sendiri.

Maruah terpaksa dilindungi.Ini bukan lagi masanya untuk Anwar membela maruah bangsa,Anwar sudah tersepit dan terkapit dalam dua situasi maruah dirinya dan keluarga.Jika terungkai dan terbarai akan gerhanalah seluruh masa depan zuriat dan keturunannya.

Bukankah Anwar sudah berjanji dan bersumpah “Lawan Tetap Lawan” demi maruah terpaksa dilindungi.


Hari ini Anwar mungkin merasai seandainya ia meneruskan agendanya sekurang-kurangnya jika Allah swt yang maha pemurah lagi penyanyang ,masih dapat memberi ruang dan peluang terakhir padanya….maruah diri dan keluarga dapat diselamatkan buat seketika sebelum ia menutup mata dari terpaksa berhadapan aib didunia ini.


Mungkin Anwar merasai hari ini dia lebih rela berhadapan dengan Allah swt disana nanti.

Berbanding didunia ini jika terlondeh segala pekong dan cabuknya dihadapan 27 juta rakyat jelata yang berbilang bangsa.


Akhirnya pada tanggal 10 November 1938, Ataturk telah dicabut nyawanya dengan azab yang amat dahsyat sekali. Cara kematian Artarturk seperti Firaun dan Namrud.
Dimana Allah hanya menggunakan air laut untuk menenggelamkan Firaun dan seekor nyamuk untuk membunuh Namrud.

Cara kematian Ataturk pula digambarkan begitu hina samada di saat kematiannya maupun selepas kematiannya.

Waktu menghadapi sakaratulmaut,Allah membalas dengan menghodohkan mukanya, perutnya bengkak, ototnya kendur dan sukar untuk bernafas.

Badannya pula dipanaskan Allah hinggakan Ataturk terpaksa melekapkan ketulan-ketulan ais .

Pihak bomba juga terlibat untuk memancutkan air ke dinding biliknya.Sepert kata Lord Kinross,
“…But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk’s bedroom.”

Panas yang dialami oleh Ataturk ini, menjadikannya tidak selesa berada di istana Dolmabahce. Sehingga beliau meminta dirinya direndamkan di dalam Selat Bosphorus.

Ataturk menemui ajal dalam keadaan terjerit-jerit akibat kepanasan di tubuh badannya hingga suaranya dapat didengari oleh seluruh rakyat Istanbul dari istana Dolmabahce!
Sebenarnya jasad Ataturk pernah dikebumikan tetapi tidak diterima bumi.

Akhirnya mayat Ataturk hanya diletakkan begitu sahaja di bawah timbunan marmar seberat 44 tan,untuk melindungi keaibannya.

SALAM MUMMY ROKIAH-SYABAS MB PAS KEDAH.






Salam. Mummy Rokiah.

“Kekotoran yang amat dasyat di Alor Setar dengan sampah-sampah yang bertimbun sehingga MB Kedah Dato Seri Ustaz Azizan mengakui beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.” Azizan Razak.



Apbs @ GMC amat tertarik dengan pendedahan Mummy Rokiah dalam blognya melalui kenyataan Azizan Razak merasa malu dan memohon maaf pada orang-orang Kedah, yang pulang berhari raya dengan keadaan sampah sarap yang bertimbun.



Manakala bagi Azizan Razak pula cara berdalih macam biasa.. Menafikan ini [BUKAN] kegagalan kerajaan negeri tetapi masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat….



Itu biasalah perangai Azizan Razak…yang aku kenai..! sejak kes bekas YB Arumugam lagi..!


Pada apbs @GMC kenyataan Azizan Razak tersebut adalah kenyataan yang biasa atau sudah “mangli” kata orang kedah…jika kenyataan tersebut datangnya dari orang yang bernama Azizan Razak…


Selain dari kenyataannya… “saya tak tau apa..apa..pa !” “ ada bukti bawa mai “…” saya belum dimaklumkan..!! “ ..dan mcam-macam lagilah putaq belitnya….


Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang membuat kita meloya dan terasa nak temuntah mendengar alasan pandir darinya.

Isu sampah..! bukan lagi isu yang brandnew tetapi sudah recond yang telah belarutan dari dulu-dulu sampai hari ini,hampir satu tahun ,tiga bulan PAS memerintah…

Dibawah ini terbukti kebenaran komen PAS Jerlun dulu yang menunjukkan tuduhan penyokong-penyokong PAS sendiri bukan satu fitnah atau tuduhan berniat jahat terhadap kepimpinan ulama yang bernama Azizan Razak.


Tetapi betapa bijak pula si Azizan Razak berdalih dan berhelah pada Rakyat…dengan alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini seperti yang dimaklumkan lebih awai lagi oleh penyokong PAS sendiri yang mungkin lebih kenai sangat dengan tabiat putaq belinya MB mereka selama ini….ini komen depa awai-awai dulu…

“BILAKAH ISU LONGGOKAN SAMPAH YANG TIDAK DIKUTIB DALAM KAWASAN MBAS HENDAK DISELESAI?[ Nota: Rakyat tidak mahu mendengar alasan yang berbelit-belit menyalahkan pihak itu dan ini tetapi rakyat mahu melihat sampah dikutip dengan segera dan kerap!)

-[ Komen PAS Kawaan Alor Setar]”

Hari ini …masalah sampah masih macam 7 bulan awai PAS perintah juga..gagal diatasi walaupun hari ini sudah mencapai dua tahun.

Alasan Azizan Razak macam tu lah juga… macam slogan UMNO dulu kini sampai mapuih dok macam tu…

Tapi Azizan Razak mampu lagi memutar belit dan menipu rakyat kedah dengan penuh berhemah kononnya….

“Beliau merasa malu dan memohon maaf kepada orang-orang Kedah yang pulang berhari raya.”

- Azizan Razak.


Sepatutnya Azizan Razak malu pada penyokong-penyokong PAS kerana ..masalah sampah ini bukan masalah baru seperti yang beliau berdalih dan berbohong….kononnya

“masaalah tertangguh berhubung pengambil-alihan pengswastaan pengangkutan sampah dari Majlis Bandaraya Alor Setar oleh sebuah syarikat”

- Azizan Razak.

Inilah putaq belit Azizan Razak bukan saja pada rakyat tapi pada penyokong PAS sendiri yang sudah belarutan sejak sekian lama….

Itu masalah sampah !!…belum lagi masalah putaq belit hukum Allah ta’ala…

Begitu juga dengan masalah hukum…jika dengan Allah swt…Azizan Razak tidak malu…masakan dia malu dengan makluk seperti dia juga… ?

Apakah ini bukan satu pembohongan dan putaq belit yang menyerupai ciri-ciri orang-orang munafik? Atau belum lagi boleh dikataka munafi sebab dia bertitle Ustaz atau Ulama? Lebih-lebih lagi membimbing manusia ke Syurga..kononnya.

“SEBELUM MEMERINTAH KITA SELALU CANANG KITA AKAN LAKSANAKAN ISLAM DALAM SEGENAP BIDANG.KITA BAGI CONTOH MADINAH YANG RAKYATNYA MAJMUK BERJAYA MELAKSAN ISLAM. KITA TEGAS KITA [MISTI] MENEGAKKAN MAARUF DAN MENGHAPUS MUNGKAR.
[ Komen PAS Kawasan Jerlun]

Sepatutnya Azizan Razak malulah dengan Allah swt kerana menolak Hukum dengan menepikan desakan penyokong penyokong PAS sendiri dengan alasan “UNDI” cina dan India memenangkan PAS dalam PRU12.

Sebagai rakyat kedah apbs @GMC amat teruja bila PAS dapat memerintah Kedah..dan dapat pula PAS melaksana hukum yang selama ini kita laung-laungkan untuk mencegah mungkar…disetiap kali ada saja ceramah PAS kita balun UMNO habis-habisan kerana tolak Hukum…Lupakah Azizan Razak sewaktu kita berceramah dan mendengar sahabat kita membalun dan hentam UMNO dengan ceramah-ceramah pedas..lagi panas !!

Hari ini setidak-tidaknya PAS dapat menutup satu atau dua buah pusat perjudian secara berperingkat peringkat…itu pun sudah cukup membanggakan kita sebagai orang islam.

Atau dapat mengurangkan percambahan premis judi haram[ judi nombor ekor] yang gagal kononnya dilakukan oleh kerajaan thoghut UMNO sebelum ini dibumi Kedah..cukuplah sekitar Alor Setar saja…jangan sampai telajak ke kawasan YB Radzi @ YB Lim Soo ne yang pernah Azizan Razak lepak untuk berkempen dulu…mungkin kws tersebut jauh sangat dari celah kangkang dia.

Tetapi amat malang dan mengecewakan sekali bila PAS mengambil alih pemerintahan UMNO di Kedah melalui pemimpin orang bertaraf Ustaz.

Masalah judi haram…tidak termasuk judi halal PAS TIDAK mampu membentasnya..Azizan Razak pula bagi alasan “UNDI” kapiaq kena ambik kira.

Masyaallah ! apa nei Ustaz azizan?

Sepatutnya ini yang patut Azizan Razak malu…bukan saja pada Rakyat Kedah tapi pada Allah swt..

Tetapi hari ini Azizan Razak seolah-olah menyambung kesinambungan pemerintahan thonghut UMNO.

Pada apbs apa bezanya pemerintahan kerajaan thoghut UMNO dan PAS dibawah Azizan Razak hari ini… Cuma berbeza hanya status MBnya saja.

Jika dulu MBnya bukan bertaraf Ustaz atau Ulama…Tapi kini Kedah dibawah kepimpinan seorang Ustaz atau bertaraf Ulama pulak tu..

Jika dulu Quota perumahan 30/70…telah disama ratakan 50/50 yang menimbulkan kemarahan kaum cina…akhirnya berpinda kembali pada 30/70 baru-baru ini..yang penyokong-penyokong PAS menganggap Azizan Razak terburu-buru membuat keputusan dalam hal quota perumahan tersebut…ini menunjukkan Azizan Razak merasa teruja nak tunjukkan PAS telah membuat sesuatu pada Orang Melayu yang tak pernah dibuat oleh UMNO selama ini….

Masalah baru atau lama mentadbir itu bukan soal pokok..atau itu bukan masalah Rakyat Kedah perlu dengar alasan bodohnya…dan jangan perbodoh rakyat nak bandingkan pula dengan UMNO.

Yang penting rakyat Kedah ingin melihat satu perubahan yang dapat menggantikan pentadbiran yang selama ini PAS mencanangkan UMNO mengamal Islam suku…politik suku…yang boleh membawa kepada kekufuran !

Tapi andainya…Azizan Razak masih menyambung kesinambungan politik suku…Islam..suku,bermakna Kedah hari ini juga masih berada dalam gebar atau sentong “thoghut” UMNO macam dulu juga..

Cuma bezanya mungkin UMNO masuk neraka ikut pintu Gerbang ,
Azizan Razak ikut pintu belakang pasai dia Ustaz @ ulama.

Ini yang sepatutnya Azizan Razak perlu malu dan takut pada Allah ta’ala dan malu pada seluruh umat Islam dibumi Kedah kerana “cakap kita tak serupa bikin”berbanding malu pada Isu Sampah yang sudah belarutan sekian lama.

Isu sampah tersebut seolah-olah memberi gambaran simbolik yang PAS hari ini lebih terok dari kepimpinan thoghut UMNO.

Allah swt Maha Kaya Ust Azizan… La ni…..tohan bayaq cash tak tangguh tangguh macam dulu lagi…

Selain dari segelintir EXCO-Exconya yang bijak menipu dan memutar belit..jadi tidak ada bezanya lah PAS hari ini dengan UMNO yang di tuduh Thoghut termasuk anak buahnya YB Suraya…yang gagal Ust Azizan Razak mentarbiyahkannya supaya meninggalkan UMNO yang dituduh kapiaq tu?

Kesian YB Suraya..yang gagal dikembalikan ke pangkuan Islam sejati PAS oleh Azizan Razak..sia-sialah matinya nanti sebagai kapiaq harbi…

Pada Azizan Razak renung-renunglah…kerana kita bukan terus nak menungkat langit.

Jangan sampai satu masa nanti segala perbuatan kita boleh memalu dan mendatang aib pada anak cucu bangsa kita….lebih-lebih lagi disana nanti..!!!

Cukup ka.. bila sampai masa nafas kita ter stop!…

Datang ratusan ribu menyembahyangkan Jenazah kita.. ia dapat menutup dan menghalalkan kemungkaran yang kita buat semasa kita berkuasa seperti hari ini.

Lepas itu…..seluruh rakyat Kedah merasa bangga…

“ hoooooooooo…!!!! Orang macam semut gatai mai sembahyang jenazah Azizan Razak !” tak cukup masjid dan surau…sampai dalam bendang depa sembahyang…hooooo!!! Hebat !!“

Cukupkah dengan pujian macam tu…lebih-lebih lagi zaman sekarang..bila “kepak” saja…ada duit dalam Envelope kononnya sedekah…!!!!

Jangan kita tertipu…..hari ini..Bila cina mampuih… ” pun dah cukup ramai orang pi ziarah siap sembah sekali… siap masuk TV lagi..!!

Tapi dia pi tang mana..?? sama ka distinasi dengan kita?

Dan kita pula…tentu ka pi tang lain…entah..entah..tang..TU juga mana kita tau…

Waallahualam..!! tu kerja tohan melainkan Nik Aziz saja yang tau PAS masuk Syurga atau pi tang mana!

Lebih-lebih lagi hari ni bila kita melakukan penganiayaan pada rakyat….

Cukup..ka. Dengan seluruh manusia menyendatkan seluruh masid-masjid dan surau diKedah menyembahyangkan Jenazah kita satu hari nanti… dapat melupuskan penganiayaan dan putaq belit yang kita lakukan hari ini pada rakyat bila kita berkuasa dan mohong pula dengan Hukum Allah Ta’ala?

Fikir-fikirlah Ustaz Azizan Razak …sebelum kita disembahyangkan oleh depa nanti.


Walaupun sebelum ini kita pernah membabikan orang yang terlewat bersolat subuh!

Atau Cukup ka bila keranda kita diselimut dengan lambang PAS..??

Kita akan terlepas soal kuboq?

Renung-renunglah Ustaz Azizan..Islam itu tabliq ingat mengingati satu sama lain…

Teringat aku Kuliah subuh di perkampungan Derang dulu waktu PAS dianggap Parti tok lebai pondok….


Waallahua’lam.

Wassallam apbs.

Saturday, September 26, 2009

Pemandu tidak takut hukuman mati. SETARAF TAKSUP PENYOKONG-PENYOKONG PARTI POLITIK MEMBUNUH POLITIK BANGSA SENDIRI -JANJI PUAS HATI !





Salam Aidilfitri untuk semua umat Islam..

Dan Al-fatihah pada semua sahabat-sahabat kita yang telah menemui illahi.

Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat di ambang aidilfitri maupun syawal.

Tidak kira UMNO,PAS,PKR maupun DAP!

Dan salam takziah GMC pada seluruh keluarga-keluarga mangsa yang ditingalkan mereka .
Al-fatihah…

Pada sahabat-sahabat dan rakan taulan yang masih belum pulang berhari raya bersama kaum keluarga di Kampung berhatilah dijalan Raya.

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

“DI Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.” Begitu antara luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.

KUALA LUMPUR 25 Sept. – “Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan), pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”

Walaupun kita mendengar angka korban Jalan Raya meningkat setiap masa lebih-lebih lagi di musim perayaan ini.

Walaupun alasan kita mudah saja…”sudah sampai masanya”.
Istilah “sudah sampai masa” menjadi satu titik noktah menutup keingkaran,keegoaan,teruja dan berbagai-bagai lagi sikap buruk untuk melindungi kebiadapan dan kesantunan kita bila dijalan Raya.

Sikap ambil mudah ia itu “sudah sampai masa” tuhan lebih menyanginya dia” .

Sikap begini tidak sepatutnya disemai…Kerana Allah swt telah menjelaskan pada kita sifat api itu membakar…setiap yang terbakar akan hanyus setiap yang hanyus akan menjadi abu…itu sifat azali api yang sudah pasti.

Akal pula untuk membezakan diantara manusia dan haiwan.Dengan akal jugalah kita dapat membuat satu kesimpulan….akibat dan musibah yang akan kita hadapi.

Bukan meletakkan takdir dan pada masa sebagai ketentuan Allah semata-mata tanpa mengambil kira sikap kita pada hukum karmanya.

Lalu kita meletakkan pada takdir…benarkah kita menerima takdir…?

Jika kita benar menerima takdir mengapa rata-rata kita masih bergantung pada” Nasib” tanpa kita sedari bila sesuatu musibah yang belaku tidak medatangkan musibah pada kita…

Lalu kita letakkan ,,,nasib baik begitu, dan nasib baik begini…atau mujurlah itu dan ini,tidak begitu…dan jika tidak begini…dan berbagai-bagai tafsiran…yang kita buat.

Tanpa pun kita menyebut Allah Maha besar!yang menyelamatkan kita.

Mengapa kita jarang menunding kearah diri kita sendiri bila musibah terjadi..?

Tetapi ada saja alasan kita menunding jari untuk melindungi kebiadap yang datang dari diri sendiri?

Hakikatnya memang benar kata-kata Musa Hassan.

“pemandu tidak takut hukuman pada mati”…

Cuma GMC ingin tambah sikit pada kenyataan beliau “Pemandu tidak takut pada hukuman mati…

“JANJI PUAS HATI !”.

Dengan Sikap Teruja sesetengah dari kita menunjuk jaguh dijalan raya sekali sekala.

Lebih-lebih lagi apa yang kita pandu melebihi model yang ada didepan kita…

Itulah sikap segelintir pemandu Melayu dijalan Raya bila turuja nak balik raya.

Selain ajal dan maut bukan ketentuan kita.

Wassallam apbs.

BILA DIGEMBALAI KAPIAQ HARBI - PEMIMPIN PAS LUPA DIRI.




BILA KAPIAQ MENGEPALAI POLITIK PAS.

Akhirnya selepas PRU12 setelah PAS bersekongkol dengan kapiaq harbi[DAP].

Isu Kafir tidak lagi rasional buat PAS untuk menyerang politik bangsa(UMNO) seperti yang dijelaskan oleh Mat Sabu.

Kerana ditakuti bangsa asing merasai PAS masih bersifat parti perkauman lebih-lebih lagi untuk menjaga hati sekutu mereka iaitu DAP.

Selain daripada itu PAS merasai isu kafir juga tidak lagi sesuai memandangkan kini PAS bersama-sama DAP.

Dan PAS merasai tanpa isu kafir tersebut senjata ampok PAS selama ini berjaya mendekati dan mempengaruhi MCA dan MIC untuk menyokong perjuangan mereka,dan meninggal politik bangsa.Inilah kianatnya politik PAS pada bangsa hari ini.

Sedarkah kita....????

Lebih-lebih lagi hak Istimewa Orang Melayu yang dijanjikan oleh sekutu politik mereka dapat memikat hati MCA dan MIC meninggalkan politik bangsa (UMNO) yang kononnya banyak melakukan penyelewengan,dan tidak banyak membantu bangsa.

Lebih-lebih lagi Isu liwat oleh al-khahfi mereka[Anwar] sedikit sebanyak menyumbang DANA pada politik mereka meracun fikiran bangsa.

Selain daripada itu Isu membatalkan Negara Islam juga memberi impak yang amat berkesan lagi dapat menarik segala bangsa menyokong perjuangan mereka hari ini.

Situasi ini dijelaskan sendiri oleh Mat sabu dalam seminar Angkatan Muda PKR di Dewan Hotel Sri Malaysia Sungai Petani sebelum PRU12 yang dihadiri oleh MP [DAP] Bukit Mertajam YB Chong Eng yang menentang Dasar Perjuangan PAS selama ini untuk menubuh Negara Islam.

Akhirnya Mat sabu dengan busuk dan cabuk hatinya, secara resmi menggugurkan Negara Islam mengantikannya Dengan Negara Kebajikan seperti yang dipersetujui oleh DAP iaitu MP Bukit Mertajam tersebut.

Tapi sedarkah sekelian tali barut bangsa terutama seglintir pemimpin-pemimpin PAS hari ini segala tipu muslihat Politik mereka akan membelit dan melilit sekelian bangsa Melayu.

Lalu dalam PRU12 yang lepas terbukti PAS telah mengugurkan Negara Islam menggantikan dengan Negara Kebajikan degan persetujuan bersama DAP.

Hari ini PAS merasa mereka lebih selesa berada bersama kapiaq habi menjadi gembala politik mereka dengan menepikan segala arahan ayat-ayat allah ta’ala kepada mereka.

Apakah Pemimpin PAS hari ini sudah melupai ayat-ayat yang dibaca dan dicanang didepan bangsa hari ini telah menikam maruah mereka?

Allahuakbar ! mereka sedang diuji oleh Allah atau sudah dibenci Allah swt diatas putar beli mereka pada hukum Allah ta'ala selama ini?

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.
Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah." (QS. an-Nisa' 4: 137-139)

Sedarkah Pemimpin PAS bahawa Dajal itu adalah sesosok manusia.

Nabi saw. Memberi tahu kita bahwa pada akhir zaman akan muncul seorang manusia yang akan menipu kelian manusia.

Dajal akan menguasai dunia.

Maka, orang-orang Islam harus waspada agar hati kita tidak memendam cinta terhadap dunia sehingga mereka sanggup korban aqidah dan kesucian Agama karena semata- dengan rayuan serta janji-janji Dajal.

Jangan setakat bijak berpidatu didepan bangsa...sedangkan kita sendiri masih berada dalam selimut kejahilan diri sendiri hari ini.

Bangsa tidak mampu menegur kita...kerana kita kononnya lebih mulia dari mereka yang menyokong tipu daya kita?

Ingat Kuasa Allah ta'ala masih ada... dapat membuka minda mereka bila-bila masa saja,untuk menerjah kemungkaran didepan mata kita.


wassallam apbs.

ISLAM MENGHALALKAN CARA PADA PAS TERMASUK MENIPU UNTUK MENANG.





Sebelum ini pemimpin-pemimpin PAS cuba menipu sekelian bangsa dengan menyebarkan dakyah jahat mereka melalui isu kafir..

“UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..”

Inilah bukti yang nyata tipu daya serta putar belit segelintir pemimpin PAS yang licik disebalik ayat-ayat Allah swt untuk menipu bangsa hari ini.

Hari ini segala isi pengajaran dari surah al-Baqarah tersebut tidak lagi menjadi pegangan PAS lagi kerana mereka kini sudah bersama-sama Kapiaq harbi [DAP].

Tipu daya PAS terhadap bangsa kian ketara bilamana PAS hari ini, tidak lagi mengkufur atau mengkafirkan UMNO lagi kerana berkerjasama dengan MCA dan MIC .

Tetapi PAS kini menyerang Politik Bangsa dengan isu-isu penyelewengan dan kroni,politik wang ,rasuah salahguna kuasa,tidak kurang pula menyerang peribadi pemimpin bangsa.

Selain dari menyerang institusi kerajaan yang kononnya diperalatkan oleh pemimpin UMNO.

Segala tipu muslihat PAS hari ini melalui isu-isu tersebut semata-mata untuk melindungi kemungkaran PAS yang lebih nyata kerana membelakangi ayat-ayat Allah.

Hari ini lebih jelas lagi,PAS tidak lagi berhujah melalui surah al-baqarah tersebut.

PAS seolah-olah menafikan isi pengajaran ayat tersebut yang tidak mendatangkan keuntungan pada politik mereka.

“Janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah, ayat 44),

"Pas tetap setia dan berjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya"

Lihat bertapa anggkuhnya PAS...apakah mereka adalah dikalangan orang-orang yang patuh pada ayat-ayat Allah swt?

Itulah suatu helah jahat atau suatu penyelewengan atau tipu muslihat yang diguna pakai oleh pemimpin PAS hari ini untuk menipu bangsa.

Seperti yang tegas oleh Mursydul Am mereka bahawa politik ibarat sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat.

“ Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “-Nik Aziz

Begitulah liciknya dajal-dajal politik memperalatkan Agama demi kepentingan politik mereka.


wassallam.apbs

Friday, September 25, 2009

PAS TERBELIT DENGAN AMANAT "DAJAL".






Setelah pemimpin-pemimpin PAS mengkianati Amanat “DAJAL” Hadi Awang setelah berkerjasama dengan kapiaq harbi [DAP] hari ini .

PAS cuba menyeleweng dan mengguna tipu muslihat dengan tidak lagi berhujah berdasarkan surah al-baqarah setelah mereka terbelit dengan amanat “DAJAL” ciptaan sendiri.

“PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana kerjasama dengan MCA/MIC”.
Tetapi bukanlah kerana UMNO kerjasama dengan orang-orang kafir ia itu cina dan india MCA atau MIC.

Tetapi [KESAN] dari kerjasama tersebut [ UMNO/MIC dan MCA] telah mengakibatkan “Melayu hilang haknya.” – PAS.

Inilah alasan dan hujah pemimpin PAS untuk mengantikan alasan kufur dan kafir sebelum ini yang dilemparkan pada UMNO berdasarkan pada surah al-baqarah tersebut kerana berkerjasama dengan orang-orang bukan Islam.

Hari ini ntuk melindungi PAS dari dituduh kafir atau kufur setelah berkerjasama dengan DAP.

Pemimpin-pemimpin PAS memberi alasan mereka menentang UMNO bukan kerana Pemimpin UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC [orang kapiaq] tetapi kerana pemimpin UMNO telah melakukan penyelengan kesan dari kerjasama yang diberikan oleh MCA dan MIC dengan alasan dan putar belit pemimpin merekat.

[“Berapa banyak tanah orang-orang Melayu tergadai ke tangan orang asing hasil dasar UMNO yang bertuhankan projek.”]

Lihat bertapa bijak ,biadap dan kurang hajarnya segelintir pemimpin-pemimpin PAS yang cuba menangguk diair kroh dalam isu mengkafirkan UMNO menggunakan ayat-ayat allah swt untuk membunuh politik bangsa sendiri.

Benar kata Mursyidul Am nya…

“Politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenang”-Nik Aziz Nik Mat.

Inilah tipu daya serta putar belit yang telah di halalkan oleh Mursyidul Am nya untuk[MEMBUTAKAN ]bangsa dan melindungi kemungkaran mereka yang memperalatkan Agama dan dan Ayat-ayat Allah semata-mata untuk tujuan politik mereka.

“Menentang UMNO bukanlah atas alasan UMNO kufur serta dituduh menolak Islam dan mengambil kebangsaan atau assobbiyyah tetapi semata-mata PAS ingin berkuasa dan ingin merosak Politik bangsa kononya umno mengekal dasar kebangsaan dan menolak Islam”-apbs

“Hari ini apakah PAS bersama-sama DAP berkerjasama berjuang untuk menghalang Umat Melayu kufur dan menjadi kafir demi untuk menegak Hukum Allah swt?

Atau untuk menegak amar maaruf dan mencegah mungkar? Atau PAS ingin menlaksanakan dasar Islam yang sebenar tidak lagi Islam suku,politik suku?

Ternyata hari ini segelintir pemimpin PAS lebih kufur dan lebih kafir dari UMNO kerana sanggup rosakkan Aikdah dengan menyertai adat meyembah bangkai Teoh Beng Hock.

Perbuatan menyertai perayaan mereka membawa kepada menyerupai mereka.
Menyerupa orang kafir adalah dicela berdasarkan hadis yang dirawayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
من تشبه بقوم فهو منهم
Ertinya: Sesiapa yang menyerupai satu kaum, maka dia adalah daripada kaum tersebut.

Apakah PAS merasai mereka belum mencapai tahap kufurkah lagi melalui perbuatan meyembah bangkai dan lilin ?

Allhuakbar kebalnya ilmu Agama mereka?

POLITIK SEPERTI SEBUAH PEPERANGAN YANG PENUH PUTAQ BELIT.





Nik Abdul Aziz berkata, dasar yang diperjuangkan UMNO selama ini tidak betul memandangkan UMNO menolak Islam dan mengambil kebangsaan atau assobiyyah.

“Ketika Allah memerintahkan malaikat supaya sujud menghormati Nabi Adam a.s maka telah sujud semua malaikat kecuali iblis yang enggan dan berbesar diri.

Ini disebabkan iblis merasakan dia lebih mulia daripada Adam.

Ini disebabkan Adam diciptakan daripada tanah sedangkan iblis diciptakan daripada api.Oleh itu iblis berbangga dengan kejadiannya dari api hinggakan ia memandang rendah pada Adam.

Ini juga suatu bentuk fahaman assobiyyah atau nasionalima(unsuriyyah).

Firman Allah ertinya:

Dan ingat ketika kami berkata kepada malaikat “Sujudlah bagi Adam”,maka mereka semua sujud kecuali iblis yang enggan dan berbesar diri kerana itu adalah mereka dari kalangan golongan kafir.

“UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA"

“Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..”
(Kuliah Di Marang 1983)Melayu @ UMNO kufur.

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memeliharanya dan menjaganya." (Surah al-Hijr, ayat 9)

Al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda atau diputar belitkan Kerana Allah memberi jaminan bahawa Dia akan menjaga ayat-ayat (al-Quran) daripada sebarang penyelewengan.

Cuma di hari ini manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai helah jahat atau mengguna tipu muslihat untuk mengahalkan cara mereka.

“Politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi ‘peperangan’ dalam pilihanraya. “
-Nik Aziz

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.