Monday, May 10, 2010

TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO PADANG SERAI APA SUDAH JADI..??


Bukan sekadar Timbalan Ketua Bahagian yang kononnya begitu aktif berkhidmat pada masyarakat setempat ke hulu ke hilir bersama wartawan sebuah akbar tempatan menerjah menabur bakti…tidak hadir dalam Majlis Perasmian Masyuarat serentak cawangan-cawagan UMNO Bahagian Padang Serai…baru-baru ini

Tetapi dalam Majlis yang berlansung di Dewan Kattu Raja bersama pemimpin BN Negeri kelibat Timbalan Ketua UMNO ini juga tidak muncul lagi…

Sepatutnya dalam Majlis Malam Kebudayaan Satu Malaysia Anjuran MIC semperna berlangsungnya Majlis penyerahan borang Ahli dari bekas penyokong PKR menyertai MIC .

Sebagai Timbalan kepada pengurusi BN Negeri seharusnya beliau ada bersama-sama dalam majlis hari ini.

Memandangkan Pemimpin di Peringkat Negeri turut hazir dalam majlis tersebut…tetapi malangnya Timbalan Ketua Bahagian tidak muncul dalam majlis yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi Parti.

Pelik dan cukup menghairakan…jika Timbalan Ketua Bahagian UMNO sebelum ini mampu menjalin kerjasama bersama MP PKR iaitu YB Gobala Krisnan mengapa Timbalan Ketua Bahagian ini tidak mampu menjalin hubungan sesame sendiri… lebih lebih lagi dalam majlis yang dihadiri oleh kepimpinn tertinggi negeri..

Apakah Timbalan Ketua Bahagian UMNO Padang Serai merasai Majlis tersebut tidak layak untuk beliau menghadiri selain Dato’ Najib atau PM sendiri.

Hebat cukup hebat Timbalan Ketua Bahagian UMNO Padang Serai hari ini…

Apakah ia sebagai satu isyarat untuk UMNO Negeri melakukan sesuatu supaya ia tidak menjejaskan imej Parti seterusnya merosakkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin UMNO yang berbalah sesama sendiri.…

Dimana kepimpinan melalui tauladan yang diamalkan oleh pemimpin UMNO selama ini.

Sepatutnya dalam Iklim Poltik UMNO hari ini perkara-perkara sedemikian tidak seharusnya dibiarkan terjadi…jangan kerana nila setitik merosak susu sebelanga…atau jangan menjadi ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul…dan jangan memberi ruang dan lubang untuk musuh menikam dari belakang…

Pada pucuk kepimpinan UMNO negeri renung-renunglah sikap sgelintir pemimpin UMNO hari ini…apakah mereka layak untuk menyatu padukan bangsa..... sedangkan mereka sendiri [pemimpin] masih pincang dan tempang…jangan biarkan rakyat hilang kepercayaan kerana setitik nila…..

Rakyat tidak perlu pemimpin spesis ini….!!!

Komentar :

ada 11 comments ke “TIMBALAN KETUA BAHAGIAN UMNO PADANG SERAI APA SUDAH JADI..??”
non misai said...
pada hari 

Timbalan Ketua UMNO mana ada , dia pi turun padang bawa Gobala lawat kawasan .Dia lebih cerdik dari puak umno yang dok ada.

Anonymous said...
pada hari 

tuan jangan ler ckp mcm ni mungkin timbalan ada keja lain kot....skrg tuan dedahkan kt dlm blog...biaq semua org tau masalah dlman umno pdg serai....tuan rasa ini bagus ker....politik dalaman biaq selesai kt dalam udah ler....tak payah nak heboh2....dok diam udah...saya rasa semua sama jer

Anonymous said...
pada hari 

skrg ketua bahagian pn gayanya dah lain dari yg dulu....mai kita sama2 pakat pikiaq.....renung2kan lah.....sampai bila.....harus ada jalan penyelesaian antara ketua bahagian dgn timbalan......dulu ok kenapa skrg tak ok...mesti cari punca...bkn sembur api bg nyala lagi...

Anonymous said...
pada hari 

Salam untuk semua, kita selalu mempertikaikan masalah dalam Bahagian dan atasan tetapi kita tak renung masalah cawangan yang tidak mempedulikan bagaimana nak memperkuatkan Umno. Contohnya ahli baru tak mau tambah, kalau tambah pun hanya yang boleh sebut "yes" saja,yang pandai sikit(ada ilmu atau degree )tak boleh jadi ahli , takut lawan tokey. Sedangkan komuniti kg. perlukan pembaharuan.Dalam cawangan juga banyak ajk umno yang kaki "pau" tak tiada tindakan yang diambil. Macam mana pokok nak kuat kalau akar banyak yang sakit. BHg. P. Serai tolong pantau masalah ini.

Anonymous said...
pada hari 

PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU.
JADI BERSATU PADU JE LAH. SEDANGKAN LIDAH LG TERGIGIT. UMNO BAHAGIAN PADANG SERAI AMAT MANTAP DENGAN KEPIMPINAN YANG BERBAHAGIA ABD RAHMAN BIN MAHMUD. SOKONGAN SEMUA ADALAH KUNCI KEKUATAN. JOM SOKONG UMNO!!!
-alun-

awangsulung said...
pada hari 

timbalan umno bahagian...diharap sabar dgn karenah org yang gila kuasa.kami semua tahu sapa yg selama ni jadi duri dalam daging. rahman oh rahman.....sikalang bank sulah xdak lagi looo.p la rasmi masjid..jgn dok rasmi jalan jirat china.rahman gunting reben....zubib pegang talam.

anasrullah said...
pada hari 

hidup melayu....hidup timbalan adalah pejuang tulin.rahman sapu duit umno bahagian

Anonymous said...
pada hari 

renung2kanlah..bila berada dibawah kepimpinan org yg diri sendiri gagal dipimpin
1.dapat jawatan tp mesyuarat tak mai jauh sekali program malah sibuk dengan agenda politik peribadi
2.mungkin kuasa kini di tangan tp sejauh mana dia mampu membawa halatuju UMNO pdg serai sdgkan selama ini bawa hala sendiri sj.jentera terang2 tak mau bekerjasama nak bungkus lagi ka pdg serai kali ni. ayat jelas:kalah sebelum bertanding lg
3.sejauh mana tempat ketua tu layak utk org yg bertanggungjwb menjatuhkan mantan ketuanya
fikir2kan lah..pemimpin yg terbukti malice intentionnya memang tak layak utk jd ketua pun

Anonymous said...
pada hari 

semua ni angkara cikgu zubir le

Anonymous said...
pada hari 

BAGI ORANG-ORANG KUAT UNMO PADANG SERAI, TERUTAMA TIMBALAN KETUA PEMUDA, EN HALIM BIN HAJI HASSAN TU KENA PEKA SIKIT, KENA TAHU SIAPA KAWAN DAN SIAPA MUSUH DIDALAM SELIMUT. SEBAGAI SEORANG YANG ADA DARAH UMNO SAYA AMAT TERKILAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI BILA TIBA-TIBA DIA BOLEH DUDUK DIKEDAI MINUM PAGI DENGAN ORANG YANG DAH LAMA ASYIK KUTUK DIA DAN BERSUARA LANGTANG AJAK ORANG MENJATUHKAN DIA DAN TIBA-TIBA BOLEH DUDUK SEKALI. HALIM AWAK KENA TAHU DAN KENAL KAWAN. SELIDIKLAH SIKIT. AKU MEMANG DARAH UNMO DAN AKU PANTANG ORANG MACAM NI. PAK YA SUNGAI ULAR TU, DAH BERTAHUN SEMBANG AKU TAU DIA NAK HANG JATUH. DIA PERBURUK HANG KAT TEMPAT NI, TEMPAT MAKAN MINUM PAGI KAT JABATAN HUTAN LAMA KILANG LAMA NI. ALIH=ALIH SIKIT MASA NI JADI LAIN.. EN HALIM..INGAT DURI DARI DAGING..

Anonymous said...
pada hari 

BAGI ORANG-ORANG KUAT UNMO PADANG SERAI, TERUTAMA TIMBALAN KETUA PEMUDA, EN HALIM BIN HAJI HASSAN TU KENA PEKA SIKIT, KENA TAHU SIAPA KAWAN DAN SIAPA MUSUH DIDALAM SELIMUT. SEBAGAI SEORANG YANG ADA DARAH UMNO SAYA AMAT TERKILAN DAN RASA TIDAK PUAS HATI BILA TIBA-TIBA DIA BOLEH DUDUK DIKEDAI MINUM PAGI DENGAN ORANG YANG DAH LAMA ASYIK KUTUK DIA DAN BERSUARA LANGTANG AJAK ORANG MENJATUHKAN DIA DAN TIBA-TIBA BOLEH DUDUK SEKALI. HALIM AWAK KENA TAHU DAN KENAL KAWAN. SELIDIKLAH SIKIT. AKU MEMANG DARAH UNMO DAN AKU PANTANG ORANG MACAM NI. PAK YA SUNGAI ULAR TU, DAH BERTAHUN SEMBANG AKU TAU DIA NAK HANG JATUH. DIA PERBURUK HANG KAT TEMPAT NI, TEMPAT MAKAN MINUM PAGI KAT JABATAN HUTAN LAMA KILANG LAMA NI. ALIH=ALIH SIKIT MASA NI JADI LAIN.. EN HALIM..INGAT DURI DARI DAGING..

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.