Monday, July 12, 2010

BETOI KA HANG TUAH MAHARAJA DINASTI AYUTIA?...ATAU MELAYU DIBUTAKAN SEJARAH SELAMA INI?


YANG DI PERTUAN KEDAH 1862-1876 (terakhir), Di kenali sebagai Long Jaafar di Perak sebelum menaikki takhta sebagai Maharaja Benua Islam Siam Nagara Kedah. Baginda disebut-sebut sebagai Orang Kaya @ Penghulu. Penghulu adalah bertaraf raja daerah.

Tidak juga disebut bahawa baginda jugalah Bendahara @ bakal pengganti maharaja dizaman dahulu. Baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun 1876 dengan cara dipijak dengan gajah di belakang tapak Balai Polis Gurun hari ini.

Thai menjajah Kedah selama 5 tahun, sehingga tahun 1881. Sepanjang tempoh ini, mereka memusnahkan bukti-bukti sejarah seperti istana dan kota-kota bersejarah (lebih 15 kesemuanya). Kemudian dalam tahun 1881 barulah mereka melantik Sultan Abdul Hamid, Raja Kota Kuala Muda sebagai Sultan Kedah.

Kenapa sejarah ini digelapkan?

Pemerintah Nagara Kedah yang ke 10 bergelar Narasu An Ayuthia (Duli Yang Pertuan,Ayuthia). Duit emas yang dijumpai di Langkawi adalah dari zaman pemerintahan baginda.Baginda ayahanda Rama Tibodi I yang membuka Ayuthia.Batu nisan Permaisuri baginda, Puteri Parsi telah dipecahkan dengan tidak sengaja oleh traktor yang mengundur kerana makam ini terletak ditepi jalan. Persatuan Sejarah Negeri Kedah buat apa? Kenapa tidak pagarkan kawasan ini. Takkan lah tak ada peruntukkan untuk menjaga makam-makam ini semua.


1. SEWAKTU HENDAK MENCAPAI KEMEREDEKAAN NAMA KEDAH ADALAH DIANTARA NAMA-NAMA YANG DICADANGKAN UNTUK NAMA NEGARA KITA. BETUL KAH?

2. SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.

JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA?

Begini lah teknik yang digunakan oleh Inggeris dan Thai sewaktu membunuh Sultan Jaafar Mad Azam Syah dalam tahun 1876 dahulu di belakang balai Polis Gurun.Gurun bermaksud 'gerun". Thai kemudiannya menjajah Kedah selama 5 tahun hingga tahun 1881dan memusnahkan 15 istana Maharaja Benua Islam Nagara Kedah.

Chulalongkorn kemudiannya melantik menantunya Sultan Abdul Hamid yang berkahwin dengan Cik Manjalara menjadi Sultan Negeri Kedah.

Selanjutnya disini......

Komentar :

ada 10 comments ke “BETOI KA HANG TUAH MAHARAJA DINASTI AYUTIA?...ATAU MELAYU DIBUTAKAN SEJARAH SELAMA INI?”
pencinta kebenaran said...
pada hari 

salam...sy sekadar memberi pendapat..blog sejarahnagarakedah tu hanya ingin menaikkan siam anai2 nya saja...klau org bertanya mau di marah dimakinya..malahan ada entry telah di ubah sekiranya menjerat diri mereka sendiri..

cuba bg check and ballance.. slain dr blog sejarahnegarakedah sy juga baca mistisfiles.blogspot.com.. pd sy hujah penulis di blog ini lebih konkrit dan jika ada ada perdebatan tidak lah dimaki hamun seperti dlm blog yg satu lg..

Anonymous said...
pada hari 

emmmmmm.....apa motif buat cerita gini ? betul ke ni?

susah nak percya ...atau ini cuma cerita dongeng ?

Anonymous said...
pada hari 

ATAU...MELAYU YANG TELAH DIDOGENGKAN OLEH BRITISH ANON 9.16. INGAT KISAH ISLAM DINUSANTARA.APAKAH IA JUGA SATU CERITA DOGENG?

siput babi said...
pada hari 

Sebenarnya mesej dia hendak menyatakan dimana undi bukan melayu dalam pru 13 nanti masih goyah pada bn/umno.

orang kampung said...
pada hari 

pencinta kebenaran > betul apa yang tuan katakan..sebab saya pernah bertanya beberapa perkara untuk penjelasan, mereka tidak menjawab malah memarahi saya. Mereka mahu orang lain menerima pendapat mereka tetapi tidak mahu menerima pendapat orang lain. Di dalam kajian sejarah, sikap terbuka amat diperlu kerana setiap penemuan pasti akan ada fakta-fakta mahupun bukti bagi menyokong penemuan tersebut.

Anonymous said...
pada hari 

setiap blog, lain ceritanya tentang HAng Tuah ni..wallah hualam..

Anonymous said...
pada hari 

Saya tiada masalah, sy tanya dengan elok dan sy berpuas hati dengan jawapan yg diberikan. Mungkin cara bertanya biadap jangan pula nk salahkan org lain. Awak yg kena bertanya dahulu. Kalau dh bertanya secara biadap takkan org nk jawap elok.

Anonymous said...
pada hari 

Bagi saya, kalau saya mencintai kebenaran saya hanya akan berpegang pada jalan cerita kebenaran itu dan tidak akan melihat sikap mana-mana individu atau sesiapa yang menulis mana-mana artikel. Pendapat mereka adalah pendapat mereka dan, "..they are entitled to their own opinion" dalam menulis sejarah. Lainlah kalau kita ada agenda tersendiri untuk MENYANGKAL usaha pihak lain itu yang saya kira mereka BERJAYA membongkar sejarah bangsa Melayu di utara semenanjung.

Datuk Pendita said...
pada hari 

Tak Melayu Hilang Di Dunia? JAWAPAN DARI DATUK HANG TUAH-Memang tajuk ayat kat atas tu 'famous giler', kan? Semua orang mengaku dia biasa dengar.Tapi takat dengar, belum tentu tau, takat tau belum tentu faham, takat faham pulak belum tentu dapat menghayatinya, takat menghayati pulak belum tentu dapat melaksanakan? Ramai yang mengaji, tapi tak pernah mengkaji..diberi iman dan akal tapi letak kat lutut?

Apple Putih said...
pada hari 

Sebuah blog yang saya kira cukup menarik. Terasa seolah-olah pembacaan sejarah bangsa Melayu tidak lagi tersangkut disana-sini.Saya habiskan pembacaan saya dalam masa 2 hari. Harus ada keterbukaan daripada pembaca ketika meneliti penulisan sejarah diblog ini. Jika ingin berpegang pada sejarah mainstream silakan, namun usah di nafikan pengkajian sejarah realiti mereka-mereka ini. Tahniah,anaianai diatas keberanian pendedahan walaupun berisiko tinggi.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.