Tuesday, October 20, 2009
Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA - HADI AWANG.
Setelah kemuncak kebangkitan rakyat menentang pemecatan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.Ust Fadzil mengorak langkah menubuhkan GERAK pada tahun 1998
Inilah satu usha Ust fadzil yang patut dipuji oleh PAS hari ini berbanding Hadi Awang yang lebih bersikap ”Tikus membaiki labu” dalam usha menerajui PAS hari ini.
Sikap cepat bertindak Ust Fadzil untuk kepentingan rakyat telah dipuji oleh ramai pihak berbanding Hadi Awang yang hanya bijak mencipta segala amanat dan fatwa kini sanggup pula bersekongkol dengan kapiaq harbi mengadai prinsip Parti.
Melalui GERAK, almarhum Ust Fadzil berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia,tanpa sebarang “kelab Penyokong” yang menghimpun segala bangsa dan agama didalamnya.
Gerak juga berjaya menjadi tema yang cukup berkesan menarik ramai pihak menyertai PAS,tanpa mengadai Prinsip perjuangan PAS selama ini.
Sekali gus meletakkan PAS sebagai parti politik yang cukup terpengaruh dalam PRU12. Lebih-lebih lagi melalui konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” telah berjaya menarik ramai penyokong-penyokong terutama orang melayu disegenap lapisan masyarat menyertai perjuangan PAS.
Melalui konsep tersebut tidak ujud lagi golongan yang tersisih dan diketepikan dalam kerjasama dan mengembeling tenaga ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.
Tapi ..Konsep tersebut tidak dapat diditeruskan mengikut pendokongnya sendiri kerana
PAS dikejutkan dengan pemergian Ust Fadzil mengadap ilahi pada 23 Jun 2002.
Malangnya Konsep tersebut telah diteruskan oleh pegantinya mengikut hawa nafsu yang rakus,tamak dan haloba serta tidak mempunyai perancangan, pengalaman,pengaruh serta dan ilmu pentadbiran yang cukup. Malah mereka bersedia pula untuk diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.Seperti yang pernah ditegaskan oleh Anwar sebelum ini.
Selepas kekalahan teruk dalam PRU 11 lalu, dilihat Terengganu jatuh ke tangan BN, dan kelantan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan; hidup segan mati tak mahu.
Berbekalkan 1 kerusi sahaja ketika itu Hadi beramanat lagi“amanat perdana Pemangku presiden”-Hadi Awang.
Antara kandungan amanat itu adalah;
”justeru itu, Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamal kini di peringkat federal.
”seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat federal atau pusat yang mendokong perlembagaan persekutuan yang ada”
(sila rujuk buku ”sejarah sebagai hakim muktamad”, muka surat 122)
Melalui Amanat “DAJAL” yang entah kali yang ke berapa puluh dicipta dan direka oleh Hadi Awang disetiap saat menjelangnya Pilihan Raya umum maupun kecil terus menjadi panduan dan amalan penyokong-penyokong PAS.
Akhirnya menjelang beberapa minggu sebelum PRU12, PAS yang kemaruk kuasa setelah tewas dalam PRU11 telah bersedia untuk diperalatkan oleh Anwar dan DAP pula berpandukan kepada Amanat “DAJAL” Hadi Awang untuk menghadapi PRU12 iaitu..
“tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud”Kedalam manisfesto PAS PRU12 serta mengugurkan Negara Islam dan hudud.,kononnya yang menjadi punca perpecahan BA sebelum ini”
Terbukti dalam satu Seminar anjuran PKR di Hotel Sri Malaysia Sungai Petani PAS menggugurkan Negara Islam diatas persetujuan DAP.
Walaupun terpaksa tunduk serta akur dengan desakkan DAP.Walau bagaimanapun PAS tetap dengan pendirian mereka..
“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.
"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
PRU12 terbukti PAS tidak memasukkan negara Islam dan perlaksanaan hudud” dalam manifesto pilihan raya mereka.
Akhirnya dalam PRU12 hasil dari pemaufakatan PAS,DAP dan PKR membuahkan hasil yang lumaian bilamana mereka berjaya menawan empat buah Negeri iaitu,Selangor,Perak,Pulau Pinang dan Kedah.Lalu tertubuhlah kerajaan pakatan kapiaq harbi bersama DAP.
Tetapi Malangnya konsep yang begitu berkesan iaitu
“ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”
Tidak dipacu kearah yang dirancang…agar tidak terjejas usha untuk kerjasama mengembeling tenaga ulama dan professional ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.
Tetapi PAS meneruskan usha sebaliknya, kerjasama mengembeling tenaga ke arah penubuhan “Negara Kebajikan” bersama sekutu mereka Kapiaq Harbi DAP.
Iaitu PAS melalui usha mengulamakan pula sekutu-sekutu mereka si-kapiaq Harbi terutama dikalangan pemimpin DAP dan PKR.
Akhirnya PRU12 hasil dari kesinambungan konsep tersebut lahirlah ulamak-ulamak kapiaq harbi ciptaan PAS yang menjadi Idola dan sanjungan penyokong-penyokong serta pemimpin-pemimpin PAS hari ini.
Diantaranya.. lahirlah Ust N.Gobala,Ust Nga dan Ust Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin ulamak lagi yang baru belajar untuk melancarkan ucap tama “assallamu’alaikum” pada umat Islam dalam siri-siri ceramah Politik mereka untuk terus menipu bangsa…dengan alasan dari Pemimpin-pemimpin PAS yang bangang ini… :
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" –
Nik Aziz Nik Mat.
Inilah kejayaan kesinambungan kosep mengulamakkan sikapiaq harbi….dibawah misi dan vesi Hadi Awang dan Mursyidul amnya hari ini yang menampakkan kebenaran dari kenyataan Anwar sebelum ini terhadap pemimpin PAS.
Nampaknya Konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” benar-benar telah melingkupkan hasrat dan cita-cita almarhum Ust Fadzil dan perjuangan PAS untuk berkerjasama dan mengembeling tenaga ulama dan profesional yang dihasilkan ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.
Apabila PAS hari ini telah berkongsi kuasa dengan DAP yang terang-terang menolak kearah penubuhan Negara Islam ia nya memusnahkan sama sekali konsep awalnya.
Anwar yang bijak menyangak kesempatan dan menangguk diair keroh disaat PAS mabuk dan bermimpi dengan kejayaan yang tidak diduga..memperalatkan pula golongan professional yang lahir dari konsep tersebut.
Diantaranya Dr Mohd Mujahid Bin Yusof Rawa, Ust Nasharudin Bin Mat Isa, Datuk Husam Bin Musa, Ariffin Deraman,Dr Dzulkefli Ahmad.Yang lebih dikenali sebagai golongan erdogan yang lebih bermirip kearah Anwar.
Lihat bertapa bijaknya Anwar mengambil kesempatan mempengaruhi golongan ini yang akan mempurak puranda PAS satu masa nanti.
Hari ini terbukti kesinambungan konsep tersebut oleh Hadi Awang bagai tikus membaiki labu dalam politik PAS hari ini bersama PKR dan DAP.
Apakah hari ini seluruh pemimpin serta penyokong-penyokong PAS tidak merasai siapa sebenarnya “Pertualang” dalam usha kearah menghancur hasrat almarhum untuk melihat penubuhan Negara Islam Malaysia benar-benar dapat diujudkan satu hari nanti melalui konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”
Tetapi bilamana PAS cuba mengulamakan kapiaq harbi setelah bersekutu dengan DAP ia seolah-olah ada satu usha untuk menggagalkan konsep ini kearah menuju matlamat asalnya…sekaligus meletakkan perjuangan PAS kearah perjuangan assobbiyah yang lebih rendah tarafnya dari perjuangan UMNO.
Inilah kebenaran kata-kata Anwar sebelum ini yang mengangap bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mempunyai rancangan, pengalaman,pengaruh serta ilmu yang cukup untuk mentadbir Negara.
Mereka sanggup menjadikan diri mereka sebagai pelawak “sarkas” yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedangkan mereka hanyut dalam tepukkan dan takbir…
Hari ini PAS terkapit dan tersepit dicelah-celah antara prinsip dan konsep mengulamakkan si kapiaq harbi dalam usha kearah mengujudkan negara Islam melalui konsep“ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”. itu sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Malahan Kerajaan Terengganu DI selepas mengambil alih kuasa dari tangan PAS 2004 telah dengan pantas membentangkan rancangan melahirkan ulul albab.
Rancangan itu telah dengan serta merta didahulukan dengan penubuhan sekolah Imtiaz yang bertujuan melahirkan proffesional yang sekaligus hafal quraan dan mahir hadis.
Dalam masa yang singkat Terengganu telah berjaya menghantar puluhan orang hafazan setahun keluar negara untuk meneruskan pelajaran dalam bidang bidang proffesional.
Berbanding dengan wang zakat digunakan untuk membiayai perbelanjaan anak exco untuk menyambung pelajaran keluar negara.
Tetapi lebih menariknya apabila konsep Islam Hadhari yang bertujuan untuk menzahirkan sebuah tamaddun berteraskan ajaran Islam dibentangkan Pas bermati matian mengekirukan dan menolaknya.
Sedangkan dalam PRK Bukit Gantang tergantung pula dihadapan Markaz markaz Pas kain rentang dengan gambar Hadi dan Nik Aziz mengandungi slogan Membina tamaddun berteraskan Islam.
Benarlan rupanya mereka ini tidak faham apa apa. Hanya mabuk dan gila kuasa sahaja.
Apabila GMC bercerita tentang Dato Fadhil Nor maka teringatlah hamba kesah yang berlaku sebelum kematiannya.
Syarahan Perdana yang menghimpunkan beliau bersama Tun M. Seronoknya kita semua kerana nampak seperti Melayu sudah hendak bersatu pada ketika itu. Malangnya 5 hari selepas itu Mahfuz Omar telah menolaknya dengan berbagai alasan melalui ceramahnya di Pontian.
Selepas itu Dato Fadhil terbang ke Terengganu untuk berbincang dengan Hadi Awang yang dipercayai sebagai orang disebalik penolakan itu.
Selepas perbincangan itu Dato Fadhil telah jatuh sakit dan dimasukkan kehospital di KT. Kemudian pulang dan dimasukkan ke hospital besar Alor Star. Tenat dan dibawa ke IJN dimana beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Hamba percaya Dato Fadhil terlalu kecewa kerana Hadi Awang telah dengan keras menolak hasratnya untuk bertaubat dan kembali menyatukan Melayu. Itulah sebabnya beliau diserang sakit jantung di KT itu.
Semuga Allah menerima taubatnya itu dan menempatkan rohnya bersama roh orang orang solleh. Inshaallah.
Wallahhuaalam.
salam.
Sebenarnya Konsep mengulamakkan Profesional dan memprofesionalkan ulamak...bukan kesudannya dengan mengulamakkan kapiaq harbi..seperti yang dilakukan oleh Hadi Awang dan Musyidul am mereka.
Tetapi bila nafsu memerintah melebihi ilmu memerintah puak2 sekutu kapiaq harbi ini mengambl jalan mudah untuk mencapai matlamat "DAJAL" mereka.
Akhirnya konsep yang begitu baik telah tercemar di tangan mereka yang tidak berpengetahuan dalam ilmu pentadbiran...
salam.
Sewaktu Ust Fadzil berada diIJN Anwar juga beberapa kali datang menziarahi Ust Fadzil,....dan akan GMC dedahkan beberapa siri pertemuan dua sahabat berikut.Insyaalah !
salam.
Terima kasih diatas penjelasan Che Leh Janguk yang dapat mambantu memperjelaskan lagi tipu muslihat PAS terhadap orang melayu terutama penyokong PAS hari ini...melalui konsep "Mengulamakkan Profesional dan memprofesionalkan ulama...telah tersasar membawa kepada mengulamakan si kapiaq harbi oleh PAS hari ini.
Hari terbukti Hadi Awang dan Mursyidnya harus mempertanggung jawabkan diatas usaha mengagalkan perjuangan PAS selama ini.
Hari ini mereka tidak perlu lagi menunding jari dan mencipta Amanat serta fatwa Dajal mereka lagi untuk melindungi tipu daya mereka terhadap umat islam hari ini.
Kerana mereka adalah pertualang dan dalang yang menggagalkan kearah penubuhan Negara Islam...
wassallam.apbs.