Thursday, October 22, 2009

MEREKA SANGKA MEREKALAH WIRA AGAMA....






Mereka sangka mereka wira agama,tetapi sebenarnya merekalah pertualang.

Mereka sangka cara mereka berjuang mendapat pahala,sebenarnya bala dan neraka mereka akan terima..apa tidaknya mereka berjuang berdasarkan nafsu dan syaitan…

Pejuang sebenarnya penyelamat..bukan berjuang untuk merosakkan kasih sayang sesama Islam…sedangkan kasih sayang sesama Islam itu adalah disukai allah swt…

Mereka berjuang bukan untuk mendaulatkan Islam tetapi mereka berjuang merosakkan keindahan islam.

Mereka berjuang bukan untuk menghasilkan kemajuan dan kejayaan tetapi mereka berjuang untuk mengabdikan diri dengan kapiaq harbi..bukan mengabdikan pada agama dan bangsa sendiri.

Mereka sangka merekalah wira agama,tetapi sebenarnya merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka sangka merekalah pejuang mecegah kemungkaran sebenarnya merekalah golongan yang menghalalkan dan mempertahankan segala kemungkaran.

Mereka sangka merekalah sebaik-baik pemimpin, sebenarnya merekalah dikalangan penghuni neraka wail..apa tidaknya mereka adalah perjuang yang berselindung dibalik serban dan janggut berhujjah menggunakan Al Quran.

Mereka sangka merekalah pembimbing ummat kesyurga ,sebenarnya merekalah syaitan yang membimbing ummat keneraka.

Apa tidaknya merekalah diantara golongan yang yang bijak bermuka-muka dengan hukum allah ta’ala.

DIMANAKAH KEBENARAN KATA-KATA MEREKA….??!!

“13 Ogos 2000 kenyataan YAB Hj Abd Hadi Awang.
Beliau mendakwa [PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam.]”

DIMANA KEBENARANNYA?

“Hadi Awang ada menyampaikan satu amanat yang dikenali “amanat perdana Pemangku presiden”

Antara kandungan amanat itu adalah;

”Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu.

PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk TIDAK [memasukkan] persoalan [Negara Islam] dan perlaksanaan [Hudud] di peringkat federal.”
“Peruntukan mengenai Islam adalah [mencukupi].”

”Seandai menang dalam pilihanraya akan datang PRU12

Barisan Alternatif atau pembangkang akan menubuhkan sebuah [kerajaan demokratik] dan adil diperingkat federal atau pusat. Mendokong [perlembagaan persekutuan yang ada]”
(sila rujuk buku ”sejarah sebagai hakim muktamad”, muka surat 122)

“Kita menentang UMNO ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.”

DIMANA KEBENARANNYA?

Sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda.

"Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat.”

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara.
Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan:

“Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara".

Mengapakah Hadi Awang [PAS] tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara?

“Kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

DIMANA KEBENARANNYA.


"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.”

Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang.

Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam.

Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi “TIDAK” untuk agama lain.

DIMANA KEBENARANNYA.

“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.

“Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam.”

DIMANA KEBENARANNYA.

Apakah umat Islam juga disuruh berkerjasama dan belaku adil terhadap kafir harbi yang menentang Islam .

“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.

"Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004

“PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999”

DIMANA KEBENARANNYA.

Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri.Atau sama-sama berkongsi kuasa memerintah Negeri?

“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah.

Dan apakah kerjasama PAS/DAP hari ini dapat membantu dan memberi keuntungan pada seluruh umat Islam sepertimana perjanjian dalam peristiwa Telaga Yahudi?

Hari ini seluruh umat Melayu yang mengakui dirinya Islam renung-renunglah tipu daya dari sekutu –sekutu kapiaq harbi ini.

Dimana kebenaran di setiap kenyataan mereka pada kita dan seluruh bangsa…..

Jangan biarkan mereka terus memperlembukan kita disebalik,serban,lebai,jubah,jangut dan amanat “Dajal” mereka pada kita.

Kerana merekalah golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam dan perpecahan persaudaraan kita.

Komentar :

ada 3 comments ke “MEREKA SANGKA MEREKALAH WIRA AGAMA....”
Frodo Baggins said...
pada hari 

malaysia negaraku terchenta ...

malaysia ada daulatnya ...

tak semudah tu ditembusi petualang agama & bangsa

insyaallah

Unknown said...
pada hari 

itu sebagai wayang semata mata

YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam bro, inilah yang dikatakan Islam hanya dimulut, bukan dihati.......

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.