Friday, October 9, 2009

LAGI PEMBONGKARAN KEGAGALAN PAS..





Selepas tujuh bulan (kini sudah mencapai 2 tahun) PAS memerintah nampaknya pelaksanaan Islam,khusunya NAHI MUNGKAR masih Gagal untuk dilaksanakan oleh kerajaan negeri.Berikut antara kepincangan yang dapat di lihat:

[PAS kawaan Alor Setar]

a. Tidak nampak apa-apa pun tindakkan(sekurang-kurangnya langkah awal dan berfasa) untuk mengharamkan arak dan judi.

b. Tidak ada enakmen yang jelas berhubung hiburan,garis panduan berhubung halal haram dalam persembahan.

c. Tidak ada tindakkan terhadap kelab hiburan yang beroperasi sehingga melebihi waktu tertentu.

d. Tiada peraturan berhubung etika berpakaian,sekurang-kurangnya untuk umat Islam sahaja.

e. Tiada peraturan berhubung pengiklanan,sehingga iklan tidak menutup aurat bebas dipaparkan.

f. Tidak ada usaha langsung untuk merobahkan pusat pelacuran dan kegiatan pondan di tanjung Bendahara.Salah satu tempat yang jadi tapak kegiatan maksiat tersebut adalah diatas tanah wakaf Majlis Agama Islam.

g. Tiada langkah yang berkesan untuk bertindak terhadap pihak yang tidak menghormati bulan Ramadhan dimana mereka bebas untuk berniaga sejak awal pagi.

h. Tiada langkah yang yang diambil untuk menghapuskan aktiviti muqaddimah zina di tempat-tempat berleluasa kegiatan tersebut.

i. Arak dijual dan diminum dengan bebas di Langkawi Permata Kedah.Sehingga Langkawi hari ini kelihatan hilang identity Islamnya sedangkan Kedah di Perintah oleh parti yang memperjuangkan Islam.

Inilah kegagalan pentadbiran PAS di Kedah yang selama ini mencanangkan “kita mesti menegakkan maaruf dan menhapus mungkar bila diberi mandate oleh rakyat .

Hari ini terbukti 7 bulan sudah berlalu kini Pemerintahan PAS di Kedah sudah menjangkau 2 tahun apa yang mereka canang selama ini untuk melaksana Islam dalam segenap bidang hanya tinggal janji-janji kosong.

Hari ini Anwar lebih mengenali siapa dikalangan mereka yang berada dibarisan depan politik PAS.

Lebih-lebih lagi hari ini ramai dikalangan mereka adalah pak-pak turut yang kemaruk pada jawatan dan pangkat mereka ibarat hyena menghurung bangkai buruan singa betina bila PAS memiliki sedikit kuasa.

Terbukti kata-kata Anwar Ibrahim menjadi kenyataan hari ini…

“PAS TIDAK MEMPUNYAI RANCANGAN UNTUK PEMBANGGUNAN RAKYAT,TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN,PENGALAMAN DAN TIADA KETOKOHAN,USAHLAH BERANGAN-AGAN KOSONG.”- Anwar Ibrahim.


Apakah PAS hari ini masih ingin meneruskan angan-angan kosong atau menerus pembohongan mereka terhadap rakyat di Bagan Pinang pula?

….bersambungan dalam siri pembohongan PAS seterusnya yang disuarakan oleh penyokong-penyokong mereka.

Wassallam.apbs.

Komentar :

ada 2 comments ke “LAGI PEMBONGKARAN KEGAGALAN PAS..”
Che Leh Jangok said...
pada hari 

Mana boleh depa buat apa apa. DAP kan dok jaga teraju mereka.

YANG GAMBI said...
pada hari 

PAS akan meneruskan kesinambungan gaya pembohongan mereka sampai Malaysia, orang Melayu Islam berkubur kuasa.........

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.