Wednesday, October 7, 2009
TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN.
Kaedah-kaedah yang harus dilaksanakan ketika seseorang itu sedang nazak.
1. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yaasin – yang lain-lain boleh bersama-sama semak.
2. Sebaik-baiknya orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terrdekat yang mempunyai perasaan kasih kepada orang yang sedang nazak.
3. Merenung wajah orang yang sedang nazak sebelum surah Yaasin dibacakan untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
4. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yaasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz kalimah “Laa ila ha illallah”.
5. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap kalimah “Laa ila ha illallah” lagi.
6. Diteruskan sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.
Hari yang ke-40: “Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.”
-Tanda-tanda saat kematian.
Beginilah al-kisahnya yang GMC terbaca dalam Blog YanGambi kenyataan Azizan Razak MB PAS kedah yang begitu berani itu.....
“ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Syariah di negara ini memandangkan Islam adalah agama rasmi dan undang-undang Syariah sudah lama diguna pakai.
"Kenapa nak pertikai undangundang yang dah ada? Saja nak cari publisiti, buang masa, nak bagi orang sakit hati dan nak buat suasana jadi tidak stabil," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan watikah pelantikan anggota Lembaga Rayuan, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri di sini hari ini”
“Kalau Azizan Menteri Besar Kedah dari kerajaan PAS mengakui bahawa Malaysia sebuah Negara Islam, mengapa tok guru Nik Aziz, Hadi Awang dan pemimpin-pemimpin PAS lain masih melebelkan Malaysia bukan sebuah Negara Islam ?”
Kenyataan Azizan Razak yang menampakkan keberaniannya itu pada GMC seolah-olah kenyataan orang yang sedang nazak.
Samada ia akan bersama-sama kita didunia lagi atau dia akan meninggalkan segala-gala menemui illahi.
Apa pun GMC masih berdoa moga-moga Azizan Razak dipanjang Umur serta dimurahkan rezeki…
Lebih-lebih lagi sanggupkah beliau meninggalkan kesan inai dijari yang mungkin masih merah menyala itu lagi….
Pada Allah swt GMC panjat doa restu untuk mu Azizan Razak agar dipanjang umur .
Kerana urusan mu untuk membereskan segala janji dalam manifesto belum lagi langsai dan terlaksana.
Biarlah pemergian mu nanti…diiringi doa’ oleh sekelian rakyat kedah.
Dan janganlah hendaknya pemergian mu nanti diiringi gendang dan rebana oleh rakyat dari insan-insan yang tertindas dengan kuasa yang Allah berikan mu hari ini.Amin……...
Andainya Azizan Razak mengakui Malaysia adalah negara Islam.
Mengapa Azizan Razak masih sanggup bersekongkol dengan kapiaq harbi dan memusuhi perjuangan anak buahnya hari ini?
Bukankah kenyataannya ini mengambar seolah-olah Azizan Razak sudah berada dihari yang ke-40 tanda-tanda saat kematian.
Apa lagi yang Azizan Razak serta sekutu-sekutunya ingin perjuangkan bersama-sama DAP hari ini?
“Kalau tidak, masakan ustad Azizan Menteri Besar PAS begitu berani mengakui Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang telah melaksanakan undang-undang syari’ah di dalam Negara.”-Blog YanGambi
Mengapa Azizan Razak tidak meninggalkan saja perjuangan yang sejak kebelakangan ini telah lari jauh dari perjuangan asal PAS sebelum ini.
Sebagai seorang yang berpengalaman dan lama bersama-sama perjuangan PAS.
Apakah Azizan Razak tidak nampak perbezaan yang cukup ketara belaku didalam politik PAS hari ini?
Apa bezanya PAS hari ini dengan UMNO?
Perbedzaannya yang ketara hanya PAS sanggup berkongsi kuasa bersama kapiaq harbi dan UMNO pula berkongsi kuasa dengan kapiaq zimmi.
Tinggalkan lah perjuangan yang karut marut itu...
Walau apa pun mengingati mati adalah sunat…pada kita yang masih hidup.
Lebih-lebih lagi pada mereka yang dipilih dan beri amanah oleh bangsa….
wassallam.apbs.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.