Sunday, October 4, 2009
HELAH PAS DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN. DI DUN N31,BAGAN PINANG.
“BAGAN PINANG, 4 Okt - Upacara perasmian Ekspo Kenali Kelantan yang berlangsung semalam di perkarangan rumah Pak Din, Bagan Pinang dirasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad bin Yaakob, Timbalan Menteri Besar Kelantan.”
“Ekspo bertemakan 'Kelantan Dinamik, Kelantan Progresif, Kelantan Harmoni' itu bermula dengan persembahan dikir barat dan disusuli persembahan multimedia Wanita Kelantan.”
“Tujuan ekspo ini adalah untuk memberi penjelasan bahawa kerajaan Kelantan bukanlah pembangkang sebaliknya adalah sebuah kerajaan untuk mentadbir negeri tersebut.”
“Memberitahu ekspo tersebut secara langsung dapat memberi penjelasan tentang kerajaan Kelantan yang memerintah negeri berlandaskan syariat Islam.”
"Ianya diharap dapat menghilangkan kekeliruan atau fitnah daripada kerajaan persekutuan terhadap pemerintahan PAS,"
Dapat memberi gambaran yang jelas tentang negeri Kelantan. Secara tidak langsung, masyarakat setempat khususnya penduduk di Bagan Pinang dapat mengenali negeri kelantan dengan lebih dekat lagi.
PERSOALANNYA APA YANG DINAMIK, APA YANG PRORESIF DAN APA YANG HARMONI?
PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS ATAU RAKYATNYA.
DIMANA KEJAYAAN SYARIAT ISLAM YANG DIMAKSUDKAN OLEH PAS?
DISEBALIK DIKIR BARAT YANG HANYA POPULAR DI KALANGAN RAKYATNYA SAJA?
ATAU DISEBALIK KEGIATAN EKONOMI KAUM HAWANYA…
ATAU HARMONI NYA DISEBALIK KUIL-KUIL YANG MENGHIASI BUMI SERAMBI MEKAH TERSEBUT.
RENUNG-RENUNGLAH DISEBALIK EXPO KENALI KELANTAN YANG TIDAK MENGAMBARKAN KEMAMPUAN PAS MENTADBIR NEGERI.
TETAPI MEMPUNYAI MOTIF DAN AGENDA DISEBALIKNYA.
Adakah EXPO tersebut untuk memberi gambaran itulah kejayaan PAS selama ini yang hanya mampu pengundi-pengundi Bagan Pinang N31 menilai tahap pencapaiannya.
Sistem dan budaya ekonomi serta social mereka masih berada didalam selimut budaya kedaerahan kono mereka.
Seandainya Kelantan benar-benar berada di tahap Dinamik,Proressif dan Harmoni dibawah kepimpinan ulama tersohor mereka.
BAGAN PINANG bukan tempatnya PAS mengadakan EXPO kenali Kelantan yang perasmiannya sekadar diperkarangan rumah penduduk atau penyokong mereka. Lebih-lebih lagi sewaktu kempin pilihan raya berlansung.
Tapi bila EXPO Kenali Kelantan berlansung di Bagan Pinang yang perasmiannyasekadar dibuat diperkarangan kediaman penduduk maka terselah motif dan agenda di sebalik EXPO tersebut semata-mata untuk memperdayakan pengundi-pengundi Bagan Pinang.
EXPO kenali Kelantan adalah taktik kotor PAS untuk mencari jalan mengubah taktik berkempin dengan pelbagai cara untuk memerangkap pengundi-pengundi agar tindakkan mereka menghalal cara yang telah digariskan dalam pra syarat berkempin.
Persoalannya mengapa tarikh pelancaran yang dibuat sekadar diperkarangan rumah penduduk bermula 3hb hari penamaan calun dan berakhir 10hb? sepanjang masa berkempin?
Jika EXPO Kenali Kelantan bukan bermotifkan Politik mengapa ia perlu ditamatkan 10 hari bulan mengapa tidak dilanjutkan sekurang-kurangnya sebulan atau 2 minggu.
Setidak-tidaknya dapat memberi keselesaan pada rakyat tempatan Bagan Pinang mengunjungi EXPO tersebut yang julung-julung kali dibuat seperti yang ditegaskan.
Lebih-lebih lagi kononnya ia mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh penduduk tempatan dan pengunjung luar yang datang semata-mata untuk mengenali Kelantan melalui EXPO tersebut.
Atau apakah EXPO Kenali Kelantan yang berlangsung sempena Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang ini adalah semata-mata adalah satu taktik jahat PAS yang berciri-cirikan larangan Allah pada orang-orang yahudi dalam satu peristiwa seperti dibawah ini untuk mengaburi undang?
“Oleh kerana al-Quran tidak boleh diubah atau dipinda, maka manusia kufur cuba mencari jalan untuk mengubahnya dengan pelbagai cara dan menukar-nukarkan ayatnya jika memungkinkan mereka berbuat demikian”
“Sepertimana orang-orang Yahudi dahulu, apabila Allah SWT menurunkan at-Taurah kepada mereka, yang di dalamnya Allah melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.
Mereka mengikut perintah Allah dengan tidak menangkap ikan pada hari Sabtu, sebaliknya mereka menyelewengkan hukumnya dengan memasang jaring pada hari Sabtu dan mengumpulkan ikan ke dalam jaring.”
Keesokan harinya (hari Ahad), barulah mereka menangkap dan membawa ke darat, ikan-ikan yang sudah terperangkap di dalam jaring sejak hari Sabtu.
Itulah suatu helah jahat atau suatu penyelewengan disebalik EXPO Kenali Kelantan tajaan PAS yang berlansung 3hb dan berakhir 10hb di DUN Bagan Pinang.
Dimana tamatnya EXPO tersebut pada 11hb iaitu bersamaan hari pengundiannya.
RENUNG-RENUNGLAH APA YANG TERSIRAT DISEBALIK EXPO KENALI KELATAN YANG BERBAU POLITIK TERSEBUT PADA PENGUNDI BAGAN PINANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pas maju dengan tempat beribadat kaum non muslim... kaum melayu pula dimundurkan... terdesak nak raih pengundi bukan melayu... nik aziz2... mmg najis la kau..