Sunday, October 11, 2009
BILA PELAWAK SARKES BERBICA RASUAH DI-BAGAN PINANG - SIAMANG PUN IKUT KETAWA.
Bagan Pinang perlu jadi pahlawan memerangi rasuah
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Oct 10, 09 | 6:36:20 pm MYT
BAGAN PINANG, 10 Oktober:
Para pengundi Bagan Pinang mesti bangkit sebagai pahlawan-pahlawan penentang rasuah dengan menolak calon Barisan Naional (BN) Tan Sri Mohd isa Abdul Samad yang dihukum kerana politik wang, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu.
"Para pengundi Bagan Pinang akan dicatat oleh sejarah jika mereka bangkit menyelamatkan masa depan politik negara dari pemimpin yang bersalah kerana politik wang yang merupakan rasuah paling bahaya kerana ia melibatkan pemilihan kepimpinan,"- Mat Sabu. Haprak Daily Akbar thoghut PAS abad ini.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram"-Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
“Golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam. Mereka musuh dalam selimut, dan mereka ini lebih merbahaya daripada kafir. Mereka ini dila'nat ALLAH, dan tempat mereka didalam neraka wail, neraka yang paling bawah”-
[YB [PAS] Kulim Bandar Bahru].
Apa lagi Amanat dan fatwa yang pemimpin PAS akan berfatwa dan bermanat lagI pada bangsa?
Pada Mat Sabu SYABAS hari ini telah mengkotakan segala janji dan kata-katanya “ PAS tidak memainkan isu “kapiaq” lagi untuk menyerang UMNO…lebih-lebih lagi hari ini PAS sudah bersama DAP”
Syabas ! hari ini Mat sabu mengalih serangan terhadap UMNO seperti yang dijanjikan iaitu bukan lagi isu UMNO kapiaq laknatullah seperti dulu…kerana Mat Sabu juga sudah setaraf kapiaq hari ini...mereka serupa! katanya...
Demi untuk menjaga hati DAP dan lain-lain bangsa…kononnya untuk menjaga hati si kapiaq harbi yang kini bersama-sama berada dalam selimut PAS” dan juga untuk menarik minat MIC dan MCA agar dapat menyokong PAS melalui gula-gula “Hapus hak istimewa orang melayu”.Syabas Mat sabu!
Terbukti hari ini Mat sabu tidak menyentoh lagi Isu “KAPIAQ” kerana PAS hari ini sudah setaraf kapiaq Harbi seperti DAP.
Syabas Mat Sabu diatas putaq belit politik kamu akhir-akhir ini bila sudah berpelok bersama kapiaq harbi dan Anwar Ibrahim yang pernah kamu cela sebelum ini.
Syabas Mat sabu ! Hari ini terserlah lah arah dan prinsip perjuangan kamu yang lebih merbahaya daripada “kafir” dan lebih dahsyat dari politik Anwar..yang sangup menyokong UMNO dulu…meninggalkan PAS bersama lambang PAS yang mampu diperbuat dari guni baja subsidi UMNO,seperti yang Anwar perdengarkan ucapannya di Padang Menora,tasek Glugor seberang Prai satu masa dulu…
Mungkin Mat sabu masih mampu mengingati sejarah hitam PAS satu masa dulu bila Anwar mengucapkan selamat tinggal pada pemimpin PAS yang dianggap sebagai pelawak sarkes !
Kini segala-gala indah bila Mat sabu yang sudah bersama Kapiaq harbi dan mampu berpelok kembali bersama Anwar….
Syabas sekali lagi Mat Sabu!!!
Pada pengundi-pengundi Bagan Pinang jangan sama sekali terperdaya dengan tipu helah sekutu si Kapiaq harbi ini.
Bila mereka hari ini beralih untuk menyerang bangsa meninggalkan Amanat "DAJALnya" yang menjadi tangkai azimat sekutu kapiaq harbi ini dulu menyerang poltik bangsa.
Wa’allahualam.
Wassallam apbs.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Syabas, Bang Mat ooi.
Senada dan seirama dengan Anwar Ibrahim, nampaknya.
Tentu Ezam tersenyum......