Wednesday, July 1, 2009
SYABAS ! DAP..TINGGALAH PAS DENGAN LABU-LABUNYA....
•
MB Kedah serah kepada DAP Pusat
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyerahkan kepada DAP Pusat untuk menentukan tindakan DAP negeri ini keluar daripada Pakatan Rakyat.
Katanya, beliau bersedia menerima keputusan itu jika DAP negeri ini mengatasi keputusan DAP Pusat.
Beliau berkata, DAP Kedah tidak sepatutnya memutar belitkan isu perobohan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini dan mengaburi mata rakyat hanya untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.
"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN).
"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su, yang mengesahkan DAP Kedah keluar daripada Pakatan Rakyat di negeri ini berikutan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Pas menangani isu rakyat, khususnya bukan Melayu.
Su berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat tergempar yang dianggotai pemimpin DAP negeri ini di pejabat parti itu di sini, petang tadi.
Katanya, keputusan itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati DAP terhadap tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) meroboh rumah penyembelihan babi di Kampung Berjaya, di sini, petang tadi.
Katanya, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa tempatan itu tidak melambangkan dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang memperjuangkan hak semua kaum di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam gunung mat cincang,
terima kasih banyak membantu..ada perkara yang tidak dapat dibincang terbuka di sini..boleh kita berYM (id- aidceditor) atau bermail- aidceditor@yahoo.com
terima kasih
AIDC
salam singgah,tidak ada yang boleh dipercayai dengan DAP sebenarnya...salam kenal dari Pochong1
Salam. Dan Terima Kasih AIDC dan Pocong yang sudi mengunjungi Blog Gunung Matcincang...dan meninggalkan sedikit komen.Wassallam