Monday, July 13, 2009

LIM GUAN AIK- DAP HANYA NASI TAMBAH PADA PAS KEDAH.






Gerbang Tempur Politik Maya Kmu Dot Net Kes Babi : Azizan Bukan ''Hero'' Kedah!
Contributed by dukeofmontecristo on Sunday, July 05 @ 18:42:32 MYT
Topic: KOMENTAR


“Pergghhh...ramai betoi yang puji Azizan Razak! Pembela rakyat Kg. Berjaya laa..."Hero" laaa...

Tak kurang jugak yang dok ucap tahniah kat MB Kedah tu sebab dah "berjaya" robohkan pusat "cucuk" babi kat tepi "market" Kg. Berjaya nuuu..

Hehehhhe...tapi nampaknya ramai yang silap orang! "Hero" sebenaq bukanlah Azizan Razak yang hangpa dok puji tu.

Insan yang benaq-benaq berjasa kepada masyarakat Kg. Berjaya ni ialah Che Mohamad Che Nai, Setiausaha MBAS tu! Che Mat ni la yang pertahan tindakan merobohkan pusat "cucuk" babi tu”…..


DARI TAJUK BABI: AZIZAN BUKAN “HERO” KEDAH.

Pada aku heronya bukanlah Ustaz Azizan atau Che Mat Che Nai atau pun Dato’ Ahmad Bashah seperti yang disangkakan.

Pada aku tidak hairan jika Harakah Daily.Net melapurkan demikian.

“ UMNO yang paling kuat menentang kewujudan pusat penyembelihan tersebut.”

Ya..aku setuju kenyataan Harakah Daily.Net diatas.
UMNO yang paling kuat menentang berbanding PAS yang memperjuang Negara Islam dalam isu babi tersebut.

Mengapa masyarakat Kg Berjaya lupa pada jasa anak buah MB PAS Ust Azizan Razak ? iaitu YB Pn; Suraya Yaacop salah seorang pemimpin dan wirawati UMNO di Dun N19 Sungai Tiang?

Inilah yang dikatakan oleh Tun Mahathir “ Melayu Cepat Lupa!” lupa pada…orang yang berjasa dan lupa pada anak buah dan daging darah sendiri.

Spesis apakah mereka ini yang lupa segala-galanya.....!!!!

Mengapa harus masyarakat Kg. Berjaya mencalonkan tokoh tokoh pejuang melayu diluar dari kawasan tersebut?

Apa bezanya YB Suraya Yaacop dan Ustaz Azizan??????UMNO dan PAS? Kapiaq dan Islam? Awat kerana UMNO tu kucing? Kucingkah YB Suraya?

Mengapa jasa YB Suraya Yaacop N19 Sg.Tiang nak dinafikan jasanya. Pada aku inilah Wirawati atau “HERO” yang sebenar yang patut masyarakat Kg.Berjaya sanjung kerana berjaya meroboh dan memindahkannya ke Sg, Toh Pawang Gurun.

Inilah satu-satu kawasan yang lebih layak ditempatkan industry tersebut kerana salah satu kawasan kuat penyokong pakatan rakyat.

Lebih lebih lagi layak ditepatkan di Gurun,kerana aku rasa setimpal dengan kedudukkan DAP yang Cuma ada satu kerusi di kedah dan hanya merupakan”Nasi tambah” atau moi tambah pada PAS Kedah saja mengikut Lim Guan Aik wakil tunggal DAP Kedah yang merajok dengan PAS tempoh hari.

Hari ini betoi kata-kata Lim Guan Aik, DAP hanya nasi tambah pada PAS.

Kerana PAS ingin tambah nasilah, maka Ustaz Azizan terpaksa menyebah minta pada Lim Kit Siang.

Akhirnya PAS dan Lim Guan Aik berdamai semula dan sama-sama menjamah nasi tambah dari DAP.

Komentar :

ada 0 comments ke “LIM GUAN AIK- DAP HANYA NASI TAMBAH PADA PAS KEDAH.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.