Wednesday, July 29, 2009

semanggigunung said... - MANA PI..MAJLIS FATWA?


Aku kebetulan baru selesai mengikuti rancangan “hujjah” TV9.

Program ini telah menampilkan beberapa pandangan yang cukup relevan dengan apa yang berlaku dewasa ini; betapa kisah “Natrah” telah membuat orang Melayu Islam melupakan apa jua perbezaan yang ada ketika itu di kalangan mereka dan sebaliknya telah mampu bertekad bulat menghadapi musuh yang satu sematamata kerana pantang Islam dihina.

Kerana Natrah seorang Islam, beberapa nyawa orang Melayu Islam melayang, dan beberapa banyak lagi tercedera.

Dan mengambil pandangan dua orang ahli panel “hujjah” aku amat setuju selepas 59 tahun berlalu, nampaknya tidak jelas siapa sebenar yang bertanggungjawab menjaga dan mengambil berat kepada ummat Melayu Islam dan Islam itu sendiri ketika ini. Berapa banyak kes “murtad” berlaku seolah-olah tidak sedikitpun mengusik perasaan umat Melayu Islam.

Dan betapa pemimpin politik Melayu Islam sanggup menghina Islam sematamata kerana kepentingan politik mereka.

Persoalannya apakah orang Melayu Islam redha dengan apa yang berlaku kepada agama dan bangsa.
Tak adakah sesiapa yang dapat berbuat sesuatu sebelum keadaan semakin menjadi parah.

APBS-

Semanggigunung.. kena tanya hero pencegah murtad Zulkifli Nordin YB Kulim Bandar Bahru.. sebelum ada kuasa dulu sibuk sinarai kes kes murtad...hari ni terkejut kes Teoh Beng Hock! telupa kes murtad yang dia pernah dedah dulu!

YB Zul Jangan Cakap tak serupa bikin!

wassallam.

Komentar :

ada 3 comments ke “semanggigunung said... - MANA PI..MAJLIS FATWA?”
Anonymous said...
pada hari 

YB Zul ni cakap je lebih. Nizar pegang lilin dalam upacara mengigati Teoh dia kata tak salah. Aku belum lagi dengar dia komen pasal Brother dia, Brother Anwar Bin Ibrahim aggguk-angguk kepala bersama Lim Kit Siang dan lain-lain jemaah DAP semasa upacara "sembahyang jenazah" cara Cina menghadap Babi? Dia mesti kata tak salah dari segi ugama. Ularmak-ularmak PAS juga membisu seribu bahasa. Demi nafsu politik dunia, hukum Allah pun boleh jadi bahan dan mainan politik puak-puak yang mengaku menegakkan Islam.

Anonymous said...
pada hari 

salam Bro.
Setuju! Dulu pernah aku ke-butterworth dengar dia berceramah semua kes murtad..tup!tup! hari semua yang dok risau dulu dah hilang.Ni lah nama manusia..awai-awai dulu siap berbasikal ke Parlimen..hari kawasan dia pun dah tak nampak muka.Bukan itu saja dengar cerita di Kulim bandar bersepah pula kedai judi haram dan halai.Lepas tu kata mereka di kws ahli majlis PAS pegang siap dengan rumah urut..dan bersepah juga premis karoke..dulu sembang lebih hari ni..jgn kata nak basmi murtad..nak basmi karaoke pun tak mampu!

Itulah gara-gara bercakap tak serupa bikin.Kononnya pejabat pun dah tak tau kemana dah....

Rupanya..PAS,PKR dan UMNO terok depa lagi!

eMNo said...
pada hari 

Masa isu murtad heboh diperkatakan, YB Zul sanggup berdemonstrasi kat pejabat Majlis Peguam. Konon UMNO tak pandai nak tangani masalah murtad dia lantik diri dia sebagai hero anti murtad.

Sekarang di Kulim gejala maksiat dah mula tumbuh lebat ... sikit pun tak dengar penentangannya. Agak sibuk sangatlah kot. Atau pun dah letih. Letih naik motor besarlah kot.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.