Tuesday, July 28, 2009

MAJLIS FATWA MASIH BERDENGKUR....MENGALAH UMNO YANG MASIH LENA...!








“Nabi saw pernah mengingatkan ummat Islam, bahawa ummat yang leka akan sedikit demi sedikit mula terpengaruh atau terikut dengan teori dan konsep-konsep jahiliyyah sejengkal demi sejengkal, hatta apabila jahiliyyah itu masuk ke dalam lubang biawak pun akan ada ummat yang lalai meloloskan diri masuk bersamanya.”


..........Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti:

- Bersekutu kepada Amerika; kedua

- Pluralisme Agama dan ketiga

- Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .

Dasar Berkecuali Malaysia yang diperkenalkan sebelum ini tidak begitu menguntungkan Amerika.

Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika, namun dalam masa sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara musuh AMERIKA seperti Iran, China, Rusia dan lain-lain, berpandukan dasar berkecuali itu.

Apatah lagi dasar Malaysia yang diamalkan sekarang mengharamkan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Israel merupakan dalang di belakang politik Amerika.


Anwar ketika WTC (World Trade Center) dibom berada di penjara Malaysia tetapi Anwar menulis surat kepada Wolfowitz mengecam umat Islam dari Iraq yang 'berjihad' menentang kafir.

Baca artikel yang ditulis oleh Peter J Boyer bertajuk 'The Believer-Paul Wolfowitz defends his war'.

Komentar :

ada 1
semanggigunung said...
pada hari 

Aku kebetulan baru selesai mengikuti rancangan “hujjah” TV9.

Program ini telah menampilkan beberapa pandangan yang cukup relevan dengan apa yang berlaku dewasa ini; betapa kisah “Natrah” telah membuat orang Melayu Islam melupakan apa jua perbezaan yang ada ketika itu di kalangan mereka dan sebaliknya telah mampu bertekad bulat menghadapi musuh yang satu sematamata kerana pantang Islam dihina.

Kerana Natrah seorang Islam, beberapa nyawa orang Melayu Islam melayang, dan beberapa banyak lagi tercedera.

Dan mengambil pandangan dua orang ahli panel “hujjah” aku amat setuju selepas 59 tahun berlalu, nampaknya tidak jelas siapa sebenar yang bertanggungjawab menjaga dan mengambil berat kepada ummat Melayu Islam dan Islam itu sendiri ketika ini. Berapa banyak kes “murtad” berlaku seolah-olah tidak sedikitpun mengusik perasaan umat Melayu Islam.

Dan betapa pemimpin politik Melayu Islam sanggup menghina Islam sematamata kerana kepentingan politik mereka.

Persoalannya apakah orang Melayu Islam redha dengan apa yang berlaku kepada agama dan bangsa.
Tak adakah sesiapa yang dapat berbuat sesuatu sebelum keadaan semakin menjadi parah.
Aku amat setuju dengan APDS agar Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berbuat sesuatu yang berguna demi Islam dan Melayu.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.