Thursday, July 9, 2009
JERAT TIDAK PERNAH LUPA PADA PELANDUK...TAPI PELANDUK KERAP MELUPAI JERAT.
Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual bermula pagi ini telah ditangguhkan ke Rabu depan 15 Julai.
Ini kerana peguam utama beliau Suleiman Abdullah sambung cuti sakit.
Rabu depan mahkamah akan putus dulu permohonan Anwar nak dapat dokumen-dokumen kes,juga usahanya nak cuba batal kes,lepas itu baru perbicaraan kes sebenar.
Anwar tiba di mahkamah jam 9 pagi.
Awalnya tak sampai 100 orang penyokong yang hadir di pekarangan mahkamah.Polis ramai berkawal.
Jumlah wartawan yang membuat liputan juga ramai.
Masa Anwar keluar nak balik jam 9.40 pagi ada sekitar 200 orang penyokong berkumpul.
Beliau bercakap sebentar dengan para wartawan.Kebanyakan penyokongnya berpakaian baju atau t- shirt warna hitam atau warna gelap.Semua bersurai tanpa sebarang insiden.Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin beritahu wartawan mereka rancang nak gerakkan rakyat turun secara aman ke jalanan semasa kes ini dibicarakan.
Sebelum ini beliau dakwa pada hari ini 5,000 penyokong akan turun ke mahkamah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.