Tuesday, July 21, 2009
BUTA MATA ATAU BUTA HATI...?
BUTAKAH KITA…………
Sudah hampir 75 tahun bumi tanduk emas, gersang dengan pemerintahan yang diredhai Allah, bukan salah khalifah yang terakhir sebagai perosak ,dan bukan pula salah sistem pemerintahan itu sendiri, tetapi rakyat Turki yang sedar menyalahkan “bapa pemodenan turki”iaitu jelmaan Firaun ke-2 selepas Raja Ramses 2 yang terkenal dengan kezalimannya memerintah rakyat Mesir pada zaman nabi Musa A.S.,
Bezanya… Ataturk adalah seorang firaun di zaman moden.
Itulah pemimpin yang dianggap sebagai penyelamat Turki oleh puak-puak Orentalis dan pengkaji-pengkaji barat, sedangkan sebenarnya beliau bukanlah seorang penyelamat.
Bahkan beliau adalah seorang bapa perosak agama di atas nama agama itu sendiri.
Manakala Anwar pula terpengaruh idea Esposito mengenai "Islam dan Demokrasi", sebab itu di negara-negara Islam, Anwar lebih gemar memilih tajuk berkaitan dengan Islam dan Demokrasi.
Kulit buku 'Islam dan Pluralisme'. Pluralisme bermaksud persefahaman antara agama dan menganggap semua agama di dunia ini adalah sama.
Sedangkan dalam al Quran meletakkan Islam lebih tinggi daripada agama-agama lain.
Buku ini ditulis oleh Mustaqeem Mahmood Radhi, bekas pelajar lulusan Jordan dan pemilik syarikat Middle Eastern Graduate Center (MEGC).
Mustaqeem dan syarikatnya MEGC ditaja penuh oleh yayasan Nasrani Jerman, KAF.
Buku ini turut diharamkan oleh KDN, atas nasihat JAKIM kerana bercanggah dengan Islam.
Tetapi Anwar Ibrahim mengkritik keputusan KDN dan JAKIM kerana mengharamkan buku buku 'pluralisme' itu dan menuduh agensi itu sebagai bebal serta buta ilmu.
Hari ini apakah bangsa terus lena..seperti UMNO yang belum terjaga dibuai bayu Tsunami yang sudah reda....
Sedarlah bangsaku demi Agama dan maruah bangsa yang kian tercela....!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.