Bloggers perlu etika dalam membuat laporan.
Sun | Jul 26, 09 | 1:29:55 pm MYT
SHAH ALAM, 26 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa setiap bloggers perlu mempunyai etika dalam membuat laporan agar setiap laporan yang diutarakan merupakan maklumat yang sahih…….
"Saya memang galakkan usaha itu tetapi pada saya ada kalanya cerita dalam blog tidak semestinya seratus peratus benar," beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sebuah laman blog yang mendedahkan penyelewengan exco kerajaan negeri….."
Apakah setiap blogger saja perlu mempunyai etika? Sedangkan Pemimpin rakyat tidak perlu menjaga ertika? dan tidak perlu menunaikan apa yang mereka janji untuk di kota,berbohong dan menipu rakyat apakah membuktikan pemimpin itu mempunyai etika?berpindah randah politik dan mencemuh bangsa sendiri ,menidak hak bangsa, berkongsi kuasa meninggal bangsa sendiri ,memaki hamun ulamak dan bangsa itu ertinya berertika?
Perlu di ingat Blogger tidak mempunyai kepentingan Politik untuk mengisi uncang perut anak pinak mereka seperti pemimpin Politik hari ini baik PKR,PAS maupun UMNO.
Sedarkah MB Selangor diantaranya pemimpin Politik hari inilah yang lebih tidak beretika berbanding Blogger yang perlu MB Selangor nasihatkan....
Bukan pada blogger yang tidak memiliki apa kuasa.
Kecualilah blogger2 yang menjadi “BARUA” atau talibarut untuk kepentingan politik mereka yang gila kuasa.
Blogger tidak menerima upah dari mana-mana badan politik baik umno maupun parti pembangkang.
Blogger tidak se “PARIA” pemimpin politik yang sanggup berbohong dan menipu rakyat.
Blogger tidak mengharap ihsan pada mana politik dan sokongan mana pihak baik PAS maupun UMNO untuk terus menyara perut anak pinak mereka berbanding sesetengah pemimpin politik yang mungkin akan merempat dan melarat bila sudah bertaraf kupang tembaga.
Apakah pendedahan segala keburukkan etika pemimpin yang memperalatkan bangsa untuk kepentingan politik,kelompok individu dan diri pemimpin lalu, blogger diharap lebih beretika?
Para pemimpin Pakatan Rakyat hari ini…jangan menjadi ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul…sedangkan diri mereka tempang dan capik!!!
Apakah segelintir pemimpin pembangkang merasa diri mereka sudah cukup berertika? Poooooooooorah!
Cermin-cerminlah diri....
Siapa Blogger dan siapa pula pemimpin PR hari ini yang mengemis simpati dari rakyat seperti kami?
Peranan blogger untuk mendedahkan pada rakyat dan bangsa “kami”..
Betapa cabuk dan busuknya segelintir pemimpin bangsa kami yang bertopengkan politik bangsa dan Agama menipu anak bangsa sendiri demi politik talibarut mereka.
Apakah pemimpin terutama parti pembangkang merasa tergugat dengan keujudan blogger bagai kulat selepas hujan membuka pekong dan cabuk mereka yang dulunya adalah langau hijau didalam UMNO?
Andainya pemimpin tersebut tidak melakukan sesuatu yang tidak berertika, apa yang perlu dirisaukan pada blogger yang tidak mempunyai apa kuasa sekadar untuk menyedarkan bangsa dan rakyat pribumi dinegara ini untuk mendedahkan cabok pemimpin talibarut bangsa sendiri.
Apakah Blogger tidak dapat menyuara atau mendedahkan ertika buruk pemimpin mereka yang rata-ratanya bangsa sendiri.
Apakah pemimpin-pemimpin hari terlalu lahab dan buloq pada pujian para Blogger saja? Walaupun peribadi mereka sebenarnya cabok dan berulat.
Mengapa tidak dapat menerima hakikat… cemuhan dan makian jika ada kebenarannya yang didedah oleh blogger?
Sampai bila pemimpin bangsa melayu harapkan pujian dan sanjungan. Tak bermaruah kah mereka? berbandingkan dengan peribadi buruk yang mereka ada?.
Apakah Blogger saja perlu membuat 100% laporan benar sedangkan pemimpin boleh berbohong dan menipu rakyat?
Sedarkah terutama MB selangor apakah MB-MB Pakatan Rakyat terutama MB PAS di Kedah mencapai tahab ertika yang sempurna 100% atau 50% atau 0.009 peratus saja? Siapa pula yang menilai mereka…bukankah barua-barua mereka yang mampu mendapat habuannya?.
Blogger bukan setaraf PARIA seperti mereka dapat melindung dan tutup kemungkaran didepan mata….
Apakah rakyat dan bangsa terpaksa merempat hari ini semata-mata untuk menunggu 5 tahun lagi untuk menerajang mereka yang cabok ertikanya ke longkang atau parit setelah uncang dan kantung mereka sendat mengisi kemewahan..
Lalu mereka mengubah pula haluan pentas politik mereka memihak pula pada bangsa dan sekali lagi bangsa dijadikan sebagai “BARUA” mereka mencanang kebatan mereka..yang bijak bermuka-muka.
Inikah ertinya pemimpin yang berertika?
Adilkah ini pada bangsa? Apakah Blogger saja perlu mencapai tahab laporan 100% benar…manakala pemimpin tidak perlu menunai atau mengkotakan apa yang mereka janji?
Inikah yang dimaksudkan ertika yang baik? Baikkah ertika kita mencerca politik bangsa semata-mata mengejar kuasa….lalu menafikan “Hak Bangsa”?.
Pada MB Selangor cermin-cermin lah diri termasuk barisan kepimpin PR hari ini.Terlalu muliakah ertika pemimpin-pemimpin mereka berbanding blogger -blogger anak bangsa yang tidak pernah lari dan berganjak dari perjuangan mak bapak mereka dari dulu kala..berbanding dengan pemimpin mereka yang kononnya berertika tetapi berpindah randah pentas politik bagai gurka kerana gila kuasa? Siapa lebih berertika? yang tetap bersama bangsa....atau yang sanggup mengdai maruah bangsa?
Inikah pemimpin yang ada….lupa pada jasa bangsanya.Inikah contoh pemimpin yang berertika?
Insyaallah selagi ada kudrat dan tenaga akan didedahkan apa saja yang akan mencelakakan bangsa.Kuasa Allah swt lebih hebat dari kuasa yang kalian ada.
Blogger tidak mengharap ihsan dari suara bangsa berbanding pemimpin yang ada terpaksa mengadai maruah bangsa demi kuasa.Blogger memiliki ertika dan maruah diri tidak seperti segentir pemimpin pembangkang yang ada hari ini.
Blogger hanya pembuka mata rakyat yang buta,penyedar pada bangsanya yang lena Agar dapat celik dan sedar kembali.
Seterusnya dapat mengenali siapa Hangpa yang menipu bangsa.
wassallam.
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
GUNUNGMATCINCANG, TANYA KHALID TU, BILA DIA BAYAR DUIT BANK YANG DIA PINJAM RM60,000,000 TUUUUU...
AWAT DIA TAK JAWAB BLOGGER BUAT KENYATAAN KATA DIA HUTANG BANK SEBANYAK ITU?