Saturday, April 10, 2010
JAMIL KHIR JANGAN SEKADAR BERKOKOK SAJA.....
Jamil Khir jangan sekadar berkukok meminta Semua pihak perlu memahami bahawa Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini, berbeza dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC), yang ditolak kerajaan sebelum ini.SINI.
Pihak mana yang dimaksudkan oleh jamil khir….??? Hari rakyat terpinga-pinga dan tercangak-cangak untuk membezakan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini dengan IFC yang ditolak kerajaan sebelum ini…
Berapa keratkah rakyat Malaysia terutama orang melayu dikampung-kampung terutama dikawasan pendalaman benar-benar memahami apa itu IFC yang ditolak oleh kerajaan sebelum ini….mengapa IFC ditolak …apa bahayanya IFC …
Apakah IFC itu setaraf bahayanya APCO UMNO,UMNO APCO seperti yang dijaja oleh mahfus…??? Dan akhir sekali….
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau telah mengarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyiasat tuduhan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen perisik Israel telah bertapak di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, kerana ia melibatkan keselamatan negara……
Begitu juga halnya dengan IFC yang salah satu memberi kebebasan Orang Islam untuk murtad…
Selain menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah…ini yang sepatutnya pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan secara teperinci bukan setakat meminta pihak itu dan ini cuba memahami perbezaan IFC yang ditolak oleh kerajaan sebelum ini.
Berbanding Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Agama yang ditubuhkan baru-baru ini….dimana beza dan bahayanya pada seluruh umat islam khususnya orang melayu yang sanggup bersekutu dengan kapiaq harbi hari ini….
Mengapa dibiarkan hanya APCO UMNO,UMNO APCO yang disalakkan oleh pemimpin sekutu kapiaq harbi saja….sudah butakah UMNo dengan IFC??
Apakah IFC yang memperjuangan kebebasan untuk orang Islam murtad dipandang ringan oleh sekutu kapiaq harbi lebih-lebih lagi pemimpin UMNO itu sendiri……!!
Dan berapa kerat pula pemimpin UMNO baik diperingkat yang tertinggi maupun yang terrendah dapat memahami sejelas-jelasnya badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan penganut agama lain.
Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan dengan agama.
Berapa kerat khususnya orang melayu yang benar-benar memahami peranan badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang mampu mengubah ajaran sesetengah agama….
Pernah pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, khusus nya Datuk Seri Jamil Khir Baharom sendiri selaku ketua penerangan UMNO negeri Kedah memastikan apakah setiap ketua bahagian UMNO daripada 15 bahagian benar-benar sudah memahami apa itu IFC...
Termasuk ratusan ketua-ketua cawangan UMNO dikedah sudah benar-benar memahami apa itu IFC yang ditolak oleh pihak kerajaan sebelum ini….
Seandainya pemimpin UMNo diperingkat bahagian dan cawangan gagal memahami apa itu IFC mampukah pula rakyat bawahan terutama penduduk-penduduk kampong dan luar Bandar memahami bahayanya IFC…..
Pada rakyat APCO UMNO,UMNO APCO itu lebih bahaya dari IFC yang jarang disebut oleh pemimpin UMNO itu sendiri lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin diperingkat bawahan yang masih leka dan asyik merebut jawatan sesame sendiri apa dipedulinya apa itu IFC..……!!
Sedarkah Datuk Seri Jamil Khir Baharom tentang situasi pemimpin UMNo diperingkat bahagian dan cawangan sekarang ini???…..
Adakah masa untuk mereka memahami apa itu IFC….melainkan berebut tulang sesame sendiri….!!!
Sebagai Ketua penerangan UMNO Jamil khir perlu memandang Sirius Isu IFC ini bukan sekadar menyalak meminta pihak itu dan ini memahami ….pihak mana yang dimaksudkan oleh jamil Khir….????
Sedangkan dan barangkali mungkin pemimpin UMNO sendiri diperingkat bahagian dan cawangan sendiri masih buta apa itu IFC……untuk menjelaska pada penyokong UMNO sendiri…..
Sepatutnya disetiap bahagian daripada 15 bahagian yang ada di Negeri Kedah terutama bahagian penerangan mampu membuat ulasan yang terperinci bahayanya IFC kepada seluruh bangsa melayu hari ini melalui program-program yang mampu diadakan...bukan sekadar program mesra berama rakyat saja yang hanya membuang masa...
Atau bukan sekadar berkukok meminta pihak itu dan ini perlu memahami…..
Sedangkan pemimpin UMNO sendiri gagal untuk menjelaskan bahaya IFC…setidak-tidaknya mengetahui sedikit sebanyak isu IFC ….seperti disini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO KEDAH RASA MACAM DEPA DOK PERINTAH NEGERI KEDAH NI, SETAKAT DOK BAGI BERAS DAN MINYAK NYOK TAK JADI KEBENDA. PAS YANG DOK PERINTAH NI PUN , TIAP-TIAP MALAM DOK BUAT CERAMAH MEMBURUKKAN UMNO TAPI UMNO DOK LENA SERUPA
memamg benar bro anon...depa rasa beras dan minyak nyok tu dah cukup untuk membeli undi..