Friday, April 16, 2010
LOMPAT LAGI……!!!
Rasanya dari nada percakapan si Manikumar DUN bukit Selambau…membela Wei Shu ini seolah-olah macam ada udang disebalik batu macam ulama Slipar cakap…nada penjelasan Manikumar tentang Wei Shu seolah-olah Nampak senada saja dengan nada Zul4 Kulim baru-baru ini sewaktu Zul4 belum di pecat…
Apakah Selepas Wei Shu masih ada lagi yang akan turut meninggalkan pemimpin yang cakap besar…cakap pandai,cakap bohong …cakap ampu…cakap yang manis dan pandai membuat janji dalam Pakatan Rakyat tersebut…
"Cakap besar saya tak pandai, cakap bohong saya tak pandai, cakap mengampu saya tak pandai, cakap manis janji saya tak pandai- Wei Shu.
“Saya tahu bagaimana dia kecewa kerana saya kenal Wei Shu dari pelbagai sudut. Ada (ahli parti) yang mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya, ini yang menyebabkan dia kecewa sehingga meninggalkan parti,”
“Wei Shu sekadar mahu menunaikan janjinya kepada rakyat, namun apa yang berlaku ialah beliau terasa dirinya dianaktirikan parti sendiri.”
“Tindak-tanduk mereka (parasit) cuba mengaburi tindakan yang mereka lakukan,” Manikumar SINI
"Saya sedih melihat DSWA membiarkan diri beliau sekadar menjadi alat Fir’aun-Fir’aun Kecil ini, dan pemanas kerusi dan penghias muka depan PKR sahaja"
"Jawatan Presiden yang beliau pegang sekadar menghalalkan Fir’aun-Fir’aun Kecil bermaharajalela didalam PKR untuk menjahanamkan Islam dan institusi Islam.
Sudahkah beliau lupa bagaimana Fir’aun-Fir’aun Kecil ini menyebabkan beliau sampai menangis dikerjakan mereka.
Dan siapa yang sentiasa mempertahankan beliau, menjadi ‘the shoulder for her to cry on’ beliau kalau bukan saya!"- Zul4
Akhirnya….. Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.
Perkara tersebut diumumkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini.
Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008….
Tinggalkan kes pemimpin badut badut ingusan tersebut sekarang Mari kita sama-sama tengok Jumlah kedudukkan semasa kerusi di DUN Kedah hari ini..apakah ianya sudah hampir mau sampai ke garisan penamat ??
Atau berapa Jauh lagi yang diperlukan…..dalam masa terdekat ini.
Jumlah semua 36 kerusi…dan kedudukan terkini ialah :
1. 14 KERUSI BN - (12 - UMNO, 1 - MCA & 1 Gerakan)
2. 2 KERUSI BEBAS
3. 16 KERUSI PAS
4. 1 KERUSI DAP
5. 3 KERUSI PKR
Dari jumlah kerusi yang ada , jika BEBAS menyokong BN maka BN memiliki 16 kerusi
Seandainya…sekadar andaian ….jika 2 orang lagi melompat dalam tempoh terdekat.Maka jumlahnya seri 18 : 18 ..
WOW !!!!
Kekuatan akan menjadi sama iaitu BN 18 / PR 18.
Mustahilkah Kedah akan dilanda Tsunami….??
Banar kah kata-kata Zul4….ada yang perlu menyediakan pampers????
Sama-sama kita tunggu saat-saat dimana jika….jika….jika ada lagi kot-kot yang akan melompat parti atau tidak berkemungkinan juga yang akan lari bukan sekadar lompat …lagi.
Masih yakin kah PAS dengan YB2 yang ada.....??? mereka tidak terikat dengan bai'ah talaq 3..boleh lompat bila-bila masa!!!!
Insyaallah !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.