Thursday, October 29, 2009

MENGAPA UMNO TERLALU KEMAROK PADA KERJASAMA PAS?




“Pada sidang media itu, Mustafa sekali lagi menjelaskan pendirian PAS mengenai kerjasama dengan UMNO sudah ‘tutup pintu’ kecuali kerjasama kerajaan antara kerajaan dengan kerajaan Pusat dan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.” Mustafa Ali.

“Menurut beliau, untuk menyatukan bangsa Melayu, UMNO dan Pas harus bersatu dan penyatuan tersebut tidak bermakna Pas harus menyertai UMNO atau BN” Aziz Shekh Fadzil.

“Mengulas mengenai kerajaan perpaduan, Muhyiddin berkata, alasan yang digunakan Abdul Hadi semalam bahawa perkara itu hanya relevan sewaktu Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri adalah suatu dalih.”- Tan Sri Muhyiddin Yassin.

UMNO KEMAROK PERPADUAN PAS?

Persoalan yang penting sekarang mengapa UMNO keterlaluan “KEMAROK” pada kerjasama PAS?

Apakah UMNO sudah tidak ada pilihan lain untuk perpaduan orang Melayu hanya bergantung harap pada kerjasama PAS?

Apakah selama ini sudah terbukti hanya PAS memiliki teori atau kaedah yang terbaik dalam penyatuan melayu berbanding UMNO yang dianggap sudah reput?

Apakah tanpa PAS,UMNO gagal untuk menyatukan orang Melayu.

Apakah dengan adanya PAS bersama UMNO pemimpin-pemimpin UMNO baru dapat memulihkan perpecahan melayu hari ini.

Apakah UMNO merasai talian hayatnya politiknya bergantung pada kerjasama PAS.

Apakah UMNO merasai bila PAS dan UMNO bergabung maka seluruh orang melayu dapat bersatu padu bagai seberkas penyapu yang diikat rapi?

ATAU. adakah Kemaroknya UMNO untuk berkerjasama dengan PAS hari ini semata-mata untuk berkongsi kuasa untuk memperdayakan seluruh bangsa.

Apakah seluruh pemimpin UMNO masih belum celik…atau masih buta dalam lena…yang UMNO masih ada agenda yang lebih penting pada rakyat dari agenda penyatuan PAS,UMNO yang tidak mendatangkan sebarang faedah selama ini.

Atau apakah UMNO merasai dengan penyatuan PAS dan UMNO…seluruh pemimpin UMNO maupun PAS dapat menabik dada merekalah dikalangan pemimpin melayu Islam yang dapat menyatukan dua puak semang dan sakai dibawah satu rumpun yang haluannya masih kekal seperti nau dalam belukar?

Pada seluruh pemimpin UMNO…tinggalkan lah Agenda kerajaan perpasduan cipta-dan rekaan politik putar belit itu…tumpukanlah pada agenda UMNO untuk memulih maruah orang Melayu…dari terus mengikut rentak dan gendang yang dipalu oleh PAS…..Janganlah sampai yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran…

Biarlah PAS bergigit,berfatwa,beramanat sesame mereka…kembalilah UMNO pada sarangnya…kerana tidak ada faedah menyusu siamang dihutan….anak-anak sendiri mapuih tak makan.

Cukuplah selama ini UMNO mengikut rentak tari PAS yang bijak menipu daya…melalaikan seluruh bangsa…UMNO janganlah turut berjoget bersama mereka…

Jangan sampai rakyat melihat dan menilai…UMNO dan PAS satu rumpun bangsa yang hanya 2 x 5 dan 5 x 2 sahaja….

Sesekali cermin-cerminlah diri UMNO sama…dan sesekali renung dan tenung juga apa Amanat,Fatwa, serta Hukum yang PAS sudah patuh selama ini.

Benarkah mereka jujur…atau sekadar untuk memperbodohkan pemimpin UMNO saja…dan kadang kala perlu juga kita renungkan dimana kebenaran kata-kata ini “ Si Bahlol hanya menjadi makanan si Cerdik” atau “Si Cerdik menjadi makanan si Bahlol”

Andainya UMNO sudah sedar Isu “Kerajaan Perpaduan” itu PAS ingin jadikan UMNO kambing hitam…mengapa UMNO masih sanggup dikorbankan ?

Masih bahlol lagikah UMNO dengan permainan politik yang penuh tipu daya PAS itu…

Thursday, October 22, 2009

MEREKA SANGKA MEREKALAH WIRA AGAMA....






Mereka sangka mereka wira agama,tetapi sebenarnya merekalah pertualang.

Mereka sangka cara mereka berjuang mendapat pahala,sebenarnya bala dan neraka mereka akan terima..apa tidaknya mereka berjuang berdasarkan nafsu dan syaitan…

Pejuang sebenarnya penyelamat..bukan berjuang untuk merosakkan kasih sayang sesama Islam…sedangkan kasih sayang sesama Islam itu adalah disukai allah swt…

Mereka berjuang bukan untuk mendaulatkan Islam tetapi mereka berjuang merosakkan keindahan islam.

Mereka berjuang bukan untuk menghasilkan kemajuan dan kejayaan tetapi mereka berjuang untuk mengabdikan diri dengan kapiaq harbi..bukan mengabdikan pada agama dan bangsa sendiri.

Mereka sangka merekalah wira agama,tetapi sebenarnya merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka sangka merekalah pejuang mecegah kemungkaran sebenarnya merekalah golongan yang menghalalkan dan mempertahankan segala kemungkaran.

Mereka sangka merekalah sebaik-baik pemimpin, sebenarnya merekalah dikalangan penghuni neraka wail..apa tidaknya mereka adalah perjuang yang berselindung dibalik serban dan janggut berhujjah menggunakan Al Quran.

Mereka sangka merekalah pembimbing ummat kesyurga ,sebenarnya merekalah syaitan yang membimbing ummat keneraka.

Apa tidaknya merekalah diantara golongan yang yang bijak bermuka-muka dengan hukum allah ta’ala.

DIMANAKAH KEBENARAN KATA-KATA MEREKA….??!!

“13 Ogos 2000 kenyataan YAB Hj Abd Hadi Awang.
Beliau mendakwa [PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam.]”

DIMANA KEBENARANNYA?

“Hadi Awang ada menyampaikan satu amanat yang dikenali “amanat perdana Pemangku presiden”

Antara kandungan amanat itu adalah;

”Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu.

PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk TIDAK [memasukkan] persoalan [Negara Islam] dan perlaksanaan [Hudud] di peringkat federal.”
“Peruntukan mengenai Islam adalah [mencukupi].”

”Seandai menang dalam pilihanraya akan datang PRU12

Barisan Alternatif atau pembangkang akan menubuhkan sebuah [kerajaan demokratik] dan adil diperingkat federal atau pusat. Mendokong [perlembagaan persekutuan yang ada]”
(sila rujuk buku ”sejarah sebagai hakim muktamad”, muka surat 122)

“Kita menentang UMNO ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.”

DIMANA KEBENARANNYA?

Sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda.

"Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat.”

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara.
Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan:

“Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara".

Mengapakah Hadi Awang [PAS] tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara?

“Kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

DIMANA KEBENARANNYA.


"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.”

Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang.

Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam.

Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi “TIDAK” untuk agama lain.

DIMANA KEBENARANNYA.

“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.

“Memang kita umat Islam disuruh berlaku 'adil, termasuk terhadap kafir dhimmi yang duduk tunduk dibawah pemerintahan Islam.”

DIMANA KEBENARANNYA.

Apakah umat Islam juga disuruh berkerjasama dan belaku adil terhadap kafir harbi yang menentang Islam .

“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.

"Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004

“PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999”

DIMANA KEBENARANNYA.

Nabi Musa berdakwah kepada Firaun bukan untuk berkongsi kuasa dengan Firaun agar dapat sama2 jadi Perdana Menteri atau jadi Menteri.Atau sama-sama berkongsi kuasa memerintah Negeri?

“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah.

Dan apakah kerjasama PAS/DAP hari ini dapat membantu dan memberi keuntungan pada seluruh umat Islam sepertimana perjanjian dalam peristiwa Telaga Yahudi?

Hari ini seluruh umat Melayu yang mengakui dirinya Islam renung-renunglah tipu daya dari sekutu –sekutu kapiaq harbi ini.

Dimana kebenaran di setiap kenyataan mereka pada kita dan seluruh bangsa…..

Jangan biarkan mereka terus memperlembukan kita disebalik,serban,lebai,jubah,jangut dan amanat “Dajal” mereka pada kita.

Kerana merekalah golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam dan perpecahan persaudaraan kita.

Tuesday, October 20, 2009

BILA PAS MENYUSUI SIAMANG DIHUTAN...












Hari ini PAS tidak perlu masuk Buddha, PAS tidak perlu masuk Hindu, PAS tidak perlu masuk Kristian, Kerana PAS kini sudah menjadi kafir kerana berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

Inilah Padah “AMANAT DAJAL” Hadi Awang menipu bangsa.

Begitujuga dengan kesinambungan konsep “Mengulamakkan kapiaq Harbi” menampakkan bertapa “TOLOL” dan “DUNGU”nya pemimpin PAS mempebodohkan bangsa Melayu hari ini.

Pemimpin PAS meletakkan orang Melayu setaraf red Indian yang menjadi pelarian di negara sendiri.

Manakala Penyokong serta pemimpin PAS sanggup di perkaldaikan oleh DAP…dan seterusnya PAS memperlembukan bangsa sendiri…dengan segala “Amanat Dajal” ciptaan mereka.

Mereka sanggup menagih undi dengan memperdagangkan Syurga dan Neraka,kapiaq dan Islam untuk menipu bangsa.

Begitulah liciknya pemimpin-pemimpin bangsat ini mempolitikkan hukum Allah ta’ala.

Inilah pemimpin-pemimpin dari golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim.

Mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Mereka adalah sebenar-benarnya musuh dan Pertualang pada bangsa, mereka ini lebih merbahaya daripada golongan [kapiaq] kerana mereka berselindung dibalik “Amanat Dajal” mereka menipu sekelian bangsa.

Mereka berhujjah menggunakan Al Quran agar mengahalal tindak tanduk mereka supaya memperlembukan bangsa agar dapat mengelak tanggung jawab mereka kepada bangsa.

Lalu mereka berfatwa pada bangsa…..

“Taat diwaktu senang dan susah.Mentaati dalam semua keadaan.Setuju kita taat,tidak setuju pun kita taat.Apa saja arahan yang diberikan oleh pemimpin PAS”

Apakah “AMANAT DAJAL” ini benar-benar datangnya dari al-Quran atau dari mana-mana surah atau firman Allah swt?

Dan benarkah yang dimaksudkan dengan Amanat Dajal ini selaras dengan tututan Allah swt pada umatnya..?

“PAS merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya”

Benarkah puak-puak Kapiaq Harbi ini memperjuangkan untuk mendaulatkan Islam seperti yang dituntut oleh Allah swt seperti firmannya “Upah dan balasan memperjuang menegak hukum Allah swt itu adalah perkara Ghaib”

Sedarkah kita di zaman Rasulullah sendiri, terdapat ramai kaum munafik yg menyertai gerakan Rasulullah, hinggakan tatkala berperang pun, masih ada kaum munafik yang menyertainya.

Hari ini puak-puak kapiaq Harbi ini…atau golongan golongan yang nampak lahirnya macam Muslim ini menipu bangsa dengan memutar belit fakta.

Mereka sanggup menagih UNDI pilihan Raya ..diugut dengan neraka.Mereka sanggup memperdagangkan Syurga dan negara seolah-olah hak mak bapak politik mereka.

Mereka ini lebih merbahaya daripada golongan [kapiaq] kerana mereka berselindung dibalik “Amanat Dajal” mereka menipu sekelian bangsa.

Mereka sanggup mempergunakan kemelaratan bangsa agar berpegang teguh pada Amanat Dajal ciptaan mereka,untuk memperlembukan bangsa dalam pilihan raya.

Bagi GMC tiada pemimpin yg maksum di dunia ini baik Ust atau pun Ulama samada dalam PAS,PKR maupun UMNO.

Oleh itu jangan lah segelintir pemimpin-pemimpin PAS ingin menabik dada bahawa merekalah dikalangan pemimpin yang terbaik dan yang terpilih untuk memimpin bangsa Melayu hari ini.

Kerana kaum munafik juga ada yg menyertai gerakan Rasulullah, hinggakan tatkala berperang pun, masih ada kaum munafik yang menyertainya.

Jadi tidak hairanlah PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang bersekongkol dengan kapiaq harbi hari ini betul -betul bebas dari golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim.

Mereka berjanggut serban dan melabel diri mereka Islam, tetapi sebenarnya mereka yang menghancurkan perpaduan dalam Islam.

Jika diamati inilah usaha-usaha yahudi untuk melihat kepapaan, kemelaratan serta kemunduran ummat Islam seperti yang pernah dilakukan oleh T.E Lawrence [Ulama Ciptaan Yahudi] dalam usaha menjatuhkan empayar Uthmaniyah.

Apakah sekelian bangsa Melayu sudah menjadi buta siapa yang sedang mengembalai pemimpin-pemimpin PAS hari ini…?!!

Waallahualam.

Wassallam.apbs.

Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA - HADI AWANG.












Setelah kemuncak kebangkitan rakyat menentang pemecatan Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.Ust Fadzil mengorak langkah menubuhkan GERAK pada tahun 1998

Inilah satu usha Ust fadzil yang patut dipuji oleh PAS hari ini berbanding Hadi Awang yang lebih bersikap ”Tikus membaiki labu” dalam usha menerajui PAS hari ini.

Sikap cepat bertindak Ust Fadzil untuk kepentingan rakyat telah dipuji oleh ramai pihak berbanding Hadi Awang yang hanya bijak mencipta segala amanat dan fatwa kini sanggup pula bersekongkol dengan kapiaq harbi mengadai prinsip Parti.

Melalui GERAK, almarhum Ust Fadzil berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia,tanpa sebarang “kelab Penyokong” yang menghimpun segala bangsa dan agama didalamnya.


Gerak juga berjaya menjadi tema yang cukup berkesan menarik ramai pihak menyertai PAS,tanpa mengadai Prinsip perjuangan PAS selama ini.


Sekali gus meletakkan PAS sebagai parti politik yang cukup terpengaruh dalam PRU12. Lebih-lebih lagi melalui konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” telah berjaya menarik ramai penyokong-penyokong terutama orang melayu disegenap lapisan masyarat menyertai perjuangan PAS.

Melalui konsep tersebut tidak ujud lagi golongan yang tersisih dan diketepikan dalam kerjasama dan mengembeling tenaga ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.


Tapi ..Konsep tersebut tidak dapat diditeruskan mengikut pendokongnya sendiri kerana
PAS dikejutkan dengan pemergian Ust Fadzil mengadap ilahi pada 23 Jun 2002.


Malangnya Konsep tersebut telah diteruskan oleh pegantinya mengikut hawa nafsu yang rakus,tamak dan haloba serta tidak mempunyai perancangan, pengalaman,pengaruh serta dan ilmu pentadbiran yang cukup. Malah mereka bersedia pula untuk diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu.Seperti yang pernah ditegaskan oleh Anwar sebelum ini.


Selepas kekalahan teruk dalam PRU 11 lalu, dilihat Terengganu jatuh ke tangan BN, dan kelantan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan; hidup segan mati tak mahu.


Berbekalkan 1 kerusi sahaja ketika itu Hadi beramanat lagi“amanat perdana Pemangku presiden”-Hadi Awang.


Antara kandungan amanat itu adalah;


”justeru itu, Isu negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka PAS perlu membuat satu pengorbanan besar dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat federal. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan dan seperti yang diamal kini di peringkat federal.


”seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat federal atau pusat yang mendokong perlembagaan persekutuan yang ada”


(sila rujuk buku ”sejarah sebagai hakim muktamad”, muka surat 122)


Melalui Amanat “DAJAL” yang entah kali yang ke berapa puluh dicipta dan direka oleh Hadi Awang disetiap saat menjelangnya Pilihan Raya umum maupun kecil terus menjadi panduan dan amalan penyokong-penyokong PAS.

Akhirnya menjelang beberapa minggu sebelum PRU12, PAS yang kemaruk kuasa setelah tewas dalam PRU11 telah bersedia untuk diperalatkan oleh Anwar dan DAP pula berpandukan kepada Amanat “DAJAL” Hadi Awang untuk menghadapi PRU12 iaitu..

“tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud”Kedalam manisfesto PAS PRU12 serta mengugurkan Negara Islam dan hudud.,kononnya yang menjadi punca perpecahan BA sebelum ini”

Terbukti dalam satu Seminar anjuran PKR di Hotel Sri Malaysia Sungai Petani PAS menggugurkan Negara Islam diatas persetujuan DAP.
Walaupun terpaksa tunduk serta akur dengan desakkan DAP.Walau bagaimanapun PAS tetap dengan pendirian mereka..

“Pas tetap setia danberjuang dengan DAP dan pakatan pembangkang meskipun parti itu tidakmenghormati prinsip tertentu perjuangannya”- Salahuddin Ayub.

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

PRU12 terbukti PAS tidak memasukkan negara Islam dan perlaksanaan hudud” dalam manifesto pilihan raya mereka.

Akhirnya dalam PRU12 hasil dari pemaufakatan PAS,DAP dan PKR membuahkan hasil yang lumaian bilamana mereka berjaya menawan empat buah Negeri iaitu,Selangor,Perak,Pulau Pinang dan Kedah.Lalu tertubuhlah kerajaan pakatan kapiaq harbi bersama DAP.

Tetapi Malangnya konsep yang begitu berkesan iaitu

“ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”

Tidak dipacu kearah yang dirancang…agar tidak terjejas usha untuk kerjasama mengembeling tenaga ulama dan professional ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.

Tetapi PAS meneruskan usha sebaliknya, kerjasama mengembeling tenaga ke arah penubuhan “Negara Kebajikan” bersama sekutu mereka Kapiaq Harbi DAP.

Iaitu PAS melalui usha mengulamakan pula sekutu-sekutu mereka si-kapiaq Harbi terutama dikalangan pemimpin DAP dan PKR.

Akhirnya PRU12 hasil dari kesinambungan konsep tersebut lahirlah ulamak-ulamak kapiaq harbi ciptaan PAS yang menjadi Idola dan sanjungan penyokong-penyokong serta pemimpin-pemimpin PAS hari ini.

Diantaranya.. lahirlah Ust N.Gobala,Ust Nga dan Ust Lim Guan Eng serta beberapa pemimpin ulamak lagi yang baru belajar untuk melancarkan ucap tama “assallamu’alaikum” pada umat Islam dalam siri-siri ceramah Politik mereka untuk terus menipu bangsa…dengan alasan dari Pemimpin-pemimpin PAS yang bangang ini… :

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" –
Nik Aziz Nik Mat.

Inilah kejayaan kesinambungan kosep mengulamakkan sikapiaq harbi….dibawah misi dan vesi Hadi Awang dan Mursyidul amnya hari ini yang menampakkan kebenaran dari kenyataan Anwar sebelum ini terhadap pemimpin PAS.

Nampaknya Konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ” benar-benar telah melingkupkan hasrat dan cita-cita almarhum Ust Fadzil dan perjuangan PAS untuk berkerjasama dan mengembeling tenaga ulama dan profesional yang dihasilkan ke arah penubuhan Negara Islam Malaysia.

Apabila PAS hari ini telah berkongsi kuasa dengan DAP yang terang-terang menolak kearah penubuhan Negara Islam ia nya memusnahkan sama sekali konsep awalnya.

Anwar yang bijak menyangak kesempatan dan menangguk diair keroh disaat PAS mabuk dan bermimpi dengan kejayaan yang tidak diduga..memperalatkan pula golongan professional yang lahir dari konsep tersebut.

Diantaranya Dr Mohd Mujahid Bin Yusof Rawa, Ust Nasharudin Bin Mat Isa, Datuk Husam Bin Musa, Ariffin Deraman,Dr Dzulkefli Ahmad.Yang lebih dikenali sebagai golongan erdogan yang lebih bermirip kearah Anwar.

Lihat bertapa bijaknya Anwar mengambil kesempatan mempengaruhi golongan ini yang akan mempurak puranda PAS satu masa nanti.

Hari ini terbukti kesinambungan konsep tersebut oleh Hadi Awang bagai tikus membaiki labu dalam politik PAS hari ini bersama PKR dan DAP.

Apakah hari ini seluruh pemimpin serta penyokong-penyokong PAS tidak merasai siapa sebenarnya “Pertualang” dalam usha kearah menghancur hasrat almarhum untuk melihat penubuhan Negara Islam Malaysia benar-benar dapat diujudkan satu hari nanti melalui konsep “ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”

Tetapi bilamana PAS cuba mengulamakan kapiaq harbi setelah bersekutu dengan DAP ia seolah-olah ada satu usha untuk menggagalkan konsep ini kearah menuju matlamat asalnya…sekaligus meletakkan perjuangan PAS kearah perjuangan assobbiyah yang lebih rendah tarafnya dari perjuangan UMNO.

Inilah kebenaran kata-kata Anwar sebelum ini yang mengangap bahawa pemimpin-pemimpin PAS tidak mempunyai rancangan, pengalaman,pengaruh serta ilmu yang cukup untuk mentadbir Negara.

Mereka sanggup menjadikan diri mereka sebagai pelawak “sarkas” yang hanya menjadi bahan untuk orang lain mengaut keuntungan sedangkan mereka hanyut dalam tepukkan dan takbir…

Hari ini PAS terkapit dan tersepit dicelah-celah antara prinsip dan konsep mengulamakkan si kapiaq harbi dalam usha kearah mengujudkan negara Islam melalui konsep“ MENGULAMAKAN PROFESIONAL DAN MEMPROFESIONALKAN ULAMA ”. itu sendiri.

Friday, October 16, 2009

SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KE-60.













KUALA LUMPUR 15 Okt. - Malaysia perlu mencari strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman dalam menghadapi cabaran ekonomi masa depan yang lebih rumit dan hebat.

"Jika dalam tempoh hampir empat dekad kita gagal mencapai matlamat dengan menggunakan kaedah yang sama, bukankah sudah sampai masanya kita memikirkan strategi baru yang lebih relevan dengan masa dan zaman untuk mencapai cita-cita yang diimpikan?," tanya beliau.

MAMPUKAH UMNO BANGKIT SEMULA?

WALAUPUN SARANAN DEMI SARANAN........OLEH PRESIDEN PARTI.

Thursday, October 15, 2009

INIKAH JIHAD YANG DI TUNTUT ALLAH SWT KEPADA UMATNYA?








JIHAD - PENJELASAN HADI AWANG PADA PENYOKONG PAS.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

[Firman Allah swt dalam surah As-Saff ayat 1-4; "]

Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

"Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad.

Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad”

Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang.

[Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya.]

Berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan.

Mereka yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.

Setelah mereka dikepong beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat.

Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati.

Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini.

Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya.

“Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, "

Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad.

Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita.

Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt.

“PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.”

“Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala.”

“Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yg bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama.”

Dan juga mereka ini berada di medan jihad yg ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

“Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan UMNO atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri.”

Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja.

Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yg kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kpd perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt.

“Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran "

Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat.

"Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu."

Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangn yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia.

Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w,

"Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas. Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah.

Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam.

“Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu.”

" Ucapan ini bukan hanya catitan sejarah semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama;

Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah.

“Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan.”

Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti.

"Kami dengar dan kami taat".

Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua:

sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah.

Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan.

PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat.

Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam.

Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS.

Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam.

“Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih”.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting.

Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala.

"Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya.

" Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia”

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api.

Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.a.w. samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

RENUNG DAN TENUNGLAH...DIMANA TIPU DAYA MEREKA PADA BANGSA.

DISEBALIK HUKUM ALLAH SWT.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.