Tuesday, August 18, 2009

LAYAKKAH BUKU INI...........




KEMILAU PERIBADI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT.
PEMIMPIN ULUNG ABAD INI.SEORANG ULAMA YANG MEMERINTAH.

Begitulah tajuk sebuah buku rujukan atau bahan bacaan yang terdapat dalam sebuah Library Sek Men Kerajaan di Ibu kota hari ini.

Adakah buku yang sedemikian sesuai dijadikan bahan rujukan di sekolah-sekolah hari ini.

Untuk memberi penilaian yang mendalam tentang isi kandungan buku ini mungkin tidak layak dibincangkan disini.

Cuma apa yang ingin didedah dan dihebah pada bangsa layakkah buku tersebut dijadikan bahan rujukkan pada para pelajar dibangku sekolah?…jika diantara isi kandungan mengesahkan kehebatan politik PAS dan kegagalan Kerajaan UMNO mentadbir Negara?

Dan seterusnya menceritakan kehebatan pemimpin PAS mentadbir negeri tiada sebarang gejala rasuah yang belaku?

Selain itu terdapat tajuk “MELAYU MENJAUHI UMNO” yang menarik minat kita pada tajuk ini isi kandungannya….iaitu:

“Islam menyeru kepada semua bangsa untuk bertakwa dan menjadi orang yang terbaik sama ada orang Melayu, Cina, India,orang Asli dan lain-lain. Sekiranya mereka menerima Islam maka mereka layak menjadi orang yang bertakwa.”

“Hari ini pula isu ketuanan Melayu.Ini semua ada kaitan dengan agenda politiK UMNO yang boleh “memecahkan perpaduan” supaya mereka terus memerintah.Rakyat keliru dan tertanya-tanya ke-mana hala tuju Malaysia hendak di bawa dan masa depan mereka.”

“Pemimpin UMNO yang berfahaman kebangsaan gagal memerintah Malaysia”Usahkan bumi hendak di jejak,ke langit pun tidak samai…”

Persoalannya apakah isi sebenar kandungan buku ini yang ingin di sampaikan oleh Nik Aziz?

Kehebatan PAS dengan Islam tulinnya yang baru difatwakan baru-baru ini?

Atau UMNO penganut agama Islam palsu dari Palestine?

Persoalannya….. Layakkah buku ini berada dalam library sekolah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan pelajar-pelajar?

Benarkah pemimpin UMNO tidak menerima Islam dan tidak bertaqwa?

Dan benarkah pula Nik Aziz pemimpin ulung di abad ini?

Siapa yang mentabalkan Nik Aziz sehingga layak menerima gelaran Pemimpin Ulung tersebut?

Dan bila pulak buku “Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan bahan rujukan library di sekolah-sekolah menengah?

Renung-renunglah…….wahai pejuang bangsa ……

Jadi jangan bangsa Melayu terperanjat hari ini. bila bangsa melayu sendiri sanggup memijak muka bangsanya sendiri.

Kerana kemilaunya Peribadi seorang ulama yang sedang memerintah hari ini bersubahat bersama kafir harbi sanggup memusuhi bangsanya sendiri.

Disini jelas apa yang dikatakan oleh Dato’Sri Najib Pemimpin-pemimpin UMNO masih lena dibuai mimpi mimpi indah.

Tidak hairan hari ini gambar pemimpin bangsa dipijak ,satu hari nanti bangsa melayu sendiri akan sepak mukanya secara reality.

Insyaallah

Komentar :

ada 4 comments ke “LAYAKKAH BUKU INI...........”
Ekeng A/L Etong said...
pada hari 

Siapa saja yang hendak melabel Nik Ajis sebagai ulamak, harus belajar dan betul-betul faham apakah yang dikatakan ulamak. Jangan kerana orang lain melabel ulamak, kita juga nak melabelnya sebagai ulamak. Jangan melihat pada luaran saja. Tapi macam Nik Ajis, luaran dan dalaman serupa. Tak layak dilabel ulamak.

Anonymous said...
pada hari 

salam:

Yang peliknya mengapa ada pihak sanggup menjadikan buku tersebut sebagai rujukkan para pelajar di sekolah kerajaan?

wassallam

YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam,

Sebab itu PPSMI mendapat tentangan ibubapa di sekolah-sekolah Melayu, kerana ada guru-guru syaitan yang menyelitkan buku-buku macam itu di library sekolah.

Kerajaan perlu menyingkirkan manusia macam ini...

Anonymous said...
pada hari 

salam;

Entah barapa banyak wang kerajaan yang diperuntukkan untuk membeli buku-buku sepeti ini.Yang tercatit dalam buku tersebut jun 2009 pihak sekolah terima.Persoalannya tidak ada pemantauan pihak sekolah kah? layak atau tidak sesuatu buku itu nak di jadikan bahan rujukkan pelajar.Ini yang di kesan di bandar macam mana pula di sekolah2 luar bandar.Sudah berapa banyak yang telah diguna pakai sebagai bahan rujukkan?

Adakah pihak yang berwajib sedar tentang perkara begini sedang belaku?

Saya tidak mahu komen secara panjang lebar tapi,cuba kita beli dan amati isinya sesuaikah untuk pelajar? sedangkan didalam nya menceritakan kehebatan PAS dan betapa teruknya pihak kerajaan UMNO mentadbir Negeri.

Selain daripada itu diselit seolah2 nik aziz ini ulama yang terunggul dengan kilauwan peribadinya.

pada saya ia teramat2 tidak sesuai dan seharusnya diharamkan dijadikan bahan rujukkan pelajar.

dalam buku ini banyak memprovokasi PAS dan kerajaan pakatan rakyatlah yang paling layak mentadbir negara berbanding dengan UMNO yang menolak Islam.

untuk penjelasan lanjut baca dan amatilah isi kandungannya.Sesuai atau tidak dibaca oleh pelajar? lebih-lebih lagi isi kandungannya memburuk-burukkan pihak kerajaan sekarang.

inilah kegiatan talibarut merosak anak bangsa kita.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.