Wednesday, August 19, 2009

SIAPAKAH PAGAR YANG MAKAN PADI?




Jangan salahkan Nik Aziz bila Buku Politik yang memProvokasi tentang diri dan Politiknya” menjadi bahan Rujukkan Pusat Sumber segentir sekolah Menengah..

Tetapi siapakah yang harus di persalahkan?

Siapakah Pagar yang makan padi? Rakyat atau segelintir kaki tangan kerajaan sendiri.

Tidak hairanlah ada Guru-guru yang masih berkhidmat sanggup menipu nama mereka untuk menjadi ahli dan memegang jawatan penting dalam politik pembangkang.

Rasional kah mereka? Sedarkah pemimpin bangsa apa yang sedang belaku? Jadi tidak hairanlah jika buku politik pembangkang yang menghina pemerintah satu hari nanti bersepah-sepah menjadi bahan bacaan dipusat sumber sekolah-sekolah.

Hari ini jelas ada segelintir Sek Men di Ibu Negara sudah mula berjinak-jinak menjadikan buku-buku politik PAS dijadikan bahan bacaan dan rujukan di pusat-pusat sumber sekolah mereka.

Hari ini PAS sudah berjaya memperluaskan pengaruh politiknya..

"PENERANGAN”-PAS

1)Mewujudkan networking penerangan Negeri Kedah yang lebih mantap melalui
website,blog yang lebih berfungsi,up to date,mempunyai target dan perancangan dan aktif.

3)Mewujudkan pejabat penerangan Negeri Kedah di peringkat daerah.

4)Mempelbagaikan keluaran-keluaran makalah-makalah selain warta.
Semua ini perlu di wujudkan supaya mesej Islam dan merupakan Matlamat utama “PARTI” dapat sampai ke semua peringkat.

Begitu juga berita-berita dan maklumat-maklumat negeri mampu disebarkan dengan berkesan.
Warta perlu di sebarkan di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah.

(DMPKP/DMPNK)

Masalahnya layakkah pelajar-pelajar didedah dengan bahan-bahan bacaan berunsur politik memburukkan pemerintah seperti yang belaku sekarang di sekolah?.

Mengapa kita perlu meracuni fikiran pelajar-pelajar tersebut dengan kegiatan politik memburuk-burukan pihak lain.

Dalam masa yang sama kita menyelitkan unsur-unsur agama untuk melindungi kegiatan dan matlamat politik kita.

Cukuplah kita memperalatkan kanak-kanak ini dalam kegiatan refomasi jalanan dan kempen-kempen pilihan raya.

Hari ini mengapa segelintir pendidik(Guru) ingin meracuni fikiran pelajar kearah membenci politik bangsa?

Apakah PAS merasa DAP sudah cukup selesa menyokong perjuangan Islam yang mereka canang-canangkan selama ini?

Sedarkah hari PAS Amanat Hadi sudah banyak merosak perpaduan bangsa...tiba-tiba hari ini PAS tanpa merasa berdosa melanggar segala fatwa yang mereka cipta?

Cukuplah kita merosak perpaduan yang ada hari ini.Berilah kesempatan pada anak bangsa untuk menerus pembelajaran mereka jangan diganggu minda mereka.

Hari ini PAS jangan terus berbohong dan berdusta pada bangsa..apa yang dicanangkan tidak pernah ujud dalam pelembagaan politiknya.

Hari ini sudah lima puluh tahun PAS berjuang untuk menegak hukum Allah swt.Tetapi yang jelas dan nyata PAS sendiri berdalih dan menolak hukum sesuka hati mereka.

Apa yang belaku di Kedah dengan MB Ust Azizannya menolak untuk melaksana Hukum yang didesak oleh penyokong PAS sendiri yang iklas dan percaya perjuangan PAS.Apakah hukumnya pula seorang yang ada ilmu agama menolak hukum begitu saja?

Hari ini pembohongan PAS terutama di Kedah belaku didepan mata rakyat biasa.

Cukuplah PAS berpolitik diluar saja...jangan dirosakkan fikiran anak bangsa yang masih di bangku sekolah....cukuplah mak bapa mereka menjadi mangsa kekejaman PAS yang ada.

Pada bangsa berfikirlah secara matang mohonlah pada Allah swt agar dibuka minda Politik PAS hanya menipu dan berbohong pada bangsa semata-mata.

Apakah kita tidak pernah memikirkan jika UMNO mengamalkan ajaran yang Palsu.Bagaimana pula taraf Islam al-Khahfi (Anwar)yang menjadi penasihat mereka hari ini.

Megapa PAS sanggup di ketuai oleh pemimpin yang tidak keruan Islamnya.

Mengapa pemimpin PAS termasuk Nik Aziz terlalu bangang berada dibawah penasihat yang tidak menentu hujung pangkal Islamnya .

Jika UMNO mengamal Islam Palsu,Pas pengamal Islam tulin bagaimana pula halnya dengan amalan Islam PKR ? dan yang sudah pasti DAP kafir Harbi?

Apakah selama memperjuangkan Islam sejak tahun 1951 PAS hanya mampu dapat melahirkan seorang saja ulama ulung yang bertaraf Nik Aziz?

Sedarkah kita bila Nik Aziz menjadi Ahli PAS?

Apakah sebelum ini tidak ada ulama”KEMILAU PERIBADI” setarafnya yang boleh kita banga dan kaji kitab-kitab keluarannya.Selain peribadi seorang hamba setaraf manusia biasa .

Sedarkah kita Nik Aziz bersama-sama PAS hanya 47 tahun saja berbanding dengan penyokong PAS yang ada?

Apa yang Nik Aziz perjuangkan selama 47 tahun pada Dunia Islam? Kecuali menjadi hamba Politik bangsa hingga ke hari ini.

Siapa pula yang NOBATKAN dia sebagai Pemimpin Ulung?

Adakah sekelian umat Islam di bumi Malaya ini menerima dia sebagai Pemimpin Ulung?..melainkan penyokong-penyokong PAS yang taksup padanya saja.

Andainya Nik Aziz pemimpin terulung di Malaya yang mempunyai jutaan peminat seperti yang ditegas kan dalam buku “PROVOKASI ” yang ditulis oleh pegawai peribadinya sendiri,sudah tentu PAS telah memerintah Negara ini.Sedarkah hari ini PAS bekongsi kuasa bersama DAP dan PKR.

Tanpa DAP dan PKR, PAS mungkin terulung di Negerinya sendiri.Dan PAS tidak mampu menapak di Negeri-negeri yang dikuasai Pakatan hari ini?

Sedarkah berapa kerusi PAS di Perak dan Selangor dan Kedah? Ulungkah PAS jika DAP dan PKR menarik diri.

Sedarkah hari ini PAS sedang bermimpi di buai oleh PKR dan DAP?

PAS jangan terlalu anggkuh dihari ini.Ambillah iktibar apa yang belaku di perak,dan tidak mustahil boleh belaku di Kedah juga. ...Insyaalah!

Apa yang belaku bukan kuasa UMNO…tapi kuasa Allah swt.Sedarkah PAS?

Pada sekelian bangsa Melayu pula sedarlah PAS hanya menipu bangsa kita saja.

Hakikatnya yang boleh dibuktikan masih ada peribadi pemimpin mereka lebih kurang UMNO juga.

Tidak ada lebih dan kurangnya. Pembohong dan putar belit sama saja…menipu daya bangsa juga tidak ada bezanya.

Kerana mereka adalah rumpun bangsa yang sama….anjing yang biasa menjamah taik,jika tidak menjamah dia menghidu juga.

Itulah sifat semula jadi manusia yang tidak dapat lari kesilapan didunia ini.Lebih-lebih lagi bila diberi kuasa pada nya.

Kita bukan bangsa yang dibedah dan dicuci hati dan perutnya.Dan bukan pula bangsa yang di Israq kelangit oleh Allah ta’ala.

Kita Cuma hamba yang mengikut suruhannya…dan kebanyakkan hanya bertaraf Islam keturunan saja bukan Islam yang diteroka.

Sudah tentulah banyak kesilapan dan kelanjurannya samada sengaja maupun tidak sengaja.

Apakah hari ini kita dapat menepuk dada pada sekelian bangsa ,akulah ulama terulung yang ada?

Tidak malukah pada Khalifah Islam kita.

Sedarlah siapa kita berbanding dia?




wassallam.

Komentar :

ada 0 comments ke “SIAPAKAH PAGAR YANG MAKAN PADI?”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.