Friday, August 28, 2009
UMNO KEDAH MASIH UZUR....
BENAR KATA WIRA PRK KEDAH YANG KAMI TEMUI DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BARU-BARU-BARU INI-
UMNO PERLU “N.A.J.I.B” .
“Tanpa Niat yang jujur serta iklas berkerja atau berusaha.
UMNO mungkin gagal dipulihkan setelah tsunami yang meranapkan empat buah negeri.”
Permatang Pasir UMNO kalah lagi….
UMNO perlu bertindak dengan lebih cepat,tepat dan harus peka bukan “Pekak” apa yang rakyat perlu!!
Tetapi rakyat hari ini sudah mula hilang keyakinan serta kepercayaan dan tidak lagi menghormati pemimpin bangsa.
Sedarkah segelintir pemimpin UMNO?
Oleh itu UMNO perlu pendekatan yang lebih drastik hari ini.Tidak ada masa lagi UMNO harus melayani kerenah dan tomahan pembangkang yang bijak mencipta isu-isu semasa.
Suara dan pendapat rakyat adalah lebih penting untuk didengari oleh pemimpin,dan tidak pula diputar belitkan suara rakyat oleh segelintir pemimpin yang bijak bermuka-muka untuk mencari pengaruh dan kuasa.
Akhir-akhir ini pembangkang mula meraih populariti mendadak lebih-lebih lagi bila mereka berjaya memenangi beberapa pilihan raya kecil.
Yang terkini di Permatang Pasir.
Ini bukanlah bererti pakatan pembangkang mampu memenuhi selera dan dapat mengambil hati rakyat.
Malah Jauh sekali membantu untuk menaikkan taraf ekonomi penyokong-penyokong mereka.
Tetapi sudah lama rakyat merasai mereka sudah dipinggirkan oleh pemimpin umno yang rata-ratanya mementing tembolok dan kepentingan diri.
Jadi dalam situasi hari ini pada rakyat tidak ada bezanya mereka menyokong kerajaan maupun pembangkang kerana kedua-duanya sama.
Pada mereka kepuasan!!
Rakyat sedar pertarungan hari ini tidak menguntungkan manamana pihak yang menang menjadi arang yang kalah menjadi abu.
Tetapi mereka merasa puas!...padan muka !
Walaupun hakikatnya bangsa sendiri rugi.
Tetapi hari ini walaupun UMNO tewas dalam beberapa PRK.
Politik bangsa masih tidak mampu berubah rata-rata pemimpin masih berbalah sesame sendiri.
Terbukti hari ini tidak ada satu pun bahagian mahupun cawangan umno yang sunyi dari perbalahan merebut jawatan dan pangkat.
Inilah barah yang masih ada didalam UMNO yang memberi laluan mudah untuk pembangkang meracun fikiran bangsa.
Sedarkah wahai seluruh pemimpin-pemimpin umno baik di bahagian mahupun cawangan!
Dengan berbagai gejala politik,ekonomi,sosial yang melanda segelintir pemimpin umno lebih-lebih lagi bila belaku kenaikkan mendadah harga-harga barang.
Dengan Kenaikkan harga minyak rakyat lebih-lebih merasai bertapa kurang hajarnya pemimpin UMNO.
Inilah api yang menyalakan pada sekelian rakyat yang sedang dihempit kemiskinan dan kesempitan hidup,yang ditiupkan oleh pembangkang yang “BIJAK”memburu kesempatan diwaktu ini.
Berbanding UMNO yang masih lena...
Isu rasuah,salah guna kuasa,tiris dan bocor,diskriminasi pengagihan tender yang bijak dimainkan oleh pembangkang punca pencetus kemaran rakyat.
Lebih-lebih lagi pihak umno sendiri gagal menyanggah isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.
Ini seolah-olah umno mengiakan segala tuduhan dan tomahan terhadap pemimpin mereka oleh pihak pembangkang.
Hari ini UMNO seolah-olah meletak tanggungjawab tersebut diatas bahu pucuk pimpinan saja untuk memulihkan umno.
Sedangkan mereka di peringkat bahagian, cawangan masih beselimut.
PRK Permatang pasir cukup jelas membuktikan pemimpin-pemimpin peringkat bahagian,cawangan tidak menampakkan kesedaran mereka untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
Persoalannya pada rakyat dan bangsa melayu hari ini adakah..pemimpin-pemimpin UMNO
Masih sucikah [Niat] mereka pada perjuangan bangsa hari ini atau sebaliknya…
Masih [Amanah]kah mereka pada bangsa dan perjuangan UMNO?
Masih [Jujur]kah kesetian mereka pada bangsa dan pemimpin hari ini?
Masih [Iklas]kah perjuangan mereka ?
Masih mampukah mereka [Berusaha] tanpa sebarang agenda pribadi demi agama dan bangsa hari ini?
Berubahlah wahai pemimpin-pemimpin UMNO terutama di bahagian dan cawangan.Demi bangsa !
wassallam.apbs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam2 isu. Lagi2 pun boleh disenaraikan. Masaalah sebenar ialah semuanya dibina untuk jadi isu yang dapat diperkatakan je. Pesepsi yang dibina. Sepatutnya semua itu diselesaikan di peringkat penerangan ke peringkat negeri keperingkat bahagian keperingkat cawangan. Tetapi semua itu tidak dipandang sebagai penting kerana yang lebih penting masih tidak dirasakan puas lagi. Yang lebih penting dan belum dirasakan puas itu ialah kepentingan kedudukan, keuntungan, kemewahan, kemenangan, popilariti sendiri serta puak sendiri. Jadi kesah melayan kekeliruan pelanggan tidak diendahkan. Inilah penyakit sebenar. Mashaallah.
salam:
Apa lagi yang dapat kita suarakan kepada pemimpin bangsa hari ini.
Walaupun paluan demi paluan tapi rata-rata mereka masih pekak dan tuli,asyik dengan kekalutan agenda peribadi.
Hari ini rakyat dalam situasi ditelan mati emak...diluak mati bapa.
Kerana ini adalah agenda bangsa.Bukan agenda peribadi.Karamnya UMNO bererti karamlah sekelian bangsa Melayu.
Apakah mereka merasai UMNO ini hak mak bapak peribadi mereka yang punya? UMNO hak sekelian bangsa! dan tanggung jawab bersama.
Sedarlah....wahai pemimpin bangsa.
wassallam apbs