Thursday, August 13, 2009

SIAPA YANG LEBIH HINA PAS ATAU UMNO?







"DAP kalau hina Islam, pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"

Nik Aziz berkata, untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," kata Nik Aziz.

Persoalan yang apbs hendak kemukakan disini pada Tok Guru PAS ini....dan minta penjelasan sikit dari penyokong tegar mereka jika ada.

Jika orang Islam dari pemimpin PAS sendiri,tolak hukum Islam apakah ia lebih hina dari seekor haiwan? Setujukah Tok Guru PAS tersebut?

Dan mungkin Nik Aziz tidak sempat nak sertai Tamrin kepimpinan Islam anjuran Parti Islam Se Malaysia,Baling satu ketika dulu.

Dalam tamrin tersebut Asy-Syahid Ibrahim Mahmood walaupun tidak mencapai taraf tok guru seperti Nik Aziz yang mampu disembah oleh orang India telah mengariskan jurang pemisahan atau FURQAN.


Mungkin Nik Aziz lebih arif dari Asy-Syahid seperti yang dijelaskan oleh al-quran,iaitu pemisahan diantara golongan yang nak pada Islam dan golongan yang menentang Islam.

Jelas Asy-Syahid dua golongan tersebut terasing dan terpisah.

Tetapi hari ini pemimpin teragung PAS sendiri termasuk murshidul amnya Nik Aziz serta kuncu-kuncunya yang dicucuk hidung bagai kerbau ..sanggup berpeluk, bercium, dan berdakap dengan golongan yang menentang Islam.

Mengapa perlu Nik Aziz murshidul am menunding jari pada orang Islam yang lain.Jika al-quran telah menggariskan demikian mengapa nik Aziz sengaja melanggar amaran tersebut?

Bukankah PAS sendiri termasuk Murshidul amnya telah menjilat golongan kapiaq harbi tersebut hari ini.

Siapa yang lebih hina..?

Orang Islam, ia itu pemimpin PAS sendiri yang menolak Hukum?

Orang Islam, yang sanggup berpeluk, bercium, dan berdakap serta sanggup pula bersekongkol dengan kapiaq Harbi menyerang bangsa sendiri?

Orang Islam yang bertaraf murshidul am sendiri yang sanggup menolak bangsanya memilih kapiaq harbi sebagai rakan kongsinya?

Orang Islam yang masih patuh pada suruhan Allah swt ditolak perdamaian mereka?

Hari ini apa yang diamanat dan dijelaskan dalam ucapan Asy-Syahid Ust Ibrahim Mahmood beberapa hari sebelum Peristiwa Memali yang melibatkan seramai 14 ahli dan penyokong PAS syahid, 8 cedera parah dan 161 termasuk kanak-kanak ditahan……

Hari ini sedarkah wahai seluruh pucuk pimpinan PAS dari atas hingga kaki lima…apa yang kamu faham maksud Asy-Syahid Ibrahim Mahmood dalam ucapannya dibawah ini.

“ ujudnya golongan yang masih hendak berdamai dengan musuh-musuh Islam”hari ini?

Siapakah sebenarnya Pertualang dan tali barut pada Bangsa dan AGAMA yang melanggar apa yang telah digaris oleh al-quran seperti yang jelas oleh Asy-Syahid?

Dan Siapakah yang lebih hina serta bangsat hari ini?

Pemimpin utama termasuk murshidul amnya kah ?

Atau pemimpin PAS yang menolak hukum agama?

Atau penyokong yang dilembukan oleh PAS hingga ke hari ini?

Siapa yang “KURANG AJAR”dan lebih hina melanggar apa yang telah di gariskan oleh al-quran sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan kehilangan nyawa semata-mata untuk memisahkan golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam.

KONONnya UMNO pada waktu itu…

Tapi hari ini siapa yang BIADAP dan KURANG AJAR ? ... yang telah mengkianati pengorbanan para Syuhada dalam peristiwa Memali tersebut.

Apakah mereka belum mahir tentang Islam atau mereka
terlebih mahir lalu melanggar apa yang telah di gariskan oleh al-quran?

Orang yang tolak Islamkah…? Orang yang cintakan perjuangan Islam? Atau TALIBARUT Agama dan bangsa yang bijak bermuka- muka?

CELAKAH LAH MEREKA!

Yang tidak bermaruah itu, yang mengkianati perjuangan Asy-Syahid Utz Ibrahim Libya dan para syuhada.

Moga-moga Allah swt dicucuri rahmat ke atas roh para Syuhada.

Dan Engkau musnahkanlah Ya Allah perjuangan puak-puak thaghut yang lebih kafir daripada kafir ini yang menipu dan memperdaya bangsa dihari ini.Amin.

Pada seluruh kaum muslimin berpeganglah kita pada tali Allah jangan sesekali kita terperdaya dengan tipu muslihat mereka hari ini …

Kerana Abu Yazid al-Bustami pernah berkata:

“Jika kamu melihat seseorang diberi karamah sehingga boleh terbang sekali pun janganlah kamu terpedaya sehingga kamu melihat bagaimana dia menjaga suruh dan larangan Allah dan batas-batas syarak”.

Hari ini apakah pemimpin-pemimpin PAS bertaraf karamah?

Benarkah mereka menjaga suruhan dan larangan Allah swt ?

Dan benarkah mereka menjaga batas-batas syarak?

Benarkah mereka percaya pada kuasa Allah swt?

Jika mereka benar-benar percaya pada kuasa Allah swt…

Mengapa PAS bergantung harap pada DAP,dan Makkal Sakthi?

Dan mengapa PAS sanggup mengenepikan hukum semata-mata kerana UNDI?

Apakah PAS takut pada kuasanya Politik bangsa yang tidak seberapa jika berbanding kuasa Allah swt.

Yang jelas dan Nyata PAS tidak percaya pada Kuasa Allah swt.

Sebenarnya Pas tidak yakin kejayaan tentera Islam yang sedikit bilangan 313 orang mampu menewaskan bala tentera yang lengkap bersenjata melebihi 1000 orang dalam peristiwa badar 16 Ramadhan.

Hari ini adakah bangsa dan seluruh umat Islam masih percaya kepada pemimpin-pemimpin setaraf mereka yang lebih yakin pada suara undi berbanding kuasa Allah ta’alla?

Tinggalkan perjuangan yang tidak yakin pada kuasa Allah swt,mereka lebih yakin pada suara DAP dan Makkal sakthi.

Apakah mereka layak memimpin kita,sedangkan mereka tidak yakin pada kuasa Allah swt.

Apakah mereka hanya setaraf DAP dan Makal Sakthi?


Wassallam.apbs.

Komentar :

ada 2 comments ke “SIAPA YANG LEBIH HINA PAS ATAU UMNO?”
Jeffry said...
pada hari 

SLM BRO..PAK AJIS LEBIH UTAMAKAN UNDI DR PERPADUAN. PAK AJIS LEBIH GEMAR BERKWN DGN SYAITAN DRP BERKWN SESAPA UMMAH. SEMUANYA DI SEBABKAN OLEH PENGARUH DAN KERTAS UNDI. MAKA JADILAH ISLAM TU SEPERTI BRG DAGANGAN

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam: Jeffry.

Nampaknya puak-puak ni semakin hari semakin sesat dengan kuasa.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.