Friday, August 14, 2009

NAKHODA SUDAH BERSUARA..KELASI MASIH TERLENA..




Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada ahli-ahli parti itu bahawa mereka tidak akan diberikan jawatan sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

UMNO memerlukan orang yang boleh membuat kerja dengan bersungguh-sungguh sepanjang masa dan sentiasa dekat di hati rakyat.

''Buat kerja sungguh-sungguh, turun ke bawah, dekat di hati rakyat sepanjang masa,'' ujarnya.
''Kalau nak jawatan, buat kerja dari sekarang. Saya bagi amaran kalau tak buat kerja jangan harap (dapat jawatan). Saya tak kira siapa kerana yang dipilih mesti buat kerja dan dekat di hati rakyat.

''Jangan jadi wakil rakyat tak buat kerja, jangan nak glamor... Sampai masa lobi, tak dapat lobi saya lobi pegawai saya, lobi semua orang dan apabila disemak, kerja tak buat, apa pun tak buat,''

Sedarkah UMNO apa yang sedang bangsa rasai bahang kebiadapan talibarut bangsa?

Kurang ajarnya sudah menjijak kepala, masih relex dan membuta lagi kalian semua..?

Kita bukan berperang dengan komunis dirimba..tapi dengan tali barut bangsa.

Kita tidak mengenali siapa mereka kerana mereka bangsa kita.

Mereka bukan membawa senjata…tapi menghasut bangsa membenci raja,menghina pemimpin bangsa.

Mereka bijak bermuka-muka menipu kita.

Bangsa dan perjuangan tidak ada ertinya pada mereka.

Kerana mereka pemburu kuasa bersama talibarut bangsa.

Apakah kalian buta ! Nakhoda sudah bersuara…!

Apakah masih menunggu talibarut BANGSA menyepak muka baru kalian terjaga....terpinga-pinga tak tau kemana?

Celakalah bangsa !



wassallam.apbs

Komentar :

ada 4 comments ke “NAKHODA SUDAH BERSUARA..KELASI MASIH TERLENA..”
Anonymous said...
pada hari 

Benar walaupun tidak semua. Ada yang mahu jawatan semata2 mengejar tender. Rakyat tidak dijaga jauh sekali untuk dibela. Sering berlaku di depan mata. Pangkat dikejar untuk mewah dunia. Bila ditegur "kabel besar" katanya. Pucuk pimpinan perlu pantau mereka. Jika tidak rakyat akan bersuara maka buruk padahnya. Sedarlah dari lena sebelum semuanya binasa.

Ikhlas,
Bukan Ahli UMNO Yang Sayangkan Melayu.

Anak Lenggong said...
pada hari 

INI LAH MASA UNTUK MENILAI DAN BERTINDAK..JANGAN DIBERI MUKA KEPADA PEMIMPIN YANG CUMA BEKERJA SEWAKTU DEKAT PEMILIHAN SAHAJA...CAMPAK MEREKA KELUAR SEBELUM KUDIS BERJANGKIT...RAKYAT SEKARANG BUKAN SAHAJA MELIHAT DAN MENDENGAR...RAKYAT DAH TAU MENGGUNAKAN KUASA MEREKA UNTUK MEMUSNAHKAN MANUSIA YANG HIPOKRIT DAN BEKERJA CUMA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI DAN KRONI SAHAJA...SYABAS DATO NAJIB...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

SALAM:TERIMA KASIH ANON DIATAS KOMEN ANDA.

POLITIK BOLEH BERUBAH WARNA...TAPI BANGSA DAN AGAMA ITU YANG PADU...

TETAPI PAS DAN PKR MENGAJAR AGAR BANGSA DAN AGAMA MAMPU BERUKAR WARNA DAN WAJAH BERBEZA MENGIKUT SUASANA.

WASSALLAM.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam:AnakLenggung.

Setuju,dengan pandagan serta pendapat anda.PRU12 sedikit sebanyak inilah punca-punca tertiarapnya BN.Kerana nila setitik rosak seperiok susu.Sebelum nak rosakkan seperiok elok campak saja spesis2 tersebut keluar.

spesis2 seperti ini merepakan api dalam sekam yang boleh merosak bangsa.Perjuangan mereka semata untuk perut.Padahnya apa yang bangsa rasa.

wassallam.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.