Thursday, August 27, 2009
DARI CAWAN KOPI..RIBUT BERTUKAR KE- KANDANG BABI PULA.
PAS BAGAI ANJING TERSEPIT DAN KERKAPIT…
“Pada 9 Februari 2009, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (ADUN) kawasan Bukit Selambau, V. Arumugam melepaskan jawatan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India dan ADUN kawasan tersebut.”
“ALOR SETAR 1 Julai – DAP Kedah hari ini keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri ini antara lain termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di sini.”
“Mohammad Radzhi Salleh ( kiri ) mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Radzhi yang merupakan ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media di Kuala Lumpur.”
“Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak telah menyerahkan surat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah bagi memohon baginda menggugurkan Mohd Radzhi Salleh dari Exco kerajaan negeri Kedah.
Surat itu telah diserahkannya kepada pejabat Sultan Kedah petang ini.”
Persoalannya mengapa Azizan Razak terlalu sibuk untuk persembahkan pada Sultan kes YB Radzi.
Dan tidak pula sibuk persembahkan pada sultan dalam kes Dun DAP dan Arumugam untuk digugurkan dari EXCO satu masa dulu.
Masakan Azizan Razak terlalu cepat melupai sejarah?
Apakah Azizan Razak merasai seluruh rakyat kedah ini buta atau terlalu “bangang”tentang tindak tanduknya yang bahlol itu?
“Apa khabar YB Arumugam dimana anda? Pengundi bertanya dimana YB Arumugam Dun PKR yang pernah mereka undi di Pilihanraya Umum yang lalu.
Rakyat kecewa Arumugam hilang tanpa berita.” Siapa talibarutnya?
Azizan Razak tentu tahu..tapi dengan sikap pandirnya “saya..tak..tau apa..apa” seolah-olah dapat menutup segala kelemahan dan tidak tanduknya..seperti yang didedahkan oleh Blogger “Sungguhka”.
PR adalah parti politik yang penuh dengan skandal peribadi. Pemimpinnya serta suku sakat mereka yang banyak terlibat dalam salah laku seks.
Skandal Bukit Selambau, skandal Bukit Lanjan, skandal Pelabuhan Klang. Yang terhebat adalah skandal liwat.
Mengapa pula Azizan Razak tidak menunjuk jaguh kampong dalam kes-kes tersebut.
Mengapa menepikan Sultan? Bijak pula dia persembahkan Dun DAP pada Lim Kit Siang.
Apakah PAS bersultankan kepada DAP dalam hal-hal yang boleh menguntungkan politiknya?
Bila PAS merasa dirinya tersepit dan terkapit serta boleh merugi Politiknya pada Sultan baru dipersembahkan?
Mengapa tidak dipersembahkan saja kes YB Radzi pada al-khahfi PAS (Anwar) atau Maharaja Lim Kit Siang?
Bukankah lebih mudah setakat “rebut dalam cawan kopi” lagi pun itu soal rumah tangga PAS dan pakatan rakyat.
Mengapa kes YB Radzi tidak dapat diselesai didalam kelambu PAS sendiri yang lebih mukrim dari DAP..?
Mengapa perlu di persembahkan pada Sultan..
Adakah rebut kali ini “rebut di dalam Kandang Babi”? yang tidak mampu lagi PAS laki bini selesai sesame sendiri.
Apakah Azizan Razak MB PAS merasai tindak tanduknya itu sudah bijak?walaupun terpaksa akur dengan tekanan dari DAP semata-mata “TAKUT” kehilangan kuasa walaupun terpaksa tunduk dan akur .
Lalu menurunkan qota perumahan dari 50% ke 30% untuk bumi Putra?
Sedarkah Azizan Razak apa yang sedang dilakukannya.
Hari ini diatas kebijaksanaan sultan menerima persembahan PAS.
Maka Kedah terselamat dari mala petaka seperti yang menimpa pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak dan muftinya.
Lihatlah jika keputusan memihak pada mereka….dan bayangkan jika keputusan Sultan tidak menyebelahi mereka pula…Kedah juga akan menerima padah yang sama seperti Perak.
Begitu juga tomahan yang mereka lemparkan pada YB Zulkifli Nordin bila kenyataan beliau memihak pada YB Radzi…..
Inilah sikap segelintir pemimpin-pemimpin mereka yang tidak dapat menerima kenyataan keburukkan mereka.
Selagi keputusan memihak kepada politik mereka sebusuk mana pun bangkai…ia tetap semerbak atar yang dicalit pada baju mereka.
Hari ini seluruh warga PAS,PKR serta DAP tersenyum bila keputusan Sultan Kedah memihak kepada mereka.
Kita tunggu dan lihat satu hari nanti….jika keputusan Sultan Kedah tidak pula memihak kepada mereka….bagaimana Nasib sultan kita?
Wassallam.apbs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.