Saturday, August 1, 2009
BILA BANGSA SENDIRI MENJADI TALI BARUT MAKA CELAKALAH BANGSANYA.
SEBELUM 1951............
PAS di kenali (PERTUBUHAN ULAMA SE- MALAYA)
Keahliannya diangotai oleh GOLONGAN para-para Ulama.
TAHUN 1951.
PERTUBUHAN ULAMA DI PINDA KEPADA PERTUBUHA ISLAM SE-MALAYA ATAU PAS.
TAHUN 1955 31 MEI 1955.MENDAPAT KELULUSANNYA.(R.of.S26/520-Pertubuhan ISLAM SE-MALAYA.(PAS)
Alasan Pindaan dari PUSM kepada PAS.
Alasannya:
-Meragui penyertaan ulama......dalam pertubuhan.
-Taraf Keahli-ahlinya PULA terbuka kepada umum, yakni orang-orang Islam yang akil baligh (tidak semestinya ulama).
TAHUN:1963.
Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan:
"Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram".
(Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984)
TAHUN: 1974-1977
“Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN/UMNO seluruh negara)”
TAHUN: 2008-2009(HARI INI)
“ PAS menjalin hubungan dengan DAP dan Makkal Saktihi Hukumnya bertukar tidak di ketahui sama ada kafir,haram,harus,wajib atau sunat.
Dan (Tahun 2008 Sebutan Kerajaan campuran dulunya juga telah bertukar pula ke- kerajaan Pakatan Rakyat atau PR di Empat buah Negeri).
Tahun : 2008 Dalam PRU12.
Pas melalui pemimpin mereka sendiri Mat Sabu dengan resminya Menggugurkan NEGARA ISLAM yang di war-warkan 50 tahun lampau menggantikan dengan “NEGARA KEBAJIKAN”
Hari ini PAS tidak dapat lagi untuk menipu Rakyat dan seluruh Bangsa Melayu bahawa perjuangan PAS selepas PRU12 adalah perjuangan untuk menubuhkan Negara Islam dan untuk melaksana hukum.
Alasan:
1. Dalam Seminar PKR Kedah yang diadakan di dewan Sri-Malaysia Sungai Petani sebelum PRU12 pemimpin PAS sendiri telah menggugurkan Negara Islam dan Mengantikannya dengan “Negara Kebajikan”.
Dalam seminar tersebut yang disertai bersama oleh MP DAP dari Bukit Mertajam.
2.IR-Nizar jamaludin selaku Mantan MB PAS juga telah membukti secara sohih bahawa TIDAK PERNAH ada dalam pelembagaan PAS yang menyatakan PAS ingin melaksana Hukum dan ingin menegak Negara Islam di Bumi Malaya ini.
2. Di Kedah pula MB PAS sendiri menolak untuk melaksana Hukum HARAMKAN judi dan arak.
Taraf Keahliannya pula:Tahun 2008.
1) Taraf KeahliAN-ahli PAS kini 2009, ter-LEBIH TERBUKA kepada umum, yakni BUKAN saja PADA orang-orang Islam yang akil baligh SAJA atau Ulamak seperti sebelum ini.
Tetapi terbuka ...pada samseng-samseng serta gangster-gangster yang sanggup bersama perjuangan mereka....DAN tidak pula terbatas pada yang beragama Islam saja.
“PRESIDEN PAS TELAH MEMBERI ULASAN DALAM TVPAS.COM BAHAWA:
“ DAN PAS MENERIMA BUKAN SAHAJA DIKALANGAN TERPELAJAR.. TERMASUK KALANGAN TAK TERPELAJAR ... TERMASUK SAMSENG.. SAMSENG KITA TERIMA JADI AHLI PAS .. SEBAGAIMANA NABI MUHAMAD (SAW) MENERIMA SEMUA KALANGAN PUAK PENYAMUN NABI TERIMA JADI ORANG ISLAM LEPAS ITU DITALBIAH DAN DIDIDIK DAN MEREKA MENJADI ORANG ISLAM YANG SOLEH... INILAH KEJAYAAN KITA DALAM PAS...”
Usaha PAS ini TELAH membawa kepada tertubuhnya .
Kelab Penyokong PAS yang di Ketuai oleh orang BUKAN Islam untuk menjadi ahli-ahli dan mengangotai KELAB Penyokong PAS Hari ini.
Keistimewaannya pula...:
Ahli-Ahli KelabPenyokong PAS, akan diberi ke utamaan dan keistimewaan oleh PAS untuk dicalunkan bertanding dimana-mana pilihan raya kecil yang majoriti berbangsa asing.
Contohnya apa yang belaku pada Pilihan Raya kecil di Bukit Selambau yang lepas.
PAS telah menentukan calun mereka yang terdiri Ahli-ahli Kelab Penyokong
PAS,berbanding lain-lain calun.
Walaupun mendapat tentangan dari calun sekutu yang BUKAN terdiri dari Ahli kelab penyokong PAS.
Dari peritwa tersebut juga membawa kepada keluarnya beramai ketua-ketua Bahagian PKR dari terus menyokong Parti tersebut.
Kerana mereka mendapati KETUA MEREKA Anwar Ibrahim sudah berada dibawah telunjuk PAS dan telah MENGKIANTI perjuangan mereka yang selama ini membelanya sewaktu berada didalam tahanan.
Kini pula PAS bersekongkol dengan Agenda peribadi Anwar dan DAP untuk merosak perjuangan bangsa dan merampas hak keistimewaan bangsa.
Kononnya untuk diagih samarata mengikut agenda Demokrasi gilanya bersama DAP.
Kini bangsa Melayu bagai sudah jatuh ditimpa tangga bila bangsanya sendiri sudah menjadi talibarut merosak “hak bangsa”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Membaca bukti dan alasan yang dipaparkan sahlah bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik Islam, seperti yang dilaung-laungkan.
PAS adalah sama seperti parti-parti politik lain yang ada di tanah air tercinta ini. Perjuangan PAS juga terbukti bukan perjuangan agama Islam. Perjuangannya adalah untuk semua bangsa dan agama – selari dengan “perjuangan PKR bahawa Malaysia bukan Melayu yang punya. Malaysia Cina dan India yang punya”
PAS adalah untuk rakyat Malaysia,sama seperti yang diperjuangkan DAP dengan “Malaysian Malaysia” nya. Perbezaannya hanya pada pemimpin. PAS dipimpin oleh orang Islam. DAP adalah di bawah rakyat bukan Islam. Perjuangan kedua-dua parti adalah sama.
Untuk tidak terus mengelirukan rakyat berbagai bangsa, khasnya orang-orang Melayu – Islam di kampung-kampung, adalah elok kalau PAS menggugurkan perkataan “Islam” dari parti itu. Dan kalau digugurkan perkataan “Islam” pasti sekali akan menarik perhatian lebih ramai rakyat bukan Islam menyertai parti itu. Dalam keadaan sekarang rakyat bukan Islam agak lebih berhati-hati dan “kurang yakin” untuk menyertai PAS, kecuali yang sudah merasai nikmat menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS.
Semoga mudahlah rakyat di kampung-kampung membuat perbandingan dan pilihan, bila menjelang PRU 13, nanti.