Sunday, August 30, 2009

ADAKAH YB RADZI AKAN MENJADI MANGSA PENDEKAR TAI CHI ?



E-mail yang GMC terima lewat petang tadi dari semanggigunung.

SALAM.

Semanggigunung said…

Tidak salah dan tidak sedikit pun menyalahi undang-undang Negara bagi seseorang wakil rakyat yang tidak mahu mewakili parti yang mencalonkan namanya di dalam mana-mana pilihan raya sebaliknya mau jadi orang bebas.

Yang Berhormat Muhammad Radzi bin Saleh,yang telah ditarik balik jawatan EXCo yang telah di tauliahkan kepadanya selepas PRU 12 pada 8 Mac,2008,sah sebagai seorang wakil rakyat atau ADUN Lunas.

Selagi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dari segi undang-undang Negara,beliau seharusnya diberi peluang untuk membuat pilihan untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas.

Rakyat lebih-lebih lagi pengundi-pengundi dalam kawasan N.34 yang telah member kemenangan kepada beliau dengan majority besar,tak perlu diapi-apikan atau dipengaruhi supaya mengambil apa jua tindakkan apatah lagi dengan membuat desakkan beliau melepas jawatannya sebagai ADUN Lunas.

Kalau rakyat dan pengundi diracuni untuk mengikut selera musuh-musuhnya,menunjukkan rakyat dan pengundi cuba mencemari atau menolak demokrasi yang masih berjalan,dengan macam-macam alasan seperti beliu jarang berada dalam kawasan pilihan rayanya,sepanjang kira-kira dua tahun beliau menjadi wakil rakyat,adalah sesuatu tindakkan emosi dan dendam.

Semasa nama beliau diumumkan sebagai calon PKR untuk DUN Lunas sebilangan kecil orang-orang melayu membantah.

Begitu juga dengan segelintir pengundi-pengundi keturunan India.Kedua-dua golongan ini hingga sekarang pun mau DUN Lunas diwakili seorang India.Pada hal mereka tahu bahawa oleh kerana Parlimen sudah ada calon India,tidak munasabahlah kalau DUN Lunas pun mau diberi kepada orang India.

Penyakit yang kedua-dua golongan ini bawa telah merebak dan mereka kni sedang mencari peluang untuk menyingkirkan YB Radzi dan mengantikan dengan Wakil rakyat keturunan India.

Apa kata rakyat dan pengundi Parlimen Padang Serai atas dasar yang sama membuat keputusan untuk menolak Ahli Parlimen Padang serai.

Tidak dapat dinafikan alasan yang dapat rakyat kumpulkan jauh lebih banyak dan hebat,kalau YB Ahli Parlimen Padang Serai juga mau di persoalkan kedudukkannya.

Majority pengundi tahu apa yang dibuat oleh YB ini peranannya dan kelemahannya sebagai Ahli Parlimen.Tanya saja pada kebanyakan ketua Jabatan dalam Daerah Kulim,ada saja isu berbangkit.

Mungkin YB Ahli Parlimen Padang Serai,tidak keluar parti,tapi periksa betul-betul apa tanggapan buruk yang dapat di perolehi dari rakyat dan Jabatan-jabatan.

Kalau YB Radzi keluar parti dan tak melawat kawaan pilihan rayanya,YB Ahli Parlimen Padang Serai seorang cukup suci,semata-mata beliau sentiasa melapaskan kalimah-kalimah suci dari Al-Quran,yang dipelajari Cuma untuk mengabui mata dan memekakkan telinga penduduk Islam yang cukup rapat dengannya.

Apakah beliau tidak pernah melakukan perkara yang jauh lebih teruk dari yang dituduh terhadap YB Radzi.Tanyalah pihak-pihak tertentu,rakyat pasti terkejut besar.

Yang kita berasa amat dukacita ialah kerana”Pengampu-pengampu” YB Ahli Parlimen Padang Serai adalah kelompok yang berusaha keras untuk menjatuhkan YB Radzi.

Dan kumpulan ini terdiri dari orang-orang Melayu sendiri,yang sejak awal dahaga serta kemaruk pada kuasa.

Renung-renunglah.

Komentar :

ada 6 comments ke “ADAKAH YB RADZI AKAN MENJADI MANGSA PENDEKAR TAI CHI ?”
Frodo Baggins said...
pada hari 

salam merdeka bro!!!


Teruskan perjuangan kita!!!

Anonymous said...
pada hari 

salam: Terima kasih diatas sokongan yang diberikan.Demi Agama dan bangsa.

Insyaallah.Moga-moga Allah swt memberi kekuatan pada kita.

wassallam apbs.

YANG GAMBI said...
pada hari 

Salam Merdeka,

Teruskan perjuangan, semoga Allah memelihara bumi tercinta ini dari pengkhianat bangsa dan agama.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Anonymous said...
pada hari 

SALAM MERDEKA! UNTUK SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER ANTI PKR DAN PAS...TERUTAMA ANTI "barua" ATAU TALIBARUT BANGSA!

wassallam.

C L J said...
pada hari 

Tak pelik dengan demonstrasi.
Mahaguru mereka si Anuar itu dulu pun bapak demonstrasi.

Satu keluarga di Baling mabuk makan ubi gadong dan ada yang mati. Anuar pun bawa cerita kata satu keluarga di Baling mati kebuluran kerana tiada makanan. Kerajaan tak ambil peduli dan tidak bertanggong jawab. Berdemonstrasilah mahasiswa Universiti Malaya l975 tu.

Sekarang bagi Anuar nak kerah orang buat demonstrasi pakai remote control je.

Anonymous said...
pada hari 

MUNGKIN PERISTIWA HARTAL 1965 BOLEH TERCETUS SEMULA... JIKA REMOTE CONTROL

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.