"Pendekar tidak tewas ditagan Pendekar..!!"
Kemunculan Ust Ismail Mina atau "Mail Mina" di petas Politik hari ini memang tidak pernah diduga oleh sesiapa juga samada rakan maupun bukan rakannya.....walau pun Anwar sendiri sebagai sahabatnya yang cukup akrap sekali pun....,
Kerana Anwar tidak pernah menduga sama sekali kemunculan dan kehadiranUst Ismail mina dalam arena Politik lebih2 lagi jika UMNO yang menjadi musuh resmi Anwar ! itu sudah pasti tanggapan Anwar sebelum ini buat Mail mina rakan karib yang cukup dikenalinya.
Manusia ini tidak pernah mengambil kesempatan sewaktu Anwar berada di pesada Politik UMNO,manusia ini bukan seperti makluk2 dalam PAS yang lain memburu kemewahan nama dan darjat,sewaktu Anwar dipuncak.
Tidak keterlaluan juga jika GMC katakan Mail Mina sedikit sebanyak memiliki sikap dan ciri2 kepimpinan yang diwarisi oleh Allahyarham Ust Fadzil juga rakan Anwar.
Selain Allahyarham Ust Fadzil,Ust Ismail mina juga menjadi tempat runjukkan Anwar mungkin atas dasar sahabat walaupun tidak pada ilmu yang dimiliki oleh Ust Ismail mina berbanding ilmu yg ada pada ulama2 tersohor yang sedang berada didalam PAS hari ini.
Kemunculan Ust Ismail mina dipentas2 Politik sudah sampai dikemuncaknya hari ini.....
Mungkin pada Rakyat lebih2 lagi penyokong2 Anwar maupun penyokong PAS merasai apalah sangat yang ada pada Ust Kampung ini,jika mahu dibandingkan dengan kehebatan Anwar dan kehebatan seluruh ulama2 " jadian" Ust Fadzil Nor dalam PAS hari ini ,pemimpin mereka jauh lebih hebat berbanding Mail Mina ust ala kampung ini.
Sebenarnya Kemunculan Mail Mina bukan seperti munculnya Zul4 Kulim,Nakae Hj Ahmad di TV9,Nalakurapan,Izam Md Nor dan kuncu2nya,Kamal saidin bekas pengusaha Sekolah Swasta di Sungai Petani satu ketika dulu, yg kini tidak semena2 bergelar Ust Kamal saidin,dan bukan sepertimana kemunculan Dr Hasan Ali dan rakan2 mereka sebelum ini....
Dan jauh sekali kemunculan mail mina kerana mau menjadi "BARUA" Upahan UMNO bekas tauke yang pernah Anwar junjung dan jilat dulu atau jauh sekali untuk menjurai Ibrahim Ali jaguh Pekasa,atau jaguh "KITA"di Sungai Petani.
Tetapi pada Anwar kemunculan Mail mina dipentas2 Politik adalah satu kelainan yg memberi kesan yang mendalam berbanding dengan musuhnya yang lain2,kemunculan Ust Mail Mina membawa satu petanda buruk buat Anwar dan seluruh keluarga dan masa depan Politiknya,Kerana Ust Mail mina diantara ribuan rakan karib yang tidak pernah menelan sebarang "umpan" dari Anwar sebelum ini berbanding dengan sahabat2 Anwar yang lain2nya termasuk.....?????....yg sudah menjadi pengikut setia jemaah tabliq dan ada yg sudah berjawatan menteri UMNO hari ini.
Anwar cukup2 mengenali siapa rakan karibnya ini sepertimana juga Anwar mengenali Arwah Ust Fadzil sahabat karibnya yang sanggup menjaga keluarganya sewaktu Anwar berada dalam tahanan,walaupun ketika itu Anwar mempunyai rakan2 karibnya dalam UMNO tetapi tidak ada yang setanding dengan sahabatnya Arwah Ust Fadzil Nor.
Begitu jugalah dengan Ust Mail Mina juah lebih akrap ,Anwar dari Nalakurapan,dan jauh lebih akrap dari Datuk Syazrly Eskay rakan kongsi maksiatnya yang berjaya memecah lobang aibnya gara2 Projek " tandas bengkok"...dan "duit" yang disonglap oleh Anwar lebih awal lagi...!!!
Tetapi Kemunculan Ust Mail Mina bukan atas faktor-faktor duniawi,pangkat darjat dan kuasa atau untuk menduduki Putra Jaya..Mail mina sedar dia tidak layak..!!dan bukan kerana kemaruk Dana sumbangan UMNO jika pun ada,rasa GMC kesenangan yang ada padanya hari ini,..sudah pun cukup untuk beliau memberi makan pada ratusan anak2 miskin yang dahagakan ilmu dari sebuah perkampungan islam diKedah satu ketika dulu ,jika untuk memburu dunia sudah tentu ust ismail mina hari ini, sudah bergelar Dato' ! Dato' sri, Tun, mau Tan sekurang2nya YB sewaktu Anwar menjadi orang yang cukup berpengaruh didalam UMNO dulu ataupun dalam PRU12 yg lepas,tapi apa harta dan kekayaan,pangkat yang telah dianugerah atau yang di tagih dari Anwar sewaktu itu??.....
Seingat GMC untuk bertemu Anwar sewaktu itu atas permintaan sahabatnya pun Mail mina tidak sanggup melangkah pergi walaupun sekadar untuk bertanya khabar untuk betemu Anwar....apa pun,mail mina tetap manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan dan kesalahan berbanding Nik Aziz ulama politik tersohor PAS hari ini.
Sebenarnya kemunculan Ust kampung ini amat2 digeruni oleh Anwar...!!walaupun pada penyokong2 Anwar dan seluruh penyokong2 PAS mengaggap Siapa lah sangat Ust kampung upahan UMNO ini......yang tiba2 muncul dipentas awam untuk menyuci akidah orang melayu khususnya penyokong2 yang taksub membabi buta terhadap sahabatnya dan pemimpin PAS hari ini, ...
Tapi pada Anwar Ibrooohimmm, Ust Mail Mina bukan calang2, padanya dan pada seluruh keluarganya.
Sebab Mail mina tidak ada dalam kamus "pengemis" daki dunia yg tak bermaruah sewaktu Anwar menjawat jawatan TPM dulu selain dari mereka2 yang hebat2 berada dalam UMNO maupun dalam PAS hari ini yg kini sudah pun bergelar Dato' , Dato' Sri...hingga ada yg sudah bergelar YB ....walaupun politik mereka bermula dari politik kucing kurap jalanan menumpang popularitinya saja....anwar sedar semua ini...
Pada Anwar , Mail Mina terlalu berbeza dengan musuh2 politiknya yg lain atau sebelum ini yg terdiri dari langau2 taik yg mengerumuninya dulu..!!
Mail mina bukan lagau !!! yg suka menghurung bangkai......
Hari ini Mail mina mampu melumpuhkan gerak lincah Anwar yang bijak bersandiwa selama ini dgn rakyat,kemunculan Mail mina mampu mengugat keangkuhan anwar..pada Anwar kemunculan Ust Ismail Mina juga mampu mengalih fikiran orang melayu khususnya umat islam yang sudah hanyut dalam arus ketelanjuran Anwar dalam usaha melindungi aibnya yang bukan kepalang,
Kita berharap usaha murni Ust mail mina ini dapat menyedarkan sahabatnya dan seluruh kuncu2 Anwar samada yg masih berada dalam PKR maupun yg masih berada didalam PAS seterusnya pada seluruh umat Islam yang bernama MELAYU demi Islam dan kedaulatan Raja !!
amin...
Beberapa bulan yg lalu saya ada berkunjung ke rumah Ust.Ismail Mina dibawa oleh seorang kawan,dan saya membuat kesimpulan beliau bukan seorang pengejar dunia,kehidupannya amat sederhana jauh dari kemewahan,jauh dari kemegahan dan jauh dari kesombongan.Saya berbangga kerana sesudah itu saya menjadi kenalan beliau.
....wlw apa pun Mail mina tetap manusia biasa yg tidak tinggi ilmu agamanya tidak setanding ilmu yg dimiliki oleh Nik aziz...atau Mahfus Dato' dr Pokok sena Kedah..
Apa barang nak takut dengan ustaz ni.
Ini ustaz cari makan. Bodoh ustaz bersama umno israil..