Sunday, October 30, 2011

AZIZAN DALAM DOSA PART-1.


Ada yang mungkin terkejut, tidak menyangka ,gembira, teruja dan selebihnya rasa ingin tahu. ... ….apa yang sedang belaku pada MB Kedah Belanda,Azizan Razak @ Zan sala.

Buku ini bukan dihasilkan oleh UMNO…..tapi datangnya dari penyokong2 PAS Kedah Sendiri yang membongkar dan menghukum MB Kedah hidup dalam Dosa.


Para ulamak dalam PAS masih belum sedia menerima orang sekular menjadi pimpinan mereka Walaupun individu sekular itu lebih berakhlak,lebih bertaqwa dari mereka, serta diterima masyarakat.

Bagi PAS Kelantan dan Terengganu, mungkin tidak menghadapi masalah atas pemikiran ini. Sebab mereka ramai ulamak dan para ustaz.. Bagaimana pula dengan negeri lain,
Di Kedah sekarang ini pun dah terdengar suara, siapa selepas Ustaz Azizan. Kalau nak di kira, kalangan ustaz yang menjadi ADUN di Kedah berapa kerat saja. Ustaz Rasyidi ( Langgar Limbong ), Ustaz Izzat ( Bukit Lada ), Ustaz Ghani ( Air Hitam ), Ustaz Yaakob ( Serdang ) dan Ir. Fakhrorazi ( Pengkalan Kundur).

Tapi mampukah PAS Kedah mengekalkan kemenangan dalam PRU 13 kelak ? Kalau menang adakah Ustaz Azizan akan mudah menyerah kepada muka baru. Umpamanya Ustaz Taib Azimuddin bekas Imam Besar Masjid Negara mungkin akan muncul sebagai ADUN baru di mana-mana DUN dalam parlimen Baling. Terutamanya DUN Kupang yang selamat buat PAS.

Ada suara yang menyebut, selagi Ustaz Azizan ada, sukar untuk orang lain mengambil alih. Sebaliknya pula, ada juga suara yang mengatakan,selagi Ustaz Azizan berkuasa dengan gay any a sekarang,PAS akan menghadapi masalah besar. Lalu, ada ssuatu yang haras dibincangkan.

Dibimbangkan caranya itu tidak dapat menawan hati rakyat Kedah, khasnya pengundi untuk memberi kepercayaan pada PAS mentadbir Kedah selepas PRU 13 nanti. Dalam tempuh dua tahun ini, ternyata ujud kebimbangan beberapa pihak,termasuk ahli PAS yang agak kecewa dengan peribadi Ustaz Azizan.

Apakah peribadi beliau yang membimbangkan itu? Inilah yang seharusnya di persoalkan oleh ahli PAS. Apa yang berlaku di Kedah dalam pentadbiran Ustaz Azizan ini, tidak boleh dipandang remeh atau terlepas pandang.

Keburukkan atau kelemahannya selaku MB akan memberi kesan kepada kelemahan atau kekuatan PAS. Jika salahlakunya dibiar tanpa di baiki, maka ianya akan menjadi bahan bualan rakyat. Apalagi, apabila segala kelemahannya itu dijadikan bahan politik oleh musuh, khasnya UMNO Kedah.

Sungguhpun PRU 13 hampir, tapi masa untuk membetulkan keadaan masih ada. Maka setiap ahli PAS samada di Kedah atau mana-mana juga berhak untuk menyelamatkan Kedah dari kembali ke pangkuan BN. Tidak di nafikan, memang ada kebaikan atau usaha pembangunan yang di lakukan oleh Ustaz Azizan, tetapi agak kurang jelas berbanding apa yang perlu di lakukan terhadap rakyat, sesuai dengan slogan Kedah Sejahtera:Nikmat Untuk Semua. Yakni janji yang perlu di tunaikan seperti yang terdapat dalam manifesto PAS Kedah semasa kempen dalam PRU 12 yang lalu.

Sejahtera pada PAS tentunya tidak sama dengan sejahtera pada UMNO. Kerana sejahtera dalam PAS itu, mesti selari dengan kehendak Islam. Dan inilah yang dijanjikan pada ahli PAS. jika PAS memerintah, maka Islamlah yang akan di utamakan atau di dahulukan, khususnya dalam pentadbiran. Sementara sejahtera dalam UMNO atau BN, perlu selari dengan kehendak manusia.

UMNO mementingkan pembangunan jasmani atau material. Islam atau agama di amalkan sekadar yang sesuai dengan kehendak mereka untuk menawan had manusia. Apakah MB Kedah sekarang telah mengutamakan kesejahteraan menurut apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah perkara utama yang perlu ditanya oleh ahli PAS. Kerana kita telah berjanji untuk meletakkan Islam itu di hadapan atau Islam itu memerintah, bukan ianya di perintah. Maka ahli-ahli PAS Kedah yang berada di seluruh bandar dan desa, beranikah anda mengatakan kedai judi samada empat nombor ekor, toto dan Iain-lain tiada lagi di tempat anda.

Apakah pasaraya, minimarket atau kedai runcit tidak lagi menjual minuman keras sebaris dengan air mineral atau Iain-lain minuman yang halal. Bagaimana pula dengan etika berpakaian bagi orang Islam dan bukan Islam berbanding sekarang dengan ketika BN memerintah. Begitu juga dengan pelancongan, khasnya di Langkawi.

Ahli-ahli PAS di Langkawi mungkin dah boleh mendabit dada, bahawa pulau mereka bukan saja bebas cukai, malah sejak PAS memerintah, maksiat juga bebas. Tiada lagi arak, tiada lagi judi dan tiada lagi pelancong yang bersantai di pantai sekadar memakai seluar dalam dan coli saja...?

Maka, apakah umat Islam Langkawi telah bebas dari dosa-dosa yang di bawa oleh pemerintah BN dahulu? Bagitu jugalah dengan ahli-ahli PAS yang di tempat mereka terdapat pusat peranginan atau perkelahan. Di Pantai Merdeka umpamanya atau di atas Gunung Jerai, di Lata


Bukit Hijau dan Lata Bayu daerah Baling, di Peranginan Sik dan Lata Mengkuang dalam daerah Sik, Di Peranginan Bukit Janing dan Tasik Pedu di daerah Padang Terap, di Peranginan Bukit Perak daerah Pendang dan banyak lagi.

Dulu kita pernah berjanji, bahawa di tempat-tempat begini akan di benteras segala gejala maksiat. Sekarang telah bebaskah tempat-tempat itu dari segala maksiat, khususnya para remaja yang berduaan tanpa nikah. Ada ura-ura kononnya bila PAS memerintah Kedah. kolam air panas di Legong dalam daerah Baling akan di bina khusus bagi memisahkan pengunjung lelaki dan perempuan.

Dulunya ketika BN berkuasa, pengunjung lelaki dan perempuan bercampur dalam kolam yang sama tanpa peduli tentang auratjnuhrim atau tidak. Setelah dua tahun PAS mengendalikan kolam itu. khabarnya belum ada perubahan, malah sewa tapak kereta pula bertambah. Hal ini sudah menjadi perbualan samada oleh ahli atau penyokong PAS. Juga oleh orang UMNO samada di dalam atau luar Kedah. Ada juga ahli yang agak berani cuba mengemukan hal ini pada MB.

Tetapi hampa saja. MB tidak menjawab sebaliknya bertanya ' hang mengaji mana?' Di tanya begitu kerana dia mempunyai kelulusan agama.ijazah dari Universiti Al Azhar, Mesir.

Yang bertanya pula berpendidikan sekular atau ustaz pondok saja. Maksudnya sebagai ulamak Mesir dia lebih tahu apa yang dia buat dalam memerintah Kedah. Masalahnya, PAS bukan saja memerintah Kedah. tetapi juga Kelantan. Apa yang berlaku sekarang adalah terlalu ketara perbezaan pemerintah antara kedua MB dari PAS ini.

Dalam ceramah sulong MB Kedah setelah menguasai Kedah Ustaz Azizan ada menyebut, bahawa beliau akan menjadikan Kelantan sebagai model pemerintahan PAS Kedah.Maksudnya beliau mengakui cara Tuan Guru Nik Aziz perintah, adalah baik. Namun, dari masa ke masa tak ada pun yang di ikutinya. Jangankan nak mengharamkan judi, nak sebut pun tidak. Sekarang ada orang beritahu, MB Kedah tak mahu lagi dengar orang menyebut tentang Kelantan.

Beliau cukup marah hingga mengatakan " aku, akulah, Nik Aziz, Nik Azizlah." Lalu ada yang tertanya-tanya bahawa dulu UMNO saja yang tak nak dengar nama Nik Aziz, sekarang orang nombor satu PAS Kedah pula tak nak dengar nama Tuan Guru itu. Seringnya, beliau akan memberi hujah, bahawa di Kelantan majoriti pengundi
adalah melayu, jadi bolehlah Tuan Guru Nik Aziz buat macam tu. Di Kedah pengundi penentu adalah orang bukan Islam. Jika judi dan tempat hiburan di haramkan, nanti PAS akan hilang undi dan hilang kuasa di Kedah. Itu alasannya.

Maka, kita nak tanya kepada ahli PAS di Kedah. setujukah dengan alasan MB anda itu. Jika anda setuju, maka di ingatkan pada anda agar bertaubat segera dan mohon maaf pada tokoh-tokoh agama dalam UMNO seperti Hamid Osman, Dr.Yusuf Nor, Hj.Osman Mohamadi, Hj.Dasuki Ahmad, Mashitah Ibrahim, dan Iain-lain yang pernah memberi alasan yang sama bila pimpinan PAS bertanyakan mereka dalam hal ini.

Oleh itu, tidak salahlah jika Ustaz Nakhaei Ahmad dan Ustaz Razak Daud dari Kedah, juga Ustaz Latif dan Ustaz Ghazali dari Terengganu yang dulunya orang kuat PAS, telah menyertai UMNO sekarang ini.

Kalau fahaman in boleh diterima oleh ahli PAS kedah. Pada PRU 13 ini, beri saja Jamil Khir Baharom menang tak bertanding di DUN Sala. Lepas tu,lantiklah jadi MB Kedah yang baru. Dia bukan saja ada ilmu. juga muda, bergaya, tampan dan dah ada pengaruh. Mai la orang PAS Kedah pakat setuju.

Kalau di lihat, di awal pemerintahan PAS Kelantan, beberapa tindakan drastik telah di lakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz. Beliau tidak pedulikan apa masyarakat bukan Islam hendak kata atau pun UMNO Kelantan nak protes. Beliau bukan melakukan secara ikut nafsu, sebaliknya memberi penerangan dari masa ke masa tanpa jemu pada rakyat Kelantan agar mereka faham akan tuntutan Islarnjceindahan Islam. Apa yang dilakukan itu bukan atas kehendaknya, sebaliknya perintah Allah.

Juga apa yang di lakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat samada yang Islam atau bukan Islam. Hari ini, majoriti masyarakat bukan Islam di Kelantan sudah faham tentang keburukan amalan judi dan minum arak. Sebab itu, mereka boleh terima pemerintahan PAS dan Islam. Hingga sanggup menubuhkan kelab Penyokong PAS dan tak kurang juga yang memeluk Islam. Bukan sahaja masyarakat Islam di Kelantan, malah hampir seluruh negara ada sahaja rombongan orang bukan Islam yang menziarahi beliau.

Setelah pulang, mereka memuji-muji akhlak Tuan Gurujnalah berkempen pada masyarakat mereka pergi melawat Kelantan dan jumpa Tuan Guru.. Tersebar berita, kononnya seorang tauke judi di Shah Alam pernah menemui Tuan Guru untuk memohon lesen judi di Kelantan.

Setelah mendengar penjelasan dari Tuan Guru, apa yang berlaku, bila pulang ke Shah Alam, dia telah menutup kedai judinya. Masih banyak lagi kisah menarik yang berkaitan dengan sikap dan kaedah dakwah Tuan Guru ini,

Hingga ada orang bukan Islam yang menganggap Tuan Guru Nik Aziz itu juga, adalah tok guru mereka. Lebih mengkagumkan apabila antara mereka berminat dengan menghafal ayat dan maksud ayat al-quran. Kerana apa?Sebab Tuan Guru telah jadi idola merka.

Pendeknya Tuan Guru telah berjaya dalam misinya memperkenalkan syariat Islam dalam pentadbirannya. Walaupun hudud tidak dapat dilaksanakan kerana ada kaitan dengan kuasa kerajaan persekutuan, tetapi usaha demi usaha di lakukan ke arah itu.

Hingga hari ini beliau tidak jemu memohon kerajaan persekutuan mengizinkan Kelantan laksana hudud. Setidak-tidaknya, apa yang di lakukan oleh Tuan Guru di Kelantan ini, telah menyelamatkan ahli PAS Kelantan dari persoalan di padang mahsyar kelak.

Apa yang perlu sekarang, kalau inilah corak pemerintahan Tuan Guru, maka wajiblah rakyat Kelantan, khasnya ahli PAS Kelantan mempertahankan kepimpinan beliau. Amat malanglah bagi orang Islam Kelantan yang menolak atau membuat fitnah terhadap Tuan Guru, sedangkan masyarakat bukan Islam menyajungi beliau.

Lebih malang lagi apabila adanya kalangan ahli mahupun kepimpinan PAS Kelantan yang tidak sabar-sabar ingin melihat Tuan Guru segera letak jawatan. Sirah telah mnunjukkan, bahawa Nabi Muhamad S.A.W tidak meletak jawatan dalam tugas, melainkan setelah ajal menjelma .

Di peringkat awal, rakyat Kelantan marah bilaTuan Guru tidak membenarkan wakil vvanita menyertai pertandingan Al-Quran, marah kerana Tuan Guru mengharamkan konsert/narah kerana Tuan Guru menetapkan etika berpakaian sopan terhadap perempuan Islam dan bukan Islam termasuk pelancong, marah kerana wanita tak boleh kerja malam, tak setuju bila di arahkan kaunter bayaran di pasaraya di asingkan antara lelaki dan perempan dan banyak lagi marah mereka terhadap Tuan Guru.

Jawapan dari Tuan Guru amat mudah. Katanya "Dulu, ambo suruh keraje..e buwak, lo ni ambo ketuwa pemerintah, maka ambo kena buwak apo yang Allah perintah. Soje, rakyat suko atau tok suko,tu buke kejo ambojiak demolah nok terimo kho dhok. Ambo dengan Allah taala je." Sebenarnya, ketegasan Tuan Guru Nik Aziz bukan saja membuatkan masyarakat bukan Islam Kelantan faham, sebaliknya mereka yang luar dari Kelantan juga faham.

Mereka tahu, bila PAS berkuasa, judi,pelacuran, pusat hiburanjcarokaejumah unit dan apa juga yang bercanggah dengan Islam akan di haramkan. Semua ini mereka faham, tetapi mereka tetap memberi kepercayaan bukan saja pada

Tuan Guru Nik Aziz, juga pada PAS Kedah. Bila Kedah jatuh pada PAS, ahli perniagaan mula menempa iklan mereka yang sesuai dengan Islam, berdasarkan apa yang berlaku di Kelantan. Umpamanya gambar model wanita yang mesti tutup aurat. Setelah lama menunggu, arahan seperti di Kelantan tak ada. Oleh kerana mereka telah menempa iklan berkaitan, terpaksalah pasang di beberapa tempat yang strategik.

Harakah dan Warta Darulaman dengan bangga menyiarkan iklan-iklan yang dianggap islamik itu. Sekarang, cuba tenguk iklan-iklan yang ada, .Islamik ke tidak ? Jadi, alasan MB Kedah bahawa Kedah lain, Kelantan lain hanyalah sekadar hendak membodohkan ahli dan pengundi PAS Kedah.

Tuan Guru Nik Aziz, bukan saja MB Kelantan, tetapi juga Mursyidul Am PAS. Antara alasan beliau melarang penyertaan wanita dalam pertandingan bacaan Quran, kerana suara wanita di anggap aurat. Haram diperdengarkan pada umum, apa pula bila berlagu yang boleh memikat nafsu lelaki.

Tetapi pada MB Kedah, tidak pula menghiraukan hal ini. Kerajaan PAS Kedah menghantar qariah dalam pertandingan bacaan Quran peringkat kebangsaan pada tahun 2008 dan 2009. Bukan saja qariah, juga persembahan nasyid wakil jabatan agama Islam negeri Kedah turut membuat persembahan. Peliknya kumpulan nasyid itu bercampur lelaki dan wanita. Apakah MB Kedah tidak sedar bahawa dia telah membelakangkan fatwa Mursyidul Am PAS.

Lebih dahsyat lagi MB Kedah,tidak segan silu terlibat dan bersama dalam majlis-majlis kerajaan yang mengundang artis wanita mempersembahkan nyanyian dan tarian. Atau dia ingin memberitahu, bahawa ilmu agamanya lebih hebat dari Tuan Guru Nik Aziz. Dan apa yang di buat oleh Tuan Guru itu, tak betul. Dia yang betul. Kita masih ingat, sebaik saja PAS menguasai Terengganu pada tahun 1999, MB PAS ketika itu adalah Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang,sekarang menjadi Presiden PAS

Antara tindakan awalnya adalah membuang replika penyu yang terdapat di salah satu bulatan dalam bandar Kuala Terengganu.

Walaupun di kritik oleh pemimpin UMNO negeri dan pusat, beliau tak pedulikan. Di anggap replika penyu itu bercanggah dengan ajaran Islam. Hal ini tidak pula bercanggah di Kedah. Kalau nak di bandingkan replika penyu dengan replika burung helang di dataran Kuah,Pulau Langkawi amat jauh bezanya. Dari atas pesawat atau dari jarak 1 kilometer meter sudah boleh kelihatan replikanya.

Semasa BN perintah,ramai pemimpin PAS yang pertikai dari segi hukumnyajiaram. Dewan Pemuda PAS Langkawi yang prihatin dengan isu ini pernah cadangkan agar kepala replika burung helang itu di buang, dan digantikan dengan replika senaskah Al-Quran.

Alasan mereka supaya replika haiwan itu tidak cukup sifat, maka di longgarkan sedikit hukumnya di situ. Cadangan ini langsung tidak di pedulikan oleh MB. Bermakna, MB Kedah sekarang ini bukan saja tidak menghormati Tuan Guru Nik Aziz, juga dia langsung tidak menghormati fahaman Tuan Guru Hj. Hadi yang melarang keujudan patung.

Kalau pemimpin tertinggi parti pun dia tidak menghormati, apa lagi ahli-ahli bawah yang cuba hendak menasihatinya. Akan timbullah pertanyaan yang lazim beliau gunakan, "hang sapa, mengaji mana?" Antara yang di perjuangkan oleh pimpinan PAS dulu, adalah membenteras gejala bersanding dalam masyarakat Melayu. Bukan saja di katakan budaya Hindujnalah bercanggah dengan ajaranlslamkeranapengantinperempuan tidak bolehdipertontonkan kepada lelaki yang bukan muhrim.

Lebih sepuluh tahun yang lalu budaya bersanding. bersilat dan memasang lagu-lagu di majlis perkahwinan pimpinan dan ahli PAS sudah tiada. Sudah terlekat pada fkiran masing-maing bahawa ianya haaraam,haram dan haram. Bukan itu saja, mengadakan jamuan secara besar-besaran juga tidak digalakkan. Ada yang sanggup pulang tanpa makan minum jika tuan kenduri mengadakan majlis sanding atau jamuan secara bercmpur lelaki permpuan tanpa tirai memisah atau mengadakan muzik dalam majlisnya.

Selepas ini, jika budaya ini dihidupkan semula oleh ahli PAS Kedah, jangan dipertikaikan lagi. Sebabnya, MB Kedah sendiri telah menghidupkan semula budaya ini. Bukan saja anak menantunya dipersandingkan di hadapan tetamunya, juga di jemput media.Maka tersebarlah majlis persandingan itu ke seluruh negara.

Apakah MB nak beritahu bahawa fatwanya sekarang bahawa bersanding itu haalaal,halal dan halal.Begitu juga dengan bersalam dengan wanita bukan muhrim,di katakana MB tidak terasa apa-apa lagi, telah menjadi amalannya. Majlis kendurinya juga telah mengorbankan lebih dari 20 ekor lembu. Kalau seekor lembu nilainya RM 2 ribu, maka hampir RM 50 ribu dibelanjakan untuk lembu sahaja. Bila ada yang persoalkan, katanya semua itu adalah duit dia, bukan duit kerajaan negeri atau parti. Oleh itu, tak jadi masalah atau slah dia buat kenduri besar begitu. Sedangkan ada maklumat yang menyebut, banyak tauke-tauke telah membiayai kos untuk minuman dan Iain-lain dalam majlis tersebut. Apakah mereka ini biayai secara percuma tanpa mengharapkan sesuatu. Kalau tak hari inijnungkin esok atau lusa,ada la projek. MB tak kan nak lupa dia.

Memang, hal ini tidak menjadi isu bagi ahli PAS Kedah. Kerana hadir jemputan kenduri itu wajib.Bagaikan lalat menghurung bangkai, mereka berduyun pergi menjamu selera majlis kenduri MB itu. Tetapi, kita lupa betapa dulunya bila pimpinan negara dan UMNO mengadakan majlis seperti ini, akan di tuduh membazir duit rakyat. Tidak dapat di terima jika di beri alasan itu adalah perbelanjaan dari wang mereka.

Dari sudut lain, pimpinan PAS sering menegur pimpinan negara membazir wang rakyat,bila potret mereka di pasang pada merata tempat. Samada untuk majlis peringatan sesuatu, memberi ucapan pada rakyat sempena perayaan atau sebagainya. Sejak 2 tahun PAS perintah Kedah, di katakan melebihi sejuta wang di habiskan untuk potret MB Kedah sekarang. Dah menjadi seperti model. Apakah duit itu, juga duit beliau sendiri.

Tidak di ambil dari mana-mana jabatan atau datangnya dari mana-mana syarikat atau individu yang baik hati. Takutnya, baik hati mereka itu,seperti apa yang di sebut dalam filem P.Ramli," baik... baik ada makna tu." Syarikat yang terlibat dengan pengiklanan ini difahamkan, syarikat baru yang ada kepentingan dengan pihak tertentu. Syarikat-syarikat swasta yang dulunya dapat peluang cari makan dengan kerajaan negeri,ada yang gulong tikar. Dah tak ada tender lagi. Bukan ini saja, malah beberapa anak syarikat baru yang diujudkan juga mempunyai matlamat yang sama.

Hingga ada anak syarikat yang apabila menganjur sesuatu progam, membuat tuntutan yang tidak munasabah dengan nilai sebenar.Antara yang di sebut-sebut adalah projek pelancaran ternakan ikan keli untuk proses mengetin di daerah Sik. lanya menelan belanja yang besar tidak seperti yang sepatutnya. Pusat judi bukan semakin berkurang, malah bertambah dengan angka mengejutkan,terutama di Langkawi. Di sana sini terpampang banner pusat karokae dan hiburan yang baru di buka.Program ekspo atau karnival anjuran kerajaan negeri, langsung tidak menampakkan unsur-unsur islamiknya. Ekspo anjuran swasta pula penuh dengan permainan berunsur judi.

Bila di adukan,masing-masing lepas diri menyalahkan pihak itu dan ini,Sama seperti ketika BN perintah. Wanita dan anak gadis langsung tak terasa yang mereka berada dalam sebuah negeri yang di perintah oleh PAS. Pakaian yang menjolok mata, berdua-duaan tanpa segan silu di khalayak ramai Hal ini tidak berlaku di Kelantan. Bila TV3 hendak adakan program Jom Heboh di Kelantan, mereka terpaksa menghormati kehendak kerajaan negeri. Tuan Guru Nik Aziz membuat syarat yang ketat terhadap percampuran lelaki dan wanita.

TV 3 sanggup ikut syarat dan program mereka mendapat sambutan hangat, walaupun artis wanita tidak memberi persembahan. Kenapa masyarakat Kelantan dan luar Kelantan boleh menghormati Tuan Guru? Sebaliknya tidak pada Kedah. Sedangkan keduanya di kuasai oleh PAS. Maka, salahkah bila ada suara menyebut PAS tidak ada agenda yang tegas.

Seolah-olah Islam pada PAS boleh di pilih-pilih. Kalau betul, apa bezanya antara Islam PAS dan Islamnya UMNO. Dulu, PAS pernah pertikaikan tentang pasarmalam anjuran BN. Tidak menghormati waktu solat, khasnya solat maghrib. Penganjur pasar malam di desak agar hentikan sementara operasi pasar malam ketika masuk waktu solat maghrib.

Telah dua tahun PAS menguasai Kedah apakah perkara ini dilaksanakan. Kalau tak buat, kenapa? Sedangkan kita janji pada rakyat. janji pada Allah. Kalau hal berkaitan akidah dan prinsip perjuangan pun gagal,bagaimana pula dengan hal-hal bersangkutan rasuah, kroni dan salah guna kuasa? Apakah Kedah yang di terajui PAS ini bebas dari virus tersebut. Harapan ahli PAS Kedah untuk melihat 'Islam itu memerintah .bukan di perintah', hanya tinggal harapan saja.

Kalau di imbas pada ceramah-ceramah pimpinan PAS, akan bertemu dengan kalimah yang diucapkan pada pengundi 'berilah kami(PAS) sekali peluang memerintah, kalau tak ada perubahan, tak bagus tukar balik pada BN pada PRU akan datang'. Di ucapkana dengan penuh yakin. Dengan janji PAS mempunyai barisan pimpinan yang mampu tadbir negara atau negeri dengan telus, bertanggungjawab dan mengutamakan kebajikan rakyat.

Sempena setahun PAS memerintah Kedah, saya turun mengikuti beberapa program mereka. Sempat bertemu dengan orang-orang lama dalam PAS. Bila berbual tentang perkembangan Kedah yang di tadbir oleh PAS,agak terkejut juga dengan gurauan kawan. Katanya, setengah orang tak lagi menyebut 'Kedah Darulaman', tetapi menyebut 'Kedah Darul Had'.Walaupun padanya satu gurauan, tetapi sesuatu yang menarik juga untuk di perkatakan. Masakan pokok bergoyangjcalau tiada angin. Rupanya 'Had' yang di maksudkan itu ada kaitan nama dengan seorang korparat

PAS Kedah yang sangat rapat dengan MB sekarang, iatu Che Had Dali. Di sebut begitujcerana orang ini bertanggungjawab sebagai penasihat ekonomi kepada MB.

Dia diserahkan menerajui majoriti anak syarikat di bawah kerajaan negeri (PKNK). Malah dikatakan lebih banyak dari apa yang pernah di terajui oleh bekas Menteri Besar BN dulu, Datuk Mahadir Khalid. Di katakan,apa saja projek eknonomi yang dirancangnya bersama kroninya,lebih banyak mendatangkan keuntungan pada mereka berbanding keuntungan pada kerajaan negeri. Bila di sedari seperti sesuatu yang tak kena dalam perlantikan ini, ada ahli yang menghubungi Setiausaha Perhubungan Negeri .Yusuf Husin( YH) untuk dapat maklumat sebenar.

Dari jawapannya, YH mengakui antara orang yang memberi sokongan kuat pilihan MB itu, adalah dia sendiri. Mengikutnya, tokoh korparat pilihan MB itu, sangat berjasa pada PAS Kedah sebelum ini. la banyak membantu PAS terutama dalam keewangan parti. YH juga tidak segan-segan menyebut bahawa sepanjang dia tinggal dipejabat PAS Kedah itu, individu tersebutlah yang membiayai sehari RM 5.00 untuk makan minumnya. Termasuklah pakaiannya dan juga pakaian MB sewaktu itu sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri .Individu itu jugalah yang membiayai sebahagian perbelanjaannya ketika pergi menemani isterinya menunaikan fardhu haji. Kalau ini betul, tentulah pelantikan itu bukan berdasarkan kewibawaan, tetapi sebagai membalas jasa. Maka, Setiausaha Perhubungan Negeri dengan sedar amat bersetuju perlantikan kerana individu itu adalah antara kroninya.

Mungkin untuk mengenang jasa YH yang turut melobinya, korparat berkenaan pula setuju mengambil anak YH bekerja dengannya dalam salah satu anak syarikat PKNK baru-baru ini. Begitu juga dengan perlantikan pegavvai kewangan baru kerajaan Kedah. Di katakan seorang Datuk yang ada hubungan keluarga iaitu sepupu MB. Bukan itu sahaja,Datuk ini dan keluarganya adalah orang kuat UMNO Kedah sejak dulu hingga kini.

Ustaz Azizan pun tahu hal ini. Semasa Ustaz Azizan dijemput oleh PAS Kedah pulang bertanding dalam DUN Sala, beliau sering cerita tentang peribadi sepupunya ini, yang dia istilahkan sebagai seorang 'putar alam' atau 'putar belit'.

Malanglah bagi ahli PAS Kedah dengan apa yang berlaku ini. Bukan saja MB mengutamakan keluarga dan kroninyajnalah menghina ahli PAS dengan membuka ruang pada UMNO menjadi duri dalam pentadbiran kerajaan PAS Kedah.

Andainya dalam PRU 13 ini BN berjaya tawan semula Kedah, maka jelas iainya disebabkan oleh kebodohan MB. Kerana memasukkan musuh dalam rumahtangga sendiri. Apakah selaku ahli PAS Jdta juga akan berkata seperti yang sering ahli UMNO kata. laitu' tugas kami lantik pimpinan, apa yang depa buat lepas tu ,bukan tanggungjawab kamijcalau berdosa,depa dengan tuhan.Kami undi depa bukan suruh buat yang jahat.'

Layanan MB terhadap orang-orang UMNO ini juga dikatakan berlaku dalam jabatan lain. Hingga ada kakitangan jabatan yang aktif PAS cemburu dengan sikap MB yang lebih-lebihkan orang UMNO. UMNO di raikan,ahli sendiri diketepikan.

Sewaktu pulang ke Kedah, Ustaz Azizan tiadapengalaman dalam PAS Kedah,khasnya kawasan Jerai atau Yan waktu itu.Di antara orang kuat kawasan yang banyak membantu untuk kejayaannya adalah allahyarham Kassim Daud. Sebut saja Pak Kassim Daud, semua pimpinan PAS Kedah kenal,kerana dia antara tokoh awal PAS Kedah. Bukan saja berjasa pada PAS,malah jasanya pada Ustaz Azizan sangat banyak. Malangnya bila Pak Kassim ini meninggal, Ustaz Azizan yang dah bergelar MB, langsung tidak menziarahinya.

Sebabnya, Pak Kassim kurang di senangi oleh MB yang terlibat dengan 'kumpulan Veteran PAS Kedah' yang tidak direstuinya. Tetapi, apabila anak kepada ADUN BN, Suraya Yaacob
meninggal, Ustaz Azizan boleh iringi hingga ke kubur. Terkejut juga bila melihat gambar MB dalam media seperti dalam uzur duduk atas kerusi semasa majlis pengkebumian anak ADUN berkenaan.

Soalnya, kenapa untuk anak Adun BN ini MB sanggup beri masa iring hingga ke kebur, untuk PAK Kassim, ziarah atau ucap takziah pada keluarga pun tidak. Hingga ada yang merungut, jika program atau majlis yang libatkan ahli atau parti, beliau selalu sibuk.

Begitu juga ketika kematian allahyarham Imam Hashim Kg.Setar. Aktivis PAS Yan yang dibuang dari jawatan imam semasa BN/UMNO perintah. Juga antara pendokong kuat Ustaz Azizan ketika baru pulang ke Kedah. Namun kematiannya tak diziarahi MB sebab yang sama dengan Pak Kassim Daud.

Dari perkembangan ini, tak hairanlah kalau MB dengan bangganya melantik darah dagingnya sendiri,dengan mengenepikan seorang yang lebih layak.

Tokoh berwibawa,berpengalaman dalam pegawai tadbir Kedah yang disebut-sebut paling sesuai yang di ketepikan itu sangat akrab dengan PAS.

Allahyarham bapanya seorang dermawan dan aktivis PAS yang disegani terutama di daerah Pendang. Banyak berkorban untuk PAS Kedah, termasuklah sanggup menjual tanahnya pada PAS Kedah dengan nilai yang cukup rendah.

PAS Kedah pula dibenarkan membayar secara beransur-ansur. Itulah tapak yang dijadikan komplek PAS Kedah, Batu 9Jalan Sg.Petani,sekarang ini.. Kenapakah seorang yang berwibawa yang juga bergelar 'datuk' berdarah anak pejuang PAS ini di ketepikan ?

Sanggup pula Ustaz Azizan mengambil orang kuat UMNO semata-mana ada kaitan keluarga dengannya. Dan salahkah kalau ada yang menyebut bahawa pada diri ustaz Azizan itu masih segar mengalir darah UMNO. Menyebabkan dia tidak hirau akan sensitifnya ahli PAS dalam hal ini.

Ahli-ahli PAS di manajuga amatmengharapkan bila mereka menguasai pemerintahan, pegavvai-pegawai tadbir negeri ,dae rah juga di masjid, samada penyokong atau ahli UMNO tidak di beri ruang untuk berkuasa.terutama tempat penting seperti jawatan pegawai kewangan negeri itu.

Dulunyajnasa BN/UMNO perintah,berapa ramai tokoh dan pegawai kerajaan yang cenderong pada PAS yang di tangkap, di buang daerah, dibuang dari jawatan imam hingga ada yang di bunuh. Orang-orang seperti Cikgu Wahab Abd. Rahman, Cikgu Azmi Jitra, allahyarham Cikgu Wahab Pin di tendang seperti boia dari sebuah sekolah ke sebuah sekolah oleh jabatan pendidikan. Begitu juga dengan Solahudin Mansor, Hj.Ismail A.Rahman yang di tahan bawah ISA kerana memperjuangkan nasib pesawah padi dalam tahun 70 an dulu

Di Kg Memali3aling pula seramai 14 ahli PAS di tembak mati oleh pihak polis pada 19 November 1985. Ini adalah hasil desakan UMNO Kedah yang terlalu marah dengan ketokohan Ustaz Ibrahim Libya. Hari, ini pengorbanan mereka itu seolah sia-sia saja, darah dan nyawa mereka tak dihargai, apabila MB lebih meraikan tokoh UMNO berbanding ahli sendiri.

Mungkin betullah seperti yang pernah di katakan, MB pernah membuat kenyataan di rumah rasminya Sri Mentalon satu masa dulu. bahawa eranya mementingkan tiga pihak yaitu pihak istana, polis dan UMNO. Dari tindakannya, rasanya apa yang dikatakan itu seolah benar. Hinggakan ada ahli-ahli PAS di kampong mulai merunggut. Mereka cemburu melihat bagaimana strategi PAS Kedah dan kerajaan negeri yang mengutamakan ahli dan penyokong UMNO dalam memberi apa-apa bantuan,seperti di musim raya. Kata ahli PAS ini, masa BN perintah, mereka diketepikan, sekarang waktu PAS memerintah pun mereka tak dapat perhatian.

Bila ditanya MB menjawab yang ahli PAS samada diberi bantuan atau tidak, mereka
tak akan lari dari PAS. Maka malanglah nasib kalangan musta'afin dalam PAS Kedah. Dalam mencalonkan penerima pingat kebesaran sempena keputeraan Sultan,pun UMNO yang di utamakan. Pada tahun 2009, antara yang dicalonkan oleh MB untuk darjah 'Datuk' adalah seorang Adun BN yang juga ada kaitan keluarga dengannya.

Bagaimana pun.sultan dikatakan menolak calon berkenaan, kerana baginda ada calon sendiri, iaitu Mahfud Omar yang pada awalnya tiada dalam senarai anugerah tersebut.Maka. Mahfud sebenarnya pilihan sultan,bukan MB.

Begitu juga dikatakan yang berlaku pada nasib guru-guru sekolah rakyat di Kedah. Yang mendapat layanan adalah 'guru majlis' iaitu guru yang dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Kedah. Mereka ini majoritinya lebih UMNO dari PAS.

Satu pihak lagi adalah 'guru lembaga' yang tidak mendapat gaji dari majlis atau jabatan Islam Kedah. Elaun mereka bergantung pada saguhati dari sekolah. Kalau sekolah itu banyak wang, banyaklah mereka dapat. Apa yang sedihnya, hampir semua guru lembaga ini merupakan ahli PAS yang aktif menjawat berbagai jawatan penting dalam parti. Di waktu yang sama, mereka juga adalah tenaga utama menghidupkan perjalanan dan aktiviti sekolah. Sentiasa merancang dan melaksanakan kemajuan sekolah dan pelajar, sedangkan elaun mereka sekadar enam ratus ringgit sebulan. Sepatutnya dari pengalaman dan kelulusan yang ada, mereka ini boleh diserapkan ke guru majlis. Tapi tak di ambil peduli nasib mereka. Guru-guru majlis lebih di utamakan kepada kroni dan suku sakat bos-bos di jabatan agama. Yang rata-rata adalah pendokong UMNO.

Demikian juga dikatakan apa yang berlaku pada guru PASTI. PAS Pusat sejak dulu lagi mengiktiraf golongan ini merupakan nadi penting pada parti. Bukan saja mereka menjadi harapan kepada sistem tarbiah peringkat awal kanak-kanak, malah mereka seiring dengan Amal Nisa' atau Dewan Muslimat menggerakkan jentera parti.terutama menjelang musim pilihanraya umum.


Tetapi guru-guru PASTI ini menjadi anak tiri kepada kerajaan negeri yang dikuasai PAS. Setakat hari ini, kerajaan negeri hanya memberi sumbangan sempena hariraya setiap orang guru Pasti hanya RM 150.00 sahaja. Ada kelas-kelas Pasti yang dah tak terurus lagi hingga terpaksa di tutup.Dipercayai jika tak dapat perhatian kerajaan negeri ,beberapa lagi kelas Pastitungu masa untuk di tutup.Mungkin ada yang tak percaya jika dimaklumkan guru Pasti Kedah masih menerima saguhati antara 150 ke 200 ringgit sahaja sebulan. MB bukan tak tau betapa rendahnya nilai ini dalam zaman keperluan hidup serba mahal. Sebaliknya di Kelantan golongan ini di beri perhatian oleh Tuan Guru sendiri. Mungkin Tuan Guru lebih menghargai dan memahami peranan yang dimainkan oleh guru PASTI. Merekalah antara golongan yang boleh berdepan dengan guru KEMAS yang menjadi jentera utama kepada UMNO diperingkat pra pendidikan.

Isu perlantikkan pegawai kewangan negeri itu. membuktikan apa yang disebut oleh PAS bahawa mereka ada barisan pentadbiran yang lebih balk dari UMNO ternyata bohong. Apa lagi kalau dilihat pada Ahli Majlis Daerah yang dilantik.

Boleh dikatakan langsung tak berfungsi. Ada maklumat yang menyebut ahli majlis PAS ini sekadar memenuhi kerusi. Tidak mempunyai idea dan tak berani nak berdepan dengan pegawai kanan majlis daerah. Setengah pendapat kata ahli majlis ini tidak ada ilmu mentadbir. Yang ada ilmu agama dan politik saja. Sebab itu mereka lebih banyak tunduk dengan tindakan dan pandangan dari pegawai daerah umpamanya.

Akibatnya, banyak hal yang berlaku di peringkat daerah, nampak kelamkabut. Puncanya kerana ahli majlis yang dilantik berdasarkan orang yang berjawatan dalam parti di peringkat kawasan. Setengah daerah, ahli majlisnya majoriti dari ustaz atau ustazah. Bila berdepan dengan golongan bertali leher dan lebih banyak bahasa Inggeris dari Melayu, ahli majlis wakil PAS ini kaku.

Apakah peraturan ini tidak boleh di ubah untuk memberi ruang pada individu lain yang lebih layak, lebih berwibawa dan di segani oleh pegawai kanan daerah. Contohnya seperti yang berlaku pada Ahli Majlis Kubang Pasu. Bila saudara Basir Ismail dilantik baru-baru ini, dia telah memainkan peranan yang cukup baik. Pegawai Daerah pula yang tak berani panggung kepala. Hingga ada isu yang terpaksa di bawa kepada kes polis. Akhirnya Pegawai Daerah terpaksa ditukarkan. Kenapa ahli majlis yang dahulu tidak boleh buat seperti Basir. Mereka sebenarnya takut, kerana tak ada kepakaran dan ilmu mentadbir.


Berbeza dengan Basir yang berpegalaman luas dalam pentadbiran beberapa syarikat. Bukan setakat ahli majlis daerah, jika di beri ruang oleh kerajaan negeri, Saudara Basir mampu membina ekonomi negeri.Sayanglah orang-orang begini tidak dihargai oleh MB,sebab bukan dari kroninya.

Mungkin kerana sayang nak lepaskan elaun, ahli majlis yang sedar dirinya tak berfungsi Jemah dan tak mampu ini pertahan juga jawatan itu. Sayang nak lepaskan
pada orang yang lebih baik. Lebih buruk lagi, ada berita yang menyebut terdapatnya ahli majlis ini yang tiba-tiba berubah sikap. Menjadi sombong tak tentu pasal.

Program parti,usrah, solat jemaah dan mengaji tak kisah lagi. Alasannya sibuk. Bercakap pasal MB, tentulah tak lengkap kalau tak sentuh sikit pasal setiausaha politiknya. Banyak juga yang hairan, kenapa Sanusi seorang yang masih muda dalam PAS di pilih oleh MB. Ini kerana ada beberapa nama yang di rasa lebih layak untuk jawatan itu.

Antaranya 5 orang bekas ketua pemuda Kedah. Sdr. Tuan Hj. Najib Fahmi, sdr. I Yusuf Husin,sdr. Aris Awang, sdr Adnan Saad dan Ustaz Musodak Hj. Ahmad.

Juga tokoh seperti Sobri Awang, Ustaz Fauzi Husin, sdr.Basir Ismail, sdr. Munir I Zakaria bekas ADUN PAS di Kuala Nerang, sdr.Yusuf Ariffin bekas wartawan Harakah I Kedah,

sdr.Taib Hj. Ahmad,Hj.Sobri Jerlun dan beberapa aktivis PAS yang lebih I berpengalaman, matang dan masih bertenaga.Ada yang menyebut, rahsia sebenar di I sebalik pelantikan sdr.Sanusi itu, bukanlah kerana kewibawaannya. Dengan kurang I pengalaman dan mentahnya itu mudah untuk MB perbudakkannya. Ringkasnya, SU I politik yang dikehendaki oleh MB ini dia mahu yang boleh dianggap sebagai 'budak I suruhan', bukan untuk teman berbincang. Kerana tokoh PAS yang di sebut di atas tadi adalah orang yang matang dalam PAS Kedah. Mereka bergerak dalam PAS Kedah, sebelum Ustaz Azizan pulang ke Kedah. Sudah tentulah mereka ini akan memberi cabaran pada MB. Kerana antara sifat yang dimiliki oleh MB ini dikatakan tidak suka mendengar pandangan orang. Padanya apa yang di buat, itulah yang terbaik dan tak boleh komen. Jadi, SU politiknya hari ini adalah sesuai dengan seleranya untuk mudah dia mengarah dan menengking. Lihat pula perlantikan senator bagi mewakili PAS Kedah. Ramai juga yang terkejut, bagaimana YH selaku Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kedah yang di lantik.

Banyak suara yang tak puas hati dengan pelantikan YH sebagai senator. Kerana masih ramai tokoh yang berwibawa,berpendidikan dan lebih berpengalaman dalam parti. Pelantikan ini di lihat tidak telus.Dianggap atas dasar lobi dan kroni. Di katakan YH kuat merayu untuk jawatan itu, dengan alasan peluang dia mendapat pencen. Katanya pada MB, bahawa adik beradiknya semua ada pencenjcecuali dia, inilah saja peluang terakhir untuk dia. Kerana simpati padanya, lagi pula dia 'kaki kipas' dan sebulu dengan MB,rayuannya di terima. Maka hari ini bergelarlah dia sebagai YB Senator Yusuf Husin. Malah ada senator BN memanggilnya -YB Profesor', kerana kehebatannya berhujahjcononnya ( sila semak pengakuannya dalam wawancara Harakah dengannya pada ms N31 Harakah 19-21 Dec.2008).

Penganalisis politik persendirian dalam menyentuh isu ini, berpendapat YH telah memijak berapa puluh kepala pimpinan parti. Seharusnya jawatan itu di dahulukan kepada AJK PAS Pusat yang tidak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen.

Khususnya Mohamad Sabu, kerana dia Naib Presiden Parti. Kalau dia menolak,pimpinan seterusnya hinggalah ke seterusnya. Untuk sampai kepada SU perhubungan negeri mungkin rankingnya lebih dari empat puluh orang. Maka YH telah merampas satu jawatan yang bukan haknya.

Nampaknya Ustaz Azizan, bukan saja melantik kroninya, malah tidak menghormati kepimpinan tertinggi PAS. Tidak seperti Terengganu, yang rela melantik Ustaz Hasan Syukri sebagai Senator mewakili PAS Terengganu bila mereka berkuasa pada 1999 dulu. Sedangkan Ustaz Hasan bukan anak Terengganu, dia orang Selangor. Paling tepat pilihan mereka itu, sebab bukan saja Ustaz Hasan selaku Naib Presiden malah dia seorang berilmu,serta berpegalaman jauh dalam politik tanahair juga antarabangsa. Ada juga yang berpendapat, sekiranya PAS Kedah tidak mahu mengikut ranking begitu, masih ada yang layak dari YH,iaitu ahli-ahli parlimen PAS Kedah yang kalah semasa PRU 12. Tujuan seseorang dilantik sebagai calon parlimen, adalah untuk membawanya ke dewan rakyat, sebagai wakil rakyat di kawasannya. Tentulah orang ini sebelum di calon, segala aspek kelayakan telah dipertimbang semasaknya oleh pimpinan peringkat kawasan, negeri seterusnya pusat.

Maka kelayakan mana-mana calon itu tak boleh dipertikaikan lagi. PAS Kedah dalam PRU 12 yang lalu telah melantik Ustaz Idris Hj. Ahmad sebagai calon parlimen Jerlun. Kenapa beliau di pilih, sedangkan dia anak Perak yang lebih berpeluang bertanding di parlimen atau mana-mana DUN di Perak.Semestinya ada misi tertentu yang PAS Kedah mengharapkan dari beliau untuk mewakili rakyat Jerlun. Namun nasib tidak menyembelahi beliau Jcerana tewas kepada anak Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri

Tetapi hasrat murni untuk membawa suara Ustaz Idris ke parlimen terbuka luas. Tidak perlu bertanding dengan sesiapa dia bukan saja boleh ke Dewan Rakyat, malah ke empat yang lebih baik sebagai senator di Dewan Negara. Pengalamannya cukup luas. >elain sebagai AJK PAS Pusat, ia juga bekas pensyarah universiti. Pernah menjadi johan pidato peringkat kebangsaan semasa belajar dulu. Beberapa >enggal menjadi Timbalan dan Naib Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pendek kata jika mahu di bandingkan kewibawaannya dengan YH[Yusof Husin], terlalu jauh >agai langit dengan bumi. Seorang kolumnis Harakah pernah menyuarakan hal ini. Menurutnya sesuatu yang nemalukan pihak pembangkangjdiususnya PAS telah berlaku pada sidang dewan legara pada pertengahan 2009 yang lalu.

Oleh kerana mentaliti rakyat Malaysia ini masih rendah dalam hal berkaitanjnaka su ini diam begitu saja. Waktu itu Speaker Dewan Negara telah mengumumkan bahawa ddang dewan di pendekkan dua hari PM dalam mengulas keputusan ini, memberi tahu bahawa tindakan itu wajar kerana jerkara-perkara yang hendak di bahaskan telah habis diperbahaskan. Apa maksudnya. Ternyata memalukan kerana senator kita tidak berfungsi dengan baik, samada tiada dea dan maklumat.

Menurut kolumnis itu, di barat kebanyakkan senator mereka hebat-hebat berhujah mtuk membuat keputusan tentang apa yang di bincangkan oleh Dewan Rakyat sebelum ni. Hinggakan masa yang ditetapkan untuk mereka berbahas tidak pernah cukup.

Tetapi di era YH ini, sidang Dewan Negara di pendekkan Malu, kerana tak pernah Berlaku sebelum itu. Jadi, panggilan senator BN sebagai'YB Profesor' kepada YH itu, idakah benar kerana dia hebat berhujah atau sebagai satu perli saja.
Seharusnya MB Kedah,ahli perhubungan PAS Kedah, ADUN-ADUN PAS Kedah ian sesiapa yang terlibat dengan pelantikan YH ini, bukan saja perlu merasa malu malah jerdosa kerana mengecewakan harapan dan amanah rakyat. 

Mesti bertanggungjawab atas maruah parti dengan melantik orang yang tidak kena 3ada tempatnya. Dewan Negara bukanlah seperti kedai kopi yang siapa-siapa saja boleh ;inggah,boleh berborak. Bagi YH, dia telah selamat untuk capai cita-cita mendapat pencen selepas tamat iebagai senator kelak. Padanya, cita-citanya itu lebih utama dari maruah parti. Tidak nengukur baju pada badan. Mungkin dia berfikir,sudah lama dia berkorban untuk parti, kini sampailah masanya jntuk parti pula berkorban untuk dia dan keluarganya.

YH adalah orang yang beruntung,tidak sia-sia dia menjaga Bukit Uhud(pejabat DAS Negeri),kerana sebelum ini adajuga individu yang cuba lobi MB untuk apa-apa
jawatan, biasanya MB akan tannya akan kelulusan mereka. Dia tak berminat pada orang tiada ijazah dan tak mahir Bahasa Inggeris.

Terhadap YH[Yusof Husin], tidak pula faktur itu di ambil kira. Sedangkan YH dikatakan hanya memiliki sekadar sijil SRP. Bila dia di lantik Senator, ada yang minta dia letak jawatan SU Perhubungan. Dalam Harakah 19 - 21 Dec 2008,dia menjawab, " lagi pun tak timbul soal letak jawatan. SU Perhubungan hak Pesuruhjaya lantik, sepertimana juga hak Presiden melantik Pesuruhjaya." Sebelum di bincang isu ini, lihat dulu bagaimana SU Perhubungan di lantik. Dari maklumat, sebelum YH di lantik sebagai SU Perhubungan Jawatan itu di pegang oleh Sdr. Aris Awang,bekas ketua pemuda PAS Kedah. Sementara Yusuf Husin pula menjadi SU Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN). Ketua Penerangan PAS pula di pegang oleh Dr. Hayati. Apabila Dr. Hayati menang dalam Parlimen Pendang, dia dikatakan agak kurang perhatian pada tugasan Penerangan negeri. Pesuruhjaya telah membuat satu keputusan di luar jangkaan. Beliau secara hormatnya minta Sdr. Aris Awang tinggalkan SU Perhubungan dan mengambil alih tempat Dr. Hayati sebagai Ketua Penerangan PAS Kedah. Tempatnya pula di serahkan pada YH

Banyak kawasan yang terkejut, kerana kerja buat Sdr. Aris lebih baik, lebih tersusun, lebih kemas dan lebih berpendidikan berbanding YH Sepatutnya, pada merekaYH sesuai dudu diperingkat Penerangan .Kerana dia lebih banyak bercakap dari bekerja berbanding Sdr. Aris.

Mengikut orang-orang rapat dengannya, sdr Aris tak banyak cakap dan berpendirian tegas. Tak pandai membodek atau suka di bodek Siapa saja yang melakukan silap, akan di tegur, walau Pesuruhjaya Negeri. Di katakan sifatnya inilah agak kurang di senangi oleh Ustaz Azizan. Seperti di kata, Ustaz Azizan bukan orang yang suka di tegur dan ditunjuk ajar. Sebab itu ada yang mengatakan ini antara faktor Ustaz Azizan menggugurkan Sdr.Aris dari SU Perhubungan.

Kalau benar, apakah dosa ini dapat di ampunkan oleh ahli PAS Kedah terhadap pesuruhjaya mereka. Sejak YH [Yusof Husin] pegang SU Perhubungan, ada banyak hal yang tak kena. Hingga timbul isu dia gagal menjalankan tugas sebagai SU. Isu ini agak panas yang memaksaYH terpaksa menjawabnya dalam Harakah edisi 19 - 21 Dec 2008. Walaupun banyak kawasan kurang senang, tetapi terpaksa tunduk dengan kehendak pesuruhjaya.

Apa yang dibimbangkan, dalam usahanya hendak menjaga hati orang bukan Islam, hati orang istana, hati polls dan hati UMNO, hati ahli sendiri pula yang terluka. Sudah ada suara petugas PAS yang enggan buat kerja untuk parti lagi.

Kecewa dengan sikap pimpinan PAS yang cakap tak serupa bikin. Mereka hanya menunggu untuk mengundi semata-mata. Lebih teruk lagi ada ahli PAS yang telah berani mengatakan yang mereka tak akan beri undi lagi pada PAS, sekiranya PAS Kedah berada di tahap sekarang. Alasan mereka, tak ada bezanya antara PAS dan UMNO. Kalau mengundi calon UMNO berdosa, maka undi calon PAS juga berdosa, kerana kedua-duanya tidak melaksanakan Islam.

Seharusnya PAS Kedah sedar hal ini. Bila mereka tidak beri perhatian tentang sikap ahli, nescaya akan hilang undi ahli sendiri. Buatlah kerja sekuat mana pun, jika ahli peringkat akar umbi tidak sokong, apa lagi tidak mengundi calon sendiri, alamatnya sayonaralah buat PAS di Kedah. MB perlu ingat, secara diam-diam telah ada suara-suara ahli PAS untuk menaikkan bendera BN/UMNO dalam PRU13 nanti.Jangan terkejut. dalam keputusan itu nanti,PAS bukan tewas kerana undi UMNO,tetapi tewas kepada undi ahlinya sendiri.

Masa itu, bolehlah Ustaz Azizan lihat sejauh mana hebatnya YH dalam mempertahankan pemerintahan PAS di Kedah. Kerana dia pernah menggelarkan YH sebagai arkitek PAS Kedah dalam PRU 12 yang lalu. PAS Kedah menang kerana YH kerja kuat dan bijak. YH pula akan boleh berbangga lagi yang dia hanya tidur 3 jam sehari semata-mata untuk parti. Dia juga boleh berbangga lagi, sebagai senator dia masih tidur di pejabat.

Masa itu kita akan tahu apakah YH ini arkitek yang benar-benar membina kerajaan PAS di Kedah atau peruntuh binaan seperti mana yang berlaku di Memali. Tapi, apakah kita selaku orang yang sayangkan parti, rela melihat keruntuhan berlaku, sedangkan kita telah pun melihat kerajaan Kedah sekarang sudah mulai condong. Condong atas kepalsuan seperti 15 perkara yang dijanjikan dalam manefesto PRU 12 yang lalu.

Condong atas egonya pimpinan negeri dan parti yang ada hari ini. Seterusnya condong atas mengekalkan kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah BN dulu.

Untuk itu atas rasa tanggungjawab bersama samada ahli PAS Kedah atau luar Kedah harus sama-sam berusaha menyelamatkan kerajaan PAS Kedah dari rebah ke pangkuan BN dalam PRU 13 ini. Musuh Islam dan musuh parti pembangkang tak akan berdiam diri. Perlu di ingat, dalam sejarah PAS Kedah pihak musuh telah berjaya menyeludup orang mereka sebagai pekerja di pejabat PAS Kedah selama 7 tahun.

Ketika dia bertugas isu Memali tengah panas. Individu ini pun bekerja kuat untuk PAS Kedah termasuk tidur di pejabat. Dia juga beristeri dan tinggal tidak jauh dari pejabat PAS Kedah.

Jika nak di bandingkan, dia lebih hebat dari YH[yusof husin]. kerana YH terpaksa tidur di pejabat PAS sebab rumahnya jauh di Baling.Memang tak mampu untuk dia berulang alik setiap hari.
Anda yang iklas untuk melihat PAS kekal di Kedah. jangan lagi membincang atau pertikaikan siapa dan apa tujuan pendedahan maklumat ini pada umum. Kita masih ada masa untuk bertindak pada siapa yang patut diambil tindakan.

Jangan berlaku seperti ketika PAS menguasai Terengganu. Bila ahli menyuarakan tentang penyelewengan kakitangan kerajaan melibatkan EXCO atau isu kroni, rasuah balak dan Iain-lain teguran dianggap remeh. Akhirnya rakyat Terengganu dan mungkin ahli PAS sendiri mengembalikan Terengganu kepada BN dalam PRU 11 yang lalu. Siapakah yang akan menanggung dosanya, apabila sebuah kerajaan Islam jatuh ke tangan musuh Islam.

Maka dosa-dosa yang mungkin dilakukan oleh pimpinan PAS Terengganu itu, tidak menular kepada pimpinan PAS Kedah.

Kalau Tuan Guru Nik Aziz berani melabelkan Kelantan sebagai ' Serambi Mekah', apakah Ustaz Azizan berani melabelkan Kedah sebagai 'Serambi Madinah' atau pun 'Serambi Mekah Pantai Barat'. Tentu Ustaz Azizan ada alasan tersendiri. Apa yang penting, Kedah mesti jelas perbezaannya antara pemerintahan semasa BN dan PAS sekarang. Bukan sahaja perbezaan dari fizikal, material, ekonomi, kebudayaan dan Iain-lain.

Perbezaan yang perlu dan wajib mestilah berkaitan dengan syariat. Tidak perlu lagi sebarang alasan yang cuba memperbodohkan ahli PAS atau pengundi yang telah memberi kepercayaan pada PAS Kedah. Jika masih ada alasan, benarlah antara PAS dan UMNO sama saja….

……..bersambung Azizan Part-2

Komentar :

ada 2 comments ke “AZIZAN DALAM DOSA PART-1.”
pemerhati said...
pada hari 

SEMOGA RAKYAT KEDAH MENGETAHUI PERKARA INI DAN MENOLAK PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13 NANTI

Anonymous said...
pada hari 

Buat la fitnah byak2, yg btoi ok, yg x btoi?..bekas mb pun dh xdak..hg jwb diakhirat

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.