Sunday, October 30, 2011

MB KEDAH DALAM DOSA- PART 2.


Perbezaan yang perlu dan wajib mestilah berkaitan dengan syariat. Tidak perlu lagi sebarang alasan yang cuba memperbodohkan ahli PAS atau pengundi yang telah memberi kepercayaan pada PAS Kedah. Jika masih ada alasan, benarlah antara PAS dan UMNO sama saja….

……..bersambung Azizan Part-2


MB Kedah pula seolah-olah menjadi hobinya untuk di iringi. Pernah dalam perjumpaan dengan AJK PAS Kawasan di kediamannya Sri Men talon ,perkara ini di timbulkan. Ada wakil yang mencadangkan agar dia tidak menggunakan polis trafik, setiap kali nadir ke majlis kenduri. Jawapannya sangat menyakitkan, 'Kalau hampa tak mau aku bawa polis, tak apa. Sekali dengan aku pun tak payah pi kenduri'. Terkejut juga bila baca dalam media, seorang anggota polis trafik cedera kerana jatuh semasa mengiringi MB ke padang golf Kota Darulaman.

Janji 2 - Hal Ehwal Islam

Menubuhkan Institut Imam (Maahad Imamah) untuk melahirkan pegawai masjid
yang terlatih' Sehingga hari ini masih banyak masjid yang di kuasai oleh orang UMNO. Sangat sukar untuk dilaksanakan program yang dianjurkan oleh PAS. Awal mei lalu, ada pekeliling dari jabatan agama yang mengigatkan ahli kariah. Jika hendak menganjurkan program,pastikan penceramah tidak menyentuh hal politik. Setiap program mesti ada kebenaran ajk masjid. Jika yang berkaitan dengan politikjnesti ada kebenaran pihak polis.

Selama ini, tak pernah ada peringatan yang begitu. Apakah ini salah satu perkembangan terbaru,hasil dari Maahad Imamah yang di katakan itu. Berlaku dalam satu kes pelantikan imam baruJcerana imam lama meninggal dunia. Dua calon telah di uji oleh pihak pejabat agama daerah. Calon yang menyokong PAS dapat melalui ujian dengan sempurna. Seorang lagi calon dari kalangan UMNO, dikatakan pengsan setelah melihat soalan. la gagal dalam ujian.

Bila datang keputusan dari pejabat agama, colon UMNO yang gagal tadi terpilih menjadi imam. Kenapa hal ini boleh berlaku di waktu PAS menguasai negeri.

Antara harapan ahli PAS, bila PAS kuasa Kedah,amat mengharapkan ada perubahan dalam aktiviti masjid. Khatib,umpamanya boleh di ambil siapa sahaja,samada bertauliah atau tidak. Hal ini tidak berlaku di masjid dalam Kedah sekarang. Tokguru atau ustaz PAS tak di beri laluan untuk membaca khutbah. Maka, orang lama dengan tek khutbah yang 'mengantuk'jugakekal.

MANEFESTO PAS KEDAH

"Kami mengemukakan pakej tawaran 'Kedah Sejahtera: Nikmat Untuk Semua' dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab untuk membaiki keadaan dan membawa harapan baru bagi penelitian dan pertimbangan anda. Mudahan dengan imput —imput yang terkandung ini anda berupaya membuat keputusan yang terbaik pada han pilihanraya "

USTAZ HAJIAZIZAN RAZAK Pesuruhjaya PAS Kedah

Terdapat 15 perkara yang telah di janjikan oleh PAS Kedah terhadap rakyat sekiranya dapat menguasai kerajaan Kedah. Mungkin dengan janji-janji inilah para pengundi,khususnya orang Melayu Islam member! kepercayaan pada PAS. Setelah dua tahun memerintah ini, dapat di nilai sejauh mana janji itu di kotakan. Cukuplah dengan beberapa janji yang di sentuh untuk dibincangkan.

Janji 1 - Pentadbiran

Di sebutkan, antaranya mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan. Dari maklumat yang di dapati, setakat 2 tahun memerintah ini, hal ini tidak di buat secara jujur. Hingga kini, dikatakan pendapatan MB sekarang adalah RM 70,000 sebulan. Tidak termasuk Iain-lain kemudahan. Difahamkan EXCO juga turut mendapat habuan yang lumayan. Belum begitu jelas,apakah benar keistimewaan oleh MB ini benar-benar di tarik balik untuk di kembalikan kepada rakyat.

Berbeza dengan Tuan Guru Nik Aziz, sebaik saja dilantik menjadi MB Kelantan, antara pengumuman awalnya adalah memotong segala kemudahan MB. Antaranya keraian tetamu, perayaan, perjalanan, rumah dan Iain-lain. Siapa saja tetamu yang datang samada di pejabat atau rumahnya, akan di jamu dsekadar apa yang ada. BM Kelantan juga tidak gemar untuk di iringi skuad bermotor PDRM dalam mana-mana programnya. banyak yang bebas memilih para khatib. Ustaz-ustaz PAS pun banyak yang lari ke sana. Begitu juga, apabila jabatan agama di minta buat operas! mencegah maksiat. Kemudahan kenderaan untuk mereka bergerak tidak di sediakan. Sekurang-kurangnya sebuah van bernilai RM 60,000. Belum pun sampai sejuta peruntukkan bagi sebuah negeri.

Janji 4 - Pendidikan

Antara yang disebut, 'member! bantuan khas kepada sekolah agama rakyat untuk menjamin kelangsungan dan kemajuan sekolah itu' Samada pimpinan atau ahli PAS, dan lama tahu akan kedaifan sekolah agama rakyat (SAR).Kos pentadbiran dan pembangunannya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sedangkan kemampuan pihak pengurusan terhad. Kerana itu, keadaannya tidak selesa dan diragui oleh waris pelajar.


Kerajaan BN/UMNO memang kurang berminat untuk membantu SARJcerana dikatakan cenderong pada PAS. Jika bersetuju mengikut kehendak kementerian, maka akan diberi segala bantuan. Kesannya bila ada perjanjian atau di serahkan pada mereka, maka jelas matlamat SAR untuk melhirkan insan kamil akan ternoda dengan kurikulum mereka. Mungkin kerana itu, dalam manefesto PAS Kedah berjanji untuk beri perhatian pada SAR. Sayangnya segala janji itu, tinggal janji setelah dua tahun memerintah. Pada awal kemenangan PAS, pengetua-pengetua SAR pernah menemui MB bincangkan hal ini. MB minta agar pengetua SAR bersabar dahuluJcerana PAS baru memegang kuasa.

Setelah lebih setahun, dalam pertemuan seterusnya, para pengetua ini di maklumkan bahawa kerajaan Kedah tak ada duit. Menjanjikan untuk menubuhkan tabung untuk SAR. Menyedihkan lagi, ada EXCO yang sarankan supaya SAR mendaftar sebagai SABK. Tak susah lagi untuk dapat bantuan. Semasa mereka sama-sama berjuang waktu BN perintah, mereka ini juga nasihat SAR jangan daftar dengan kerajaan. Pelik^nemang pelik. Kerajaan Negeri sepatutnya tidak boleh meminggirkan SAR, kerana banyak membantu PAS. Terutama Sekolah Agama Taufikiah Al-Halimiah, Padang Lumat atau lebih terkenal sebagai 'Pondok Pak Ya'.

Sejak penubuhannya, sekolah ini banyak mebuka ruang kepada PAS membuat sebarang aktivitiJchususnya kursus guru-guru PASTI peringkat pusat. Di sini jugalah telah melahirkan tokoh-tokoh ulama negara samada dikalangan UMNO mahupun PAS. Tapi apa yang sekolah ini dapat setelah 2 tahun PAS perintah. Begitu juga dengan Madrasah Islahiah Diniah.Kg.Memali. Di sinilah lahirnya 14 para syuhada. Kalau zaman BN/UMNO perintah, bersusah payah diujudkan program membantu sekolah ini. Setelah PAS berkuasa. Madrasah ini seperti hidup seganjuati tak mahu.

Paling menyedihkan apabila mulai tahun 2009, tukang kebun sekolah ini diberhentikan dengan alasan tidak ada wang. Saguhati yang diberikan hanya RM 300.00 sahaja sebulan. Kalau dibiarkan mungkin sekolah ini akan gulong tikar, sedang pengerusinya adalah orang kuat PAS Kedah yang bergelar Senator. Begitu juga dengan Komplek Pendidikan PAS di Tapak Muasasah Damlulum,Pokok Sena.Guru guru masih menerima elaun yang sama, dibawah paras kemiskinan. Tiada bantuan khusus untuk Sekolah Menengah Darul Ulum mahupun Kolej Darul Ulum. Kelihatan terbiar. Lanskapnya yang yang menjelikkan dan bangunan musolla yang usang dengan cat yang lusuh.

Amat terharu bila ada berita ustaz dan ustazah ada yang menangis mengenangkan nasib sekolah mereka dan kebajikan mereka yang di abaikan dalam pemerintahan PAS ini. Bila ada yang menimbulkan isu ini, MB jawab kerajaan bantu. Tetapi apa yang dibantu adalah melepas batuk ditangga untuk sekolah rakyat PAS, dan meneruskan bantuan guru di SAR sepertimana kerajaan BN amalkan semenjak Syed Nahar menjadi MB Kedah lagi.

Apa yang dikehendaki S AR hari ini bantuan yang serius sepertimana yang terkandung dalam manefesto PRU 12 itu.

Kalau nak di bandingkan keadaan SAR di Kelantan dan Kedah cukup jauh sekali bezanya. Apa lagi alasan MB untuk tidak mahu membantu SAR. Apakah kerana bimbang UMNO kata MB salah guna kuasa bantu sekolah PAS. Kalau itulah alasan, bagaimana pula pandangan UMNO,MCA,Gerakan,MIC atau DAP sendiri di Pulau Pinang, apabila pentadbiran LimGuan Eng, telah memberibantaun sebanyakRM 3.25 juta kepada SAR dan sekolah Tahfiz sepanjang 2 tahun mererintah ini.

Apakah MB Kedah,seorang ulama tidak malu hal ini? Hingga ada yang menyebut, pemimpin bukan Islam lebih baik dari yang Islam. Dalam hal ini, ahli PAS Kedah nak kata apa? Siapa lebih baik antara MB anda dengan KM Pulau Pinang.

Janji 5 - Ekonomi

Menyebut, 'Menyediakan pelan tindakan ekonomi Kedah yang realistik' Ekonomi merupakan asas kekuatan kepada mana-mana juga kerajaan. Membina ekonomi semestinya memerlukan kepada kepakaran dan pengalaman. Dengan pelantikan orang-orang seperti Che Had, Roslizan,Sanusi dan Ismadi sebagai orang penting membina ekonomi negeri, tidaklah membantu ekonomi negeri seperti yang diharapkan. Walaupun mereka merupakan penasihat ekonomi dan pegawai khas MB, tetapi mereka masih kurang kepakaran untuk membina ekonomi sebuah kerajaan, berbeza mengurus sebuah syarikat.


Akibatnyajcerajaan Kedah terpaksa menanggung rugi berjuta ringgit hasil perancangan yang tidak teliti. Antaranya menjana pelaburan luar negeri yang diharapkan mendatangkan untung lumayan. Pelaburan hasil balak di Papua New Guine sebagai contohnya telah menyebabkan kerajaan mengalami kerugian 4.2 juta ringgit. Begitu juga pelaburan ternakan lembu di Australia, juga dikatakan mengalami kerugian lebih dari 4 juta...

Tak kah ini membazir dan merugikan wang rakyat... Ataukah ini balasan dari Allah, kerana sikap loketnya kerajaan negeri terhadap sekolah agama. Untuk SAR, diberi alasan kerajaan tiada wang, tapi untuk lain, termasuk saguhati kepada pemain bola sepak Jcerajaan ada duit. Untuk membiayai kenderaan penguatkuasa pencegah maksiat, kerajaan kata tak ada duit, tapi untuk pelaburan luar negeri, projek kroni, kerajaan ada duit.

Bagitu juga dengan pelaburan dalam negeri. Antaranya projek mengetin ikan keli. Idea ini katanya datang dari sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Kebetulan orang kuat syarikat itu ada hubungan baik dengan MB. Kerajaan negeri setuju untuk usahasama. Anehnya, orang kuat syarikat itu telah mengambil kesempatan membekalkan anak benih kepada kerajaan negeri dengan harga yang agak tinggi. Sepatutnya sebagai rakan kongsi, pembenihan ini boleh diwujudkan di Kedah saja. Bukan saja jimat kos, tapi dapat memberi peluang kerja pada belia. Kenapa pula kerajaan Kedah mesti beli. Lebih mencurigakan lagi, apabila di katakan syarikat berkenaan telah pun mempelawa kerajaan negeri Kelantan dan Selangor sebelum ini, tetapi ditolak oleh kedua kerajaan itu. Tetapi, kenapa Kedah terlalu mudah menerimanya tanpa kajian yang menyeluruh. Apakah ianya ada unsur membantu syarikat kroni.

Janji 6 - Tanah dan Hasil Negeri

Disebutkan, 'Memberi tanah kepada rakyat termiskin mengikut konsep ladang rakyat.Menguruskan hasil hutan yang telus di mana setiap lesen pembalakan yang dikeluarkan berasaskan tender terbuka' Masih ramai ahli PAS yang tiada tanah atau bertanah tapi tiada geran. Sukar bagi mereka mendapatnya walaupun dah berpuluh tahun memohon. Sebabnya mudah, kerana mereka orang PAS. Terlalu besarlah bagi ahli-ahli PAS ini, bila parti mereka perintah, tak lah nasib mereka seburuk yang lalu. Apa lagi dengan janji seperti di atas Lega rasanya.

Setelah dua tahun memerintah, rupanya nasib mereka tak banyak berubah. Naik turun pejabat tanah di bawah pentadbiran kerajan PAS, rupanya tak ada beza dengan dulu. Yang tak ada tanah masih tiada tanah. Yang tiada geran tanah, masih di tahap lama. Ini berlaku kepada seorang aktivis PAS. Setelah dapat maklumat bahawa ada tanah yang luasnya lebih 400 ekar hak milik felcra yang tidak diusahakan, beliau mencari jalan untuk memohon jadikan ladang rakyat.

Dari maklumat yang dia dapat, hanya kuasa MB saja yang dapat mengembalikan status tanah milik felcra kepada orang ramai. Lalu dikumpulnya 40 orang kampung yang memang tak ada tanah, untuk permohonan setiap orang antara 10 ekar.

Setelah maklumat dan dokumen lengkap dikumpul, dia pergi ke pejabat MB untuk menyerahkan segala dokumen itu. Kebetulan MB tiada, kerana ada urusan di Langkawi. Dia bercadang untuk datang semula di hari lain. Bagaimana pun bila setiausaha MB memberi jaminan akan diserahkan segala dokumen pada MB, dipercayainya. Selepas beberapa bulan,tak ada apa-apa berita. Dia mendapat tahu, kawasan permohonannya itu telah mulai di sukat oleh orang kerajaan negeri. Hasil balak pun mula dikeluarkan.

Kebetulan bertembung dengan setiasa MB dalam satu majlis, dia menimbulkan hal ini. Apa yang diberitahu kepadanya, bahawa itu adalah tanah hak milik kerajaan negeri. Permohonannya itu kiv. Itulah nasib yang menimpa petugas dan ahli PAS tersebut.

Cuba anda bayang bagaimana perasaannya, bila dapat tahu kawasan itu telah di bolot oleh kroni pihak tertentu. Kesejahteraan apakah yang di dapati oleh rakyat Kedah ini.

Berbalik kepada balak, apakah benar ianya berasaskan kepada tender terbuka.

Pihak media pern ah dedahkan isu pembalakan haram yang berlaku di Sik umpamanya. MB hanya jawab tak tahu. Betulkah tak tahujcerana jika berlaku pada kerajaan BN/ UMNO kita tak percaya bila MB dia jawab tak tahu. Jadijcenapa jawapan yang sama diguna oleh MB Kedah bila soal yang sama ditimbulkan.

Ada berita menyebut bahawa MB terpaksa memberi kawasan balak kepada orang tertentu. Orang ini pernah buat permohonan di zaman BN perintah. Permhonannya tak sempat di proses, kerana BN tak ada kuasa lagi.

Bagaimanapun permohonan orang ini telah di luluskan oleh MB,setelah ada campurtangan bekas MB dulu,Datuk Mahadir Khalid. Jika ini betul,bermakna kerajaan PAS berada dalam situasi yang bahaya. Musuh telah mencampuri dan menguasai pemerintahan PAS Kedah. Justeru, atas rasa tanggungjawab ini, beberapa pihak harus di peringatkan, Pertains MursyidulAm, Majlis Syura dan Pimpinan PAS Pusat

Perlu mengambil perhatian serius dengan apa yang sedang berlaku dalam pemerintahan PAS di Kedah. Menubuhkan jawatankuasa bebas untuk menyiasat dakwaan salah laku MB dan EXCO seperti pelantikan ahli keluarga atau kroni, rasuah, pecah amanahjnengumpul kekayaan melampau dan apa juga yang bercanggah dengan syariat dan prinsip perjuangan PAS.

Mengarahkan MB Kedah segera menutup pusat judijualan arak terbuka,pusat hiburan yang mendatangkan kesan buruk pada sosial serta melaksanakan peraturan etika menutup aurat pada wanita muslim. Meminta MB Kedah menurut langkah yang di ambil oleh MB Kelantan, agar pelaksanaan di kedua-dua negeri itu selaras dengan perjuangan PAS. Dan juga agar rakyat tidak keliru dengan syariat Islam yang mahu di bawa oleh PAS.

Apa yang ujud pada pandangan masyarakat sekarang adalah Islam Kedah dan Islam Kelantan. Bukan Islam yang sebenar-benarnya Islam. Jika anda selaku pimpinan tertinggi PAS setuju dengan judi,arak dan segala maksiat yang sedang berlaku di Kedah, bermakna perlulah segera membuat peristiharan yang negara ini bersesuaian dengan Islam, sama seperti PAS juga.

Tidak timbul lagi mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka. Kalau nak ke syurga sama-sama kalau nak ke neraka pun sama-sama.

Semua setuju antara faktor turun bala di sesuatu tempat itu, ada kaitan dengan kelakuan manusia, terutamanya kemungkaran yang dilakukan. Sudah tentu pimpinan yang berkuasa dalam parti ini tidak mahu melihat umpamanya Pulau Langkawi tenggelam disebabkan kemungkaran dan maksiat yang dahsyat di sana.

Semua pimpinan juga faham bahawa kemungkaran yang dilakukan oleh orang berilmu itu, lebih dimurkai Allah berbanding kemungkaran yang di lakukan oleh orang jahil.

Sekiranya gagal untuk membendung segala kemungkaran di Kedah, Wajiblah mulut-mulut anda di tutup daripada menegur kemungkaran yang ada di negeri bawah pemerintahan BN/UMNO. Tentu semua tidak lupa akan peringatan Allah dalam surah Al-Saff ayat 2 dan 3. "Wahai orang yang beriman, kenapa kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya # Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan"

Kedua PAS Kawasan negeri Kedah Anda adalah nadi kepada kekuatan atau kelemahan PAS Kedah. Segala isu yang di dedah ini, anda lebih tahu kerana sedang berada di depan mata. Oleh itu jangan anda kelak di ibaratkan 'kuman di seberang laut nampak. gajah depan mata tidak nampak'

Sebagai pimpinan PAS Kawasan tentu dapat rasakan selepas 2 tahun menguasai Kedah. bagaimana perubahan di kawasan masing-masing. Kalau cawangan anda aktif seperti dulu, ahli UMNO banyak yang menyertai cawangan anda, masjid dan surau penuh dengan ahli jemaah maka bererti Kedah selamat untuk PAS pada PRU 13 nanti. Jika sebaliknya, maka anda perlu kerja dari sekarang. Dan mencari sebab utama kenapa kawasan anda layu atau perkataan yang selalu di guna oleh Ustaz Shahril Long sebagai 'cheroi'.

Jika isu-isu di atas itu menjadi punca, maka perlu berani untuk bertindak. Selalunya kita di ajar agar lebih utamakan parti dari pemimpin. Siapa pun pimpinan itu, jika dia bersalah jnaka tetap bersalah. Setiap yang bersalah perlu di hukum. Jika pemimpin BN/UMNO membuat silap kita bertindak, samada repot polis, repot pada SPRM atau hantar memorandum kenapa pula bila pimpinan kita bersalah, di diamkan.

KaJau begini sikap anda. bererti anda turut syubahat dengan kemungkaran mereka.
Tidakkah nanti anda termasuk daJam golongan 'assobiah'. laitu satu golongann yang di murkai Allah, kerana mempertahankan kemungkaran kroninya. Apakah anda yakin dengan isu-isu di atas itu tidak menjelaskan keyakinan pengundi terhadap PAS. Kalau anda rasa tidak ada masalah, maka tariklah selimut anda meneruskan tidur agar lebih nyenyak.

Selepas ini jangan menyesal bila bendera bulan terpaksa turun di Kedah, dan bendera dacing kembali tegak. Jangan salah sesiapa lagi melainkan anda. Masa itu, PAS Kawasan dalam Kedah tak perlu lagi minta Yusuf Husin undur diri. Dia sendiri akan lari meninggalkan Bukit Uhud bersama pencen senatornya. Waktu itu dia telah dapat apa yang dia hendak. Dia boleh bersenang dengan keluarganya di rumahnya yang semakin cantik, atau bersiar-siar dengan keluarganya dengan kereta Honda CRV yang baru di belinya atau pun mengeluarkan peluh di tanah yang juga baru di belinya. Dan anda waktu itu, kerahlah otak untuk berfikir, perahlah keringat memanjat tiang dan pokok tampal poster atau pacak bendera di tanah tinggi,dijambatan semata-mata untuk merampas kembali Kedah dari tangan BN.

Bila menang sekali lagi, orang tertentu akan berebut-rebut bina kekayaan yang harta yang diperolehi. Seolah-olah mendapat barang ghanimah. Kerana pada mereka ini mungkin berfikir, nak perintah pun sekali ini saja. Penggal datang belum tentu dapat. Alang-alang dah ada depan mata, korban saja dulu. Ataukah anda akan mengambil sikap seperti setengah ahli yang mengatakan, "masa untuk berkorban buat parti sudah tamat, cukuplah setakat yang dulu. Sekarang adalah masanya untuk selamatkan diri". Ketiga Ahli PAS Kedah

Sewaktu mengundi calon PAS dulu tentu anda ingin melihat kemenangan PAS. Dengan harapan syariat Islam dapat ditegakkan di negeri Kedah. Tidak mahu lain,selain Islam menang dan memerintah. Nah, sekarang hasrat untuk melihat PAS menguasai Kedah telah berjaya. Kini dah 2 tahun PAS memerintah Kedah, apakah anda sangat berpuas hati. Benarkah anda telah menikmati kepuasan sepanjang PAS memerintah. Anda yang tinggal di tepi pantai atau pusat rekreasi, apakah tiada lagi pasangan bukan muhrim di sana mebuat kerja-kerja sumbang? Apakah tiada lagi pelancung berjemur di pantai sekadar berseluar dalam saja. Apakah mereka tidak minum minuman keras di khalayak ramai, maka anda lebih tahu.

Anda yang tinggal di bandar. Apakah tetap berpuas hati dengan permis judi yang masih beroperasi, pusat hiburan dan karokae yang masif aktif, gejala sosial yang tak di bendung, perut dan pusat wanita melayu yang masih terdedah dan seumpamanya. Kalau anda setuju dengan apa yang masih ada. maka kekalkanlah pimpinan kerajaan dan parti yang masih ada. Kelak anda akan di puji sebagai ahli yang sangat wala'.

Biar pun wala' anda itu tidak bertempat dan tidak tepat seperti wala' yang dianjurkan oleh syariat. Sekiranya dengan wala' atas kepincangan yang berlaku menyebabkan Kedah hilang dari tangan PAS, maka dosa anda itu tidak akan di maafkan oleh anak cucu. Sepertilah pimpinan anda yang sering menyebut bahawa pimpinan UMNO terdahulu telah melakukan dosa besar dengan menyerahkan Singapura kepada Kerajaan Lee Kuan Yew .

Begitu juga dengan pimpinan UMNO sekarang yang menyerahkan Pulau Batu Putih pada Singapura. Bagaimana pula dengan anda yang bertanggungjawab secara tidak langsung menyerahkan Kedah kembali pada BN dalam PRU 13 kelak. Maka, anda akan senasib dengan ahli PAS Terengganu yang telah ditenggelamkan oleh gelombang biru.

Dari beberapa fakta yang didedahkan ini. cukuplah untuk anda menilai siapa pimpinan anda sekarang. Benarkah mereka bekerja untuk parti atau rakyat. Semua faham.tentang sejarah perang Uhud. Kekalahan tentera Islam berpunca dari pasukan memanah yang engkar dengan arahan nabi.

Mereka tidak tahan melihat harta rampasan yang berada di bawah, lalu lari meninggalkan benteng pertahanan di Bukit Uhud. Akibatnya musuh ambil alih tempat itu dengan menyerang balas tentera Islam/amai yang gugur syahid.

Demikian juga bila PAS menguasai Kedah. Jawatan dan hasil maksul yang ada di Kedah,umpama harta ghanimah jua. Cuma ada bezanya dengan harta ghanimah zaman nabi. Harta seperti jawatan, hasil balak,pasir,batu,tanah galian bersepah di negeri Kedah. Dan orang atas dalam parti mahupun kerajaan negeri,tak perlu lagi turun ke hutan Sik3aling,Padang Terap dan Iain-lain daerah untuk angkut balak. Tak perlu pedang,panah atau tombak,cukup dengan hanya sebatang pen bagi MB dan EXCO menandatangi apa-apa permohonan samada untuk mereka Jceluarga mahupun kroni mereka. Maka berulanglah lagi kisah P. Ramli, 'satu untuk engkau, satu untuk aku... dua untuk engkau, dua untuk aku...tiga untuk engkau, emmmpat untuk aku'.

Orang-orang ini tak akan turun, kecuali diturunkan. Tidak ada satu pun kuasa yang dapat menurunkan mereka ini, melainkan suara dan tangan anda. Ada yang telah mengeluh,berdosa kerana memilih orang-orang begini sebagai pemimpin. Baguslah kalau sudah sedar. Tetapi,cukupkah sekadar mengeluh begitu dan sampai bila nak mengeluh.

Apakah mahu menunggu sehingga Allah menurunkan bala tenteranya mengajarkita bahawa dosa yang kita lakukan selama ini,telah memusnahkan harapan kita dan anak cucu kita. Kita pernah sebut pada UMNO antara punca harga barang naik, jenayah bertambah, zina berleluasa, gejala bunuh bayijnat rempitjiasil tanaman berkurang,ribut, banjir dan segala bencana itu disebabkan UMNO menentang ukum Allah, bagaimana pula dengan keadaan negeri yang kita perintah. Apakah telah selamat dari gejala dan isu tersebut dan mengapa nasib kita dan mereka sama saja di sisi Allah?

Maka, biarlah insan yang bernama Azizan itu meneruskan dosa-dosa tinggalan kerajaan BN/UMNO, tetapi kita kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang sering kita sebut dalam surah al-Fatihah sehari 17 kali setiap kali solat.

Tindakan yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan dalam melaksanakansyariat Islam, membawa keberkatan dalam pemerintahannya. Kalau ahli PAS sertaumat Islam Kelantan Wajib pertahankan pemerintahan tokguru, maka anda di Kedahjuga mungkin Wajib bertindak menghentikan segala kepincanganjcemungkaran dankezaliman yang dilakukan oleh Azizan dan kroninya.Atau Setujukah anda bila ada orang menyebut, 'Apa yang di buat oleh PAS semuanya halal, apa yang di buat oleh UMNO semuanya haram.'

Komentar :

ada 0 comments ke “MB KEDAH DALAM DOSA- PART 2.”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.