Saturday, October 30, 2010

KEMALANGAN MAUT BELIA 4B BALING - 6 MAUT,21 CEDERA.


Kelihatan sebuah bas pelancongan yang terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah di sini, kira-kira 7.50 malam tadi. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

MANGSA:

AL-FATIHAH.

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;

Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;

Mohamad Firdaus Rosedi, 16;

Mohammad Yussof A. Akhit, 16;

Mohd Ridzuan Husin, 17; dan

Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

— Bernama [SINI]

Komentar :

ada 3 comments ke “KEMALANGAN MAUT BELIA 4B BALING - 6 MAUT,21 CEDERA.”
CuteOven said...
pada hari 

'INNALILLAHI WAINNA ILAIHIRAJIUN'...kenapa banyak sangat kemalangan bas yg membawa org melayu???????

a ali /46sekupang said...
pada hari 

salam GMC- berita terbahru mengatakan driver bas itu tiada lesen memandu dalam rekod JPJ?(Utusan On Line 31th. Oct. 2010).yang menghairankan bagaimana boleh jadi bagitu?.mungkin sekarang ini di Kedah sudah terdapat pusat mengeluar lesen memandu sendiri selain JPJ?.

a ali /46sekupang said...
pada hari 

salam GMC-sambong sikit lagi,ada unsur rasuah tak dalam usaha menganjur lawatan ini.mana tahu sewa bas yang murahkah?,tetapi bil yang dikeluarkan lain macam?.harap dapat pihak SPRM cuba tengok-tengok sama.sebab apa, dapat bas terok bersama pemandu yang bermasalah, tentu harga murah.mungkin roadtex pun pinjam bas lain punya.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.