ANWAR IBRAHIM...HARUS BERTAUBAT!
YA..YA...YA...
Mengapa agaknya Anwar boleh berubah begitu rupa?
Daripada seorang ‘ultra Melayu’ kepada seorang yang kononnya membawa nilai Malaysia. Pemahaman Anwar tentang 13 Mei sudah jauh terpesong daripada ucapan-ucapan GANASnya sewaktu di dalam UMNO.
Apakah Anwar lupa bahawa KEBENCIAN kepada Cinalah yang meletakkan dirinya hampir ke kemuncak kepimpinan dalam UMNO.
Namun begitu, sewaktu dalam UMNO lagi – Anwar sudah cepat jatuh cinta dengan ‘tycoon’ Cina. Nallakarupan mesti boleh mengingatkan kita bagaimana Anwar selalu membuat ’special draw’ sewaktu dia di Kementerian Kewangan. Asalkan nak pakai duit sahaja, Anwar akan buat special draw.
Asal nak pakai wang sahaja – Anwar akan luluskan ’special draw’. Sebagai Board of Director Magnum – Nalla akan bawa duit ’special draw’ kepada Anwar.
Azmin mungkin ingat cerita ini.
Hikmah dan bagusnya di sebalik majlis penganjuran DAP ini adalah – menampakkan ‘lakonan politik’ Anwar yang baru. Daripada mereka yang sangat menyanjung tinggi pejuang Melayu Kampung Bharu – Anwar jadi penyanjung tinggi Lim Kit Siang.
Perubahan ini cukup drastik. Bukan perubahan mungkin – ini transformasi Anwar.
Anwar mengakui dalam ucapannya di Dewan Sivik tersebut – bahawa ‘kesilapan tafsiran sebenar mengapa’ 13 Mei berlaku, menyebabkan ‘ubat dan penyelesaiannya’ juga silap.
DEB ini, menurut kata Anwar adalah suatu penyelesaian yang silap dan bersifat ‘perkauman’. Sewaktu dalam Kerajaan, Anwar lah salah seorang yang membugar semangat DEB. Ini hak Melayu. Ini hak Bumiputera.
Namun hari ini, buat Anwar – DEB adalah perkauman dan dasar yang silap. Tahniah kepada Anwar kerana sudah bijaksana menjadi pelacur politik – dan mengorbankan ‘jiwa perjuangan sebenarnya’.
Tahniah, kerana Anwar sudah benar-benar ‘graduate’ dan komited menjadi seorang pejuang Malaysia. Apakah ini retorik – terserah. Anwar bukankah hebat dalam perkara-perkara begini.
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.