Wednesday, June 24, 2009

ANWAR ..BAGAI PAWANG YANG DAPAT MENUNDUKKAN TEDUNG BERBISA!





Hebatkah KUASA Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan seseorang itu TUNDUK kepadanya…?


















Siapakah yang tunduk kepadanya..?
Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya...




Inilah hebatnya Anwar bin Ibrahim atau panggilan manja "NON" anak kelahiran Tok Kun..bagai Raja ular yang dapat menundukkan tedung yang berbisa...

Begitulah juga dengan"NON" ini yang dapat menunduk alim ulamak PAS,sekali gus dapat meletakkan Anwar sebagai ulamak terbilang didalam PAS?


Tiada siapa diantara Ulamak PAS yang dapat menandingi kehebatannya berpidatu ,baik Tuan Guru Nik Aziz mau pun ketaraf biasa Mat sabu mau pun Mahfus.

Kerana..Anwar diantara tokoh yang terawal muncul dicelah2 puak2 PAS yang lantang mempejuang Islam melalui Abim dan Bukan PAS.


Pas pada ketika kebangkitan Anwar,masih bertaraf Parti terpinggir dari masyarakat melayu..atau lebih dikenali sebagai Parti Tok tok lebai kampung.

Bukti di Serawak Anwar secara Lantang mengkretik PAS dan DAP sebagai Parti perkauman yang cuba membakar semangat Melayu dikampung kampung.
Dan Anwar menggangap PAS dan DAP tidak mengguna "OTAK" (Ruj-You Tube Anwar sewaktu UMNO)dalam berkempin.


Dan disaat saat Mat sabu dan Mahfus baru untuk mempelajari dunia Politik,terutama Mat sabu..yang masih bergantung rezeki pada jualan Kaset2 ceramah PAS dan buku2 agama dan politik dipasar2 malam Anwar Lebih awal kehadapan dari dua Tokoh yang mungkin Penyokong PAS mengangap tokoh yang Hebat dalam PAS hari ini.....

...Tapi pada Anwar bin Ibrahim kedua2 tokoh dan lain2 tokoh PAS yang ada hari ini,samada Haji Hadi,Azizan Razak,maupun Nik Aziz..terlalu jauh ketinggalan jika kita bandingkan dengan Anwar bin Ibrahim...!!

Kerana..Tokoh Islam dalam PAS hari ini yang menjadi sanjungan dan pujaan penyokong2 PAS kebanyakkan mereka adalah seangkatan dengan Anwar,,termasuk Allahyarham Ust Fadzil Noor..yang mudah ditundukkan oleh Anwar.


Dan Anwar bukan Tokoh Islam yang mendapat pendidikkan Pondok,dan bukan tokoh Islam yang didik melalui POLITIK kampong PAS.Anwar "BUKAN" anak didik PAS.

Hari ini walaupun PAS sudah menjaukau usia 58 tahun…sejak di tubuhkan pada 1951.

Secara iklas kita dapat katakan,sejauh ini PAS tidak berjaya melahirkan Pemidatu mau pun Ulamak seangkatan yang dapat menanding kehebatan Anwar Ibrahim,kecuali Allahyarham Ust Fadzil..pun bukan anak didik PAS...masih rakan karip Anwar.Hari ini ...apa yang PAS dapat banggakan???


Siapa Ayam tambatan atau anak didik PAS yang dapat menandingi kehebatan Anwar berhujah..samada dalam bidang akademik maupun Agama? Yang ada hanyalah anak didik Anwar yang tidak mudah untuk menunduk Anwar denga ilmu Akademik dan pengalaman mereka jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Anwar.

Hari ini, PAS jangan menabik dada? Akuilah Anwar atau NON anak kelahiran Tok Kun itu, adalah DANA yang teramat bernilai buat PAS.

Dan Anwar mampu mematah dengan mudah hujah2 politik PAS,lebih lebih lagi dalam situasi hari ini bila PAS bergabung dengan DAP...jika Anwar menjadi musuh pada PAS!


Contohnya,Siapa Tokoh atau pemimpin PAS yang berani dan lantang bangun mencabar Anwar didalam UMNO dulu? diwaktu Anwar mempelekehkan..PAS adalah sebuah.. Parti Politik Tok lebai kampong yang masih mendapat ihsan mengguna karung Baja Subsidi Kerajaan untuk membuat poster2 politik mereka.Ketika berceramah di Padang Menora ,tasik Glugor satu ketika dulu.


Waktu itu rioh rendah orang Melayu bersorak dan ketawa mendengar Anwar.. memperlekehkan PAS..mungkin Mat Sabu,Mahfus dan Pak Mid Maruku masih ingat..waktu itu Mat Sabu masih lagi menagih rezeki di pasar2 malam dengan menjual Kaset politik yang tidak dipandang orang Melayu langsung!…sila bertaya pada Mat Sabu...dan kuncu2nya.


Hari ini tidak hairan jika Anwar berjaya menundukkan semua ulamak2 Pas termasuk Nik Aziz maupun Haji Hadi…atau pun sapa saja..tokoh2 dalam politik PAS.

Kerana tokoh-tokoh PAS yang ada hari ini maupun angkatan dengan Anwar kebanyakkan adalah anak didik Anwar..yang Anwar dapat menundukkannya dengan mudah bagai Raja ular yang dapat menjinakkan Tedung yang berbisa.

Sedarkah PAS keadaan dan situasi ini..PAS! tepuk dada..tanyalah diri dan pemimpin anda hari ini..? Siapa diatara kalian yang mampu berhujah dengan Anwar??? Siapa? Mat Sabu? Mahfus ? Azizan Razak? Nik Aziz? Mustafa Ali? Husam musa? Saifuddin Nasition? Johari Andul? Wan Salleh? Nasaruddin md isa? atau tokoh2 baru yang hanya bertaraf pemimpin boneka PAS.. Siapa?...Tolong senaraikan? siapa??? jadi.....

Tidak Hairanlah hari ini, Anwar dapat menunduk sesiapa saja dalam PAS,kerana kemampuan pemimpin PAS hari ini jauh lebih rendah dari kemampuan Anwar dalam berhujah terutama ilmu Akademik berbanding..dengan pengalamannya yang jauh lebih Global berbanding dengan mana mana pemimpin2 Pas yang ada hari ini..hanya bertaraf kaki lima pada Anwar..bin Ibrahim..anak kelahiran Tok Kun...berdarah "ASLI UMNO" sejak kecil lagi..

SEDARKAH PAS? atau kalian LUPA? terutama MOHD BIN SABU JAGUH lawak politik terkenal dalam PAS hari ini...yang menolak Negara Islam dan mengantikan dengan "NEGARA KEBAJIKAN"....

Diatas faktor-fortor inilah maka...PAS bukan pentasnya..yang setaraf dengan Anwar untuk bersabung ..dengan tokoh2 Politik Dunia..bukan...tempatan!

Kerana pada Anwar Pemimpin PAS tidak berkeupayaan melawan arus politik Dunia hari ini dengan Ilmu pondok yang ada...

Terimalah hakikat ini…wahai PAS.

Komentar :

ada 0 comments ke “ANWAR ..BAGAI PAWANG YANG DAPAT MENUNDUKKAN TEDUNG BERBISA!”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.