Monday, June 22, 2009

ANJING DAN KUCING PUN SUDAH BERDAMAI....DIHARI INI. ADAKAH PAS LEBIH TEROK DARI KUCING DAN..............


Umno macam kucing, kata MB Kedah
08 Jun 2009

SHAH ALAM, 7 Jun: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno umpama kucing, "baik di depan tetapi awas di belakang kita dia akan curi ikan kita."

Azizan berkata demikian ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.

"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan
dan pemerhati muktamar.

Namun, Azizan berkata, "kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni."

Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan. Siasahdaily.



Jika kucing (macam UMNO) yang dimaksudkan oleh MB Azizan Razak dan Anjing..boleh berdamai...dimana pula tahap KEDUDUKKAN PAS,diantara dua Haiwan ini..? Adakah PAS lebih baik dari kucing dan lebih terok daripada Anjing dalam kontek ini?...

Mengapa PAS tidak mengambil iktibar dari dua spesis haiwan ini untuk dijadikan pengajaran yang terbaik untuk manusia? Apakah kerana mereka Haiwan? Bukankah Buraq juga haiwan...yang menjadi kenderaan istimewa Rasulullah saw dalam peristiwa Israq dan mikraj?

Bukankah setiap kejadian itu dapat kita jadikan pengajaran...mengapa PAS tidak mengambil kejadian didepan mata untuk dijadikan iktibar kearah perpaduan.

Mengapa perpaduan perlu bersyarat..Adakah PAS memberi syarat pada DAP sebelum bergabung? ATAU DAP memberi syarat..pada PAS.Akhirnya PAS terpaksa tunduk dan akur pada keputusan DAP.Walaupun DAP Terang2 menentang pelaksanaan Negara Islam?

Apakah pengalaman PAS bersama DAP nak dipraktikkan pula pada UMNO atau pada bangsa sendiri demi pepaduan bangsa dan agama? Apakah perpaduan melalui ISLAM itu tidak cukup dan kukuh lagi pada PAS,lalu PAS meletak berbagai syarat?

Apakah PAS itu lebih mulia dan suci dari ISLAM? apakah perpaduan dalam ISLAM itu perlu bersyarat?.Atau syarat itu untuk memudahkan PAS merebut bangkai bersama2 UMNO?

Komentar :

ada 0 comments ke “ANJING DAN KUCING PUN SUDAH BERDAMAI....DIHARI INI. ADAKAH PAS LEBIH TEROK DARI KUCING DAN..............”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.