Monday, November 30, 2009

BILA MCCBCHST BERSUARA: Benarkan Banggarma keluar Islam.APA PULA REAKSI ULAMA PAS, BERBANDING ISU LOMPAT PARTI?







BAGAIMANA PULA PERASAAN SELURUH UMMAT ISLAM BILA BERHADAPAN DENGAN ISU BANGGARMA INI.. BERBANDING ISU MEREKA YANG MELOMPAT PARTI YANG DIPIJAK GAMBARNYA HARI INI..???!!!!

APAKAH HINANYA MEREKA YANG MELOMPAT PARTI ITU SETARAF HINA NYA MEREKA YANG MELOMPAT AGAMA HARI INI ???[MURTAD]

APAKAH MELOMPAT PARTI ITU SEKALIGUS MENGGUGURKAN KALIMAH…“La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah” DARI PEGANGAN MEREKA HARI INI?

ADAKAH HINANYA MEREKA YANG MELOMPAT PARTI HINGGA DIPIJAK GAMBARNYA OLEH SEKUTU PAS HARI INI SETARAF HINA MAK BAPAK SERTA ANAK PINAK,SAUDARAMARA,CUCU-CICIT PEMIMPIN PAS YANG MASIH BERSELIMUT DENGAN POLITIK BANGSA HARI INI??

SELURUH PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS PERLU SEDAR BAHAWA DAGING DARAH SERTA MAK BAPAK,DAN ANAK PINAK MEREKA MASIH BERSEPAH MENYOKONG POLITIK BANGSA BERSAMA-SAMA MEREKA YANG DIPIJAK GAMBARNYA HARI INI?

MEREKA YANG DIPIJAK GAMBARNYA ITU ADALAH SEBANGSA DENGAN DAGING DARAH KAMU IAITU BANGSA MELAYU YANG BERAGAMA SEKETURUNAN DENGAN DAGING DARAH KAMU YANG MASIH BERSEKONGKOL DALAM POLITIK BANGSA HARI INI…

SEDARKAH WAHAI SEKUTU-SEKUTU KAPIAQ HARBI TERUTAMA MB KEDAH YANG SEDIA MAKLUM KENAL SIAPA DIKALANGAN DAGING DARAH PEMIMPIN PAS DIKEDAH HARI INI YANG MASIH BERSELIMUT DENGAN POLITIK BANGSA HARI INI.

BAGAIMANA PULA DENGAN ISU BANGGARMA INI ? BILA PULA DEWAN ULAMA PAS AKAN BERSUARA?

SANGGUPKAH PEMIMPIN-PEMIMPIN SERTA ULAMA PAS BERAKSI SEPERTI DAP…??

ALLAHUAKBAR !! CELAKALAH SEKUTU POLITIK KAPIAQ HARBI HARI INI…YANG SANGGUP MRLIHAT BANGSANYA DIPIJAK OLEH KAPIAQ HARBI!!


MCCBCHST: Benarkan Banggarma keluar Islam
Nov 25, 09 2:17pm

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa S Banggarma dibenarkan menganut Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah.

“Presidennya Dr Thomas Philips berkata wanita itu harus dibenarkan memilih agama yang diingininya kerana pertukaran kepada Islam dibuat semasa beliau masih kecil dan tidak pernah menghayati agama barunya itu .”

“Banggarma (kiri), juga dikenali Siti Hasnah Vengarama Abdullah, mendakwa agamanya ditukar sewaktu berada di rumah kebajikan di Kepala Batas kira-kira 20 tahun lalu sewaktu usianya masih 7 tahun.”

Sumber Malaysia Kini: http://www.malaysiakini.com.

Komentar :

ada 5 comments ke “BILA MCCBCHST BERSUARA: Benarkan Banggarma keluar Islam.APA PULA REAKSI ULAMA PAS, BERBANDING ISU LOMPAT PARTI?”
Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...
pada hari 

saudara x boleh la tuding jari pada pas jer.. bagaimana dengan umno? umno juge membisu seribu bahasa.. =)

psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

Anonymous said...
pada hari 

salam.
Terima kasih Putra Al-Maliki diatas komen Sdr.Insyaallah diatas pelawaan Sdr.

GMC terasa satu yang cukup pelik atau janggal,bila kita cuba menunding kearah PAS yang kononnya memperjuangkan Islam...UMNO jugalah tempat untuk dibandingkan? Mengapa perlu membandingkan UMNO dan PAS ?Perjuangan UMNO berasaskan "Asabiyyah" thonghut jahiliah dan seumpamanya ini sah diakui oleh PAS..manakala perjuangan PAS merujukkan kepada Al-Quran dan sunah apa perlunya menunding dan membandingkan dengan UMNO.

Pas adalah PAS...UMNO adalah UMNO !!Perjuangan PAS jauh berbadza dari perjuagan UMNO yang berasaskan asabiyyah atau unsuriyyah dan yang telah diakui oleh PAS pemerintahan mereka(UMNO) sama dengan keangkuhan kerajaan-kerajaan terdahulu seperti Fir'un dan Namrud.

Jadi untuk apa dalam soal tunding menunding perlu dihalakan atau dibandingkan dengan UMNO yang Sah dianggap oleh PAS sebagai sebuah perjuangan Thonghut? \\

Apakah PAS masih berkhiblat pada sebuah parti yang thonghut? untuk membezakan siapa lebih baik ? Jika demikian mengapa tidak dibandingkan PAS dan Komunis? PAS dan Carlmax,PAS dgn MIC,MCA atau PAS dan DAP? yang lebih jelas lagi bertapa bersihnya PAS dari kaca mata Islam?

PAS perlu dilihat melalui pemerintahan Islam terdahulu oleh khalifah -khalifah agong bukan melihat dan membandingkan dengan pemimpin UMNO hari ini.

Itu pun jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO hari ini masih juga terselak kurap dan panau segelintir pemimpin PAS yang masih berkarat dan berpenyakit "hubbul dunia' wa karahiyatul maut'berbanding dengan pemimpin UMNO.

Pas misti melihat dirinya sebagai beridentiti Islam..bukan beridentiti UMNO,maca,mic atau makkal sakthi..

Anonymous said...
pada hari 

yang laksana dan pegang kuasa di negara Malaysia ni BN bukan PAS. Pas hanya mampu bersuara, tapi kekuasaan untuk melaksanakan undang2 ada pada kerajaan Pusat.
jadi itulah jawapannya.

Anonymous said...
pada hari 

salam.

Allahuakbar !! bagaimana Negeri2 yang dikuasai PAS seperti Kedah...tetapi mengapa MB nya masih berdolak dalih tentang hukum???

Sampai bila PAS boleh laksana Islam??? nak tunggu perintah Malaysia!!! jgn bermimpi disiang hari lah!!!

Beramal tidak perlu menunggu masa,andai PAS berangan2 dapat memerintah Malaysia baru nak laksana hukum ....so GMC cadang eloklah PAS terus bergabung dengan DAP jgn beretorik nak tegak hukum!!!

Cermin-cermin lah diri....

Semanggigunung said...
pada hari 

APDS,
Kita terlalu banyak bercakap
Terlalu banyak membuat andaian.
Terlalu banyak membuat tuduhan
Terlalu banyak melepas geram dengan kata-kata.

Ahli Parlimen UMNO, PAS maupun PKR yang berbangsa Melayu aku perhatikan tak pernah konsisten dalam memperjuangkan perkara-perkara yang menyentuh agama Islam, walhal itulah yang sepatutnya diambil berat, kerana Melayu adalah beragama Islam, mengikut Perlembagaan Persekutuan. Kalau Islam dibiar tergugat, Melayu juga dikhuatiri akan ikut terhakis.

Usaha untuk memperkecil dan mencabar Islam dan Melayu sentiasa sahaja berlaku akhir-akhir ini.
Orang Melayu Islam nampaknya tidak berdaya untuk “mempertahankan” Islam dan bangsanya dalam ertikata yang sebenar. Dan orang lain cepat mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Aku pernah mendengar, betapa hebat dan bersungguh-sungguh seorang sahabat, bercakap mengenai “murtad”. Diberinya angka-angka dan fakta yang meyakinkan tentang bilangan orang Melayu Islam mengikut negeri-negeri, yang sama ada meninggalkan Islam secara sukarela atau paksaan.

Tetapi aku tak nampakpun akta khusus bagi menghalang “murtad” Pada pandangan aku, seorang rakyat biasa yang tinggal kampong, kalau tiada akta yang diwujudkan mana mungkin sesuatu perkara itu hendak diambil tindakan yang berkesan. Kita hanya mampu “bertempik” tetapi kesannya tiada. Aku sedar, dalam sebuah Negara yang berbilang bangsa dan agama, bukan mudah untuk mewujudkan apa-apa langkah bagi mempertahankan Islam. Tapi itu bukan alasan. Pada hal orang lain terus mencabar kita.

Orang Melayu, yang bilangannya mungkin sekadar 60% atau kurang dari jumlah penduduk Malaysia, kerana politik sanggup “berbunuh” sesama sendiri. Sanggup membuat “fatwa” yang seringkali membuat kita menjadi keliru, prasangka dan lemah.

Kalau UMNO sudah, sedang dan akan terus menjaga kepentingan bangsa, apalah salahnya PAS memainkan peranan bagi menjaga kepentingan dan kesucian Islam.
Usahlah guna politik untuk menjatuh sesama bangsa dan agama.

Orang Melayu Islam akan digeruni, kalau kita berupaya “bersatu“ dalam “berpecah”. Politik sekadar alat untuk memerintah, bukan senjata untuk membunuh bangsa dan agama.

Kalau apa yang aku suarakan ini salah, itu kerana kejahilan aku...

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.