Wednesday, November 11, 2009

BERTELAGAH BAI'AH- SEKADAR LAKUNAN SINGA TUA SARKES YANG SUDAH DICABUT TARING..







LIHATLAH LEPAS SATU…SATU ISU YANG DIBANGKIT OLEH MEREKA UNTUK TERUS MELENA DAN MEMBANGKAIKAN UMNO YANG MASIH BERDEKOR LENA....

Terkini mereka memperlihatkan dua jaguh, satu perguruan berCAKAR sesame mereka untuk berdemo kepada bangsa…bertapa hebatnya pemimpin mereka,demokrasinya politik mereka.

Dengan Drama bertikam lidah sesame sendiri tidak seperti politik bangsa…inilah kononnya terbuka dan terlondehnya dan telusnya politik mereka…yang tidak ada dalam politik bangsa…..Poooorahhhh!!!

Dari drama murahan ini…masing-masing menunjuk taring dan gigi yang masih bersalut dengan taik-taik gigi…kononnya merekalah hulubalang yang bangsa perlu sanjung dan junjung…

Masing-masing mencabar dan menunjuk taring masing-masing yang sudah diparas dan diganti dengan taring-taring getah oleh Anwar….kononnya merekalah pemimpin yang sanggup mengigit SESIAPA SAJA KAWAN ATAU LAWAN demi mendaulatkan Agama…..Poooorah!!!!

Anda layak berbicara dan pertonton pada siamang di hutan…tapi bukan dengan manusia yang memiliki akal dan fikiran..anda mampu pertonton pada lembu-lembu yang dihidang dengan air garam…atau layak dipertontonkan pada bangsa yang taksup pada politik gila …bertaraf “PARIA” ....bukan kami, bangsa yang masih celik DAN bukan "BUTA".

Alahai kedua-dua ekor badut sekelian..bangsa sudah muak dan majal melihat lakunan murahan bertaraf kaki lima politik anda yang direka cipta untuk menipu bangsa…

Drama kalian tidak lebih dari sebuah filem “Paria” yang layak dibuang keacar kaki lima pekan Baling atau di buang kelonggok sampah chow kit road saja…daripada kalian terus melakunkannya didepan bangsa….

Sedarlah…. kalian hanyalah badut-badut rekaan yang ditaja Anwar dimana gigi dan taring anda hanya mampu mengunyah tilam dan bantal politik anda yang lusuh dan kian reput…

Drama September 16,drama ribut dalam cawan kopi bersama DAP, drama bukit selambau,drama roboh kandang babi,drama kepala lembu,drama kuil,drama bagan pinang,drama Permatang Pasir,drama tidur berbogel,drama menghormati mendiang Teo Beng Hock,drama penangkapan penceramah tiada tauliah…dan berbagai-bagai drama yang direka dan dicipta oleh pengarah anda tidak mampu lagi menipu bangsa untuk menutup dan melitup pekong sendiri…termasuk melindung berpuluh-puluh janji-janji manisfesto yang belum terusik lagi.

Terbaru drama mentalaq Isteri sendiri demi parti …juga sekali lagi lakunan drama murahan bertaraf “PARIA” yang dilakunkan oleh badut-badut pilihan yang diwarnakan mengikut watak oleh Anwar agar dapat menyambung lakunan Bai’ah politik Dajal…

Kononnya… bercakarlah badut-badut yang dicucuk hidung tersebut sesame sendiri didepan pemberita ….alahai begitu murahnya nilai diri anda yang boleh diperlakukan agar dapat menabik dada untuk membuktikan kepada bangsa bahawa …anda lah pemimpin yang meng"utama"kan agama…politik pilihan kedua…pooooorahhhhh!!!

Sedarkah hari ini badut-badut ciptaan Anwar sekalian.Anda tidak lebih dari watak-watak yang diperlakukan oleh Anwar untuk meng Iklankan roti meri sahaja!!…untuk menambah taik-taik gigi anda yang tidak pernah dicuci….selama ini.

Anda hanya mampu “BERDEMO” kononnya sanggup bergigit sesame sendiri… dimana siong dan gigi anda yang sudah diparas oleh Anwar hingga kegusi…...apa lagi bisa yang ada pada gigi dan siong anda lagi hari ini …??

Percakaran diantara anda tidak lebih dari tipu daya dan putar belit politik sahaja…untuk melenakan UMNO yang masih berdekor.

Mengapa memilih gelangang orang untuk bercakar dan menyalak...masih banyak lagi isu dicelah kangkang sendiri yang belum terusik...isu arak,isu putar belit,pembohong dan belambak lagi isu dibumi jajahan mu yang belum beres....menyalaklah dibumi jajajahan sendiri...

Cuma yang ada pada anda berdua hanya suara seekor singa tua yang menunggu masa untuk mampus saja…kudratnya sudah tiada…bagaimana mampu anda membela bangsa sedangkan kudrat dan kuasa sudah tiada….sedarkah anda hanya mampu bersuara sebagai singa tua yang sudah reput taring dan giginya.

Pada UMNO jangan kamu leka dengan putar belit serta tipu daya lakunan mereka…bagunlah dari dari lena yang hampir mampuih berselimutkan dengan projek-rojek yang ada menjanjikan laba yang besar.

Ingat..kopi dan gula,kain batik,biskut mayat,ikan kering dan 5 kilo beras tidak dapat menjadi Clorox untuk mencuci segala daki dan kurap lima tahun anda berdengkor lena.

Janganlah jadikan blog-blog anda(UMNO) sebagai medan menghina dan mencari diri kamu sendiri kerana segala bangkai,nanah,dan cabuk yang berulat itu Virus dan,keceluparan,serta busuknya dari hati kamu sendiri…untuk apa kamu menghina diri, lidah,tangan dan hati kamu yang busuk itu sendiri.

Janganlah kamu menjadi petualang dalam selimut hapak kamu sendiri.Dalam selimut hapak itulah kamu mencipta segala pekong dan cabuk yang baunya menusuk lubang hidung bangsa…itulah cabuk yang lahir dari hati perut anda….jangan terus menipu bangsa lagi….

Hari ini senarailah…sudah berpuluh-puluh babak dan lakunan serta cerita yang direka cipta oleh politik putar belit mereka untuk melalaikan Agenda anda pada bangsa…akhirnya mereka akan mengheret umno ke lubang neraka bersama mereka….

Kerana mereka bukanlah dikalangan pemimpin yang memiliki sebarang agenda untuk bangsa…

Agenda mereka hanyalah untuk merosak dan melingkupkan bangsa….mereka bukan golongan yang memperjuangkan hukum Allah swt….

Tetapi mereka adalah golongan yang hanya bijak mencanang dan menjaja hukum allah ta’ala untuk menghias diri mereka yang hanya bertaraf hulubalang pengampu dan penjilat sahaja..

Dua tahun sudah berlalu mereka hanya mampu melondeh dan membogelkan sesame pakatan mereka untuk dihidangkan pada sekelian bangsa….untuk menunjukkan merekalah hero dikalangan bangsa yang kemaruk pada pijian dan sanjungan.

Wassallam…

Komentar :

ada 0 comments ke “BERTELAGAH BAI'AH- SEKADAR LAKUNAN SINGA TUA SARKES YANG SUDAH DICABUT TARING..”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.