Monday, November 2, 2009

PAS-POLITIK MAHA PUTAR BELIT.





PAS tidak gadai prinsip perjuangan - Hadi
M Faqih
Sun | Nov 01, 09 | 3:07:36 pm MYT
KOTA BHARU, 1 Nov: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

"Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat," kata Abdul Hadi.

"Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka," kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

“Friedrich-Naumann-Stiftung für die Freiheit - Strengthening liberal democracy in Muslim societies [Druckversion]

Fail dan nota kertas kerja PKR juga disediakan oleh Friedrch Noumann-Stitung die Freihiet dalam satu Seminar PKR Negeri Kedah yang diakan di Hotel Sri Malaysia Sungai Petani.

Dalam Majlis itu jugalah Abuya Mat Sabu bersetuju menggugurkan Negara Islam dan mengantikan dengan Negara Kebajikan dalam PRU12 yang lepas bila mendapat asakkan dari DAP iaitu YB Chong Eng MP Bukit Mertajam.”

"Munafiq kongsi pemerintahan kerajaan dgn kafir"- PAS
Ceramah Haji Awang Abu Bakar, Ketua Dewan Ulamak Pas Terengganu di Gong Duek, Besut Terenngganu, 1 APRIL 1981) “

SEDUTAN CERAMAH PAS SATU KETIKA DULU.

“ Dan lagu ni Allah Taala beritahu orang ni sebenarnya orang munafiq. Orang munafiq ni lagu mana perangai? Allazina yattakhizuunal kaafirina auliaa min dunil mukminin. Iaitulah orang-orang munafiq ini mereka yang mengmbil orang-orang kafir buat kawan baik. Sehidup semati. Sesirih sepinang, sebantal, setelaga setimba, semampus sehidup. Semerintah negeri, sedewan.

Sama-sama jadi wakil rakyat, sama-sama jadi menteri, sama-sama jadi exco, sama-sama jadi timbalan menteri, sama-sama jadi setiausaha parlimen, sama-sama jadi pegawai kerajaan. Siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik, Siapa? (orang ramai jawab..UMNO).

Tengok tu sekali saya ulang tayang. Siapa saudara-saudara yang mengambil orang kafir buat kawan baik? (penonton jawab..UMNO). Ha UMNO. Kalau pandai begitu senanglah dan tahu tanda gak! Buboh tanda � molek atas dahi gak ha yalah tu. Apa hukum orang ni? (sama-sama jawab dengan orang ramai) MUNAFIQ ...”

Golongan ketiga dikenali sebagai golongan munafik, golongan yang nampak lahirnya macam Muslim. Mereka berjanggut serban, mereka melabel diri mereka Islam, tetapi merekalah golongan gunting dalam lipatan, golongan yang sebenarnya menghancurkan Islam.

Hari ini sama-samalah kita menilai kembali segala tindak tanduk pemimpin mereka..yang bijak mumutar belit dan menipu seluruh bangsa.

Komentar :

ada 2 comments ke “PAS-POLITIK MAHA PUTAR BELIT.”
Che Leh Jangok said...
pada hari 

Yang lidahnya bercabang tu:
1. biawak = Di Kelantan pelawak tu maksudnya bohong.
2. ular = Bahaya kalau duduk dalam semak. Hati hati dengan ular dalam semak.

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...
pada hari 

salam.
Begitulah adanya politik PAS hari ini.Siapa yang lebih bijak berputaq belit dengan hukum...tepok dada tanyalah akal kita...

Hari ini adakah kita masih lagi percaya segala tipu daya serta putar belit mereka?

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.