Thursday, November 5, 2009
ANTARA DARAH PALSU BAGAN PINANG DAN BERCERAMAH TANPA TAULIAH.
Diawal lagi ketika meneliti jalan cerita bekas Mufti Perlis diserbu dan ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai JAIS ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ia menimbulkan pertanyaan kepada kita.
Dimana logiknya kejadian itu bilamana ia belaku didalam jajahan pentadbiran musang berjanggut yang sama-sama mengikuti kuliah tanpa tauliah kononnya.
Tiba-tiba dikejutkan dengan penahanan bekas Mufti itu atas dakwaan menyampaikan kuliah tanpa tauliah.
Peristiwa Darah palsu di Bagan Pinang dan peristiwa penahanan Dr Asri di Rumah Pak Ya di Ulu Kelang tidak banyak perbezaannya.
Terlalu jelas menampakkan Pengarahnya yang tidak begitu bijak dan kreatif .
Jika darah di bagan pinang tidak menampakkan luka yang terbelah dan terkoyak akibat libasan parang atau pedang…
Manakala peristiwa di Ulu Kelang tidak menampakkan dimana logiknya alasan kuliah tanpa tauliah….berbanding Gobala,Nga Ko Meng dan Dr xavier.
Mengapa segala-galanya Halal pada mereka dan ia menjadi lesen menipu bangsa.Bertauliah kah mereka yang mampu menterngangakan seluruh penyokong mereka...
Bagaimana pun kejadian-kejadian dan kezaliman,serta Drama-drama ciptaan dan rekaan itu tidak boleh diambil sebagai lesen untuk mengatakan rancangan pihak musuh jahat.
Kalau benar ia dirancang oleh UMNO atau BN buktikan apa yang mereka lakukan. Biarlah kejahatan itu mereka lakukan dan bukan kita mencipta dan mendramakan kembali kejahatan mereka semata-mata untuk memperbodohkan sekelian bangsa sekali gus membuka pekong sendiri..
Hari ini rata rakyat khususnya orang melayu maupun dihulu banat mana sekali.
walaupun masih berselimut dengan kemiskinan mereka bukan lagi dikalangan bangsa yang buta huruf sewaktu zaman penjajah dulu.Hari ini mereka mampu befikir lebih dari pemimpin yang dipilih melalui mengemis undi..
Hari ini segala tipu daya dan putar belit pemimpin sudah mematangkan kedaifan mereka.
Cuma persepsi pemimpin yang dipilih oleh sistem demokrasi putar belit itu saja beranggapan mereka bijak membimbing dan membohongi bangsa.
Malangnya masih ramai lagi yang buta hati perut dan akai mindanya….mempercayai tipu daya serta putar belit pemimpin mereka…
Alahai... sampai bila Melayu dapat mempergunakan akai dan minda setaraf manusia…selagi berada dibawah pekikkan siamang yang gila memburu kuasa sedang memimpin mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.