Wednesday, February 10, 2010
Sekejap ada sekejap timbul. Sekejap ada sekejap timbul.
Apa lagi kalau bukan muzakarah PAS dan Umno ? Sekejap UG, sekejap muzakarah. Sekejap muqabalah. lepas ini apa pula, kita pun tidak tahu. : MOHAMED HANIPA MAIDIN http://peguampas.blogspot.com.
ITULAH KOMEN DARI PENYOKONG SUKU SAKAT MEREKA....!!!
Sekejab halal sekejab haram..sekejab kapiaq sekejab Islam..sekejab munafik sekejab beriman..
Pejam celik..pejam celik..politik PAS masih tidak kemana-mana…hukum demi Hukum amanat demi amanat dicipta dan direka…syurga dan Negara bagai sudah menjadi seloka dalam politik mereka menguhukum bangsa seolah-olah syurga dan neraka hak milik politik mak bapak mereka menghumban bangsa sesuka hati mereka…..
Hadiht demi hadith..ayat demi ayat..firman demi firman juga sudah bagai mainan pembuka kata pemidatu mereka…akhirnya mereka bergelumang dengan dosa dan noda…..
Hari ini timbul pula agenda kurap mereka….ingin berkerjasama pula dengan politik bangsa yang dihukumnya kapiaq sejak dahulu kala…dalam sekelip mata yang kapiaq sudah bertukar ke Islam .
Yang Islam menjelama kapiaq…semula…tanpa kita sedari merekalah spesis yang bijak mempersendakan hukum Allah swt sedang berada dalam kelompok bangsa.
Bukan setakat jelak,muak dan meloya dengan sikap “DAJJAL” politik mereka…tetapi sudah mencapai tahap yang tidak perlu dilayan lagi segala agenda politik gila KUASA yang tidak pernah menjadi reality dalam perjuangan mereka selama ini.
Cuma sekadar untuk memancing undi dan memburu DANA untuk mencemuh politik bangsa di musim pilihan raya…dengan berbagai-bagai tuduhan yang keji dilemparkan ….bukan sekadar pada bangsa tetapi pada ulamak dan mufti yang tidak menyokong Agenda politik DAJJAL mereka…
Itulah politik melayu berkulitkan Islam berjubah dan bersban menipu bangsa…. yang tidak mencapai qota ilmu mengatasi nasfu yang ada…tetapi bijak menepuk dada merekalah pemimpin Ulamak yang lanyak membimbing bangsa….!!!
"Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.
Akhirnya mereka mengutib segala bangsa berbagai agama serta kapiaq harbi yang ada menjadi sekutu politik mereka untuk mentadbir Negara sedangkan amaran Allah swt sudah di jaja oleh ulama mereka pada seluruh bangsa tentang Hukum Allah swt…dengan ganjaran Syurga da Neraka untuk mengerunkan bangsa agar patuh pada Agenda Dajjal politik mereka.
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
Hukum Allah swt pada mereka bagai satu pelembagaan politik yang reka cipta…diubah mengikut selera dan cuaca politik mereka.
Bukan setakat mereka mencabar hukum Allah swt tetapi mereka gah dengan perjuangan retorik yang tidak pernah ada dalam perlembagaan mereka…yang selama ini menipu bangsa…tanpa menghirau dosa dan pahala membohongi dan mendustai bangsa dan Allah swt…kerana dosa dan pahala berada dalam agenda politik DAJJAL mereka mengikut cuaca.
Layakkah UMNO membuka seluas-luasnya pintu dan seluruh jendela untuk mengundang mereka yang tidak berprinsip ini sama sama membimbing bangsa..??
Janganlah UMNO menambah kecelaruan yang sedia ada…tumpukan pada agenda yang sedia ada tanpa campur tangan mereka yang bijak bermuka-muka dengan hukum Allah swt….!!
Biarkan mereka dengan politik DAjjal mereka…dan umno dengan politik bangsa yang sudah banyak berjasa…! bukan sekadar bermuka didepan bangsa seperti mereka.
Tidak ada faedahnya mengundang mereka yang akan membawa padah dan celaka pada pemaufakatan bangsa yang sedia ada…
Kerana mereka tidak punya apa-apa agenda untuk bangsa melainkan ingin menafikan hak keistimewaan bangsa bijak bermuka-muka untuk meraih undi lain-lain bangsa untuk menyokong perjuangan putar belit mereka!!
Mereka bukan memperjuangkan kedaulatan bangsa dan agama tetapi mereka adalah perjuang kesamarataan hak untuk seluruh bangsa dan agama yang ada….mendaulat Islam demokrasi yang diteroka….mendaulat kalimah Allah yang sanggup dikongsi bersama dengan lain-lain agama…
Inilah bijaksananya mereka bermuka-muka memutar belit bangsa… dengan ilmu yang mereka ada menggadai perinsip perjuangan murahan mereka pada lain-lain bangsa untuk meraih sokongan dimusim pilihan raya!!
Akhirnya terbukti Hukum Ulama sendiri dan Amanat Dajjal ciptaan sendiri sudah tidak dipeduli demi kemaruknya politik mereka memburu kuasa bersama kapiaq harbi yang dulunya menjadi musuh utama….hingga sanggup mengkapiaqkan bangsa sendiri…
Hari ini terbukti mereka berselimut bersama kapiaq harbi dengan alasan “DAJJAL” mereka….
"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
Tetapi hari ini segala-gala kata-kata dan amanat mereka terbukti memperalatkan ayat-ayat Allah swt dan hukum allah swt… hanya dusta semata…mata pada bangsa...demi agenda politik mereka.
Mereka tidak pernah patuh pada hukum yang ada…kerana syurga dan neraka hanya ciptaan politik mereka untuk menguhukum sekelian bangsa…inilah “CELAKA”nya pemimpin mereka menipu bangsa disebalik serban dan ketayap yang ada mencipta amanat DAJJAL untuk patuh pada politik mereka !!
Allahuakbar !! biadapnya segelintir mereka pada Hukum Allah swt….lebih-lebih lagi yang berlidah biawak bercabag dua sanggup membohongi bangsa tanpa memperduli kopiah putih dikepala dan taraf ilmu agama yang ada hanya sekadar hiasan sahaja !!
Renung-renunglah kebenarannya dalam arena politik mereka hari...ia satu fitnah atau reali yang sedang di sandiwarakan didepan bangsa!!
Moga-moga ranap dan lingkupkah sebuah perjuangan yang bijak bermuka-muka dengan hukum Allah ta'alla.
Amin !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Komentar :
Post a Comment
Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.