Friday, February 12, 2010

SALAM PERJUANGAN UNTUK MAT SABU...


PKR hilang satu kerusi parlimen… Zahrain umum keluar parti jadi Ahli Parlimen Bebas...hilang keyakinan pada Anwar-http://www.agendadaily.com

Isyarat dan Janji GMC “DULU” pada Mat Sabu dan rakan-rakan seangkatan dengannya di Pulau Pinang dan Kedah !!



PAS dan PKR kian rebah di gelangang sendiri begitu juga dengan sekutu kapiaq harbi(PAS) hari ini.

Walaupun Sejarah silamnya tidak mampu dipadam lagi…tetapi GMC akan pastikan PAS rebah disarang sendiri..

Bukit Mertajam dan Seluruh Seberang Perai termasuk Kedah bukan tempat PAS bersarang dan berdarang lagi !!!

SIK GEGAR.. SATU KEDAH BANGKIT…SATU PENANG TERBONGKAR REBAHKAN POLITIK KAPIAQ HARBI.

Pada seluruh Bangsa Melayu rakan-rakan dan taulan,sahabat handai dan teman-teman yang sudah puas bermandikan asid pancutan pili bomba dan bertarung serta bertaichi dengan belantan padu FRU..

Kembalilah kita untuk menyedarkan bangsa,adik-adik serta seluruh teman-teman serta seluruh sahabat handai agar baliklah kita pada perjuangan Bangsa kita !!

Kerana selama ini kita telah menjadi “BARUA” pada politik mereka menipu bangsa sendiri ..dengan retorik Politik pakatan kapiaq Harbi hari ini.

Allahuakbar !! Allahuakbar !! Allahuakbar !!

“KITA PASTIKAN POLITIK MEREKA BERKUBUR BERSAMA AGENDA, GILA KUASA MENIPU SEKALIAN BANGSA”



Setelah SIK di GEGARKAN oleh YB Mohd Tajuddin melalui Program Juara Rakyat diikuti dengan penyokong-penyokong PKR dan PAS Isytihar meninggalkaN Parti sekali gus membawa pembubaran cabang dan perdunya sekali.

Tahniah Padang Serai ! Tahniah Sik dan Tahniah untuk YB Mohd Tajuddin yang mula “GEGARKAN” SIK. Dan Tahniah pada mereka yang meninggalkan perjuangan putaq belit selama ini.


Maka bermulalah…bahang kebangkitan rakyat terutama Bangsa Melayu di Kedah dan seterusnya akan diikuti oleh Seberang Perai dan Pulau Pinang amnya.

Apakah pemimpin DAP sudah jadi golongan 'untouchables' - Zul PKR


“Walaupun diarah tutup mulut dan bakal berdepan jawatankuasa disiplin PKR, ahli parlimen Kulim Bandar Baharu.
Zulkifli Noordin ternyata bukan pemimpin politik yang boleh dicucuk hidung….




Benarkah ada pemimpin Politik " mungkin " diantaranya Mat Sabu , Mahfus dan rakan2 yang sewaktu dengan mereka dulu-dulu.. diantara pemimpin PAS yang darahnya hijau sepekat darah merah mangsa Memali… mudah dicucuk hidung seperti kenyataan Zul Kulim itu?

Sedarkah Mat sabu siapa Pak Syeikh Al-Juburi itu, masakan Mat Sabu sudah lupa memori besama Pak Syeikh dulu-dulu…???

Bukankah sudah selesai misi PAS bersimpati pada Pak Syeikh melalui “GERAK” dulu…setelah “HARAKAH” menjadi Akbar tabloid jalang yang masih bersimpati pada Pak Syeikh setelah dipecat dan di sepak dari UMNO dulu.

Mengapa tidak ada akhbar yang telah dimartabatkan oleh Pak Syeikh Akbar Dalam Kelas (ADD) satu ketika dulu dapat memberi sedikit ruang dan lubang untuk Pak Syeikh bersuara untuk membela tuduhan terhadapnya?



Mengapa PAS yang dituduh oleh Pak Syeikh sebagai Parti yang bernasib baik dari kerajaan BN masih dapat menggunakan Guni Baja Subsidi Kerajaan BN untuk buat benderanya mampu menyambung nyawa politik Pak Syeikh hingga ke hari ini…


Sepatutnya Pak Syeikh terhutang budi pada warga PAS…bukan melingkup dan mengheret PAS seolah-olah untuk membalas dendamnya pada UMNO.

Mengapa Pak Syeikh bertindak…....tak dapat tanduk telinga Mat Sabu dan Mahfus yang di pulas ?

Sedarkah seandainya Pak Syeikh dapat mengekalkan kuasanya dalam BN hinggalah ke hari ini memerintah Negara.

Bagaimana nasib seluruh pemimpin , penyokong PAS serta POlitik PAS dan DAP hari ini.

Bagaimana pula nasib sekelian pelawak sarkes yang bersuara lantang dan sanggup berguling gantang diatas jalan raya hari ini…??? Dan apa pula jenama yang akan Pak Syeikh tabalkan pada Ir Nizar dan sekutu-sekutunya diPerak….?



Agak-agak berapa puluh buah Steam Roll yang Pak Syeikh akan kirimkan ke Perak…untuk memujuk pra mujahiddin agar jangan berguling di atas jalan Raya.. Bahaya !!

Tidak masakan Pak Syeikh sanggup mencabar pejuang-pejuang PAS dulu yang inginkan Syahid berangkat kebumi Palestian untuk menyambut Bom dan roket di sana !

Hebatnya Pidato Pak Syeikh membelasah pemimpin dan penyokong PAS waktu itu !!



Hari ini Sanggupkah Pak Syeikh berkompromi dengan pemimpin PAS yang setaraf pelawak sarkas tersebut …yang sanggup diperlembukan, dan hanyut dalam tepukkan golongan pelampau yang bencikan Islam dan bangsa melayu, “SERTA” berjuang bersama DAP menuntut keistimewaan orang Melayu di hapuskan”??


Benarkah seluruh pemimpin PAS hari ini sebagai pelawak sarkas? Dan menjadi bahan pada DAP dan PKR mengaut keuntngan serta hanyut dalam tepukkan kapiaq harbi…bencikan Islam dan orang Melayu serta rela hak bangsanya dihapuskan…kata Pak Syeikh.

Jika segala tomahan yang pernah diSEPAK oleh Pak Syeikh ke muka pemimpin PAS satu masa dulu….ia tidakl ebih dari satu tuduhan berniat jahat dari Pak Syeikh….yang menjilat UMNO ketika itu.

Bagaimana dengan situasi hari ini? Segala-gala sudah terbukti firasat Pak Syeikh dulu itu benar dan BETOI…

Dan itulah juga hakikatnya perjuangan Pak Syeikh PAS ,PKR dan DAP selama ini.
Tidak masakan Mat Sabu dan seluruh Warga PAS rela Negara Islam digugurkan dari Agenda perjuangan mereka selama ini.

Hingga sanggup mengkapiaq kan bangsa sendiri. …



Sedarkah seluruh “Pelawak Sarkas”!!! betapa liciknya Pak Syeikh menipu Pemimpin PAS yang kemaruk pada kuasa hari ini?

Mengapa PAS sanggup menjadi duri dalam daging..pada bangsa dan perjuangan MEREKA SELAMA INI… semata rela diperalatkan dan disundalkan oleh DAP yang bencikan kebangkitan Islam dan orang Melayu hingga PAS sanggup menafikan Hak Bangsa sendiri??

Mengapa PAS terjerat..dan tertipu dengan sikap kepura-puraan melalui Imej sebenar Pak Syeikh hari ini,hingga seluruh pemimpin PAS terutama Mat Sabu dan Mahfus sanggup bersekongkol bersama Pak Syeikh untuk merealisasikan tomahan Anwar terdahap PAS yang dulunya mereka adalah pelawak sarkas yang telah bersedia diperlembukan.

Disinilah bermulanya formula Anwar sejak dulu hingga sekarang yang sudah diikat dan disimpul mati..tidak sesekali bersama PAS ….satu perjuangan yang tidak berprinsip parti seperti pemimpin PAS hari ini.

Pada Pak Syeikh…selagi Agama mampu mempengaruhi kuasa Politik …jejak politiknya tidak mampu bertahan lama….

Akhir sekali Islam Libral dan Islam demokrasilah yang menjadi wadah perjuangannya hari ini bersama sekutu kapiaq harbi.

Pas yang seolah-olah celik..!! merelakan dirinya dipimpin oleh si buta.

Akhirnya diseret jauh oleh Agenda Pak Syeikh, hingga PAS sanggup bersekongkol dengan kapiaq harbi..men DAJJAL” Amanat serta hukum Dewan Ulama sendiri.


Bayangkan jika Pak Syeikh bersama politik bangsa hari ini…!!!

Dimanakah taraf kedudukkan pemimpin PAS hari ini?

JIKA DULU pemimpin PAS beraksi pelawak sarkes mungkin hari ini Pak Syeikh mampu menukarkan watak pemimpin PAS hari ini ke watak CHIMPANZEE…....


Itu lah yang GMC belajar sikit-sikit dari ilmu Pak Syeikh dulu…!! yang mungkin mampu kita berkongsi ceritanya…untuk mengingatkan kembali nostalgia Mat Sabu dan Mahfus sewaktu PAS berada di tahab "MELUKUT DI TEPI GANTANG" pada orang Melayu....hingga Pak Syeikh mengangkat kaki tinggalkan Mat Sabu di tepi Jalan dengan lenangan air mata !!

Salam untuk Mat Sabu dan Mahfus….tak lupa pada suku sakat Pak Mid Maruku rumahnya bagai kubang dan darang tempat Mat Sabu dan PAS berkubang!

Tidak lupa Salam perjuangan untuk Mat Sabu dari warga Seberang Prai yang kian meninggalkan perjuangan yang penuh tipu daya !!

Wassallam.

Komentar :

ada 0 comments ke “SALAM PERJUANGAN UNTUK MAT SABU...”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.