Sunday, November 22, 2009

UMNO KEDAH MASIH BERMAIN WAYANG, SOMBONG DAN ANGKUH LAGI !!!!










UMNO Kedah nafi berpuak-puak- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,

“ALOR SETAR 19 Nov. - UMNO Kedah hari ini menolak andaian bahawa wujud kumpulan atau puak tertentu dalam parti berkenaan sehingga menyebabkan parti itu di negeri itu berpecah belah.”-Utusan Malaysia 20 November 2009.

Betoi ke..sekelian Yes man UMNO Kedah dengan kenyataan dari Dato’ Bashah tu.. ???

Bahawa UMNO kedah tak berpuak-puak,tak bersuku-sakat,tak bergeng-geng, tak berkelompok, tak berpecah dan merekah..??

UMNO WAYANG LAGI....

Maksud Dato’!!! ..Adakah padunya UMNO kedah tu dari pucuknya hingga sampai keakar tunjangnya..macam akar tongkat ali lurus betoi dan tak bercabang-cabang dan berpecah dibawah?

Betoi ke.. UMNO Kedah tu padu dan bulat sepakat… macam seketoi belacan Kuala Kedah .. tak ada 2 atau 3 ketoi lagi umno yang berbagai-bagai puak dengan misi dan vesi masing-masing yang berbeza dalam umno Kedah hari nei Dato’???

Jika inilah maksud Dato’…UMNO kedah la nei.. tak berpuak-puak … bulat padu macam bola Golf yang Dato’ dok pukoi tiap tiap hari tu…??

GMC mohon maaf banyak-banyak tok !..dan tidak keterlaluan kalau GMC katakan Dato’ juga rupanya sedang dilamun mimpi macam pemimpin umno yang lain-lain juga..

Jika maksud Dato’ Bashah, Umno Kedah tu tak berpuak-puak cuma ada seketoi UMNO saja dalam satu bakoi..itu maknanya tak betoi tu…Tok!!!

Kerana rakyat diluar dan dibawah nei nampak lebih jelas dalam bakoi UMNO la nei, bukan ada seketoi UMNO saja, tapi UMNO ada berpuluh-puluh ketoi umno macam bola Golf di padang ..

UMNO SUDAH MENJADI MOLIKUL YANG BERKETOI-KETOI.

Jika dulu UMNO hanya ada seketoi saja. Hari nei UMNO dah berpecah menjadi berketoi-ketoi dan berpuak-puak dalam satu UMNO.
Ada yang merekah,retak dan ada yang tunggu terbelah …dan ada juga yang sudah jadi bangkai menyawa … Dato’ oii..

Diperingkat bahagian saja ada 4/5 ketoi UMNO yang berlainan brand(pengikut/pengaruh/team dan berbagai agenda..

Di cawangan juga serupa, UMNO ada 5/6 ketoi yang belainan Brand dan puak…tapi masih dalam umno !

UMNO hari ini sudah pecah ,berpuak2 dan beketoi –ketoi macam bola Golf ..!!

UMNO bukan lagi sebiji macam UMNO zaman Dato’On atau Zaman Tuanku Abdul Rahman..dulu besar,bulat,keras,padu macam seketoi batu.

Tapi UMNO kini dah jadi macam bola Golf beketoi-ketoi !! dengan berlainan Brand dan wadah … walaupun dia masih tetap UMNO …tapi bukan “satu” lagi !! macam dulu-dulu…tu.

Dulu UMNO hanya sebiji atau seketoi macam bumi ..bulat besar,padu serta kukuh..tak ada ketoi dan lain-lain agenda lagi..

Hari ini UMNO dah jadi macam bola Golf kecik, bersepah-sepah dengan berbagai-bagai brand dan agenda peribadi yang beraneka warna dan rona… walaupun dia tetap nama UMNO !

Tetapi hari nei UMNO sudah berbeza agenda… berpecah, terbelah dan berpuak-puak ,bergeng-geng atau berteam-team macam team bola sepak…dalam satu negara..semuanya hasil kerja tangan Anwar yang mengkopratkan UMNO dulu.

BUKTI UMNO MASIH PECAH DAN BERPUAK-PUAK.
Contoh UMNO Bahagian Padang serai dan Kulim Bandar Baharu !!!..
Pemimpin dan ahli-ahli UMNO sendiri bersuara..tidak ada harapan untuk UMNO selagi Group “Syekh Fadzil” SDN Berhad ini yang mengusai UMNO Kulim Bandar Baharu…

Manakala UMNO Padang serai pula..dengan ketua-ketuanya yang masih tidak sebulu dan sewarna … so…UMNO Kedah tak berpecah lagi ka tok Mat Bashah?

Tetapi bila baca kenyataan dari media-media massa merekalah pemimpin UMNO yang bertaut dan berpaut kukuh dan padu macam sebiji bola besi ,keras dan gagah !!!

Pooooodah !! semua tu wayang….. Dato’!!!..

Hari ini , UMNO Padang Serai dah macam BOLA Kaca yang menanti masa jatuh dan berkecai…semuanya gara-gara orang dalam UMNO sendiri …yang kononnya bersatu padu.

Tetapi Hakikatnya pemimpin yang “kalah” cuba pula mencipta team-team bola dalam UMNO sendiri untuk mengigit sesame sendiri…

Apakah UMNO kedah termasuk Dato’ Bashah belum sedar UMNO masih berteam-team lagi di kedah?…. dan Dato’ pula masih mau berwayang dengan kenyataan.

“UMNO Kedah nafi berpuak-puak”- Dato’ Ahmad Bashah.

UMNO MASIH BERPUAK-PUAK DAN MASIH BERSUKU SAKAT.

Sebenarnya UMNO Kedah nei berpecah dan bisu...Dato’ Bashah dan Dato, Pengurusi BN Malaysia oiii..

UMNO Kedah…berpecah-dan berpuak-puak tetapi cuma UMNO dan segelintir pemimpin-pemimpinnya saja tidak berani bersuara secara berterus terang …mereka lebih seronok bermain wayang dengan pucuk-pucuk pimpinan diatas.

UMNO Kedah bukan setakat berpuak-puak dan bersuku sakat didalam... tetapi ada yang hampir hancussss..dek kerana berebut jawatan diperingkat bahagian dan cawangan….

Tidak kurang pula masih syok lena…kekenyangan dengan mengambil alih jawatan wakil-wakil rakyat yang tewas dan tertiarap di kwasan masing-masing…Segelintir YB-YB bayangan inilah yang menjadi punca barah dalam UMNO dan ada yang terus lena!

Buktinya..!!! Apa aktiviti-aktiviti dan peranan mereka diperingkat Bahagian dan cawangan untuk mengembalikan Aura pemimpin-pemimpin UMNO yang tersungkur dan tertiarap dalam PRU12?

APA PERANAN 13 WAKIL RAKYAT BN DI KEDAH HARI INI.

Dan apa peranan yang dimainkan oleh 13 wakil rakyat BN yang terdiri dari UMNO,MCA dan Gerakan di Kedah hari ini?

Tanyalah pada rakyat sendiri atau penyokong UMNO sendiri siapa DUN-DUN UMNO hari ini? Pernahkah mereka membuat road show untuk membuktikan mereka masih ada suara bagi pihak bangsa dan rakyat kedah?

Hari ini mereka bagai bangkai menyawa….dibaham pengaruh PAS yang dianggap kuat dan padu..

Betoi ka PAS kuat? bukan kerana…UMNO sendiri lemah, berjuang dalam lena?

Apakah cukup setakat 13 wakil rakyat bagi sokongan padu kepada Shafie Apdal sudah cukup untuk jadi kayu sukat membuktikan UMNO Kedah tidak berpecah dan terbelah?...

Alahai.. Dato’ oiii….awat mudah sangat teori UMNO hari nei..

HANYA SUARA DAN SATU PERSEPSI DARI LUAR PARTI.

Pernahkah Pemimpin UMNO kedah degar atau terdengar suara dari rakyat bawahan ..

Ia itu mereka lebih suka rakyat Kedah sendiri memimpin UMNO Kedah berbanding orang luar..yang tidak berapa faham tentang selok belok perangai rakyat Kedah itu sendiri…??Pernah dengar..!!???

Ada!! .. pemimpin UMNO Kedah yang biasa terdengar ?

Yang biasa rakyat terdengar dari pemimpin UMNO…hanyalah suara ampu dan bodek serta sikap angguk !!

“Kami sebulat suara” “Kami tetap setia” Kami…itu…dan kami ini….semuanya tidak lebih dari suara-suara ampu,jilat dan bodek pucuk pimpinan untuk cari makan!!!

Akhirnya bila rumah siap…segala pahat,marton(Penukul),kapak,keris dan pisau pun berbunyi , memukul,menikam sesama sendiri…..!!!

Inilah sebulat suara sumbang yang dibuat-buat…membodek …dari segelintir pemimpin-pemimpin UMNO hari ini…yang lebih banyak angguk dari menggeleng!!

Hari nei cukup kah dengan bukti “ SUARA BODEK” dari 13 wakil yang dipilih oleh rakyat yang kononnya memberi sokongan padu pada Shafie Apdal …??!!!

Lalu pemimpin UMNO membuat kesimpulan mudah …bahawa “TIDAK” benar UMNO berpecah dan terbelah di Kedah hari nei?….itu semua suara dari luar parti….!!!!!...

Siapa yang diluar parti...??? Bukan sekelian rakyat dan bangsa hari ini?

Siapa pula wakil-wakil rakyat itu?

Cukup ke dari 13 suara pengampu tersesebut berperang dan berdepan dalam PRU13 nanti Dato?

Mampukah 13 Wakil rakyat tu berkerja siang malam pagi petang kandaq kopi dan gula pi rumah ke-rumah untuk mengemis sokongan pada UMNO dalam PRU13 nanti… membodek rakyat menyokong sebulat suara 13 orang mereka dulu yang menyokong Shafie Apdal?

Silap-silap...dalam PRU13 nanti.. mereka yang tak terpilih menjadi calun… muka dan batang hidung pun tak nampak !!tup ! tup ! jadi katak melompat berkempin untuk pembangkang bila terasa diri dalam UMNO sudah bertaraf kupang tembaga!!!..

..Macam mana Tok?...

MANA PI EXCO-EXCO YANG TEWAS DAN TERTIARAP DALAM PRU12 DULU?

Contohnya hari ni !!.. Pi mana.. EXCO-EXCO UMNO yang kalah tersungkur dalam PRU12 dulu…muka dan batang hidung pun tak nampak dalam beberapa PRK yang lepas…yang terbaru nanti mungkin di Seputih pula??…

Mampuih ka depa semua Dato’? Atau depa dah jadi rakyat yang bisu ? Atau sudah menjadi talibarut pada bangsa sendiri ..bila dah tersungkur kalah dalam PRU12 yang lepas..!

Lahabau dan lahanat…punya pemimpin bangsa !!!

Semuanya hilang !! sebab, tak ada lagi bangkai yang boleh dihurung. Hari nei…. depa lesab,dan lenyap !! ada yang lebih celaka …pembangkaikan lagi parti sendiri kerana sudah tidak ada peluang,ruang dan lubang lagi untuk mereka!!

Buta kah seluruh pemimpin UMNO hari ini Dato’?…??

Atau masih boleh ke UMNO percaya lagi 100% persepsi dan dengar suara-suara dari dalam parti UMNO saja lagi hari nei Dato’ ?.

Dan UMNO tidak perlu mendegar cakap-cakap dan persepsi orang yang berada diluar parti, yang lebih utamakan bangsanya dari jawatan dalam parti?

Fikir…dan berfikirlah Dato’….janganlah UMNO terus memainkan seruling anak kerbau dalam kelompok sendiri untuk melalaikan pemimpin sendiri…melalui kenyataan yang dangkal ini….

“Kalau ada cakap-cakap mengenai wujudnya puak-puak dalam UMNO Kedah, itu semua tidak benar kerana ia cuma persepsi orang yang mungkin tidak berada di dalam parti,"

SALAH SATU PUNCA PRU12 UMNO TERTIARAP.

Inilah puncanya …bila pemimpin UMNO sendiri menafi dan bijak bermain wayang sesame sendiri PRU12 yang lepas UMNO tersungkur dan tersembam di gelangang sendiri…dek termakan gula-gula orang dalam dan menolak suara-suara dari luar parti..

Natijahnya UMNO ditipu oleh orang dalam sendiri yang berjuang dalam mimpi… sambil goyang kaki..

Hari ini yang menerima padah adalah anak-anak bangsa sendiri…

Cukuplah wahai sekelian pemimpin UMNO..!!! jangan bermain wayang lagi…PRU13 tidak semudah PRU zaman Tun Mahathir…20 tahun dulu!!

Hari nei pula….. UMNO buat dan ulang lagi perangai lamanya!!!!

Dengan menolak persepsi luar..kononnya sekadar cakap orang dari luar parti…akhirnya telunjuk pengampu menikam mata pemimpin UMNO sendiri..

“Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, semua pemimpin serta ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat bahagian termasuk pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri sentiasa memberi sokongan kepada pucuk pimpinan parti termasuk Pengerusi badan itu, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal”

UMNO Kedah sepatutnya sudah terjaga dan bukan bergoyang kaki dan bermain wayang lagi…

Sepatutnya dengan beberapa PRK yang lepas,pemimpin UMNO sudah dapat membuka mata dan minda….BUKAN UMNO masih terus bermimpi atau menjadi bisu dan lesu...

Ingat !!!

WAYANG padang inilah yang telah mengakibatkan UMNO tersungkur dan tersembam dilaman sendiri..!!!

Wassallam.apbs.

Komentar :

ada 4 comments ke “UMNO KEDAH MASIH BERMAIN WAYANG, SOMBONG DAN ANGKUH LAGI !!!!”
PUTRA MERDEKA said...
pada hari 

salam bro,
perrgghh! pedih ulu hati md bashah bro! mau tak lalu dia pukul bola golf pagi ni, sebab? pagi-pagi dah kena pukul!
apapun UMNO kedah kena berlapang dada menerima teguran ini, walau ianya pahit dan 'keras' namun teman percaya yang bro berkata atas niat untuk membetulkan keadaan dan mahukan UMNO kedah bangkit bangun dan bersatu!
semoga suara-suara blogers seperti sdr mampu dan berjaya dalam meletakkan UMNO kembali bulat seperti 'bumi' dan kuat terutama di Kedah bumi jelapang padi...
teruskan bro!

bapak3 said...
pada hari 

Selangor dah mula bangkit, sampai khalid bukan saja tergagap, tapi terketar2. Kedah masih lena dibuai mimpi, sehinggakan perpecahan dan pertelagahan warlord2 lama ni pun dia boleh mamai lagi dan berkata yang tiada perpecahan. Kedah memerlukan darah baru yang boleh menyatukan semua golongan, dan jelas yang warlord2 ini bukanlah yang dimaksudkan. Adakah sudah tiba masanya untuk Datuk Mukhriz kembali ke Kedah?

Anonymous said...
pada hari 

Saya rasa sebagai Presiden Parti Ds Najib, harus lebih peka dgn keadaan di sesebuah negeri. Beliau patut lebih arif dan merasakan nadi di sesebuah daerah, dan tahu siapa pemimpin yg kuat bekerja dan sesiapa yg hanya bermain golf. Rakyat dah naik muak dgn gelagat YB2 yg beraja dihati. Rakyat hanya tunngu peluang PRU13 untk memberi pelampang 10jari kepada YB2 melaun ini dan yg merugikan adalah Parti UMNO sendiri. Ds Najib harus nersikap tegas dan tidak harus ada tolenransi terhadap YB2 yg tidak amanah. Jangan lah Ds Najib jadi macam Pak Lahap yg kita semua sudah tahu natijah nya, jatuh tersungkur dalam kemaluan. Rakyat mahukan pemimpin yg amanah, jujur dan bekerja kuat, ikhlas dan tegas. Ds Najib harus menjalankan tugas dgn tegas dan masa untuk diplomasi dan lemha lembut sudah berlalu. Jangan kerana terlambat, PRU13 dijadikan pelajaran yg akan memalukan Parti, bangsa dan negara.

sepatbenua said...
pada hari 

salam bro.

BN kedah walaupun ada 14 ADUN tapi nampak tak dak, umno bahagian yang xjadi YB, taktaulah depa buat apa pula, banyak orang dok cerita pasai kelemahan tapi puak-puak ni tak boleh terima. Dok kata kuat camtu juga. ada bahagian umno, yang bermasalah, tapi tak boleh selesai .Bukan pakat nak jadi kuat tapi dok pakat macamana nak sekat.kalau gitu Macamana nak berhadapan dengan lawan, dengan kawan pun dok tikam hang aku. sama-sama pikiaq...

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.