Wednesday, July 6, 2011

PAS KIANAT- Tun Maharezza II


Ee Si Kucing

PENGKHIANATAN PAS TERHADAP ISLAM ,BANGSA DAN NEGARA..
by Ee Si Kucing on Monday, July 4, 2011 at 10:32pm

Your note has been created.


... Nik Aziz membawa 'kita' menjadi hamba kepada agama bukan hamba kepada Allah di dalam dakwahnya sebagai seorang ulama. Islam perlu bijaksana, gunakanlah kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh BN sebaik mungkin untuk menghambakan diri kepada tuhan, bukan diperhambakan oleh Nik Aziz dalam perjuanagan politiknya.

Persimpangan ini amat merbahaya jika tersalah pilih dan untuk yang peka kepada yang tersirat, Nik Aziz sepatutnya menggalakkan kita menggunakan kemudahan ini semata-mata untuk mengadakan sebanyak mungkin aktiviti ke jalan Allah tanpa ada lain kepentingan termasuk politik.

Renungkanlah Allah berfirman yang bererti :--

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan perkara yang tidak diredai Allah dan RasulNya, Allah melaknatkan mereka di dunia dan di akhirat, dan menyediakan untuk mereka azab seksa yang menghina. (Al-Ahzaab 33:57)

Mari kita hayati Nik Aziz lawan Mohd. Nor Deris

Buku bertemu ruas! Pertemuan secara kebetulan bekas 'rakan satu parti' antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Mohd.

Nor Deris telah meledakkan segala kemarahan yang sekian lama terpendam.

Ia bermula apabila kedua-dua ulama itu bertembung semasa menziarahi rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Omar Mohamad ketika kempen pilihan raya kecil DUN itu beberapa hari lalu.

Rakaman video pertikaman lidah hampir empat minit di rumah Omar itu berkisar mengenai rasa tidak puas hati Mohd.

Nor terhadap tindakan Pas bekerjasama dengan DAP dan mengkafirkan UMNO, telah tersebar luas melalui laman sosial Facebook dan Youtube.

Malah, 'kisah menarik' itu juga mendapat liputan dalam pelbagai laman blog sama ada propembangkang atau prokerajaan seperti theunspinners.blogspot.com dan ia turut cuba 'dijernihkan' oleh www.harakahdaily.net.

Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu:

Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing..

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"

Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.
Mohd.

Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar. Antaranya beliau bertanya tentang anak-anak Omar selain bertanya mereka kerja di mana.

Allah berfirman berkenaan orang yang munafik yang bererti :--

Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja, (Al-Ahzaab 33:60)

FirmanNya lagi yang bererti :--

serta mereka tetap ditimpa laknat. Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan. (Al-Ahzaab 33:61)

Pada pendapat Ee PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri.

Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram.

Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan Negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999).

Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak Negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).

Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata,"orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik……siapa adik kakak ambil orang kafir buat kawan baik". (Disambut beramai-ramai “UMNO")….Ha…..UMNO…..Apa hukum orang ni!…….( Pendengar jawab “Munafiq") dan disambung “Munafiq".

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka.

PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.

Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 perkara ini tyelah dirakamkan kenyataan beliau oleh para pemberita pada masa itu dan kemungkinan masih lagi ada dalam simpanan , dinyatakan bahawa sesiapa di kalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah.

Pada hal PAS juga menggunakan perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (11). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).

Bukankah suatu masa dulu Pas pernah mengeluarkan 'fatwa' bahawa haram bagi mana-mana orang Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam, apatah lagi melantik mereka sebagai 'wali' atau pemimpin dalam kerajaan?

Mustahil Hadi Awang dan Pas lupa tentang hadis riwayat Imam Ahmad, yang sering mereka sebutkan di dalam ceramah mereka di kampung-kampung, iaitu, "Janganlah kalian mencari penerangan dari api Musyrikin (yakni meminta pertolongan kepada kaum musyrikin untuk berdepan dalam sesuatu peperangan)"

Kemana arah tuju perjuangan pro ulama di dalam PAS? Kemenangan golongan Erdogan pada muktamar PAS baru-baru ini menyaksikan PAS telah melakukan transformasi terbesar, iaitu mengistiharkan diri mereka tidak lagi berpaksikan Islam, sekaligus membenarkan gelaran munafik pada diri mereka sendiri.

Amat menarik untuk melihat arah tuju golongan ulama yang selama ini menjadi pendokong perjuangan PAS selama ini.

Cukup sukar dimengerti apa yang sudah berlaku di dalam pemilihan PAS baru-baru ini. Akhirnya golongan ulama tersembam menyembah bumi, dan terpaksa bersujud kepada golongan Erdogan, yang sekian lama mengidam tampuk kuasa agar aspirasi dan kepentingan mereka dapat dilestarikan.

Dihumbankan golongan ulama jauh-jauh, dan bermulalah era "jahiliyah" PAS, setelah sekian lama di persada politik tanahair.

Akibat terlalu suka mengkafir dan memunafikkan orang lain, akhirnya tuduhan tersebut berpatah balik kepada Pas.

Hari ini, umat Islam Malaysia menjadi saksi kepada kesanggupan Pas untuk menjadi 'kafir' dan 'munafik'.

Lebih malang lagi, Pas sanggup menjadi 'kafir' dan 'munafik' semata-mata kerana takut dihalau dari Barisan Alternatif (BA).

Sikap 'bermuka-muka' Pas sebenarnya bukan asing kepada rakyat Malaysia. Serban dan jubah hanyalah sekadar 'topeng' bagi menunjukkan sifat mereka yang kononnya 'beragama'.

Hayatilah FirmanNya dalam Ahzaab yang bererti :--

Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,serta mereka tetap ditimpa laknat.

Di mana sahaja mereka ditemui, mereka ditangkap dan dibunuh habis-habisan.

Pas amat licik dalam hal 'bermuka-muka' ini. Pas tahu, sekiranya Pas bertindak memungkiri perjanjian yang dibuat pada masa hadapan, Pas akan sentiasa dapat mempertahankan diri dengan meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu rakan-rakan di dalam BA.

Nyatanya, Pas bukan sebuah parti Islam tetapi hanya sebuah parti politik yang boleh bertukar rupa dan berubah warna pada bila-bila masa.

Sebagai parti politik mereka tidak pernah mengikat diri mereka dengan prinsip dan hukum Islam yang sebenar – hari ini mereka boleh jadi 'munafik', besok mereka boleh jadi 'kafir'.

Fikirkanlah cukuplah setelah berabad membohongi rakyat kini bukan saja rakyat Malaysia "Allah pun PAS sanggup tipu semata gila untuk berkuasa".

http://harakahdaily.net/
www.harakahdaily.net

Komentar :

ada 1
insidewinme said...
pada hari 

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.