Monday, August 3, 2009

UMNO PADANG SERAI JUGA PERLU SUMBANGAN DARI DATO' SRI NAJIB.




Belum pun selesai isu perhimpunan haram (GMI) yang berlangsung di ibu kota pada 1hb lepas.

Dimana Dato’ Sri Najib memberi kerjasama agar pembangkang dapat menggunakan mana-mana Studium atau mana-mana Padang untuk meneruskan kegiatan gila mereka asal tidak menganggu ketenteraman awam.

Disana kata Doto’ Sri Najib,bersorak,berceramah,berdemolah walau sampai ke-subuh hari tidak ada sesiapa yang dapat menganggu mereka baik polis,maupun FRU.


Dan tiada ada sesiapa lagi yang akan menyembur dan memandikan mereka dengan air atau asid.Berpestalah…..mereka sepuas-puasnya.

Dalam kesibukkan Isu perhimpunan Haram (GMI) tajaan pihak yang tidak bertanggung jawab.

Dalam diam-diam ubi pula.. bekas anak didik PKR Padang Serai yang kini telah pun menyertai UMNO semula, di cawangan Kilang Lama berjawatan Ketua Penerangan Cawangan UMNO Kilang lama pula melancarkan piket serentak dengan perhimpunan Haram GMI di Majlis masyuarat perwakilan.

Tidak pula sama dengan berita yang disiarkan

“KULIM - Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.
Kononnya……..
“ Berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu”


Tetapi apa yang penulis apbs dapat maklumat yang di kirimkan oleh salah seorang rakan penyokong PAS yang kebetulannya juga anak khariah yang sama dengan ketua penerangan cawangan UMNO kilang lama tersebut lain pula ceritanya.


Kononnya bukan pula seperti yang di lapurkan oleh akbar tabloid tempatan tersebut.

Tetapi puncanya dari satu kumpulan yang cuba berpiket untuk meluahkan rasa tidak puas hati pada ketua bahagian UMNO Padang serai yang kononnya telah menang dalam pemilihan ketua Bahagian yang lalu dalam istilah menang “SERAGA”! Hebat gambaran kemenangannya.


Dan hari ini pula terbukti kemenangan “seraga” yang dimaksudkan itu telah mengakibatkan dia rugi pula “Berkandaq” imejnya dan UMNO tercalar…ia juga akan memberi impak yang kurang sihat serta tamparan yang cukup hebat pada Pengurusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru ia itu Dato’ Shafei Afdal.


Kerana inilah kali pertama dalam sejarah UMNO Padang Serai kononnya mengalami situasi seperti itu dalam Majlis yang dihadiri oleh seorang menteri selaku Pengurusi Perhubungan UMNO Kedah.


Tetapi sumber berita yang apbs terima dari Penyokong PAS tegar kawasan tersebut bukanlah pula kerana...

….”tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum .”……

Tetapi berpunca dari sekumpulan atau segelintir ahli UMNO bahagian itu yang bertidak untuk berpiket pada Majlis Masyuarat Perwakilan UMNO yang akan di rasmikankan Menteri Kemajuan luar Bandar merangkap Pengurusi Perhubungan UMNO Kedah yang baru pada hari itu.

Inilah berita yang apbs terima dari salah seorang sahabat bekas penyokong tegar PAS kawasan tersebut.

Kami terjumpa sewaktu dia dan rombongannya datang menziarahi pengkebumian Ibu penasihat umum PKR juga salah seorang Rakan refomis pro Anwar yang hebat ketika itu…kini sudah lama meninggal perjuangan PAS dan PKR yang sia-sia katanya.

Diakhir e-mail nya ada mencatatkan Piket pada 1hb itu,tidak selesai disitu saja..tetapi dengarnya akan belaku pula di depan Pejabat UMNO di Kawasan itu pula…..

Tunggu dan lihat bila pula ianya akan belaku!...apa pula kisahnya…siapa pula yang akan mengaut keuntungan dari piket tersebut…..??


Lena dan terus lenalah UMNO Padang Serai..kerana Jerat tidak sesaat melupai UMNO.

Cuma UMNO yang sudah terlupa pada Jerat…musuh ada dimana-mana untuk mengkafankan UMNO bila-bila masa.

Ingat…!! musuh UMNO tidak penah bermimpi dalam jaga..

Cuma UMNO yang kerap bermimpi diwaktu terjaga!...

Jangan kerana anda,seluruh UMNO dan bangsa melayu menjadi mangsa.

Siapakah diantara anda dalam perjuangan yang ada.
Pertualang,talibarut atau BARUA pada perjuangan bangsa.

Kenalilah siapa mereka dan siapa anda yang sedang memimpin bangsa.

Komentar :

ada 3 comments ke “UMNO PADANG SERAI JUGA PERLU SUMBANGAN DARI DATO' SRI NAJIB.”
Ashley Ahmed said...
pada hari 

Salam,

Kuasa di tangan rakyat bukan pakatan rakyat.

semanggigunung said...
pada hari 

Rasa-rasanya aku kenal insan ini. Seorang yang petah bercakap. Hujjahnya sentiasa diiringi dengan petikan hadis nabi dan ayat suci alQuran, persis seorang ustaz.

Aku biasa terjumpanya menyampaikan ceramah di Baling, beberapa tahun yang lalu atas tiket PKN (PKR)
Selepas itu dia menghilangkan diri dari PKN. Dan kabarnya sebelum menganggotai PKN dia adalah orang kuat PAS.
Aku setuju dengan andaian apds bahawa si sahabat ini adalah anak didik PKN. Cuma kalau aku boleh tambah sebenarnya sahabat kita adalah anakdidik (kader) PAS dan PKN.
Cuma aku tak tahu apakah dia ni agen bagi parti-parti tersebut, yang berjaya menyelinap masuk ke dalam UMNO.

Walau pun aku bukan ahli UMNO dan tidak bercadang untuk menyertainya, aku amat bersetuju dengan apds, agar UMNO, yang setakat ini merupakan parti yang benar-benar mengambil berat tentang Melayu, berhati-hati dengan manusia yang serupa dengan sahabat kita ini.

Anonymous said...
pada hari 

salam.Terima kasih diatas komen semanggigunung.

Inilah salah satu virus yang boleh merosak umno jika kurang berhati-hati dengan manusia spesis ini.Harap umno dapat mempetulkan situasi ini sebelum ia merebak dan mencabukkan umno Padang Serai.

wassallam

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.