Thursday, November 19, 2009

SIAPA SEBENARNYA YB RADZI N-34 (BEBAS) DAN PEMBANTU KHASNYA HARI INI BERMIMPIKAH MEREKA.











PEMBURU PUBLISITI MURAHAN TANPA MENGIRA PENTAS!

“Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pakatan pembangkang menerima kejutan terbaru pagi Ahad apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohammad Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Radzhi adalah ADUN daripada PKR dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah.

Sementara itu pada sidang media yang sama Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai, Jamaluddin Abu Hassan pula mengumumkan pembubaran PKR Bahagian berkenaan. DUN Lunas berada dalam Bahagian Padang Serai-Agenda Daily

“Sebanarnya banyak agenda disebalik Demontrasi haram yang bertemakan “DUN LUNAS PENGKIANAT” ekoran dari Radzhi Salleh mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas”- Dari Blog GMC

SINAR HARIAN –KULIM BANDAR BARU-16 NOVEMBER 2009

“LUNAS-Pengurusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Naga Lilit,Mohd,Suhaili AbduLah mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim,Mohd Radri Salleh yang telah memberi bantuan makanan kepada 15 mangsa banjir di kampung itu”- Sinar Kulim- Bandar Baru 16 November 2009.

“Selain itu saya meminta jasa baik ADUN Kawasan ini untuk membaik pulih jambatan yang menyambungkan Kampung Balik Bukit ke Naga lilit Yang runtuh ekoran air deras ketika banjir tiga hari lalu” -
Pengurusi Majlis Ketua Kampung(MKK) Kampung Naga Lilit,Mohd Suhaili Abdullah-Sinar Harian 16 November 2009.

Persoalannya sekarang benarkah YB Radzi Salleh yang di cop sebagai Pengkianat oleh penyokong-penyokong Pakatan rakyat dalam satu Demontrasi Haram baru-baru ini tidak lagi berada di pentas PKR yang telah dibubar dan sekali gus mengistihar dirinya keluar dari pakatan reput tersebut….dan memberi sokongannya pada Barisan Nasional dalam kenyataannya dulu?

Atau “BEBAS” dalam erti kata ADUN tersebut tidak menyokong mana-mana politik termasuk BN.

Dari sumbangan yang dibuat oleh “ADUN BEBAS” melalui Pembantu Khasnya di pentas Parti Keadilan Rakyat ….apakah benar YB Radzi sudah meninggalkan PKR….apa jenis Drama murahan yang nak dipersembahan pada rakyat di DUN N-34? juga pada BN di DUN tersebut?

Sedarkah Pembantu Khas YB Radzi dipentas mana dia dan Bossnya berada sekarang? PAS? PKR ? BN ?

Atau benarkah Bossnya kini berada diatas pentas “BEBAS” atau sekadar untuk mencari publisiti murahan bertaraf “PARIA”? dengan sumbangan yang mengelirukan rakyat bilamana hari ini segala sumbangan berada di pentas PKR seperti yang digambarkan(Foto)

Renung-renunglah YB Radzi dan Pembantu Khasnya dimana pentas anda sekarang atau kalian masih bermimpi kerana terlalu kemaruk pada publisiti murahan bertaraf kaki lima?

Pada BN terutama UMNO celiklah mata seluas-luasnya apakah BN @ UMNO sudah mencapai tahap dapat diperlembukan dalam hal-hal agihan sumbangan sekutu kamu dipentas PKR?

Siapakah mereka , ADUN BEBAS N-34 Lunas hari ini…pada siapa pula saluran bantuan itu diberi? Di pentas mana mereka sekarang?

Inilah padahnya jika pemimpin Rakyat memiliki panasihat 25 persen ! dan UMNO/BN Padang Serai masih berdekur lena bagai bangkai bernyawa...

Akhirnya...hidung tak mancung pipi tersorong....sorong kerana terlalu kemaruk pada publisiti murahan...politik bangsa menjadi mangsa.

Siapa pengkianat dalam agenda ini...ATAU mereka hanya pemburu publisiti murahan bertaraf kaki lima ingin mencari nama.

Komentar :

ada 16 comments ke “SIAPA SEBENARNYA YB RADZI N-34 (BEBAS) DAN PEMBANTU KHASNYA HARI INI BERMIMPIKAH MEREKA.”
Anonymous said...
pada hari 

salam bro..

Masa dalam PKR bukan main kutuk BN, lepas tu keluar parti.. Buat kenyataan ADUN Bebas sokong BN. Ramai MKK bantah dan dituduh pengkhianat bangsa, macam-macam tuduhan, meloyakan.

Yang Herannya, bila nak bagi bantuan ( tak tau lah bantuan ni mai daripada sapa ) kena berdiri dibelakang lambang mata tu, ( nampak macam baru gantung masa nak ambik gambar )awat jadi macam tu. Cuba tanya orang tu.. nak tau juga jawapannya.

Anonymous said...
pada hari 

salam.
Terima kasih dan tahniah diatas respon dari Bro Anon..Persoalannya pada GMC apakah puak-puak tu sedaq atau terlalu gairah untuk mencari pulisiti murahan bertaraf kali lima bekalan PRU13?

Persoalan GMC yang ke-2 Siapa bubar siapa...PKR yang bubar mereka dari terus menjadi ahli...atau mereka bubar PKR..dari gaya beraksi di pentas PKR nampaknya seperti PKR yang bubar keahlian mereka...

Kesian...gelagat mereka seolah2 mengemis simpati pada yang tak sudi..macam tajuk lagu le pulak!

GMC harap pada rakan yang berminat untuk menjadi pemimpin kelak...jgnlah sampai ketahab ini walaupun kita ingin berbakti...jgn lah tersilap pentas... kelak rakyat akan ketawa diatas kebodohan kita yang keterlaluan gilakan publisiti murahan..

Apa pun pada DUN "BEBAS" N-34 Lunas serta Pembantu Khasnya Tahniah diatas sumbangan berkapit2 beras pada mangsa banjir...

Pada PKR padang serai tuduhan YB Radzi pegkianat tidak berasas...sebenarnya kalian sudah tepat memilih pemimpin dari yang dok ada dikawasan itu...

Pada UMNO Padang serai pula lena dan berdekurlah semahunya selagi bangkai masih ada..cuma jgn termampus dalam lena saja...kerana sisa bangkai yang ditinggalkan kelak oleh anda nanti agar dapat menjadi atar dan kasturi dalam perjuangan genarasi anda..yang akan mewarisi Hyena pemburu bangkai.di Parlimen dan Dun Padang serai.

Selamat berpolitik bertaraf PARIA !!!


Wassallam...

Anonymous said...
pada hari 

GMC

Inilah dikatakan politaik.. Sapa bubar sapa pun kita tak tau. Yang pasti PKR Padang Serai dah dibatal oleh ROS. Kut mana pula mai benda tu pun kita tak tau.

Tapi muka yang dok ada tu selalu kerap keluar paper. Muka bos dia tak nampak pun.Mungkin bos dia suruh buat macam tu sekurang-kurangnya sejukla hati orang yang dok kutuk.

Cuma nak ingatkan saja, Jangan sampai orang ramai (masyarakat) tak kenal YB sudahla.Tak kan bila dah kata BEBAS boleh bebas semua, Tanggungjawab kena ada, tak gitu YB.

Semanggigunung said...
pada hari 

Aku dok kata dah.

Lepas ni mudahlah "perancang" meneruskan kerja-kerja liciknya.

Bolehlah jadi calon untuk PRK Lunas.Orang ramai dah kenal.

Anonymous said...
pada hari 

Salam.Maaf kerana terlambat respon.

Tapi yang peliknya..dah istihar keluar PKR tapi masih menyundal di pentas tersebut lagi...dan boleh lagi merasa begitu teruja dengan lambang yang mereka sendiri bubarkan...pelik sugguh!

Jika inilah rupa paras pemimpin yang dok ada...alamat terbabas kelongkang lah bila bertanding nanti...

Semanggigunung said...
pada hari 

APDS,
Itu kata saudara.

UMNO Padang Serai nampaknya tak mau ambik pahadoi langsung.

Buat dek. Confident sentiasa.

Hoi, saudara-saudara ku pemimpin-pemimpin UMNO Padang Serai,buatlah sesuatu yang boleh merangsangkan minda ahli-ahli yang semakin sehari semakin lesu...

Jangan biar PKR yang mati tu hidup balik....buat orang ramai permain kredibiliti UMNO.

Atau UMNO Padang Serai tak tau pun apa yang berlaku.....di sekeliling mereka.

hilbert said...
pada hari 

Salam GMC,

bila melihat YB Radzi tengah memberi bantuan didepan Bendera PKR.. terkejut juga saya...tetapi apabila melihat dengan teliti...dia kasi terbalikkan sudah bendera PKR..ada mesej juga tu..

Unknown said...
pada hari 

SALAM.BRO HILBERT...

Kalau YB Radzi yang serah sumbangan itu GMC dapat juga terima pandangan Hilbert...tapi yang bergambar berlatar belakang Bendera PKR tu adalah Pembantu Khas kepada YB Radzi. yang peliknya..apa sebenarnya lakunan mereka dan PKR hari...di DUNN-34.

Tapi mungkin pengundi=pengundi lunas tidak lah tegejut berok sangat lakunanan pegawai khas YB Radzi tu..kerana mungkin sudah ramai mengenali insan yang berjawatan pegawai khas YB tu kot

Semanggigunung said...
pada hari 

Betul-betul. Aku bersetuju dengan Hamdan yang tertera di dalam gambar bukan YB Radzhi. Dia ialah Pegawai Khas YB. Radzhi.

Aku juga rasa pelik. Ha, aku baru teringat semasa YB Radzhi isytihar keluar PKR baru-baru pegawai ini pun ada bersama YB Radzhi - bermakna dia juga turut keluar PKR.

Apakah "orang bersongkOk....." dah rujuk kembali, menyertai PKR. Kalau betul, YB Radzhi tak boleh biar, kerana orang-orang Lunas mula berfikir YB Radzhi pun turut rujuk ke pangkuan PKR.Walhal aku fikir YB Radzhi tak tahu apa yang berlaku sebenarnya...

Unknown said...
pada hari 

salam.

Setuju dengan Semanggi Gunung..Jika benar seperti yang dimaksudkan oleh SemanggGunung elok YB Radzi singkirkan saja pembantu Khas tu..apa guna disimpan dan diberi jawatan yang boleh merosakkan YB radzi.

Semanggigunung said...
pada hari 

Satu cadangan yang munasabah untuk pertimbangan YB Radzhi.

Kalau Pegawai Khas yang dilantik dan dibayar oleh YB sanggup bersikap gunting dalam lipatan, tunggu apa lagi YB.

Cari orang lainlah yang lebih setia kepada YB dan tidak bersikap talam dua muka.

Pengundi-pengundi Lunas dan UMNO pada jangkaan aku sedang memerhati langkah-langkah YB (Pegawai Khas)seterusnya.

Anonymous said...
pada hari 

salam.Dan terima kasih diatas respon Bro2 sekelian diatas lakunan DUN N-34 yang keluar dari PKR menjadi DUN "BEBAS" hari ini....berpesta di pentas PKR lagi...gara-gara ingin menjulang nama pada rakyat dibumi Lunas...tapi sayangnya mereka menari dan berdrama bukan di pentas sendiri untuk mencari nama...akhirnya...terlondeh dan terbogellah siapa sebenarnya mereka pada rakyat di bumi lunas...

Inilah yang mungkin dimaksudkan dengan politik...yang sedang dimainkan oleh orang melayu yang terserpih dari PAS,PKR dan mungkin juga serpihan UMNO yang kononnya ingin membela bangsa...tetapi prinsip perjuangan terbarai jua..dek gila pada glamour !!!

Kesian...cukup kesian melihat rentak dan gaya mereka cuba nak meyakinkan bangsa...merekalah hulubalang yang berlakun melalui teket Agenda Melayu..

Apa pun GMC masih mampu berterima kasih pada YB Radzi dan Pembantunya yang masih sanggup berderma ala bantuan di celah-celah Bajir melanda rrakyat dibumi lunas....!!

Tahniah dan terima Kasih..walaupun terpaksa mengadai prinsip...

wassallam...

NURA said...
pada hari 

salam sobat
nice post.
trims kunjungan dan follownya
saya sudah follow balik nich ya,,
salam kenal juga.

Anonymous said...
pada hari 

lunas dan padang serai tu bkn kws umno..biaq pilah kat pkrsekurang2nya kws tu diwakilioleh pkr melayubukannya hindu mic

Anonymous said...
pada hari 

aku org melayu ...dilunas so,
dari pada bn/mic baiklah pkr melayu

pemerhati said...
pada hari 

Apa yang pelik sgt ni, yg tu kerja PKR, biaq pi dia buat kerja dia. UMNO buat kerja UMNO, takan UMNO nak pi campoq pulak.
Satu lagi ni , YB Merbau Pulas pun tak buat kerja tera mana, kalau bagitau masalah semua dia nak pelepas. Macam tu senang la jadi YB, aku pun boleh, cukup bulan ambik gaji ngan elaun, masalah rakyat biaq pi kat depa. Aku peduli apa.
Depa ni masa pilihanraya bukan main, turun sampai ke dapoq, lani bayang pun tak dak,
Gopalakrishnan turun rata, estet masuk, turun pasar malam dok sampai tutup, la ni mcm mana. Mana orang2 yang dok ikut pungkoq dia dulu, anak2 melayu lak tu.
Kesian org Melayu, asyik dok kena tipu ja.

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.