

“DAP Lim Kit Siang dalam blognya mengakui kemenangan besar BN di Bagan Pinang telah menghapuskan mitos Pakatan Pembangkang boleh menang mudah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.”-
[Agenda Daily.]
PAS perlu bersedia menghadapi Tsunami dalam Pakatan Sendiri…
“Azmin Ali menulis di dalam blognya menyatakan, UMNO perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU ke 13 dengan menonjolkan barisan calon-calon UMNO di kalangan perasuah kerana itulah ‘cita rasa rakyat Malaysia’”
GMC INGN MEMBUAT ANALISA RAMBANG BILA kemenangan besar BN di Bagan Pinang baru-baru ini PAS lebih perlu membuat persiapan awal untuk menghadapi PRU ke 13.
Kerana suara sumbang dari LIM KIT SIANG memberi satu petanda Awal PAS bakal hilang “TALIAN HAYATnya”…
Insyaallah.
Suara dari AZMIN ALI adalah suara cemas Pakatan….walaupun sebelum ini Guan Eng telah membayangkan Bagan Pinang member laluan sukar pada Pakatan…
Dan Hari ini LIM KIT SIANG melengkap rangkap maksud yang tergantung dari LIM GUAN ENG.
Manakala PAS membuat tafsiran berdasarkan AMANAT dan FATWA Khayalan dan Fantasi.
Tersungkur dan tertiarapnya PAS di Bagan Pinang memberi Spekulasi mudah pada DAP bahawa “AMANAT DAJAL” PAS tidak dapat membantu memperkukuhkan kedudukkan Politik DAP jangkamasa panjang lebih-lebih lagi untuk menghadapi PRU13.
Dan sekali gus membukti angapan Anwar terhadap politik PAS selama ini yang lemah.Diatas factor-faktor tersebutlah maka Anwar dihari ini masih berdolah dalih untuk menerima pelawaan PAS selama ini.
Kerana Anwar tidak sanggup terpalit dan tercalit indentiti jumut Pemimpin-pemimpin PAS yang ada hari ini yang akan merosakkan kreadibilitinya sebagai pemimpin yang tersohor berbanding pemimpin PAS yang ada.
Pada Anwar pemimpin-pemimpin PAS hanya mampu setakat menjadi pelawak “SARKAS” dan bersedia bila-bila masa untuk diperalatkan oleh sesiapa sahaja demi kuasa.
Kerana majority pemimpin PAS tidak mempunyai pengaruh,pengalaman serta kemampuan serta tidak dapat membantu usha Anwar meneruskan Agendanya untuk mentadbir Negara.
Rata-rata pemimpin mereka hanya bijak memaki hamun dan mudah menepikan prinsip perjuangan dan musuh disogok dengan kuasa.
Hari ini Bagan Pinang sudah cukup untuk Anwar dan Lim Kit Siang membuat kesimpulan dan penilaian terhadap sekutu mereka.
Adakah PAS hanya “Biawak Hidup” atau sebaliknya pada Pakatan mereka hari ini.
Dan PAS hari ini perlu bersedia dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dihadapi sebelum PRU13.
Jika Bagan Pinang telah dianggap “MITOS” Pakatan Rakyat.
Lebih-lebih lagi “Pristiwa Memali” akan berdarah kembali…diatas pembohongan PAS hari ini..























