Monday, April 29, 2013

Parlimen Padang Serai ibarat tapak " Bazar Ramadhan" tiap kali PRU.kah...kah..kah.kahh.


PADANG SERAI -  Ibarat  tapak bazar ramadhan pada mereka yang menjadi pemburu dan paraih gelaran YB! 

Kini Padang Serai menjadi tumpuan para2 bakal YB yg datang untuk  meraih simpati rakyat yang menjelang pilihan raya dengan berbagai pembohongan dan auta untuk memperdaya rakyat yang ada.

Begitulah  nasib pengundi dan rakyat  Parlimen Padang serai dan DUN Lunas yang hanya mampu menerima kunjugan demi kunjungan tetamu luar  saban musim PRU bagi mewakili rakyat dan pengundi tempatan kerana  rakyat tempatan  tidak mampu mengenegah calon-calon tempatan yang benar-benar berwibawa dan berkalibar untuk mewakili kawasan mereka.

Setiap  kali musim  PRU rakyat tempatan ditipu ! di pedaya dan dijaja dengan janji-janji auta dari peraih2 Politik murahan dari luar...akhirnya nasib rakyat masih kaku dan beku disitu jua.

Rakyat terpaksa menerima seadanya penghijrahan  calon-calon luar yang datang dan pergi meninggalkan kehanyiran kepada rakyat dan penggundi  lebih-lebih lagi pemimpin yang diberi mandat pula hanya  merupakan pedagang2 politik yang mementingkan keuntungan peribadi.

Harapan dalam PRU13 ini rakyat dan pengundi2 Padang Serai tidak lagi ditipu oleh peraih2 politik jalanan yang memperdagangkan air lior dan janji bohong  menjaja syurga dan neraka menipu anak bangsa dengan berpakaian ala- para ambia tetapi berperagai macam paria !!

Rakyat perlu memberi mandat pertama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan penuh bermakna:

- Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan


Jika dulu Parlimen Padang Serai dan DUN dikuasai oleh PR apakah PRU13 Parlimen Padang Serai dan DUN akan kembali ke tangan BN?

                                    Bakal  [Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Heng Seai Kei]PRU13

Sejak ahli Parlimen N.Gobala dan Radzi Salleh Dun Lunas meninggalkan kerusi PKR menjadi bebas kubu kuat PKR Padang Serai sebelum ini sedah menjadi  kusam dan tidak bermaya.Saki baki penyokong yang tingal hanyalah terdiri dari mereka yang sudah putus wayer.

Ramai ahli-ahli PKR sudah sedar dan meninggalkan perjuangan yang tidak memberi apa kemajuan kepada Rakyat setempat.

Masalah dalaman PKR itu sendiri menjadi titik tolak ramai penyokong dan pemimpin PKR tempatan meninggalkan perjuangan Parti tersebut.

Pekan Lunas kelihatan tidak semeriah PRU12 sebelum ini dengan pembanjiran Poster-poster PR jika mau dibandingkan sewaktu tsunami PRU12 yang melanda Padang Serai.

Masyarakat Cina setempat sudah mula  sedar dan merasai kegagalan pihak Pakatan Rakyat sebelum ini menerajui Parlimen Padang serai dan tidak mampu membela nasib pengundi-pengundi cina khususnya di kawasan Parlimen dan Dun Lunas.

Apakah mood PRU13 kali ini mampu mengembalikan Parlimen Padang Serai dan Lunas kepada BN?



Kelihatan Poster-poster dan kain rentang Parti lawan tidak semeriah PRu12  yang lepas hambar...dan kusammmm.

Apakah masyarakat cina juga sudah mula sedar dan sudah mula hilang keyakinan pada Pakatan Rakyat?


Kelihatan markas-markas Pakatan Rakyat khusus PKR kawasan Sungai Seluang Lunas yang di dirikan oleh beberapa kerat penyokong yang terdiri dari mereka yang bukan para aktivis-aktivis PKR seperti sebelum ini.

Pembinaan markas-markas PKR boleh dikatakan sekadar provokasi murahan menjelang PRU13 yang tidak mengambarkan kekuatan sebenar pengaruh PKR kawasan tersebut.

Kebanyakkan penyokong-penyokong PKR kawasan tersebut ramai yang terdiri dari anak-anak luar yang berhijrah kekawasan tersebut dan bukan terdiri dari pengundi-pengundi tempatan seperti sebelum ini.
 

Rumah usang ini dijadikan markas induk yang usang diusahakan oleh anak tempatan yang separuh masak pemikirannya.



   

Bekas ADUN [PKR] Lunas Radzi Salleh kini 'BEBAS' adalah diantara pemimpin PKR yang awal meninggalkan PKR selain beberapa pemimpin PKR tempatan yang lain.

Apa yang jelas Parlimen Padang Serai  dijangka akan ujud perpecahan dikalangan Parti-parti pembangkang iaitu PAS dan PKR  dalam PRU13 kali ini cuma bergantung kepada pihak UMNO/BN untuk merebut peluang ini untuk mengambil hati para pengundi.

Sebenarnya pengaruh PKR dan PAS  di kawasan Parlimen Padang Serai dan DUN hanya indah khabar dari rupa.

Cuma  kegagalan pemimpin UMNO/BN  mengendali pengundi dan rakyat kawasan tersebut  maka Parlimen dan DUN Padang Serai dianggap kubu kuat Pakatan Rakyat.

Kelemahan dan kelayuan pemimpin UMNO /MIC dan MCA di Kawasan tersebut menampakkan pengaruh PR lebih kuat menguasai kawasan tersebut tetapi hakikat yang sebenar kelayuan dan kelekaan pemimpin2 UMNO dan BN menimbulkan kebencian pengundi kepada pemimpin2 tempatan  kepada UMNO/MIC dan MCA. 

Sebenarnya Virus dalam UMNO  Padang Serai dan langau-langau yang dilantik memegang jawatan-jawatan tertentu adalah diantara pemimpin yang langsung tidak  berkelayakkan akademik  yang dapat memberi keyakinan kepada Rakyat  dan pengundi-pengundi tempatan mereka adalah diantara langau2 yang hanya menghurung Projek-projek  UMNO dan hari ini mereka sudah bergelar Kontraktor segera.

Senario Politik cari makan yang bergerak dalam UMNO  Padang Serai menjadi VIRUS kebencian pengundi-pengundi tempatan.Tidak hairanlah Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas hanya menjadi pentas Politik pada calon-calon luar yang bijak mencuri kesempatan keatas rakyat dan pengundi yang sudah merasa muak dan jijik dengan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang ada dalam setia pilihan raya yang diadakan..

Lebih-lebih lagi UMNO Kedah yang LENA berdengkur sekian lama lebih banyak menumpukan kepada Kawasan mereka sendiri berbanding lain-lain Kawasan..manakala UMNO Padang Serai pula lebih banyak memburu kekayaan diatas wahyu -wahyu Politik yang diturunkan tanpa mengambil peduli Rakyat dan pengundi.

Hari ini Parlimen Padang Serai dan DUN Lunas hanya  bertaraf "Gerai Ramadhan" yang dikunjung dan junjung  hanya dimusim pilihan raya oleh kaki-kaki Politik yang bijak mencuri peluang dan ruang dari UMNO/BN  Padang Serai yang sibuk dengan wahyu-wahyu UMNO tanpa megambil peduli kebajikan rakyat dan pengundi-pengundi tempatan.

Faktor kelayakkan akademik  dan kewibawaan  pemimpin  itu menjadi UMNO/BN  Padang Serai sukar mendapat perhatian rakyat dan pengundi tempatan... rata-rata pemimpin UMNO Padang Serai hanya terdiri dari mereka yang tidak mempunyai kelayakkan akademik dan  sesetengahnya pula  mempunyai latar belakang  yang kurang meyakinkan rakyat tempatan walaupun tidak semua tetapi boleh dikatakan sebahagian besar daripada mereka.

Tanpa kesedaran dan pendidikan ini BN khususnya UMNO Padang Serai menjadi sukar untuk mencalonkan pemimpin Melayu tempatan berbanding pemimpin MCA dan MIC yang jauh lebih berkelayakkan dan berwibawa sebagai seorang pemimpin Rakyat bebanding UMNO>

Tidak hairanlah UMNO ketandusan pemimpin-pemimpin  anak tempatan yang berwibawa dan berwawasan kerana rata-rata pemimpin yang dilantik dan yang terlantik  hanya mengundang  masalah kepada UMNO dan rakyat setempat seterusnya memberi ruang yang selesa pada lawan.

Dalam menghadapi PRU13 UMNO/BN mencalonkan calon yang boleh dianggap berwibawa dan berpendidikkan serta berkedudukkan sebagai Menteri  bagi mewakili dan menebus kembali maruah Padang Serai yang berstatus Parlimen dan DUN "Bazar Ramadhan" lubuk  peraih pendatang politik jalanan berpesta merebut takta setiap kali pilihan Raya.

Harapan Rakyat dan pengundi-pengundi Padang Serai  janganlah  Datuk Heng Seai Kei mengkianati pengundi-pengundi Padang Serai dan Lunas !!Rakyat sudah jemu dengan janji yang belum pasti seperti yang belaku sebelum ini.

Pada UMNO Padang Serai PRU12 jadikan iktibar dan pengajaran dan janganlah mengkianati Rakyat dan pengundi  semata-mata nafsu  haiwan yang mengusai diri kerana tidak dicalonkan !!Janganlah menjadi petualang dalam bangsa sendiri !!

Biarlah Rakyat yang membuat penentuan kesinambungan perjuangan UMNO jangan dihasut dan apikan rakyat!!






Komentar :

ada 2 comments ke “Parlimen Padang Serai ibarat tapak " Bazar Ramadhan" tiap kali PRU.kah...kah..kah.kahh.”
Anonymous said...
pada hari 

AKU PENGUNDI P017.
MEMANG BENAR APA YANG DIKATAKAN PENULIS.
UMNO MEMANG NAK BAGI PR MENANG DI PADANG SERAI

KALAU TAK KERANA NAJIB DAH TENTU AKU TAK AKAN UNDI BN.

SEDARLAH WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PADANG SERAI YANG BONGOK ...........

Anonymous said...
pada hari 

Aku duduk padang serai... xundi sini tapi nak tgk padang serai maju... tapi sejak PR pegang padang serai, masalah sosial makin melampau-lampau.. padang depan rumah aku pun boleh beromen... macam la orang tak nampak... dok pulas minyak motor sesuka hati... makin teruk padang serai ni... teruk...

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.