Sunday, March 31, 2013

ZUHUD- Topeng agama PAS perlu di cabut.

2013/03/05 - 03:50:05 AM Juhaidi Yean Abdullah Cetak Emel Kawan

Banyak pihak, tidak terkecuali penyokong PAS sendiri, musykil hukum hudud tidak disebut dalam manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan minggu lalu. Berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya.

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pengalamannya bersama PAS 20 tahun lalu membuktikan parti itu tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan.

“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini. Ia tidak ada dalam manifesto pilihan raya.”


Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April 1992. PAS berbelanja lebih RM200,000 wang rakyat yang dibayar kepada sebuah syarikat guaman menyediakan draf enakmen itu, akhirnya wang itu hangus begitu saja.



          Azizan Razak      Sekadar hiasan

Kata Ku Li, PAS ternyata mengejar kuasa bukan untuk mendaulatkan Islam kerana, selepas mendapat begitu banyak kuasa, hukum hudud tidak juga dilaksanakan sampai kini. Sebaliknya, ia dilaung-laungkan oleh pemimpin PAS dari semasa ke semasa untuk pancing undi dan terus mendapat kuasa lagi.

Kisah Suruhanjaya Hisbah

Tokoh politik veteran yang pernah mengetuai Parti Melayu Semangat 46 dan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), masih ingat janji dalam Manifesto 1990 untuk menubuhkan Suruhanjaya Hisbah, kononnya untuk mewujudkan kerajaan yang bersih dan memerangi penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, suruhanjaya ini penting kerana banyak isu yang berkaitan soal pentadbiran Kelantan mesti diselesaikan, termasuk pemberian balak dan tanah kepada kroni serta kelulusan banyak tanah kerajaan untuk dijadikan markas tarbiah PAS, isu makan gaji buta pemimpin parti dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan mereka.

Seingat penulis, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat pernah memberikan jawapan bahawa suruhanjaya ini tidak jadi ditubuhkan kerana beliau yakin cara tarbiah yang beliau lakukan lebih berkesan untuk mencegah penyelewengan dan kemungkaran dalam kalangan pemimpin parti dan kerajaan negeri.

Ku Li tentunya tidak bersetuju. “Mana dia janji untuk melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahannya, mengenai perundangan, pentadbiran dan masyarakatnya? Mana dia rancangan nak basmi kemiskinan dengan pelbagai skim pembasmian dan sebagainya ala-Islam? Apa yang dikatakan model negeri Islam yang dilaungkan itu tidak juga terlaksana.”

Kita di persimpangan jalan

Pendedahan media baru-baru ini mengenai dakwaan penduduk bahawa kerajaan PAS merampas tanah rakyat, menjual sebahagian kepada pihak luar Kelantan, menebang balak serta penggondolan tanah yang sangat serius sehingga menjejaskan alam sekitar turut menjejaskan kawasan, peneroka dan masyarakat Orang Asli di kawasan Parlimen Gua Musang yang mana Ku Li adalah Ahli Parlimennya.

“Apakah rakyat boleh percaya dengan mereka (pemimpin PAS) lagi? Saya percaya rakyat kita tidak bodoh. Kita sudah serik. Saya sendiri sudah serik. Saya berpeluang mengenali pemimpin PAS secara dekat. Mereka hipokrit, makan gaji buta.”

Ku Li mengingatkan: “Kita berada di persimpangan jalan untuk memilih antara yang hak dan yang batil, untuk masa depan yang cerah atau gelap. Cahaya bulan yang samar-samar tidak dapat melindungi kebenaran, kita mahu kebenaran yang terang benderang, PAS bukan Islam. Ia hanyalah sebuah parti ciptaan manusia. Pemimpin PAS bukan Nabi kerana Rasul terakhir ialah Nabi Muhammad SAW. Mereka bukannya diturunkan dari langit. Mereka sama seperti orang lain, bahkan mereka lebih banyak melakukan kesalahan. Topeng agama yang dipakai pemimpin PAS mesti dicabut.”

Sumber: Rencanabh@bharian.com.my

Komentar :

ada 4 comments ke “ZUHUD- Topeng agama PAS perlu di cabut.”
Hati Permata Jiwa said...
pada hari 

Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
Sekiranya berminat, sila hubungi :-
DRINA DMARYA RESOURCES
No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
Tel : 03-33745230/ 013-3311606
WEB KAMI :
kahwinthaibest.blogspot.com
drina1998.blogspot.com

Anonymous said...
pada hari 

Nak tanya sikit;Kosnya berapa kalau nak nikah kat Thailand.Lain-lain keperluan ada lagi yg kena disediakan.

Anonymous said...
pada hari 

Cari makan cara lain lebih baik kottt.

Anonymous said...
pada hari 

PAS Bukan Agama.,
Agama bukan Pas.

Azizan manusia.
Manusia di uji dengan

MahkoTA
TakhTA
KereTA
HarTA
WaniTA
TAnah.
cikTA
KoTA
Hebat betul kiTA..

arjuna waspada
changkat lobak

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.