Tuesday, March 5, 2013

Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu tolak Perjuangan Kiram?


Beliau ada Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI)

Dan Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM.

Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II.

Beliau adalalah diantara pemimpin kepada Rakyat Sulu Di Jolo sulu yang menolak keluaga Kiram hingga kiamat.

Kerana sanggup menjadi tali barut Amerika Syarikat dan tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu.

Semata-mata Kerana Mahukan Sabah [ North Borneo] dimasukkan ke wilayah FILIPINA.



Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.

Kabarnya Sultan Bantilan II [Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam] ini dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009.

Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya.

Pada beliau jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini.

Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam.

Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?

Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa.!!

Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi.

Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug.

Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir.

Pandangan dan kenyataan Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI)

Sekiranya penceroboh mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino.

Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka.

Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia.

Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding.

Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar.

Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah.

Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia TIDAK boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.

Sumber: Blog Kesultanan Sulu

Komentar :

ada 0 comments ke “Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu tolak Perjuangan Kiram?”

Post a Comment

Pemilik Blog tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang di buat.

Labels

 

© 2009 Fresh Template. Powered by Blogger.

© 2010 Tempe Template. Modified by GMC.

Fresh Template by NdyTeeN.